Tuesday, May 4, 2010

MAKLUMAT PENTING JIKA ANAK CIRIT-BIRIT


Saya kerap menerima soalan-soalan daripada ahli keluarga dan kawan-kawan apabila anak-anak mereka mengalami cirit-birit. Jadi saya mengambil kesempatan ini untuk mencoretkan maklumat asas yang perlu diketahui oleh ibu bapa jika anak-anak mereka mengalami cirit-birit. Cirit-birit perlu ditangani dengan bijak oleh semua ibu bapa agar komplikasi yang buruk tidak akan terjadi kepada kanak-kanak terlibat. Antara sebab-sebab berlakunya cirit-birit adalah makanan yang diambil oleh kanak-kanak telah tercemar oleh kuman-kuman samada semasa penyediaan makanan tersebut atau kerana makanan tersebut telah dihinggapi lalat. Namun terdapat juga faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan cirit-birit.

1. Antara faktor-faktor cirit-birit

a. Makanan tercemar
b. Puting dan botol susu yang tidak bersih
c. Ibu yang menyusu bayi makan jamu
d. Paranteral diarrhea

2. Apakah parentral diarrhea?

Parentral diarrhea adalah satu simptom cirit-birit yang berlaku semasa kanak-kanak mengalami demam viral beserta dengan batuk berkahak. Kebiasaannya kanak-kanak tidak pandai untuk mengeluarkan kahak daripada kerongkong/mulut apabila batuk. Apabila kanak-kanak batuk dan kahak terkeluar daripada kerongkong ke dalam mulut, kanak-kanak biasanya akan menelan kahak tersebut. Disebabkan kahak mengandungi virus/kuman maka virus/kuman ini boleh menyebabkan cirit-birit apabila ia masuk ke dalam saluran penghadaman.

3. Apakah yang perlu saya lakukan jika anak saya mengalami cirit birit?

Perkara UTAMA yang perlu diambil perhatian jika seseorang kanak-kanak mengalami cirit-birit adalah tahap hidrasi/ kandungan air dalam badan kanak-kanak berkenaan, adakah ianya telah berkurangan atau tidak. Jika kadar kandungan air di dalam badan mereka berkurang atau mereka mengalami dehidrasi, keadaan ini amat berbahaya. Kanak-kanak memang amat terdedah mengalami dehidrasi berbanding dengan orang dewasa kerana saiz badan mereka yang kecil.

4. Bagaimana saya ingin mengetahui samada anak saya yang mengalami cirit-birit mengalami dehidrasi atau tidak?

Tanda-tanda dehidrasi adalah seperti berikut:

4.1 Bagi bayi:

a. Ibu-ibu boleh merasa bahagian ubun-ubun bayi mereka. Jika ubun-ubun terasa lekuk, ini menandakan bayi telah mengalami dehidrasi/kekurangan air.

b. Bayi lemah dan tidak aktif seperti biasa.

c. Bibir kering, lidah kering

4.2 Bagi kanak-kanak yang telah tertutup ubun-ubun mereka:

a. Bibir kering dan berkeruping

b. Lidah kering (nampak warna keputihan pada lidah dan air liur yang kurang)

c. Kanak-kanak kelihatan lemah, tidak aktif seperti biasa. Mereka tidak akan berminat untuk bermain seperti biasa.

JIKA TERDAPAT TANDA-TANDA SEPERTI DI ATAS, ANDA HARUS MEMBAWA ANAK ANDA SEGERA KE JABATAN KECEMASAN HOSPITAL UNTUK RAWATAN SUSULAN IAITU MEMASUKKAN AIR BANTUAN MELALUI SALUR DARAH.

5. Adakah terdapat ubat yang boleh menghentikan cirit-birit?

Rawatan cirit-birit bagi kanak-kanak adalah sangat berbeza daripada orang dewasa. Jika bagi orang dewasa, apabila mereka mengalami cirit-birit, para doktor akan memberikan ubat kepada mereka untuk menghentikan simptom tersebut. Namun, bagi kanak-kanak, amat berbahaya jika diberikan ubat untuk menghentikan cirit birit tersebut. Ini kerana jika ubat diberikan kepada kanak-kanak untuk menghentikan cirit-birit, kuman-kuman di dalam usus mereka akan meresap ke dalam salur darah. Ini akan lebih memudaratkan keadaan kanak-kanak tersebut. Jadi, para ibu bapa dikehendaki amat berhati-hati di dalam perkara ini.

