Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Monday, March 8, 2010

Percaya bomoh

Di harian Metro hari ini terdapat berita satu pasangan telah ditipu oleh seorang bomoh. Disebabkan percaya kepada perkara khurafat, mahu mendapatkan pelaris bagi restorannya, mereka terjebak kepada dosa-dosa yang lain yang datang bagai rantaian. Dapat ubat pelaris (khurafat), isteri diurut oleh bomoh iaitu seorang lelaki tanpa berbaju, ketagih cinta dengan si bomoh akhirnya minta cerai dengan suami. Cerita-cerita sebegini memang menakutkan namun ini bukan kisah pertama yang dipaparkan mengenai penipuan oleh bomoh. Tetapi kenapa masyarakat masih lagi mempercayai mereka dan tidak mengambil pengajaran daripada apa yang telah berlaku sebelum ini?

Jadi, saya perpesan kepada semua agar:

1. Jangan sesekali mengamalkan kepercayaan khurafat seperti ubat pelaris, menaikkan seri dan lain-lain lagi. Perbuatan ini merupakan dosa besar dan harus dijauhi oleh sesiapa pun.

2. Jangan sesekali melakukan kejahatan atau berkawan dengan orang jahat kerana kejahatan yang akan dibuat nanti akan menjadi seperti rantaian, lepas satu, satu lagi dosa akan dilakukan tanpa dapat dielakkan lagi. Benar seperti kata pepatah “Buat jahat jangan sekali”.

Friday, March 5, 2010

Berniaga sunnah Rasulullah s.a.w.


Saya tertarik dengan satu artikel dalam utusan Malaysia kelmarin. Cerita mengenai seorang wanita dan suaminya berhenti kerja makan gaji dan mengusahakan tanaman cili disebabkan minat dalam bidang pertanian. Usaha mereka membuahkan hasil yang amat lumayan, RM11k sebulan, wah!!! Namun, bukan mudah usaha mereka ini membanting tulang. Kerja seawal 7.00 pagi hingga 6.30 petang.... Saya kagum pada semangat, kerajinan dan usaha mereka ini. Ini adalah kejayaan hasil minat bertepatan macam entry saya sebelum ini love your work….

Macam yang selalu kita dengar sejak dulu-dulu lagi, Rasulullah s.a.w sendiri pernah bersabda bahawa 9/10 punca rezeki adalah daripada perniagaan.

Berniaga….

Kalau diperhatikan orang Melayu tidak ramai yang menceburi bidang ini berbanding orang Cina.
Di mana-mana kita tengok, kalau rumah-rumah kedai yang ada samada yang lama atau yang baru dibuka dipelopori oleh orang bukan Melayu. Kadang-kadang terfikir di fikiran saya, banyak betul duit mereka ini ye. Kelihatan mereka ini amat yakin dalam bidang ini. Di mana sebenarnya kekuatan yang didapati oleh diri mereka untuk memulakan perniagaan? Adakah betul terdapat persatuan di kalangan mereka yang membantu mereka? Begitu kuat semangat dan silaturrahim di antara mereka sehinggakan dapat membantu di antara mereka. Sepatutnya kita orang Islam lagi-lagi perlu bersatu berdasarkan semangat keislaman yang diajar oleh junjungan mulia Rasulullah s.a.w.

Orang Melayu kebanyakkannya lebih suka bekerja makan gaji.

Orang melayu lebih suka berada dalam zon selesa (comfort zone) atau makan gaji dan takut menghadapi risiko.

Jadi, adakah kita tidak yakin dengan sabda Rasulullah s.a.w?

Yang ada banyak orang melayu yang suka melibatkan diri dalam MLM, kurang risiko dan boleh dapat untung berlipat ganda katanya dalam masa yang singkat. Segala janji-janji manis yang ditaburkan oleh syarikat-syarikat MLM ini telah mengaburi ramai orang Melayu. Ramai yang telah terjebak. Ada yang berjaya dan ada yang gigit jari. Tapi apa hukumnya? Tauke-tauke besar MLM ini pula kebanyakkannya orang Cina dan mempergunakan orang Melayu yang dijanjikan kekayaan dalam sekelip mata. Kalau mahu keterangan lanjut mengenai hukum MLM boleh tengok laman web Ustaz Zaharuddin.

Kalau ada pun orang melayu yang berani menceburi bidang perniagaan, kebanyakkan mereka saya perhatikan tidak mengikut ajaran Rasullah, cara bagaimana Rasullah berniaga. Rasullah s.a.w berniaga yang mengamalkan sikap jujur dan tidak mengambil keuntungan yang melampau. Sikap kebanyakkan orang melayu yang berniaga pula sebaliknya:

1. Mahu cepat kaya dan keuntungan yang melampau.

Cerita saya: satu hari saya ke café tempat kerja saya. Saya membungkus lauk sup cendawan kelabu sebanyak untuk seorang makan. Bila nak membayar, tahu berapa harga sup itu? RM4…saya amat terperanjat. Mahalnyer, tuan punya café tu boleh cakap, cendawan ini mahal dik, saya. Saya pernah membeli cendawan ini kat GIANT yang RM5 blh dua kali masak, dan setiap kali masak boleh dapat seperiuk…jadi saya tidak segan membatalkan membeli sup itu.

2. Tidak berdisiplin dan tidak pandai menjaga pelanggan.

Cerita saya; saya pernah menempah pintu besi untuk bahagian dapur. Dia berjanji boleh siap dalam masa dua hari. Apabila ditunggu-tunggu pada hari berkenaan, tidak juga sampai-sampai. Kami pula yang menelefon. Dia cakap sebab cat belum kering jadi kena tangguhkan pasang pintu itu. Sepatutnya jika seorang peniaga yang baik, mereka seharusnya menghubungi pelanggan untuk memberitahu sebab kelewatan bukannya pelanggan pula yang telefon dan tertunggu-tunggu.

3. Sikap dengki mendengki dengan rakan sesama perniagaan yang dilihat lebih berjaya dari diri mereka sehingga sanggup membuat perkara-perkara yang dilarang oleh Allah.

Memang tidak dinafikan terdapat orang Melayu yang bagus dalam perniagaan. Namun ditenggelami oleh mereka-mereka yang tidak mengikut sikap sebenar yang seharusnya diamalkan oleh orang Islam. Sikap mereka ini menyebabkan sesetengah daripada kita serik untuk berurusan dengan peniaga Melayu. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Bak kata sahabat cyber saya Nashwa (syanasHwa’s notes), baik kita tolong diri kita dulu sebelum fikir untuk menolong orang lain yang tidak memikirkan untuk menolong diri mereka sendiri.
Saya pun berniat untuk memulakan perniagaan pada suatu masa nanti kerana ingin meneruskan sunnah Rasulullah dan menunjukkan keyakinan kepada sabda Rasulullah s.a.w. yang kita sanjungi dan kasihi.

Sebenarnya banyak sangat kelebihan berniaga ini dan memang bertepatan dengan hadis Rasulullah jua. Bila berniaga menjadi satu sumber rezeki kita, kita pasti akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakannya. Berbeza dengan kerja makan gaji. Jika kerja bersungguh atau tidak, hujung bulan sudah pasti gaji akan masuk. Jika kerja sambil lewa, di situ keberkatan sudah hilang. Dengan berniaga juga, masa kita dengan keluarga akan jadi lebih flexible, tidak terikat dengan undang-undang ciptaan manusia seperti punch card atau sebagainya. Bila masa lebih flexible hati pun rasa tenang. Ketenangan adalah punca kesihatan. Percaya atau tidak kebanyakan masalah kesihatan yang ada pada masa kini adalah berpunca daripada tekanan. Jadi dengan masa yang berkualiti bersama keluarga, anak-anak tidak merasa diri mereka diabaikan maka hati kita pun merasa tenang. Anak-anak juga akan menjadi anak-anak yang berkualiti. Namun, dalam perniagaan yang baik dan berkat, sikap jujur, mementingkan pelanggan haruslah diamalkan. Jika amalan mengaut keuntungan yang melampau dan tidak jujur diamalkan, rezeki yang dapat tidak berkat dan akan melahirkan anak-anak yang degil. Semuanya ini bagai rantaian dalam kehidupan.

Saya sentiasa berangan untuk mencapai impian saya.

1. Membuka sebuah klinik. Bukan kekayaan yang dikejar namun mungkin ianya boleh menjadi jalan untuk saya berbakti kepada masyarakat dan membawa bekal di akhirat sana. Di samping tidak mengabaikan keluarga. Dua-dua dapat. Bahagia dunia dan juga Insya-Allah bahagia di akhirat.

2. Membuat kebajikan dengan membantu orang-orang miskin dan anak-anak yatim mendapatkan perkhidmatan perubatan dengan bayaran berpatutan. Jika pembaca pernah terbaca atau lihat di television, banyak orang-oarang kaya Eropah, artis-artis mereka dan juga ahli-ahli sukan mereka yang terkenal dan kaya raya membuat kebajikan dengan membantu orang-orang miskin. Sepatutnya kita orang-orang Islam lagi patut harus lebih bersemangat kerana kita yakin dengan balasan Allah di hari akhirat dan janji Allah bahawa sesiapa yang rajin bersedekah, Allah akan lipatgandakan lagi rezeki kepadanya.

3. Jika saya telah mempunyai duit yang banyak, saya akan mewujudkan sistem pinjaman yang dapat membantu para doktor lain membuka klinik sendiri. Untuk pengetahuan semua, orang-orang Yahudi berjaya di dalam bidang perniagaan kerana mereka saling membantu di antara satu lain. Jika ada orang muda yang mahu membuka perniagaan dan ideanya amat bagus sekali mereka akan membantu dengan pemberian modal tanpa faedah. Hebat bukan? Itu lah kejayaan perniagaan yang ditanggung oleh kesatuan mereka ini seperti Dell dan banyak lagi. Saya amat berharap suatu hari nanti saya dapat membantu orang-orang Islam pula dengan cara sedemikian.

4. Mahu mewujudkan sistem biasiswa bagi membantu orang-orang miskin melanjutkan pelajaran macam Syed Al-Bukhari buat sekarang.


