CINTA TANPA SYARAT
Blog ini memfokuskan mengenai isu-isu perubatan, keibubapaan dan isu-isu semasa yang berkaitan dengan perubatan. Diharapkan para pembaca dapat memberi komen atau reaksi bagi mengetahui kualiti entry saya, semoga apa yang dipaparkan dapat memberikan manfaat kepada pembaca...Terima kasih
Monday, June 3, 2013
MENCARI KELAINAN DI AIDILFITRI
Lama saya tak menukilkan sesuatu di blog saya ini. Sunyi..namun kadang-kadang ada juga pertanyaan daripada pembaca...terima kasih saya ucapkan kerana sudi bertandang ke blog saya ini...
Kat sini saya nak buat iklan sikit...:)
Bagi sesiapa yang ingin mencari kelainan untuk bergaya di hari lebaran yang akan dating silalah berkunjung ke website saya di www.kainbaju.com...
Pelbagai kain berkualiti tinggi yang dibawa khas dari Kuala Terengganu...Selamat membeli-belah...:)
Terima kasih.
Friday, October 28, 2011
Sunday, September 11, 2011
Kembali ke Universiti!!!
Lama saya tidak mencoretkan sesuatu...terasa rindu untuk blogwalking...rindu untuk juadah rohani dan minda saya...:)
Alhamdulillah mulai 5 September baru-baru ini, saya mula kembali belajar di UKM. Mengmabil bidang Master in Public Health...semoga pembelajaran saya dimudahkan oleh-Nya...almaklumlah, menurut pakar neurologi saya zaman undergraduate dahulu (Prof Raymond), mulai umur 18 tahun, sebahagian neuron-neuron pada otak kita akan mula mati...:)...semoga saya dipermudahkan oleh-Nya...:)...Niat belajar hanya satu satu, iaitu semata-mata kerana-Nya. Semoga jalan ini akan memudahkan saya untuk menegakkan syiar Islam melalui jalan ini, siapa tahu? Saya memang bercita-cita untuk berbuat demikian, saya mengambil Prof Kamil sebagai inspirasi saya...:)...sekali lagi semoga saya dipermudahkan oleh-Nya...
Masuk belajar semula, akan agak menyekat saya untuk berblogging secara aktif, saya fikir...belajar Master bukan macam undergrate lagi perlu banyak berusaha sendiri, baca banyak buku-buku yang bersesuaian dan juga medical journal yang berkaita. Insya-Allah dalam masa setahun saya akan menamatkan Master dan akan menyambung ke peringkat PHD untuk 3 tahun yang akan datang....
Doa kawan-kawan saya harapkan untuk saya berjaya....:)
Wallahua'lam...
Wednesday, August 24, 2011
Alangkah Indah
Assalamualaikum sahabat-sahabat semua
Saya amat suka dengar lagu Opick ini. Lagu mengenai jalinan kasih-sayang antara umat Islam yang digambarkan sangat tenang sekali. Suasana yang digambarkan sememangnya telah berlaku di zaman Rasulullah, para sahabat, tabi'tabiin dan zaman salafussoleh. Dari sudut hati ini saya ingin sekali ianya kembali pada zaman ini...Masya-Allah, indahnya jika ia benar-benar menjadi kenyataan. Saya tujukan lagu ini kepada sahabat-sahabat semua. Semoga persahabatan kita yang berlaku kerana Allah, bertemu dan berpisah kerana Allah akan diberkatiNya. Di antara mereka yang akan mendapat perlindungan dari kepanasan terik matahari di padang mashyar nanti adalah mereka yang bersaudara kerana Allah. Bertemu dan berpisah kerana Allah. Semoga kita tergolong dalam golongan tersebut. AMIN....
Lirik Lagu Opick - Alangkah Indah
Salam ya salam salam 'alal Muslimin
Salam ya salam salam 'alal Mukminin
Salam ya salam salam 'alal Mukhsinin
Salam ya salam salamun 'alaihim...
