Showing posts with label cerita masak-masak. Show all posts
Showing posts with label cerita masak-masak. Show all posts

Monday, January 24, 2011

Kuasa air tangan isteri/ibu!!!


Kisah keluarga tidak bahagia, kes-kes perceraian, isteri tidak hormatkan suami, anak derhaka makin ketara sejak akhir-akhir ini di dada-dada akhbar. Baru-baru ini di Radio IKIM,pada topik pagi ada dibincangkan mengenai isteri Mithali. Saya tidak sempat mendengar slot ini sebab dah masuk pejabat jam 8.00 pagi, tapi suami saya mendengar topik yang amat menarik ini. Satu perkara yang ditekankan oleh ustazah undangan pada hari itu adalah mengenai isu air tangan isteri atau air tangan ibu. Menurut ustazah, pada zaman moden ini sesetengah wanita tidak lagi memandang berat betapa pentingnya memasak kepada suami dan anak-anak. Disebabkan ramai wanita bekerja mereka, merasa malas untuk memasak apabila pulang daripada kerja. Lalu langkah yang paling mudah adalah dengan membeli makanan di kedai-kedai makanan yang tumbuh bagai cendawan. Mungkin perkara ini dilihat tidak ada apa. Yang penting anak-anak dan suami tidak kelaparan dan duit juga ada untuk membeli makanan tersebut. Namun, natijahnya amatlah berat.

Motivasi untuk para wanita supaya memasak sendiri di rumah

1. Apabila seorang ibu memasak dengan perasan kasih sayang disertakan lagi dengan bacaan Bismillahirrahmanirahim dan selawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w maka keberkatan dalam makanan tersebut akan menyerap dalam darah daging si anak dan si suami. Daging yang tumbuh dan darah yang mengalir hasil dari air tangan ibu ini akan melahirkan rasa kasih sayang anak dan suami terhadap si ibu/isteri tanpa dipaksa-paksa. Anak-anak juga akan lebih mudah dididik dan diasuh. Memang benar kata orang-orang tua “Air tangan isteri, boleh mengikat suami” bahkan bukan sahaja suami malah anak-anak juga mudah dididik menjadi anak-anak yang patuh.

2. Untuk memasak untuk keluarga, anda tidak perlu fikirkan untuk memasak yang hebat-hebat seperti tukang masak, masakan yang ringkas juga Insya-Allah akan lebih disukai oleh suami dan anak anda berbanding dengan makanan dari kedai. Ini diakui sendiri oleh suami saya dan juga Prof Siddiq Baba dalam slot Keluarga Sakinah di Radio IKIM.

3. Mungkin pada hari bekerja disebabkan sudah letih, anda masaklah lauk pauk yang ringkas-ringkas. Tapi ingat, masak dengan senyuman dan bukan dengan rungutan. Jangan lupa bismillah dan selawat ke atas Nabi. Bagi saya, untuk hari bekerja saya akan memasak masakan yang ringkas tetapi digemari oleh anak-anak dan suami seperti masak paprik, tomyam, ikan bawal masam manis, ikan goreng, tauhu goreng, telur dadar, telur masin, ikan singgang, sayur brokoli atau cauliflower. Kalau tak sempat masak sayur pun, pastikan ada ulaman seperti timun, kacang botol. Biasanya saya akan siap memasak dalam masa 30-45 minit sahaja. Perancangan amat penting semasa memasak, contohnya, pastikan memasak nasi terlebih dahulu. Sementara menunggu nasi masak, boleh jerang telur masin atau goreng telur dadar dalam masa itu boleh siang ikan, sotong, udang atau ayam untuk masakan paprik, tomyam atau menggoreng ikan. Sebenarnya ianya begitu mudah! Kalau nak ikutkan memanglah letih sebab baru balik kerja tapi perasaan letih tu kita lawan, Insya-Allah hasilnya berbaloi...:)

4. Untuk hari minggu, anda rancanglah untuk memasak sesuatu yang lebih istimewa dan jika boleh buatlah kuih-muih untuk keluarga anda. Untuk diri saya, saya akan mencuba memasak kuih muih yang disukai oleh suami dan anak-anak saya. Pada hari minggu juga saya akan membuat muffin untuk dibawa bekal untuk Aqilah ke rumah pengasuh dan muffin ini juga boleh dijadikan makanan sampingan untuk mereka ketika mereka lapar. Untuk kuih pula, kadang-kadang saya membuat roti, pau dan juga kuih seri muka (kegemaran Aiman).

5. Jika anda tidak tahu memasak, itu bukanlah alasan kerana pada zaman ini, segla macam resepi boleh didapati daripada internet. Untuk pengetahuan anda juga, banyak resepi yang telah saya cuba, saya dapati daripada internet dan Alhamdulillah semuanya menjadi.

Jadi, apa lagi yang anda tunggu, mulakanlah memasak untuk keluarga anda!!Kebaikannya untuk diri anda amatlah banyak, percayalah!!!

p/s : Kenangan anda memasak untuk anak-anak akan dikenang oleh mereka sampai besar dan ianya pastinya satu kenangan manis untuk mereka bersama anda. Kalau tidak percaya tentu anda akan terkenangkan ibu anda semasa memakan apa-apa kuih yang biasa dibuat oleh ibu anda semasa kecil, betul tak?Kenangan manis ini akan mengekalkan rasa kasih sayang yang terjalin di antara anda dan anak-anak anda, bagus bukan...:)...

Friday, January 7, 2011

Cerita masak-masak :Western Food

1st time buat parmesan bread stick, lebihan doh pizza, pastu tabur ngan cheese serbuk...resepi same ngan pizza kat bawah
Alhamdulillah, jadi...:)

Tak sempat nak amik gambar masa penuh, tak sabar-sabar nak makan, nama pizza ni best pizza ever...memang sedap, lain dari yang lain...sedap!!!

Pandangan dari tepi, rotinye lembut sangat dan topping dia lain dari yang lain sebab dia letak telur..yum...yum. Resepinye dari sini http://hubpages.com/hub/Most-Requested-Breakfast-Pizza-Everyones-Favorite. Tapi saya ganti bahan yang tak halal tu dengan chicken meatball.

Roasted lemon chicken.....

Mediterranien rice with roasted chicken (yg ini tak letak lemon tapi mustard, butter, cili boh)...suami dan Aiman suke. Resepi mediterranean rice ambik kat sini http://www.cooks.com/rec/view/0,1642,157168-227205,00.html

Chef kecik buat roti coklat chips!

Roti ibu sebelum masak, tabur ngan coklat chips dan keju
Hasil lepas masak, alamak Aqilah kutip coklat chips dulu...

Roti pintal laks....


Lepas bakar....



Macam ni ye, tuan-puan cara nak buat roti...

Lepas tu letak atas pinggan....

Aqilah pun nak tolong Ibu, boleh?

Kusyuknya Aqilah buat roti....

Ni hasil roti yang dibuat oleh 2 orang pembantu ibu....

Hasil roti Aiman dan Aqilah lepas masak, lembut!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...