Terlalu tinggi bukan cita-cita saya..:)….namun, saya akur bahawa impian ini harus datang dengan usaha dan perancangan rapi. Setiap kejayaan tidak akan datang dengan bergolek…..

Monday, March 1, 2010

Hikmah tidur sebentar ditengahari..sunnah Rasulullah mengikut kajian sains

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah s.a.w

Hari ini saya terbaca mengenai kajian yang dijalankan oleh seorang pakar sains Matthew Walker, PhD, an assistant professor of psychology at University of California, Berkeley. Kajian yang dijalankan mendapati jika seseorang tidur sebentar di waktu tengahari, kebolehan otaknya untuk menjadi lebih bijak dan cekap adalah lebih baik berbanding dengan mereka yang tidak mengamalkannya...


Subhanallah...ini amat bertepatan dengan sunnah Rasulullah s.a.w yang menyarankan agar kita tidur sebentar sebelum masuk waktu solat zohor. Sunnah ini telah saya dengar sedari bangku sekolah lagi namun tiada penjelasan yang jelas mengenai kebaikannya.
Sekarang telah terbukti kebaikannya melalui kajian sains untuk membuka minda bagi mereka yang mahu berfikir....


Jom sama-sama kita mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w. ini . Saya amat yakin setiap amalan baginda mempunyai kebaikan dari pelbagai aspek samada aspek fizikal dan juga spiritual.


Mana kita tahu, mungkin juga para saintis ini juga mengkaji hadis Rasullullah dan membuktikannya melalui kajian sains...jika benar, semoga Allah membuka pintu hati mereka untuk menerima hidayah daripada-Nya...

Monolog diri...Mengenang Rasulullah

Selawat dan Salam ke atas junjungan mulia Rasulullah s.a.w…

Duhai Rasulullah....
Diri ini sentiasa teringin untuk melihat wajahmu yang digambarkan seindah bulan
Melihat akhlakmu yang amat terpuji
Terasa getaran didalam diri ini apabila mendengar kisah-kisahmu
Selalu teringin untuk sampai menziarahi makammu
Diriku sentiasa berdoa agar dapat bersama-sama berkumpul bersamamu di syurga di hari akhirat nanti

Namun, mengenangkan diri ini yang penuh dengan dosa
Membuatkan diri ini malu dan terfikir
Adakah layak untuk diri ini bertemu dan berkumpul denganmu di akhirat nanti?

Diri ini tahu bahawa orang paling dikasihi oleh dirimu adalah umatmu yang selalu berselawat ke atas dirimu dan mengamalkan sunnahmu

Namun, kelalaian diri ini kepada perkara dunia membuatkan jarang berselawat ke atas dirimu
Sunnahmu jua culas untuk diamalkan

Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau kurniakanlah kekuatan untukku untuk melawan bisikan nafsu mazmumah yang bersarang di dalam diriku ini. Berikanlah kekuatan pada diriku Ya Allah untuk melawan bisikan syaitan yang terkutuk. Tunjukanlah jalan yang lurus kepadaku Ya Alah. Ya Allah semoga aku dan keluargaku akan dapat berkumpul bersama-sama Rasulullah s.a.w di dalam syurga di akhirat nanti. KepadaMu lah jua tempat hambaMu ini memohon pertolongan…Amin Ya Rabbal Alamin….

Ulasan mengenai kes adik Shafiah

Saya tidak membaca suratkhabar mahupun menonton berita cuti hujung minggu baru-baru ini…huhu

Pagi-pagi bila melayari internet hari ini, baru lah terbaca mengenai kes adik Shafiah di blog Fid dan Ummuammar. Kemudian saya juga membaca berita di Harian Metro dan Utusan Melayu Online.

Sememangnya kisah ini pilu dan sadis. Semua orang merasa marah terhadap si pembunuh malah kepada ibu Safiah berikutan insidens ini. Macam-macam pendapat dikeluarkan malah di pejabat saya juga agak panas dengan berita ini. Setelah membaca kesemua cerita, ini ulasan daripada saya yang merupakan seorang Islam, seorang ibu, isteri dan juga seorang anak. Punca segala masalah ini berlaku adalah kerana KEJAHILAN ibu Safiah, si pembunuh malahan datuk dan nenek Safiah sendiri terhadap ilmu samada ilmu dunia dan juga ilmu akhirat.

Kenapa saya berpendapat sedemikian?

Jahil ilmu agama:

1. Ibu mangsa dan teman lelakinya bersekedudukan tanpa ikatan perkahwinan dan melahirkan anak luar nikah. Maknanya mereka hidup dalam keadaan berzina dalam beberapa tahun tanpa rasa bersalah malah mereka mengaku mereka adalah suami isteri (berbohong).

2. Datuk dan nenek mangsa tidak menegur perbuatan bersekedudukan anaknya walaupun mengetahuinya.

3. Ibu mangsa memberitahu bahawa suaminya yang berada di penjara tidak mahu menceraikannya sebab itu beliau bersekedudukan. Jika benar inilah sebabnya bermakna beliau dan orang yang rapat dengan beliau amat jahil mengenai ilmu agama. Ini kerana jika suaminya dipenjara dan menjalani hukuman penjara yang lama, beliau sememangnya layak untuk menuntut fasakh. Kenapa beliau tidak bertindak sedemikian?

4. Ibu mangsa yang jahil telah bersekedudukan dengan orang yang jahil yang malahan seorang penagih dadah. Apa yang boleh diharapkan daripada seorang penagih dadah dalam mendidik diri sendiri, isteri dan anak-anak?


Kejadian ini memang amat memilukan hati-hati kita semua. Tidak dapat kita bayangkan bagaimana seorang anak kecil yang tidak berdosa didera hingga mati. Kemungkinan juga sewaktu kejadian, si pembunuh berada dalam keadaan khayal kerana semasa dia ditangkap, ujian air kencing menunjukkan positif dadah.

Namun begitu, ayuh kita mengambil sudut positif daripada kejadian ini.

1. Alhamdulillah, sebagaimana yang kita orang ISLAM percaya, adik Shafiah sememangnya telah dijanjikan SYURGA, damailah adik di sana.

2. Dapatkah kita bayangkan Safiah yang akan dibesarkan oleh sebuah keluarga yang rosak (broken family) yang sebegini, apa yang kita harapkan? Ibu ayah yang berzina. Ayah seorang penagih. Apa yang boleh kita harapkan?

3. Kejadian ini membuka kisah perzinaan ibu mangsa dan suspek yang telah sekian lama bergelumang dengan dosa. Mungkin ini hikmahnya ALLAH mahu menyedarkan ibu mangsa dan si pembunuh mengenai dosa besar yang beliau lakukan selama ini. Semoga beliau akan insaf dan kembali ke pangkal jalan.

4. Kejadian seperti ini maksud saya kes perzinaan, penderaan kanak-kanak sememangnya telah berleluasa di Negara kita. Ini merupakan salah satu kisah daripada puluhan kisah-kisah lain lagi yang telah berlaku. Ini menjadi cabaran untuk:
a. Para pemimpin untuk mencari jalan terbaik bagi membendung perkara ini.
b. Para ilmuwan agama
c. Para pendidik
d. Malahan ibu bapa
e. Masyarakat juga

5. Kita boleh mengutuk perbuatan ini namun apa langkah yang sepatutnya kita ambil untuk mengelakkannya daripada berulang?Atau kita tidak tahu atau tidak mahu berbuat apa-apa kerana kita fikir kita dan keluarga kita tidak terlibat dalam masalah demikian.

6. Punca segala masalah ini adalah tiada pendidikan agama yang kukuh di kalangan masyarakat. Seks luar nikah, dadah, penderaan kanak-kanak dan segala macam penyakit masyarakat inilah puncanya.

7. Mungkin pendidikan sekarang yang terlampau menekankan sistem peperiksaan semata-mata perlu dikaji semula.

fikir-fikirkan....

Thursday, February 4, 2010

Kung Fu Panda...akibat terlalu dimanjakan...



Akhir-akhir ini boleh dikatakan setiap hari selepas balik dari rumah pengasuh, Aqilah akan minta saya pasangkan DVD Kungfu Panda sebelum dia menyusu dengan saya. Dia akan meminta saya dengan menyebut perkataan “ukk” sambil memegang kakinya seolah-olah berkungfu lar…hehe…Bila sudah terlalu kerap menonton, secara tidak sedar Aqilah sudah belajar perkataan English dari cerita tersebut iaitu ‘coming’ dan ‘noodle’ dan ‘what’ (dia sebut dengan sebutan pelatnya), dan yang paling pasti sebelum karakter dalam filem tersebut menyebutnya, dia sudah tahu babak mana yang dia akan menyebut perkataan tersebut bersama watak-watak dalam filem tersebut…huhu….

Menyentuh filem Kungfu Panda, memang terdapat banyak pengajaran yang boleh kita ambil daripada cerita ini (ini di antara sebab kadang-kadang saya lebih suka menonton filem daripada Negara luar kerana ia membawa banyak mesej yang boleh dijadikan pengajaran berbanding Malaysia). Perkara yang menyentuh perasaan saya sebagai seorang ibu dalam filem filem ini berkenaan watak Sifu dan Tai Lung. Dalam filem ini menceritakan mengenai Sifu yang merupakan bapa angkat kepada Tai Lung. Sebagai seorang bapa beliau telah membesarkan Tai Lung dengan penuh kasih sayang. Segala permintaannya dituruti dan di masa yang sama beliau menanamkan harapan bahawa Tai Lung adalah Dragon Warrior yang dinanti-nantikan selama ini dengan melihat kebolehannya yang luar biasa di dalam bidang KungFu. Namun peribadi Tai Lung telah rosak akibat terlalu dimanjakan. Dia tidak dapat menerima hakikat bahawa beliau bukanlah Dragon Warrior yang dinanti-nantikan apabila dirinya dinafikan oleh Master Oogway. Akibatnya dia telah mengamuk dan membawa kerosakan bukan sahaja kepada kampungnya malahan lebih-lebih lagi kepada hati Sifu yang membesarkannya. Akibatnya Tai Lung telah ditumpaskan oleh Master Oogway dan dipenjarakan.