[*]
Alangkah indah wajah-wajah para muslimin
Penuh cinta kasih di hidupnya
Menjaga diri dari segala dosa
Berkasih sayang pada sesamanya
Alangkah indah wajah-wajah para muslimin
Menjaga mata mulut dan hatinya
Cahaya semerbak karena dzikir di hidupnya
Tangan dermawan senyum di wajahnya
(Salam-salam 2x)
Dalam susah hidup alangkah tabahnya kawan
Tiada takut isi dalam dada
Ringan tangan pandangan selalu terjaga
Setiap kata adalah mutiara
Mereka yang tak dilalaikan oleh dunia
Hanyalah Allah satu tujuannya
Diamnya dzikir penuh dengan doa-doa
Setiap langkah adalah ibadahnya
[**]
Salam ya salam salam 'alal Muslimin
Salam ya salam salam 'alal Mukminin
Salam ya salam salam 'alal Mukhsinin
Salam ya salam salamun 'alaihim...
[Back to *]
[back to ** 2x]
Sunday, August 21, 2011
Email saya diserang oleh Israel???
Bila saya masuk office hari ini, macam biasa bukak email saya. Ada red alert, amaran daripada Google menyatakan email saya telah ditembusi oleh pihak Israel dan terdapat 3 email yang pelik yang saya terima bukan daripada saya tapi tertulis daripada saya untuk 34 orang penerima yang semuanya bukan kawan-kawan saya, semuanya nama orang putih....Email itu takde tulis apa2 cuma ada abjad yang tiada makna seperti rrrrrrrrrrrrrrrbbbbbbbbbbbb. Jadi atas nasihat Google, jika email tersebut bukan dari saya, Google menasihatkan saya menukar password saya kerana besar kemungkinan seseorang telah menceroboh email saya. Menakutkan...Kenapa orang Israel ini hendak menceroboh email saya??? Saya ini bukanlah siapa-siapa pun. Cuma saya ada berdakwah melalui email dan blog kepada kawan-kawan saya sahaja...mmmm...Ada kawan-kawan yang ada pengalaman macam saya tak???Masih lagi keliru....
Thursday, August 18, 2011
10 malam terakhir Ramadhan yang bakal hadir
Alhamdulillah, bermula malam ini kita akan masuk ke fasa terakhir Ramadhan iaitu Fasa yang dijanjikan dijauhkan dari api neraka dan Insya-Allah, antara malam-malam kesepuluh ini kita bakal berjumpa dengan malam Lailatul-Qadar, malam yang sangat-sangat istimewa, malam yang lebih baik dari seribu bulan, malam ini dinanti-nantikan oleh hamba-hambaNya yang beriman....Insya-Allah. Jadi, jangan kita lepaskan peluang keemasan ini.
Untuk membangkitkan semangat memeriahkan 10 malam terakhir Ramadhan ini, sama-sama kita muhasabah diri kita semua. Renung-renung dan fikir-fikirkan kembali sedalam-dalamnya...Jika kita mati pada hari ini, adakah kita pasti amalan kita cukup untuk melepaskan diri kita dari azab Allah yang benar di akhirat sana iaitu azab neraka yang amat pedih dan seksa...duduk bertafakur dan renung kembali, bagaimana agaknya kedudukan kita di sisi Allah Yang Maha Esa. Kita semak bermula dari solat kita....
Solat fardhu : Adakah kita tunaikan diawal waktu atau kita lengah-lengahkannya. Berjemaah kah kita (terutamanya bagi lelaki)? Khusyukkah solat kita? Mereka yang dekat di sisi Allah yang dijanjikan syurga adalah mereka yang pertama sekali menjaga solat fardhu mereka. ditunaikan di awal waktu dan berjemaah. Mereka menunggu-nunggu solat ini seumpama untuk bertemu kekasih. Mereka solat dengan khusyuk, seolah-olah berkata-kata dan memuji-muji Penciptanya Yang Maha Agung.
Solat-solat sunat: Adakah kita banyak menunaikan solat-solat sunat untuk menampung kekurangan kesempurnaan solat fardhu kita? Rasulullah s.a.w dan para sahabat banyak melakukan solat sunat terutamanya solat malam sehingga bengkak-bengkak kaki Rasulullah kerana terlalu lama berdiri menunaikan solat malam. Rasulullah telah dijanjikan syurga namun tetap melakukan solat kerana cintanya terhadap Allah. Lalu, kita bagaimana?