6. Apakah perkara yang paling penting untuk diberi perhatian jika anak saya cirit-birit?

Perkara yang paling penting adalah memastikan kanak-kanak tidak mengalami dehidrasi/kekurangan air dalam badan. Pastikan anak anda kerap minum air dan minum air garam yang dibekalkan oleh doktor. Jika anak anda tidak gemar minum air garam yang dibekalkan oleh doktor memadai dengan memberikannya minum air masak dengan kerap bagi mengelakkan anak anda mengalami dehidrasi.

7. Bolehkah saya meneruskan pemberian susu kepada anak saya semasa dia mengalami cirit-birit?

Jika anda menyusukan bayi anda (breastfeeding), anda boleh meneruskan penyusuan seperti biasa dan dikerapkan penyusuan jika boleh.
Jika anak anda menyusu susu formula, dinasihatkan anda mencairkan sedikit kepekatan susu formula tersebut kerana susu formula boleh memburukkan keadaan cirit birit. Tambah keperluan air anak anda dengan air masak atau air garam yang dibekalkan oleh doktor.

8. Apa yang perlu saya lakukan jika laluan najis (anus) anak saya melecet?

Cirit-birit memang boleh menyebabkan anus melecet kerana najis semasa cirit birit adalah lebih berasid daripada biasa. Pastikan anda segera membasuh najis selepas anak anda membuang air besar dan sapukan ubat (boleh didapati daripada klinik/farmasi) pada anusnya yang melecet.

Semoga maklumat di atas boleh dijadikan panduan yang berguna untuk anda semua....:)

15 comments:

Ummi Hanie said...

terima kasih byk2 utk info ni..

bulan sudah ank sy baru discaj wad sbb cirit birit...

ibuaiman said...

sama2 Ummie Hanie..:)

ibunoor said...

Salam ziarah...salam kenal.

Terima kasih atas informasi. Teruskan menulis. Silalah berkunjung ke mari.

ibuaiman said...

W'salam Ibunoor...Salam ukhuwah...

Terima kasih atas kunjungan...semoga tidak lupa untuk datang ziarah selalu...:)...

Insya-Allah saya akan datang jenguk blog Ibunoor....

sYaFiQa said...

Salam...tq atas info. anak2 sy kerap juga mgalami gejala di atas. izinkan sy share di blog sy yer. tq

ibuaiman said...

Salam Syafiqa...terima kasih kerana sudi datang ke blog saya..:)..perkongsian adalah diizinkan, syafiqa lihat pada peraturan copyright control untuk syaratnya ye..TQ

@z@H maM@ ADAM! said...

mohon share ya puan :)

sufiza said...

salam..info yg berguna..mohan untuk share yerr..

ibuaiman said...

W'salam Sufiza,

Dengan berbesar hati saya izinkan...semoga memberi manfaat kepada yg mendpt info, InsyaAllah...semoga Allah memberikan ganjaran kpd kita semua....:)

Wallahua'lam

Anonymous said...

salam,

info yg berguna..tp sy da 1 prtnyaan..kalo bayi d beri air garam yg d beri oleh doctor telah mnyebabkan bayi kurang mnum susu,mkn n mnum air msak,adakah ianya normal??

Anonymous said...

Bayi saya berusia 7 bulan dan kena cirit birit. Smlm bawak bayi ke klinik doktor bg air garam dan ubat cirit birit. Saya dah bg bayi saya ubat cirit birit tu, perlu saya teruskan atau macam mana ye? Risau la..

.:MamaDhiaAdwa a.k.a Yana:. said...

mohon share

Leelu said...

Salam. Ank sya susah nk mkn ubat, minum air garam n minum air masak. Mcmana ye? Kesian sbb dulu montel skrg dh susut. Mohon bantu beri pandangan ��

nurul huda sobari said...

Salam. Anak saya 4thn da 2hari cirit birit. Da g klinik n makan ubt yg dktr bg..selalunya brapa hari ya.risau tgk keadaan dia.

Anonymous said...

anak
sy b'umur 3thn. sdh hmpr semggu dia cirit tp scr on off. najis dia sgt
cair dan adakalanye cair sprt air kncg. sometimes najisnya smpi bocor dr
diapers. gejala2 sprt yg dnyata tiada pd dia. dia sgt aktif n byk minum
air. apa yg perlu sy buat? tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...