Sewaktu hari di mana Master Oogway yang terkenal dengan kebijaksanaanya membuat keputusan untuk memilih Dragon Warrior, beliau telah berpesan kepada sifu,

“Whoever I choose as a dragon warrior not only bring peace to the valley but also to you (sifu)”

Akhirnya Tai Lung telah dapat melepaskan diri daripada penjara yang dikawal oleh 1000 pengawal dan mempunyai hanya satu jalan keluar dan satu jalan masuk dengan kehebatan dan kecekapan dirinya. Kesemua 1000 orang pengawal penjara telah tewas berdepan dengan dirinya seorang sahaja. Dia kemudiannya bertarung dengan Sifu sendiri, bapa angkat yang telah membesarkannya dengan penuh kasih sayang. Apa yang diinginkan di hatinya hanyalah menjadi KungFu Warrior yang terkuat. Tiada lagi nilai kasih dirinya kepada bapa angkatnya. Tai Lung akhirnya mati di tangan Kungfu Panda bernama Po yang sebenarnya tidak sekuat dan sehebatnya dalam berkungfu. Babak akhir filem ini menggambarkan Sifu berada dalam keadaan benar-benar tenang setelah mengetahui Tai Lung telah mati. Seolah-olah beban yang tergalas di bahunya selama ini akibat kesalahan dirinya telah hilang sama sekali.

Anak-anak memang merupakan cahaya mata dan penyejuk hati kita. Di kala kita keletihan pulang daripada kerja, terpandang sahaja muka anak terasa hilang rasa kepenatan. Telatahnya, gelak ketawa mereka menjadi penghibur dan mengikat kasih sayang antara suami-isteri. Namun sebagai ibubapa, kita semua harus sentiasa ingat. Ingat bahawa tanggungjawab kita mendidik anak-anak adalah amanah Allah. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w, “anak-anak adalah ibarat kain putih, ibubapalah yang menentukan samada mereka menjadi,yahudi, majusi atau nasrani”. Kesilapan kita mendidik mereka bukan sahaja akan kita tanggung di dunia malahan akan di bawa ke akhirat, mengadap Allah s.w.t apabila dihisab. Keadaan kita tidak sama dengan dalam filem KungFu Panda dimana seolah-olah masalah telah selesai apabila Tai Lung mati. Mahu tidak mahu kita terpaksa menerima hakikat sebagai hamba di muka bumi hidup kita adalah infiniti. Infiniti bukanlah bermaksud kita akan hidup selamanya di dunia tetapi setelah kita mati kita akan hidup semula dalam bentuk roh di alam kubur dan di alam akhirat. Itulah seolah-olah digambarkan hidup kita ini adalah infiniti. Anak kita akan selamanya akan menjadi anak kita sampai bila-bila hingga ke hari akhirat. Kita sebagai ibubapa akan dipertanggungjawabkan dengan apa amanah yang diberikan oleh Allah kepada kita untuk mendidik anak-anak. Kedengaran amat berat sekali bukan. Ya, sememangnya tanggungjawab mendidik anak-anak harus diberi priority yang paling teratas dalam kehidupan kita. Sebagaimana yang dikatakan oleh Ustaz Zaharuddin mendidik anak-anak sebenarnya perlu perancangan daripada ibubapa bukan secara spontan. Anak-anak tidak boleh dididik secara spontan. Jika untuk mencapai kejayaan dalam apa-apa bidang sekalipun kita perlukan kepada ilmu samada secara formal atau tidak formal, begitu juga di dalam proses mendidik anak-anak. Jadi perlu diingat kita sebagai ibubapa dari semasa ke semasa sentiasa mempertingkatkan diri dalam mencari ilmu untuk menjadi ibubapa yang cemerlang. Jangan hanya ingat untuk banyakkan bilangan anak namun tidak mendidik mereka dengan sempurna. Natijahnya akan kita tanggung sampai bila-bila.

Sekali lagi menyentuh filem di atas didapati sikap terlalu memanjakan dan memewahkan anak-anak akhirnya akan menjadi racun. Bukanlah saya maksudkan kita perlu mendidik anak-anak dengan cara memarahi, mengherdik anak-anak. Pendekatan memarahi, mengherdik dan tidak menunjukkan rasa kasih sayang juga adalah salah. Jadi pendekatan yang perlu adalah keseimbangan di antara kasih sayang dan tunjuk ajar kepada anak-anak dan yang paling penting bagi saya sentiasa perlu ada komunikasi di antara ibubapa dan anak-anak. Komunikasi yang dimaksudkan tidak termasuk berleter yer…hehe…

Bagi diri saya, saya kini telah memasuki fasa kedua pendidikan anak-anak bagi anak saya Aiman. Memang saya perhatikan ada perbezaan di antara fasa 1 dan fasa 2. Ini kerana semasa umur 1-6 tahun, ibubapa adalah tumpuan (center) bagi setiap anak-anak. Biasanya pada waktu ini kurang masalah akan timbul. Namun bila mencapai umur 7 tahun, kawan-kawan juga perkara yang utama (center) bagi seorang kanak-kanak, ditambah lagi jika ibubapa banyak anak yang lain perlu diberikan perhatian. Di waktu usia ini ditakuti kita akan terlepas pandang untuk mendidik anak-anak kita, sedangkan di waktu umur inilah iaitu di antara 7-14 tahun akan menentukan personaliti anak-anak di waktu dewasa kelak. Jadi, bagi mengingatkan diri saya sendiri dan para ibu bapa di luar sana agar jangan terlepas waktu keemasan ini. Berikut adalah panduan yang di ajar oleh Rasulullah s.a.w dalam mendidik anak-anak:

Umur 1-7 tahun : membesarkan anak dengan penuh kasih sayang
Umur 7-14 : waktu untuk mengajar anak-anak berdisiplin
Umur 14-21 : waktu di mana menganggap anak sebagai kawan dan tempat anak untuk
berbincang
Umur 21 : Melepaskan anak-anak untuk ke alam dewasa
Perkara yang paling penting pada pendapat saya adalah terapkan nilai-nilai dan ilmu islam di dalam diri anak-anak. Sentiasa ingatkan pada diri mereka tentang adanya Allah. Allah melihat apa yang mereka buat walaupun ibubapa tidak ada. Jadikan juga sembahyang berjemaah sebagai rutin dalam keluarga kerana di waktu itu kita bersama satu keluarga berzikir dan berdoa bersama-sama untuk kebahagian keluarga (jika boleh, bacalah doa di dalam bahasa melayu agar ianya sama-sama dapat difahami dan dihayati oleh anak-anak yang akan mengaminkan doa tersebut) dan bersalaman dan berpeluk-pelukan selepas itu. Suasana tersebut amat harmoni sekali, tidak dapat digambarkan ketenangan di waktu itu....
Itu sahaja buat kali ini. Entry ini di tulis juga sebagai ingatan buat diri ini yang kadang-kadang lupa dan terleka.....
Semoga memberi manfaat buat anda jua....

Thursday, December 17, 2009

ILMU YANG TIDAK DIAJAR


Sejak akhir-akhir ini saya sering marah dan hilang sabar dengan perangai Aiman.

Perangainya yang sengaja suka mengusik adiknya dan membuatkan adiknya menangis.

Perangainya yang tiada tumpuan bila mengaji. Mengaji 10 minit sudah resah gelisah, menangis, mahu cepat-cepat habis mengaji kerana ingatkan TV atau main computer game.

Perangai suka merajuk.

Suatu hari, suami saya menegur saya supaya jangan terlalu marahkan Aiman. Kalau ingin tegur katanya biarlah secara toleransi dan berhikmah. Katanya takut-takut membantutkan perkembangan emosi dan jiwanya. Teguran suami membuatkan saya tersentak dan tersedar.

Memang benar, saya melihatnya dari pengalaman saya sendiri. Di kalangan anak kakak-kakak dan abang-abang saya malah di sebelah keluarga suami juga, biasanya anak sulung selalu kena marah dengan teruk dengan mak dan ayah mereka. Kadang-kadang tanpa sebarang sebab yang munasabah mereka dimarahi dan dirotan. Saya melihat sendiri, anak-anak ini di awal usia mereka, mereka kelihatan sangat cerdik dan petah bercakap namun akhirnya potensi diri mereka seakan terbantut. Terbantut akibat selalu dimarahi dengan emosi oleh ibu atau bapa. Dulu, saya bertekad tidak mahu perkara yang sama berlaku kepada anak-anak saya. Dan kini, seolah-olah saya sudah mulai lupa tekad saya bila emosi menguasai diri. Astagfirullahalazim….

Saya mula muhasabah diri.

Memang benar, sudah lama saya kurang memberikan tumpuan kepada Aiman. Sejak Aqilah lahir sudah jarang saya memeluknya. Sedangkan dahulu, Aiman tidak akan dapat tidur sebelum saya memeluknya sehinggalah dia terlena. Jika sedang menonton TV juga dia kadang-kadang mengada-ngada baring disebelah saya minta dipeluk. Ya, sudah lama saya tidak memeluknya. Sedangkan, di usia sepertinya masih perlukan ciuman sayang dan pelukan dari ibu sekali-sekala.
Saya rasa amat bersalah. Memang saya bersalah pada Aiman.

Di suatu petang hujung minggu

Aqilah sudah nyenyak tidur di dalam buai selepas kenyang menyusu dan didodoikan.
Aiman pula sedang khusyuk menonton TV, duduk di atas sofa.
Saya mengambil sebiji bantal dan berbaring di sofa yang sama.

“Aiman, marilah baring sebelah ibu, lama dah ibu tak peluk Aiman”

Aiman menolak sambil menggeleng kepala.
Saya tidak memaksa.
Kemudian, dia datang dan berbaring di sebelah saya.
“Dulu, ibu selalu peluk Aiman kan” sambil saya memeluknya.

Aiman mengangguk.

“Ibu sayang Aiman tau”

“Tak” jawab Aiman dengan mukanya yang masam.

“Betul, ibu sayang sangat Aiman. Ibu marah-marah tu sebab ibu sayang lar. Kalau orang tu buat jahat, tapi ibu dia tak tegur dia, itu sebenarnya lagi tak sayang. Dia tak marah, nanti lama-lama anak dia jadi lagi jahat”

Aiman diam tanpa menunjukkan sebarang reaksi samada setuju atau tidak.