Membaca al-Quran : Adakah kita membaca al-quran setiap hari. Begitu hebat amalan orang-orang yang soleh di zaman lampau. Imam As-Sayfie mengkhatamkan al-quran sebanyak 2 kali dalam sehari semasa bulan Ramadahn. Masya-Allah, hebatnya. Kita bagaimana?
Bersedekah: Kalau kita rajin bersedekah, Alhamdulillah. Namun, walaupun kita rajin bersedekah namun sedekah kita tidaklah mencapai walau separuh pun dari harta kita. Sifat bermewah-mewah itu adalah lebih besar dari sedekah yang kita berikan. Ini amat berbeza dengan sahabat Rasulullah seperti Abu Bakar yang mendermakan seluruh hartanya untuk Islam dan Umar mendermakan separuh hartanya untuk jalan Allah. Kita masih tidak sanggup melakukannya.
Lalu bagaimana kedudukan kita?
Rasa takut atau tidak, takut-takut kita tidak lepas dengan hisab Allah di akhirat nanti dan kita dihukum dengan azab api neraka...Nauzubillah....
Akhirat itu benar.
Syurga itu benar...
Dan neraka itu benar...
Jadi, sama-sama kita muhasabah dan mengambil peluang 10 malam terakhir Ramadhan ini, untuk berdoa, menghidupkan malam. Kita mohon supaya diri kita dan keluarga kita, sahabat-sahabat kita, semua muslimin muslimat dijauhkan dari azab api neraka dengan rahmat dan kasih sayang Allah semata.
Jangan kita sombong dan berlagak dari memohon dari Yang Maha Esa.
Di sini saya petik peringatan dari ayat-ayat al-Quran yang menceritakan dahsyatnya Api Neraka supaya hati kita akan lembut dan kembali bertaubat kepada Allah dan memohon supaya kita dijauhkan oleh-Nya dari azab ini..
Surah al- Ghaasiyyah
[Ayat : 1]
Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi.
[Ayat : 2]
Muka (orang yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina.
[Ayat : 3]
Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah.
[Ayat : 4]
Mereka tetap menderita bakaran neraka yang sangat-sangat panas (membakar).
[Ayat : 5]
Mereka diberi minum dari mata air yang menggelegak panasnya.
[Ayat : 6]
Tiadalah makanan bagi mereka (di situ) selain dari pokok-pokok yang berduri.
[Ayat : 7]
Yang tidak menggemukkan, dan tidak pula dapat menghilangkan sedikit kelaparan pun.
[Ayat : 8]
(Sebaliknya) muka (orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri.
[Ayat : 9]
Berpuas hati dengan balasan amal usahanya (yang baik, yang telah dikerjakannya di dunia).
[Ayat : 10]
(Mereka tinggal menetap) di dalam Syurga yang tinggi (tempat kedudukannya dan darjatnya).
[Ayat : 11]
Mereka tidak mendengar di situ sebarang perkataan yang sia-sia.
[Ayat : 12]
Di dalam Syurga itu ada mata air yang mengalir.
[Ayat : 13]
Di situ juga ada pelamin-pelamin (berhias) yang tinggi (tempatnya).
[Ayat : 14]
Dan piala-piala minuman yang disediakan (untuk mereka).
[Ayat : 15]
Dan bantal-bantal yang teratur (untuk mereka berteleku atau bersandar).
[Ayat : 16]
Serta hamparan-hamparan yang terbentang.
[Ayat : 17]
Tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta, bagaimana ia diciptakan?
[Ayat : 18]
Dan keadaan langit, bagaimana ia ditinggikan binaannya.?
[Ayat : 19]
Dan keadaan gunung-ganang, bagaimana ia ditegakkan?
[Ayat : 20]
Dan keadaan bumi, bagaimana ia dihamparkan?
[Ayat : 21]
Oleh itu, berikanlah peringatan kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan.
[Ayat : 22]
Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam).
[Ayat : 23]
Akan tetapi sesiapa yang berpaling (dari kebenaran) serta ia kufur ingkar.