“Aiman ingat tak drama yang kita tengok kat Singapore dulu tu”

Aiman mengangguk. Ternyata drama itu memberi kesan pada jiwanya.

“Kan, dalam drama tu, ada kakak yang jahat, pastu ibu dia tak tegur dia, jadi dia jadi lagi jahat”

“A’ah…Dia marah nenek dia kan, sian nenek dia. Nenek kan tak sihat. Pastu dia bawak balik kawan lelaki, nenek suruh mak dia tegur, mak dia tak nak, takut dia lari. Pastu mak dia tutup pintu, terhantuk kepala nenek, sian nenek tu”

“Ha…itu baru betul tandanya tak sayang…Sebab bila buat jahat, kemudian jadi makin jahat sebab tak ditegur, nanti masa hari Akhirat, Allah masukkan dia dalam api Neraka…Ibu tak nak macam tu…Ibu nak,Aiman, Adik Aqilah, ayah dan ibu masuk syurga sama-sama nanti”

“Macam cerita hari tu kan ibu (yang dimaksudkan cerita Gladiator-cerita ini buat saya menangis di akhir cerita…mmg sedih…). Orang jahat bunuh mak dia (maksud Aiman, isteri pelakon utama) dan anak dia. Pastu dia jumpa balik dalam syurga kan ibu….”

“Macam tu lah ibu nak…Kita sama-sama nanti jumpa balik dalam syurga….”

Aiman menunjukkan wajah ceria kembali….

“Ibu nak Aiman ingat sampai bila-bila ibu sayang sangat kat Aiman tau. Kalau ada apa-apa masalah bagitau ibu yer..”

Aiman mengangguk.




Di suatu pagi di dalam kereta

Hari ini Aiman ingin mengikut saya pergi kerja. Boring katanya duduk di rumah pengasuh. Saya tidak membantah.

Dalam perjalanan ke tempat kerja, Aiman membuka dashboard dan mengambil muqaddam di dalamnya. Aiman mengambil dan membelek muqaddam.

Sebenarnya sudah lama saya membeli muqaddam ini untuk Aiman, namun asyik lupa ajer mahu membawanya masuk. Saya mahu mencuba pendekatan menggunakan muqaddam pula untuk membantu Aiman pandai mengaji. Saya diberitahu oleh seorang penceramah (beliau seorang mualaf),kebanyakkan mualaf lebih cepat pandai membaca Al-Quran menggunakan muqaddam berbanding dengan menggunakan Iqra’. Mungkin ada benarnya kerana seingat saya (ingat-ingat lupa), saya belajar muqaddam semasa umur 6 tahun. Umur 7 tahun sudah baca Al-Quran besar. Aiman pula belajar membaca Iqra’ seawal umurnya 4 tahun lagi. Sekarang berada di tahap Iqra’ 5. Saya dan suami target, darjah satu kalau boleh sudah start Al-Quran besar. Jadi, saya ingin mencuba muqaddam, tengok-tengok kalau lebih bagus.

“Kenapa ibu beli ini (Muqaddam)?”Aiman bertanya semasa saya memandu kereta.

“Sebab Aiman asyik tertukar-tukar jer huruf masa baca Iqra’”

Sambil membelek muqaddam, Aiman cuba membacanya. Namun ternyata beliau masih tertukar-tukar di antara huruf jim, ha, kho: di antara huruf ain dan ya: di antara sod dan tho: di antara dho dan zho.

“Kan, betul Aiman masih lagi tertukar-tukar”

Teguran saya membuatkannya merajuk. Tak mahu lagi meneruskan pembacaan.

“Ibu sedih lar macam ni. Nanti kalau kat hari akhirat, Allah tanya ibu kenapa ibu tak ajar betul-betul Aiman baca Quran, apa ibu nak jawab? Nanti Allah rotan ibu, hancur badan ibu. Ayah pun kena rotan juga. Aiman pun sama. Kan, Aiman sendiri cakap Aiman cepat tangkap (pick-up). Dialog cerita Upin dan Ipin Aiman boleh hafal kenapa tidak Al-Quran?(Aiman boleh hafal boleh katakan setiap dialog dalam cerita GENG-Upin Ipin). Ibu betul-betul sedih lar macam ni….betul-betul sedih”

Aiman membatu. Kemudian, dia cuba mengambil hati saya semula dengan cuba membaca dengan betul. Namun, saya tidak dapat memberikan perhatian penuh kerana sedang memandu dan kejar punch card…

Di waktu petang, balik dari rumah pengasuh, kami bertiga lepak di dalam kereta sebelum masuk ke rumah. Aqilah tunjukkan isyarat mahu berbaring di atas kerusi kereta. Lalu kami berbaring bersama-sama di dalam kereta sambil gelak-gelak…Aiman mencapai Muqaddam. Cuba membaca dengan betul. Dan kali ini tiada kesilapan lagi. Tiada lagi tertukar-tukar.
“Haa…macam tu lar, baru betul”

Aiman tersenyum

“Aiman rasa seronok lar ibu. Kenapa yer rasa seronok yer ibu bila dapat baca dengan betul?”

“Memang lar rasa seronok kalau kita pandai. “

“Malam ini, Aiman nak baca Muqaddam lar ibu”

Malam itu, tanpa di suruh, selepas azan maghrib, Aiman mandi dan bersiap-siap untuk mengaji tanpa disuruh atau dipaksa….Alhamdulillah, ibu harap keadaan ini akan berterusan...aku bersyukur kepada-Mu Ya Allah….

Ya Allah, Aku bersyukur dengan nikmat yang Engkau berikan kepadaku Ya Allah.
Sesungguhnya aku hamba-Mu yang lemah.
Berilah petunjuk kepadaku dan juga suamiku di dalam usaha kami mendidik anak-anak kami.
Semoga anak-anak kami Muhammad Aiman dan Nur Alisha Aqilah akan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah….
Sesungguhnya ilmu ini tidak pernah kami pelajari di mana-mana Ya Allah. Petunjuk dari-Mu Ya Allah kami pinta, semoga Engkau dengarlah rintihan kami Ya Allah, rintihan dari hambaMu yang lemah dan hina ini, Ya Allah…..Amin…Ya Robbal Alamin

Tuesday, November 24, 2009

BAPA YANG DERHAKA

Kita biasa dengar istilah anak derhaka tapi pernah tak dengar bapa yang derhaka???Saya secara ikhlasnya tak pernah dengar. Tazkirah ini disampaikan oleh suami saya kepada saya secara santai waktu bulan puasa hari tu. Beliau mendengar ceramah ini selepas solat tarawikh di masjid bandar kinrara.

Bapa yang derhaka

Pada zaman Rasulullah s.a.w, beliau didatangi oleh seorang lelaki yang memohon dihukum anaknya kerana mendakwa anaknya adalah seorang anak yang derhaka. Maka si anak bertanyakan kepada Rasulullah, jika ayahnya mendakwanya dia seorang anak yang derhaka, dia ingin tahu apakah ada ciri-ciri seorang bapa yang derhaka pula? Maka Rasulullah s.a.w menjawab, memang benar terdapat 3 ciri seorang bapa yang derhaka iaitu:

1. Tidak memberikan nama yang baik kepada anaknya.

Ini termasuk memberi nama yang tiada makna langsung. Contohnya gabungan di antara nama ayah dan si ibu. Atau memberi nama yang mempunyai makna yang tidak elok.

2. Memilih isteri iaitu bakal ibu kepada anak ini dari golongan yang tidak baik.

Si ibu secara semulajadi adalah lebih rapat dengan si anak. Bermula daripada dalam kandungan selama 9 bulan hinggalah melahirkan, disusukan, diasuh dan dididik kebanyakkan oleh si ibu. Ikatan emosi dan sifat di antara si anak dan si ibu adalah terlalu kuat. Jadi, jika si ibu adalah seorang yang berakhlak baik, kuat semangat, sabar, maka si anak akan menjadi seorang anak yang soleh. Namun jika si ibu berakhlak buruk , maka si anak akan terdedah menjadi anak yang tidak baik. Oleh itu, bagi bakal ibu atau ibu-ibu sendiri termasuklah diri saya sendiri perlu muhasabah diri sendiri, jika ada perkara yang tidak elok pada anak kita, kemungkinan besar adalah daripada diri kita sendiri...

3. Si bapa yang tidak mengajar Al-Quran kepada anaknya

Perkara yang paling baik dan afdal adalah kita sebagai ibubapa harus sendiri mengajar Al-Quran kepada anak masing-masing. Namun jika ada halangan umpamanya tiada masa, kita boleh menghantar anak kita belajar Al-Quran dengan ustaz/ustazah tetapi sekali-sekala kita sendiri mengajar Al-Quran kepada anak masing-masing. Saya sangat bersetuju kerana dengan cara ini dapat merapatkan hubungan kita dengan anak disamping dapat memupuk rasa hormat anak kepada ibu bapa juga.

Jadi fikir-fikir dan renung-renungkan..adakah kita tergolong di dalam golongan ibu bapa yang derhaka sebelum kita labelkan anak kita anak derhaka...

Wallahua'lam...

Peringatan buat diriku jua....

Semoga jumpa lagi..Insya-Allah

Bayi menggigil...Suntikan HPV

Bayi menggigil...itu tajuk Harian Metro semalam 24/11/09, membacanya memang menyayat hati...bayi yang baru dilahir, tali pusat masih belum dipotong daripada uri ditinggalkan dalam kesejukan hujan di beranda rumah. Itu anatara kisah bayi-bayi yang dibuang oleh ibu kandung mereka sendiri...Sebelum ini juga telah terlalu banyak kisah-kisah yang hampir serupa kita baca...ada yang terselamat dan ada juga ketika ditemui telah meninggal dunia...

Sebenarnya telah lama saya ingin menyentuh isu ini sejak saya menghadiri Adolescent Conference di Hotel Shangri-La pada 28-30 Oktober yang lalu. Namun akibat kekangan masa, antara tugasan di rumah, rengekan Aqilah, saya tidak berpeluang sehinggalah hari ini. Adolescent...siapakah yang tergolong di dalam kategori adolescent/remaja? Mengikut definisi WHO, remaja adalah mereka yang berada dalam linkungan umur 10-19 tahun...di waktu ini meraka berada di dalam transisi dari alam kanak-kanak ke alam dewasa....Waktu ini merupakan waktu yang paling mencabar bagi diri remaja sendiri malah kepada kita sebagai ibu bapa, tambahan pula di abad millenium ini...Ramai berpendapat cabaran mendidik generasi kini adalah lebih tinggi berbanding dengan di waktu ibu bapa kita mendidik kita di masa lampau...

Sewaktu mengikutu konferens tersebut, melihat kepada kajian-kajian yang dijalankan, amat menggerunkan...Jika dahulu orang berpendapat, remaja di kampung-kampung lebih terlindung dari gejala yang tidak sihat nampaknya sangkaan itu tidak benar sama sekali sekarang. Kejadian mengandung luar nikah di bandar dan juga di bandar tiada beza lagi...Daripada kajian tersebut, statistik yang ditunjukkan hanyalah ibarat "iceberg" yang mana banyak lagi kes-kes yang tidak dilaporkan...

Perasaan saya sebagai pengamal perubatan sedikit sebanyak tersentuh di antara isu agama dan isu masalah sosial ini. Untuk bersetuju atau tidak. Isu ini terlampau besar...Untuk pengetahuan semua, pada masa kini KKM ingin menyarankan agar remaja yang TELAH terlibat di dalam aktiviti seks luar nikah diberikan kondom/ubat perancang kehamilan secara easy access supaya perkara seperti pembuangan bayi tidak lagi akan berlaku, di samping penyakit-penyakit kelamin seperti STD, Gonorrhea malahan HIV akan dapat dielakkan...Ini kerana jika kehamilan telah berlaku mereka akan terdedah samada dengan aktiviti pengguguran secara haram atau pembuangan bayi. Memang benar, semua para doktor malahan sesiapa sahaja mengakui bahawa kaedah terbaik adalah pencegahan aktiviti seks sebelum kahwin ini namun jika mereka telah terjebak amat sukar sekali untuk menghentikan mereka dari aktiviti ini. Apa pendapat pembaca semua? Saya sebenarnya berada di dalam dilema...Sokong atau tidak?

Untuk pengetahuan semua juga, KKM memperkenalkan suntikan HPV (Human Papilloma Virus) juga disebabkan isu ini. Bagi yang tidak tahu, kuman HPV ini boleh merebak kepada mereka yang sexually active dan berbilang pasangan. HPV ini boleh menyebabkan kanser serviks. Oleh itu, jika anda merasakan anda dan anak-anak anda dan pasangan mereka di masa akan datang tidak mungkin akan terlibat di dalam masalah sosial ini sebenarnya suntikan tersebut tidak diperlukan sama sekali oleh mereka.

Sekadar buat renungan...

Satu kajian yang telah dijalankan di sebuah universiti tempatan mendapati 50% pelajarnya terlibat di dalam aktiviti seks sebelum kahwin.

Kajian yang dijalankan di beberapa buah sekolah menengah mendapati 80% pelajar lelaki mempunyai pengalaman menonton filem lucah.

Saya tinggalkan persoalan untuk anda....

Jika anda menjadi saya, sewaktu bertugas di klinik, datang seorang remaja perempuan menyatakan dia telah mengadakan hubungan dengan teman lelaki dan meminta post coital emergency pill (pil untuk mengelakkan mengandung selepas mengadakan hubungan) daripada anda, adakah anda akan bagi atau tidak? Apakah tindakan anda seterusnya? Anda akan mengadu kepada ibu bapanya atau tidak? Adakah ini akan memburukkan keadaan. Atau anda tidak kisah, biarkah sahaja dia terus hanyut di dalam dunianya? Jika anda memberikannya nasihat supaya meninggalkan perkara tersebut, adakah anda jamin dia akan mengikut nasihat anda?Adakah anda akan dipersalahkan oleh Allah s.w.t di hari akhirat kelak?

Begitu mencabar menjadi doktor zaman sekarang.....

Itu sahaja buat kali ini.

Saya harap mendapat maklumbalas daripada anda semua...

Jumpa lagi...

Thursday, November 19, 2009

DISKRIMINASI



Minggu lepas, kami sekeluarga lepak kat rumah tengok dvd movie, tajuk Philadelphia. Filem ini filem lama sebenarnya, filem tahun '80-an lakonan Tom Hanks tapi ini first time kami tengok. Filem ini mengisahkan diskriminasi yang berlaku kepada pesakit AIDS. Pada zaman 80-an, masyarakat tidak didedahkan sepenuhnya mengenai penyakit ini. Jadi kebanyakan orang termasuklah orang yang cerdik pandai pun masih takut ianya dapat berjangkit melalui bersalaman atau duduk berdekatan dengan pengidap AIDS. Watak utama filem ini lakonan Tom Hanks merupakan seorang peguam yang handal, komited terhadap kerja dan menjadi golden boy kepada boss di tempat kerjanya. Namun apabila bossnya mendapat tahu beliau mengidap AIDS, beliau telah disabotaj dan telah dibuang kerja dengan alasan beliau bekerja tidak efisien....Jadi, beliau merasa dirinya teraniaya dan mengupah peguam untuk menyaman syarikatnya...memang menarik untuk ditonton...untuk pengetahuan semua, watak utama mendapat AIDS disebabkan oleh hubungan sesama jenis aka GAY. So, terdapat sedikit konflik antara isu diskriminasi dan masalah sosial di dalam filem ini. Filem ini diolah dengan begitu baik kerana ia tidak menggambarkan kita harus menyokong aktiviti gay tetapi pada masa yang sama kita tidak harus mendikriminasikan pesakit AIDS walau cara mana sekalipun mereka mendapatnya..Menarik dan sesuai ditonton bersama keluarga.


Selamat menonton

Wednesday, September 2, 2009

BERHENTI LAH MEROKOK

Saya mengambil kesempatan ini untuk berseru kepada perokok-perokok semua untuk BERHENTI MEROKOK....Dan bulan Ramadhan, bulan penuh keberkatan, pohonlah kepada ALLAH s.w.t untuk memberi kekuatan kepada anda semua untuk terus berhenti merokok...

Bagi yang belum tahu, ulama telah mengeluarkan fatwa bahawa rokok adalah HARAM di sisi ISLAM, ini bermakna rokok telah duduk sebaris dengan arak dan dadah yang mana hukumnya HARAM....Jadi, apa ditunggu lagi, tepuk dada tanyalah IMAN....

Tiada satu kajian pun baik di Timur atau di Barat mendapati ada kebaikan dengan MEROKOK. Semua kajian mendapati bahawa banyak kerosakan yang akan terhasil akibat tabiat ini bukan sahaja kepada individu yang merokok malahan orang sekelilingnya terutama isteri dan anak-anak yang akan menjadi "passive smoker". Sebenarnya "passive smoker"akan menerima impact yang besar juga daripada asap rokok ini....

Teringat saya sewaktu saya bertugas di Hospital Kuala Lumpur...pesakit with COPD (Chronic Obstuctive Pulmonary Disease) iaitu peparu pesakit ini telah rosak akibat tabiat merokok....Merokok akan menyebabkan peparu menjadi keras dan tidak dapat berfungsi dengan baik. Sifat peparu yang asal adalah kenyal, oleh itu ia mudah untuk mengembang dan menguncup apabila manusia bernafas...Bagi pesakit kronik ini, akibat peparu mereka sudah keras, mereka akan mengalami kesukaran bernafas. Pemakaian inhaler kadang-kadang tidak lagi dapat membantu mereka ini. Jadi, mereka kerap masuk ke wad...Sekejap-sekejap jumpa lagi pakcik ini dalam wad...Dan perkara yang paling saya tidak dapat lupakan adalah, waktu mereka nak kencing pun, mereka tercungap-cungap untuk bernafas aka semput, apatah lagi untuk berjalan dan melakukan aktiviti lain...Masya-Allah teruknya akibat merokok ini....

Untuk para perokok, jika anda tidak sayangkan diri anda dan merasakan anda tidak mungkin akan mendapat akibat yang buruk daripada merokok, sayangilah isteri dan anak-anak anda, mereka juga akan menerima bahana perbuatan anda....

Sebenarnya tiada alasan lagi untuk anda terus mereka kerana sudah jelas ianya HARAM di sisi ISLAM....Saya berseru sekali lagi BERHENTI MEROKOK untuk kesejahteraan dunia dan akhirat...

Wallua'lam....

Tuesday, September 1, 2009

BERSEDEKAHLAH.....

Rasulullah s.a.w bersabda "Bersedekahlah walaupun separuh biji tamar"
Ini antara kandungan khutbah Jumaat yang dihadiri oleh suami saya baru-baru ini...

"Maknanya, orang miskin pun boleh bersedekah"
"Bukan bermakna tunggu apabila kita dah kaya, dah banyak duit baru kita nak mula bersedekah"
"Sedekah ini merupakan amalan yang perlu disemai"
"Bulan yang paling berkat untuk bersedekah adalah Bulan Ramadhan, ganjaran pahala yang dijanjikan oleh Allah s.w.t adalah berlipat ganda"
Itu antara ungkapan suami saya dan saya bersependapat dengannya...

Suami saya menceritakan bahawa beliau dilatih oleh ayahnya untuk bersedekah sejak kecil lagi. Setiap kali menghadiri sembahyang Jumaat, ayahnya akan bersedekah walaupun hanya 20sen nilainya...amalan ini terlekat dijiwa suami saya sehingga hari ini. Kami juga cuba melatih Aiman untuk suka bersedekah. Jika singgah di masjid, kami bagi duit kepada Aiman untuk dimasukkan ke tabung masjid sedari dia berumur 2-3 tahun lagi.

Saya berpendapat amalan bersedekah ini memang perlu dilatih kepada anak-anak kita sejak kecil lagi. Islam juga telah melatih umatnya untuk bersedekah seperti sabda Rasulullah s.a.w dan juga ditawarkan ganjaran yang besar di bulan Ramadhan. Sememangnya sifat manusia tidak suka berkongsi apa yang ada pada diri mereka sedangkan secara hakikatnya semua rezeki itu datang daripada Allah s.w.t. Oleh itu bagi mengikis sifat kedekut dan mementingkan diri sendiri, Islam menganjurkan amalan bersedekah.