[Ayat : 24]
Maka Allah akan menyeksanya dengan azab seksa yang sebesar-besarnya.
[Ayat : 25]
Sesungguhnya kepada Kamilah kembalinya mereka.
[Ayat : 26]
Selain dari itu, sesungguhnya tanggungan Kamilah soal menghitung amal mereka.
Semoga mendapat manfaat.
Wallahua’lam
Wednesday, August 10, 2011
Tazkirah Ramadhan 3 : Berlalu sudah1/3 Ramadhan
Sedar tak sedar kita sudah masuk pusingan 2/3 Ramadhan. Muhasabah diri kita sekarang, bagaimana prestasi Ramadhan kita kali ini? Adakah masa kita dipenuhkan dengan perkara-perkara kebaikan? Membaca al-Quran, berzikir, sembahyang sunat, sembahyang fardhu di awal waktu dan berjemaah (terutama bagi golongan lelaki) dan bersolat malam. Jika jawapannya YA, alhamdulillah syukur kita panjatkan kepada Allah kerana kita menggunakan Ramadhan yang hanya datang sekali setahun ini, Ramdhan yang penuh keberkatan dengan sebaik-baiknya. Kita tidak tahu samada kita berpeluang lagi untuk bertemu kembali Ramadhan pada tahun hadapan. Jika jawapan kita adalah TIDAK bagi soalan-soalan di atas, ayuh jangan berlengah lagi, rebut peluang untuk 18 atau 19 hari lagi yang berbaki ini untuk melakukannya. Semoga kita tergolong dalam golongan yang mengejar impian yang paling tinggi iaitu mudah-mudahan puasa dapat mendidik kita menjadi orang yang berTAQWA....Insya-Allah...
Bagaimana ingin mencapai ketaqwaan? Rasulullah s.a.w bersabda bahawa TAQWA itu adalah sesuatu yang berkaitan dengan hati. Jadi, untuk mencapai ketaqwaan kita harus mendidik hati kita? Bagaimana mahu mendidik hati menjadi hati yang baik (kalbu salim)? Menurut Imam Al-Ghazali, bagi mendidik hati dan mengawal nafsu kita harus KURANGKAN MAKAN kita, dengan sebab itu Allah wajibkan kita berpuasa selama sebulan untuk mendidik kembali hati-hati kita. Kemudian setelah makan dikurangkan kita dera nafsu dan didik hati kita kembali dengan BANYAKKAN BERIBADAH. Biar nafsu letih dan dengan itu hati akan mudah dididik untuk mencapai ketaqwaan. Oleh sebab itu, di bulan Ramadhan ini, adalah amat-amat digalakkan untuk kita bertadarus, solat sunat tarawikh dan solat malam dengan tujuan mudah-mudahan kita akan tergolong dalam golongan orang-orang yang berTAQWA...Insya-Allah.
Bagi kurangkan makan, waktu berbuka, pantau makanan yang kita ambil. Bukan sahaja pantau kebersihannya namun pantau amaun makanan yang kita ambil, jangan berlebih-lebihan. Bila berbelanja di pasar Ramadhan atau memasak juga kawal supaya tidak terlebih. Dengan itu, kita dapat kawal daripada makan secara berlebih-lebihan semasa berbuka puasa. Makan secara bersederhana juga dapat mengelakkan kita berasa malas untuk beribadah dan berasa mengantuk semasa bersolat tarawikh dan liat untuk solat malam.
Moga-moga Ramadhan yang berbaki ini kita guna sebaik-baiknya. 10 Ramadhan dipertengahan ini, Allah menjanjikan keampunan kepada hamba-hamba-Nya yang memohon keampunan. Semoga kita tergolong di dalam hamba Allah yang diampun dosa-dosa kita...Insya-Allah.
Firman Allah Taala dalam Surah Asy Syu'araa'
Ayat 88
Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun
Ayat 89
Kecuali orang-orang yang mengadap Allah dengan hati yang sejahtera (bersih)
Firman Allah s.w.t di dalam Surah Al-Qalam[Ayat : 34]
Semoga mendapat manfaat.
Wallahua'lam