Sewaktu Rasulullah s.a.w mengalami Israk dan Mikraj juga, Baginda ditunjukkan dengan tamsilan (bayangan) orang yang sedang memotong tanaman, apabila dipotong, tanaman itu tumbuh lagi, dipotong, tumbuh lagi dan begitulah seterusnya. Apabila baginda bertanyakan kepada Jibril apa maksud tamsilan tersebut, Jibril menjawab itulah dia manusia yang semasa hidupnya suka bersedekah, apabila mereka bersedekah, Allah tambahkan lagi rezeki kepada mereka tanpa mereka duga. Betapa tingginya nikmat yang Allah kurniakan kepada kita hambanya, rezeki diberikan kepada kita, kemudian disedekahkan dengan ikhlas, dapat ganjaran pahala dan ditambahkan lagi rezeki kepada kita dan ganjaran yang paling hebat akan diberikan kepada kita tentulah Syurga yang diidamkan oleh semua manusia...Masya-Allah

Oleh itu, marilah kita mengambil kesempatan di bulan Ramadhan ini untuk bersama-sama bersedekah, menanam dan menyemai amalan ini di dalam hati kita dan Insya-Allah diteruskan lagi di bulan-bulan yang lain....Jangan bagi alasan kita pun susah dan tidak mampu bersedekah. Bukan perlu bersedekah ribuan ringgit, bersedekahlah mengikut kemampuan kita....Insya-Allah ada keberkatan dari amalan kita yang ikhlas...

Wallahu'alam....

Tuesday, August 25, 2009

KUIH KUDUS dan ilmu yang bermanafaat

Masa hari pertama puasa berkebetulan hujung minggu. Jadi dapatlah saya masak kuih..Bilamana bertanyakan suami saya kuih apa yang dia ingin makan, suami saya jawab dia nak makan kuih berasaskan tepung..memang suami saya suka makan kuih berasaskan tepung seperti donat, karipap, murtabak. Saya pun berfikir-fikirlah apa lah kuih yang boleh saya hidang yer..kuih tradisional Terengganu berasaskan tepung...:)

Kuih untuk juadah berbuka puasa sewaktu saya kecil

Sewaktu saya kecil, ibu saya biasa selalunya menghidangkan bubur atau pengat di bulan puasa, sebagai contoh bubur caca, bubur pulut hitam, pengat pisang, bubur kacang. Ayah saya memang suka makan pengat. Ibu akan susun mangkuk yang bertutup (mangkuk ini selalu dapat hadiah beli sabun PUTERI masa saya kecil-kecil dulu) di atas talam dan diletakkan di atas meja. Selain daripada itu ibu selalu juga buat onde-onde dan kuih puteri mandi. Kuih yang ibu tidak pernah buat tapi kami akan beli ialah nekbat, ketupat daun palas dan pulut panggang....

Kuih di hari pertama puasa 1430H

Setelah berfikir-fikir, saya baru teringat apa kuih tradisional terengganu berasaskan tepung yang suami saya suka..Ya, kuih kudus...Dan beliau bersetuju dengan cadangan ini. Untuk pengetahuan, saya sebenarnya tidak pernah buat kuih kudus ini. Ibu saya juga seingat saya tidak pernah buat kuih ini juga...Nasib baik dengan zaman teknologi yang ada pada zaman ini saya pun menggooglelah resepi kuih ini dan saya tidak dihampakan, memang ada resepi ini di internet..Alhamdulillah. Resepi ini saya dapat dari sini
Petang itu dapatlah saya menghantar sedikit juadah kuih kudus kepada jiran-jiran saya...Alhamdulillah, dapat juga si pemberi resepi ini pahala ilmu yang bermanafaat.
Oleh itu, buat pembaca yang pandai memasak, jangan kedekut untuk memberi resepi kepada orang lain dan lagi elok kalau didownload kat internet, lagi banyak orang yang akan dapat manfaat. Saya memang tidak bersetuju dengan tradisi orang-orang tua kita yang mana mereka berpegang bahawa resepi turun temurun tidak akan diberitahu kepada orang lain..rahsia katanya..lagi satu orang-orang tua dulu-dulu percaya jika diberikan ilmu tanpa sebarang cengkeram, si pemberi ilmu akan hilang skill membuat masakan atau kuih yang dikuasainya...Ini kepercayaan karut atau mitos yang harus dibuang....Bagi saya jika kita memberi resepi, is a part of knowledge...so, jika mana-mana ilmu itu memberi manfaat, pahalanya akan terus mengalir dan juga ilmu yang bermanafaat adalah di antara 3 perkara yang menjadi peneman kita setelah kita mati.

"Apabila mati seorang anak Adam itu, semua perkara tidak lagi dapat menyelamatkannya kecuali tiga perkara iaitu:

1. Anak yang soleh
2. Ilmu yang bermanafaat
3. Sedekah jariah

Wallahua'lam...

Monday, August 24, 2009

AIMAN, bangun sahur nak...

Aiman tahun ini dah enam tahun. Tahun ini kami akan melatih Aiman berpuasa. Umur 6 tahun dikatakan umur yang paling sesuai untuk melatih kanak-kanak untuk berpuasa. Untuk menaikkan semangat Aiman untuk berpuasa, saya berjanji akan bagi duit raya sebanyak RM50 dan suami saya pula RM30 jika Aiman puasa penuh tahun ini.

Hari Pertama Aiman Berpuasa

Saya bangun untuk memanaskan nasi dan memasak lauk jam 4.30 pagi. Dalam pukul 5.15 pagi, saya naik mengejutkan suami untuk bersahur dan menyuruh suami saya mengangkat Aiman bagi mengelakkan si kecil terjaga kerana bising.

“Lar, Aqilah pun bangun jugak..” Saya melihat suami saya mendukung Aqilah turun bersama-sama dengan Aiman.

Rupanya Aiman meronta ketika ayahnya mahu mengangkatnya macam mengigau menyebabkan Aqilah terjaga.

Di ruang tamu , Aiman sambung pula tidur di sofa di kala kami bersahur.…

Berkali-kali dikejutkan namun Aiman tetap tak boleh bukak mata…kesian pula saya lihat dirinya yang amat mengantuk.

Pukul 6.30 pagi baru Aiman bangun dan bersahur…Takpe lar, cubaan pertama berpuasa, lambat sikit bersahur pun takpe…

Di kala jam menunjukkan pukul 1.00 tengahari….”Aiman lapar..”

“Sabar yer, macam tu lar orang berpuasa, nanti banyak dapat pahala.”

Bagi melekakan Aiman, saya membenarkannya dengan bermain computer game. Di zaman Rasullulah sendiri bilamana mereka mengajar anak-anak kecil berpuasa, mereka melekakan kanak-kanak ini dengan bermain. Kaedah ini memang amat berkesan kerana kanak-kanak kebiasaannya tidak akan ingat makan apabila bermain.

Jam 5.30 petang…”Ibu, Aiman lapar”

“Kejap jer lagi nak berbuka…sabar yer, nanti rugi kalau Aiman berbuka sekarang”

Jam 7.00 petang…”Ibu, dah pukul tujuh, dah boleh berbuka ker?”

“Belum lagi, nanti jarum panjang tu dekat nombor lima, baru boleh berbuka”

“Ibu, Aiman rasa nak muntah”

“Sikit jer lagi Aiman. Nanti ayah bawak Aiman naik motor pusing taman” membawa anak naik motor sebelum berbuka puasa merupakan tradisi keluarga suami saya. Sewaktu suami saya kecil, bilamana petang, di waktu di mana rasa lapar yang amat kritikal bagi kanak-kanak, ayah suami saya akan membawanya pusing keliling kampung dengan menaiki motor bagi melekakan dirinya sementara menunggu waktu berbuka puasa….

“Aiman dah tak larat nak berjalan”

“Takpe..biar ayah dukung Aiman naik motor”

Petang itu, kami berempat naik motor keliling taman perumahan.

“Nanti, masa berbuka, Aiman makan kurma dulu yer, kemudian minum air masak, lepas tu baru boleh minum milo ais” saya memberitahu Aiman sewaktu sedang menaiki motor.

“Kenapa Ibu”

“Sebab kurma bagi tenaga untuk Aiman, kalau terus minum ais, nanti badan Aiman jadi lemah”

“Ok, Ibu…”

“Kecik betul taman perumahan kita ni yer, kejap ajer dah abis pusing satu taman”ujar suami saya.

Bagi menghabiskan waktu, kami pusing taman sebanyak 3 kali petang itu…

“Allahuakbar..Allahuakbar…”kedengaran azan daripada TV1…
Perkara pertama yang Aiman makan untuk buka puasa hari itu ialah Kit Kat…Dia tak tahan lagi untuk makan Kit Kat selepas membelinya di kedai runcit petang tadi….Kemudian baru Aiman makan kurma dan air masak seterusnya makan nasi...
“Alhamdulillah, Aiman berjaya puasa penuh hari ini.”

Wednesday, August 19, 2009

PUASA DAN BREASTFEEDING

Alhamdulillah lagi 2 hari Insya-Allah, kita umat Islam akan menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak. Bulan di mana pintu Syurga akan dibuka, pintu neraka akan ditutup dan semua syaitan dan Iblis akan diikat. Bulan yang penuh keberkatan. Saya pasti semua akan bersemangat untuk pergi menunaikan Solat Tarawikh Jumaat malam Sabtu nanti...:)

Dengan kedatangan bulan puasa ini, mungkin timbul kebimbangan di kalangan ibu-ibu yang menyusukan anak, bolehkah mereka menyusukan baby dan adakah susu yang akan dihasilkan akan berkurangan...Untuk pengetahuan semua, ini merupakan kali ke-6 saya akan berpuasa di samping menyusukan anak saya...Ya, 4 tahun selama menyusukan Aiman dan ini tahun kedua berpuasa menyusukan Aqilah...Alhamdulillah, selama 6 kali menempuh Ramadhan, berpuasa dan menyusukan anak, Allah masih beri kekuatan pada saya untuk meneruskan setiap kali berpuasa dan tidak menjejaskan tugasan saya untuk menyusukan anak saya. Alhamdulillah anak tidak kelaparan dan tidak dehydrated. Tekadkan dalam hati untuk terus menyusukan anak dan berpuasa. Insya-Allah keajaiban yang anda tidak akan sangka akan berlaku, Allah akan bantu mereka-mereka yang ikhlas dalam melakukan ibadah kepada -Nya. Anda akan dapati diri anda masih lagi dapat berpuasa sepertimana orang lain berpuasa dan dapat menyusukan bayi anda juga, dan bayi anda tidak akan kelaparan...Kena yakin...Sesungguhnya Allah yang Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.

Hukum puasa kepada ibu menyusukan

1. Jika ibu yang menyusukan anak rasa teramat letih dan tidak mampu untuk berpuasa, Islam tidak melarang untuk anda tidak berpuasa. Tetapi nanti anda kena ganti puasa berkenaan.

2. Jika anda tidak berpuasa kerana risaukan anak tidak mendapat susu secukupnya semasa anda berpuasa yakni takut kesihatan anak terjejas, anda dibenarkan untuk tidak berpuasa. Namun nanti anda harus menggantikan puasa dan juga membayar fidiah kerana anda tidak puasa kerana risaukan kesihatan anak.


Berikut adalah perkara yang perlu dilakukan oleh ibu-ibu yang menyusu semasa berpuasa di bulan Ramadhan bagi memastikan dapat meneruskan ibadah puasa. Sebenarnya ianya tidak ada beza dengan bulan-bulan lain, cuma yang berbeza ini dilakukan pada waktu malam. Ini juga sebenarnya harus dipraktikkan oleh individu-individu lain bagi mengelakkan keletihan di bulan Ramadhan.

1. Jangan lupa bersahur. Jika boleh lewatkan sahur dan dalam Islam sendiri pun melewatkan sahur akan mendapat banyak pahala.

2. Pastikan mengambil air yang banyak di waktu malam. Kalau pergi sembahyang tarawikh, bawak air mineral atau jus buah-buahan, jadi boleh minum in between sembahyang.

3. Makan makanan yang berkhasiat mengandungi semua bahan iaitu karbohidrat, protein dan juga sayur-sayuran. Buah-buahan juga akan menjadi sumber bagi air dalam badan.

4. Jangan makan makanan rapu.

5. Elakkan pengambilan kopi. Ini kerana kafein akan merangsang pengeluaran air dari badan.

6. Ambil supplement multivitamin pada waktu malam jika merasakan badan kepenatan.


Selamat berpuasa kepada semua pembaca. Semoga kita dapat menempuh puasa tahun ini dengan sempurna. Kepada ibu-ibu yang menyusu, berdoa dan terus berdoa agar susu kita akan maintain banyak dan kita akan dapat meneruskan puasa kita tanpa sebarang masalah. Semoga kita dapat memanfaatkan kedatangan Ramadhan kali ini. Insya-Allah.

Tuesday, August 18, 2009

TABUNG SUSU AKA BANK SUSU

Pernah dengar tak mengenai tabung susu? Saya sebenarnya first time dengar. Rupanya ianya sudah lama dipraktikkan di negara Eropah. Bank ini mengumpulkan susu daripada ibu-ibu yang sudi mendermakan susu mereka macam orang derma darah. Di negara Eropah, mereka memang mempraktikkan pemberian susu ibu kepada bayi-bayi yang premature di NICU. Pemberian susu ibu kepada bayi ini dapat memberi kesan yang positif kepada pembesaran dan kesihatan bayi dalam jangkamasa yang cepat. Sememangnya susu formula sudah ditolak di negara-negara ini.

Apa hukum dalam agama Islam mengenai bank susu...

Sewaktu saya mendengar mengenai perkara ini timbul persoalan mengenai hukum...Macamana nanti? Kalau didermakan, nanti banyak pula yang akan jadi anak susuan saya? Saya mendapat jawapan ini daripada kawan saya. Hukum ini berdasarkan fatwa daripada Dr.Yusuf Qardawi seorang ulamak yang tersohor. Saya simpulkan jawapannya kerana jawapan yang diberikan amat panjang lebar dan dalam bahasa Indon selepas diterjemah daripada bahasa Arab.

Jawapan...

Hukum bank susu adalah harus. Untuk seseorang bayi itu menjadi anak susuan adalah hanya melalui direct feeding iaitu menyusu terus daripada payudara. Jika susu tersebut telah diperah dan dipindahkan ke dalam botol, bayi yang menyusu susu tersebut tidak akan menjadi anak susu kita.

Jawapan ini membuka minda saya bahawa perkara ini boleh dilaksanakan dan tiada halangan dari sudut agama...

Itu sahaja buat kali ini.

Semoga memberi manfaat buat semua.

Tuesday, August 11, 2009

MEWARNA RAMBUT

Mata saya tertumpu kepada seorang budak perempuan di taman permainan kawasan rumahku sewaktu membawa Aqilah bermain di taman. Aku memang kenal budak ini tapi kali ini sesuatu yang berbeza pada rambutnya. Aku perhatikan betul-betul...Ya memang sah, rambutnya ada jalur warna merah...Aku mendekatinya yang duduk bermain diperhatikan bibiknya. Aku menyapa bibiknya. Bibik ini antara bibik yang aku perhatikan baik dan selalu melayan budak ini macam anaknya sendiri, berbeza dengan bibik-bibik yang lain di taman.

"Dia warnakan rambut ye bik"...

"Iya, tapi bukan saya yang buat ibuk, mak dia. Atuknya marah bila tengok. Atuknya tanya kenapa bibik pergi warnakan rambut cucunya. Mana saya berani. Ibunya bawa dia pergi salun warnakan rambut ini. Kesian, sekarang ini rambutnya banyak yang gugur"

Seorang bibik lain datang menyampuk..."Takpe lar...cantik rambut dia"

Datang pula seorang ibu yang lain menyampuk..."A'ah...cantik"

Saya hanya diam dan menyambung melayan Aqilah yang mahu naik buai...

Berkenaan mewarna rambut ini pada pengetahuan saya memang haram dalam hukum Islam jika pewarna tersebut tidak dapat diserap air atau orang Terengganu kata tidak lalu air. Tetapi saya sebenarnya agak keliru juga semasa 2-3 tahun lalu, heboh diperkatakan mengenai pewarna rambut yang halal. Siap ada ustaz yang memberi penerangan di kaca TV mengenai pewarna rambut yang halal ini.

Bila tengok ada kenkawan yang warnakan rambut, nampak cantik, saya pernah juga meminta izin dengan suami untuk warnakan rambut, kira nak melawa depan cik abang lar...Ini jawab suami saya...

"Mungkin betul bahan yang buat pewarna rambut tu halal tapi betul ke ia boleh serap air...Kalau tak serap air dah haram hukumnya...Lagipun nanti kalau balik kampung apa pula kata emak dan abah...Nampak macam tak senonoh pulak menantu dia yang sorang ini"

Saya mengiyakan kata suami saya dan membatalkan hasrat saya itu...Tetapi sampai hari ini saya tidak pasti samada pewarna rambut yang di war-warkan halal itu serap air atau tidak...Mungkin ini kena tanya pendapat K"Ina aka Ummuhusna...

Anatomi rambut...(maklumat ini diadapt daripada WedMD, tetapi diolah mengikut ayat saya di dalam bahasa Melayu)

Rambut adalah sejenis fiber. Ianya dilindungi oleh cuticle bahagian luar. Rambut ada tiga lapisan, medulla, cortex dan cuticle. Cuticle melindungi bahagian medulla dan cortex dari rosak.
Setiap rambut akan memanjang 1/4 inci setiap bulan sehingga enam tahun. Selain daripada itu , di dalam kitaran semulajadi juga, rambut akan gugur dan rambut baru akan terhasil.

Jika follicles rambut menjadi tidak aktif, rambut tidak akan tumbuh menyebabkan seseorang boleh menjadi botak.

Kitaran rambut walaubagaimanapun bergantung kepada banyak perkara. Salah satu daripadanya adalah hair styling.

The more you style, the more you change the natural makeup of your hair. And although the amount and intensity of styling a person's hair can take depends on genetics, the texture of your hair, and coarseness, less is always more when it comes to hair health.

Jika cuticle rambut rosak akibat overstyling, bahagian dalam akan terdedah, maka ini akan menyebabkan kekeringan....

Antara penyebab kerosakan rambut

1. Perms
Perms merujuk kepada kerintingkan rambut bagi mereka yang berambut lurus atau meluruskan rambut bagi mereka yang berambut kerinting. Cara ini akan memecahkan bahagian dalaman rambut.
Mengikut hukum Islam: Haram bagi mereka yang mengubah kejadian asal.

2. Mewarna rambut
Ia juga merubah bahagian dalaman rambut terutama jika selalu mewarnakan rambut untuk menutup rambut uban.
Hukum Islam: Haram bagi mereka yang mewarnakan rambut uban kepada warna hitam.

3. Flat-iron dan blow-drying
Haba akan mengubah hydrogen bonds yang mengikat rambut. Dalam jangka masa panjang akan menyebabkan kemusnahan kekal jika iron atau blow dry dilakukan setiap hari.


Kesimpulan...

Betapa lengkapnya Islam...Islam melarang melakukan perkara-perkara yang dinyatakan di atas dan ternyata ianya tidak sihat untuk rambut. Kajian sains membuktikan segala-galanya adalah benar belaka...Ini akan membuka hidayah untuk mereka yang berfikir dengan melihat kejadian Allah...Wallahua'alam...


Itu sahaja buat kali ini.

Semoga jumpa lagi...Insya-Allah

Thursday, July 30, 2009

BUNUH DIRI

Tajuk di berita Metro hari ini;

Remaja mati gantung diri pada kipas siling...

Lagi kisah bunuh diri di daerah kelahiran saya...kedua-dua kes adalah orang Melayu (dapat info semasa ceramah agama baru-baru ini).

Semasa saya bertugas di Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur juga, memang tiap-tiap hari akan ada kes cubaan membunuh diri. Kebanyakannya terdiri daripada pesakit perempuan dan paling memeranjatkan bukan sahaja melibatkan orang bukan Islam tetapi juga orang Islam. Antara punca mereka cuba membunuh diri adalah bergaduh dengan suami dan kadang-kadang sebab gagal exam...Yang gagal exam ini semua dari universiti, maknanya budak-budak cerdik tetapi kurang Iman, maaf kalau terlalu kasar bunyi...

Jika dahulu sejak kecil lagi kita ditanamkan mengenai pengetahuan agama iaitu "Siapa yang mati bunuh diri tidak akan bau syurga". Jadi, apakah pengetahuan ini tidak lagi ditanam dan dipupuk kepada generasi sekarang? Wallahua'lam...

Menurut kajian, kadar pesakit yang cuba membunuh diri adalah lebih tinggi berbanding wanita tetapi kebanyakkan mereka ini hanya macam acah-acah aja mahu bunuh diri sebab mahu mendapat kembali perhatian orang yang tersayang, contohnya bila berlaku pertengkaran suami isteri...Kalau mengikut Islam memang sah perbuatan ini berdosa dan jika acah-acah ini menjadi betul-betul terbunuh, hanya Allah yang menentukan tempatnya di sana.

Natijah jika mengambil ubat paracetamol aka panadol aka PCM secara berlebihan

Seorang pesakit mungkin tidak terfikir akan keburukan jika PCM diambil berlebihan. Ubat PCM merupakan ubat yang biasa diambil untuk cubaan membunuh diri kerana ianya mudah didapati di kedai-kedai dan harganya yang murah dan biasanya pesakit tidak akan mati. Jika pesakit mengambil PCM ini dan dibawa ke hospital sebelum habis tempoh 4 jam selepas memakannya, pihak hospital akan melakukan apa yang dipanggil 'gastric lavage' atau pembersihan perut. Mari saya cerita macamana gastric lavage dilakukan...satu salur getah lebih kurang sebesar salur paip getah kat rumah kita itu akan dimasukkan melalui mulut dalam keadaan sedar, melalui paip itu akan dimasukkan air bagi membersihkan perut kita..Memang perit dan seksa...Lagi satu cara pesakit akan dipaksa memakan serbuk 'charcoal' aka serbuk arang bagi membersihkan perut....seksa juga...

Namun jika tempoh sudah melebihi 4 jam natijahnya lagi teruk. Kemungkinan kerosakan hati akan berlaku.Jalan penyelesaian hanyalah melakukan pemindahan hati...Kalau tiada hati untuk dipindahkan maka menunggulah masa untuk mati...ia membunuh secara perlahan....

Jadi fikir-fikirkanlah....
Jangan melakukan sesuatu mengikut hati, seperti kata orang-orang tua, ikut hati, mati...

Kenapa hati resah?

Menurut Islam, jika hati kita resah, gelisah tanpa diketahui punca, itu maknanya kita banyak dosa...Oleh itu, bagi mendapatkan semula kedamaian beristigfarlah kepada Allah, betulkan sembahyang kita...Ketahuilah dengan sembahyang itu hati menjadi tenang.


Itu sahaja buat kali ini

Semoga jumpa lagi

Tuesday, July 28, 2009

Micheal Jackson Syahid??

Artikel ini saya baca kat bhgn komen blog ustaz zaharuddin..Jika benar cerita yang dipaparkan, semoga Allah merahmati roh MJ...Di sana menanti tempat yang lebih baik untuknya berbanding di dunia ini....


MJ Syahid ?
Michael Jackson (MJ) was known as the most loving person in the world. He gave up most of his assets for charity and all his life, he fought for equality of the African Americans, AIDS victims, Against Drug Abuse, Against Abortion, Against Child Labor and secretly channelled his properties for the hungry children of the world. However, he wasn't peace at heart. He always think of himself as a child trapped inside a man's body. Being Peter Pan is all his dream, never to grow up, forever a child. That inspires him to build Neverland - a heaven for children. Children of all ages and races are welcomed to Neverland. MJ had so much love to give. However, he made a mistake which he didn't know of the consequences. He saw the peaceful life his brother, Jermaine (Muhammad Abdul Aziz) had as a Muslim - true, Jermaine faced so much pressure that he moved to Bahrain .

In 1989, MJ made a press conference which shocked the world, "I have seen the Islam in the life of my brother, I have read the books about Islam. And I'd love to someday feel the calmness and peace of Islam....." Since that, MJ's life was never the same again. He was accused of so many accusations against child molestation. MJ was not someone who can deal with much pressure as he is a 'delicate child'. All the extortion and black mail followed after that. Everything he did was being seen as wrong in the eyes of the Media. All these are to influence his fans to hate MJ. If he is hated, then he would not be influencial anymore. For several years, he stayed in England . Getting motivation from a long time friend, Cat Stevens, who had converted into Islam - named Yusuf Islam. From him, MJ learnt how Yusuf had survived being Muslim. He made friends with a song writer, Zain Bhikha too, who wrote a song titled, "GIVE THANKS TO ALLAH", which he wanted MJ to sing whenever he is ready. Following his trial, MJ withdrew to Bahrain , where he was the special guest of sheik Abdullah bin Hamad Al Khalifa, the son of Bahrain king. It was then that Michael began to give conversion more “serious thought. MJ stayed in Bahrain for approximately 3 years. He studied Islam, the prayers and learn to read the Koran (al-Quran). Finally, he came back to Los Angeles and in November 2008 MJ had formally converted to Islam in a ceremony at a close friend's house in Los Angeles . He perform Haj with the King of Bahrain and son on December 2008.

He had a hidden agenda when he wanted to make a final comeback. He annouced in a press conference on March 2009, "This will be my final concert. I'll see you all in July...." He planned that during his concert, he would announce that this is the FINAL concert as he wouldn't be performing anymore. He will declare that he is a Muslim and will only sing with Yusuf Islam and Friends. At the end of the concert, he will be singing the song, "GIVE THANKS TO ALLAH" with Yusuf Islam. That is the reason why he chose London as his final concert venue instead of the USA . It was because he thought he could escape the USA 's extortion, and that he could perform with yusuf Islam who is in England . At 12.30am, 25th June 2009, he hugged his production manager and said, "After reherasing for 2 months, I am finally ready for the concert..." Before leaving to sleep, he waved his dancers, "It was a good night everyone. I'll see you all tomorrow..." The next thing... He was pronouced dead at 2.26am.... When 911 was called, there are so much questions asked. It is as if they didn't know who MJ is and where he lived. The questions asked are more towards to delay time. The hospital said the autopsy result can only be obtained after 2 months - very illogical as even the worst African technology could obtain the result in less than 2 weeks.

MJ's family members opt for second private autopsy as they started to feel something fishy is going on. The result came out in about 4 days - MJ was drugged with high dosage of anaesthetic - drug that brings about a reversible loss of consciousness, if used to much could stop the heart from beating. Another result which was not aired in the media was, MJ's stomach is empty of this drug, but his blood were filled with it - same case as the death of Marilyn Monroe. The private doctors also found many needle marks, afraid to be forced injections given to MJ on his bed. In CNN Live after a week, Barack Obama was interviewed. And he said, "I love MJ, I grew up listening to his songs. It is a great loss, but rest assured that there is no conspiracy in his death...." Now, why must a President made such statement before the official autopsy result came out? How would he know that there is no conspiracy without the post-mortem result? Seems like someone is afraid of his shadows. MJ was known to the world as a person who is against drug abuse. Why must he be addicted to drug, then? If he wanted to commit suicide, why rehearse for his concert? And why will he want to see his dancers the next day? Enough about his death. I am sure people around the world is not stupid anymore. These supreme power can fool us during the Marilyn Monroe conspiracy, Martin Luther King and Princess Diana. But in this MJ's case, they left too many loopholes for those who think...!!

MJ's family was about to give him a Muslim burial with the help of The Brotherhood of Islam. But, the CIA showed up at Neverland's door - blackmailed them that if they do so publicly, Katherine (MJ's mother) would be pull off from MJ's 3 children's custody as well as MJ's estates. Instead, they'll hire Debbie Rowe for the purpose, and the court will be in their favour. So much for democracy and fairness... Finally, they agreed to let MJ have a Muslim Burial in Neverland. But in condition, must show to the public a Christian Memorial Service, as to prove to the world that MJ was never a Muslim. So, Staples Centre was just a normal show. That's why the coffin was closed and sealed. MJ was buried days earlier. The Gold Coffin was empty. They were about to bury the Coffin according to Christianity ways in Hollywood - as in their deal with the USA Government. These happened, because the USA is afraid of the rising numbers of Muslims in the world.

From...
(Sheikh Ha**d) The Brotherhood of Islam
Buletin of Bahrain

Monday, July 27, 2009

LELAKI DAYUS....

Pada 21 Julai baru-baru ini saya dan kawan-kawan mengikuti satu ceramah agama sempena Sambutan Israk dan Mikraj...Ustaz tu memang best sebab sikit pun saya tidak mengantuk dan banyak pengajaran yang dapat diambil melalui ceramah beliau. Saya ingin berkongsi dengan pembaca antara isi kandungan ceramah beliau pada hari itu...

Diceritakan bahawa sewaktu peristiwa Mikraj, Rasulullah s.a.w telah di bawa ke dalam syurga...Di muka pintu syurga tersebut terdapat papan tanda di dalam bahasa Arab yang bermaksud "Diharamkan melangkah ke syurga orang yang dayus"

Siapakah yang tergolong dalam golongan orang-orang yang dayus?Terdapat tiga golongan lelaki yang dikategorikan dayus iaitu:

1. Orang lelaki yang tidak menegur isterinya walaupun isterinya melakukan maksiat

2. Orang lelaki yang tidak pernah mengajar isterinya tentang ilmu agama termasuk ilmu tauhid, fekah dll. Menurut ustaz berkenaan, setiap suami wajib mengajar isteri mereka tentang ilmu agama walaupun isterinya sudah mengetahui perkara tersebut. Dengan erti kata lain, setiap orang lelaki harus menimba ilmu agama dengan sebaik mungki agar nanti boleh pula mengajar isterinya. Kalau orang lelaki tiada ilmu agama, mana mungkin dia boleh mengajar isterinya pula...betul tak...

3. Seorang bapa membiarkan anak perempuannya melakukan maksiat tanpa ditegur. Anak tidak menutup aurat, berpakaian menjolok mata dan sebagainya tidak langsung ditegur, maka tidak berbau syurgalah bapa yang sedemikian....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...