Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Tuesday, April 19, 2011

Ubat diet sebabkan kerosakan hati, buah pinggang dan pancreas


Suami saya antara mereka yang mengalami masalah berlebihan berat badan sejak berkahwin dengan saya. Antara penyebabnya adalah dia merupakan orang yang akan menghabiskan makanan yang saya masak atau ketika kami makan di luar kerana sayang makanan membazir...:)...Lagi satu puncanya adalah pekerjaannya sebagai computer programmer yang kurang bergerak, hanya duduk di atas kerusi sewaktu bekerja (sedentary lifestyle). Dalam mengatasi masalah berat badan, suami saya memang pantang untuk mengambil ubat-ubat diet walaupun isteri beliau seorang doktor. Beliau lebih suka kawal pemakanan dan bersukan iaitu bermain badminton dan tenis. Hari ini apabila saya terbaca di WebMD, saya merasa amat-amat bersyukur kerana suami tidak pernah terlintas untuk mengambil ubat-ubatan tersebut. Ubat diet tersebut iaitu Xenical dan Alli dikatakan boleh menyebabkan kerosakan organ penting manusia iaitu hati, buah pinggang dan pankreas. Mereka berusaha supaya FDA mengharamkan ubat tersebut dari pasaran. Berikut adalah berita penuh dari WebMD untuk bacaan semua...

Group Calls on FDA to Pull Alli, Xenical

Weight Loss Drugs Linked to Liver, Kidney, and Pancreas Damage
By Denise Mann
WebMD Health News
close up of woman measuring waist

April 15, 2011 -- The consumer advocacy group Public Citizen is urging the FDA to immediately pull two weight loss drugs, Xenical and Alli, from the market. The group says the drugs’ risk for liver, pancreas, and kidney damage greatly outweighs any potential weight loss benefits.

Xenical and Alli are different strengths of the drug orlistat. Prescription-strength Xenical is manufactured by Roche. Alli is available over the counter, and is one-half the strength of Xenical. These drugs block the absorption of fat in the gastrointestinal tract. Alli manufacturer GlaxoSmithKline announced plans to sell the rights to the over-the-counter drug Alli.

In May 2010, the FDA issued a warning based on post-marketing adverse events about risk of severe liver injury in people taking orlistat, citing 12 foreign reports of liver toxicity with Xenical and one case of liver toxicity in the U.S. associated with the use of Alli. Two of these patients died, and three needed liver transplants as a result of this damage.

Washington-D.C. based Public Citizen has now identified 73 cases of kidney stones linked to use of these drugs, 23 of which required hospitalization, along with 47 cases of acute pancreatitis from the FDA adverse event reports. This is Public Citizen’s second petition to have Xenical removed from the market. Their first petition was rejected. The FDA will now mull the new petition.

If you are taking these drugs, don’t wait for the FDA to act, says Public Citizen director Sidney Wolfe, MD.

“Stop taking them,” he says. “Unlike other drugs, which have a withdrawal syndrome that you would go through if you suddenly stop, there is no downside to stopping Xenical or Alli.

“The risks greatly outweigh the benefits,” he says. “The drug doesn’t add all that much to weight loss efforts. This has got to be the end of the drug. How much more danger do you need for a drug that doesn’t work very well?”

According to Public Citizen, the average additional weight loss after one year among people taking orlistat while dieting and exercising compared to those who just did diet and exercise was 5.6 additional pounds with the 60 mg dose and 7 additional pounds with the 120 mg dose. The drugs are also known to cause other mild side effects, including inability to control bowel movements, oily or fatty stools, and oily spotting.

Thursday, April 14, 2011

Makanan sihat untuk jantung anda


Makanan sihat untuk jantung anda Salah satu cara bersyukur dengan nikmat kesihatan adalah menjaga kesihatan kita dengan baik dan makan makanan yang ada dengan sewajarnya sahaja dan tidak berlebih-lebihan. Pada masa kini, antara penyebab banyak penyakit kronik adalah akibat terlebih makan...Subhanallah...jadi beringat-ingatlah sewaktu makan sebab Rasulullah s.a.w sendiri sebagai contoh terbaik kita tidak pernah sakit sepanjang kehidupan baginda kerana baginda begitu menitik beratkan berkenaan pemakanan. Jadi, hari ini berkebetulan saya membaca di laman WebMD tentang senarai makanan-makanan yang sihat untuk jantung kita. Berikut adalah antara makanan yang sihat untuk jantung kita, makanan-makanan ini mudah didapati di Negara kita dan mungkin ada baiknya kita amalkan untuk pemakanan keluarga kita. Antara makanan yang sihat untuk jantung:

1. Herba-herba.
Disebabkan website ini adalah website orang Eropah mereka menyenaraikan herba-herba di Negara mereka seperti rosemary, sage, oregano dan thyme. Namun, saya berpendapat herba masyarakat melayu seperti jintan, ketumbar, halba, cengkih mungkin mempunyai kesan yang sama juga. Herba dipercayai mempunyai khasiat antioksidan iaitu penghalang kanser.

2. Kacang hitam.
Kacang hitam folat, magnesium dan antioksidan dan juga fiber. Ia baik untuk mengawal tekanan darah dan menurunkan kadar kolesterol.

3. Ikan salmon
Ikan salmon mengandungi Omega 3 yang boleh menurunkan kadar trigliserida dalam darah dan menurunkan risiko mati mengejut (sudden death) maklumat lanjut boleh rujuk artikel saya mengenai Omega 3.

4. Ikan tuna
Juga sama seperti ikan salmon, ianya kaya dengan omega 3

5. Extra virgin olive oil

6. Walnut

7. Badam

8. Tauhu

9. Ubi keledek

10. Buah oren

11. Lobak

12. Barli

13. Oatmeal

14. Low fat yogurt

15. Kopi

16. Cili

17. Ceri

18. Blueberry

Banyak dari senarai di atas adalah bahan makanan yang mudah kita temuai dan senang untuk dimasak. Diharapkan info di atas berguna untuk anda bagi perancangan apa yang harus dimasak untuk keluarga anda setiap hari.

Wallahua’lam.

Tuesday, February 22, 2011

Apa yang anda perlu tahu mengenai penyakit gastrik @ gastritis ?


Penyebab sakit perut yang biasa terjadi di kalangan orang dewasa adalah penyakit gastrik @ gastritis. Apakah gastritis? Bagaimana seseorang boleh mengidap sakit gastritis? Adakah penyakit ini berbahaya? Apakah langkah yang perlu di ambil bagi mengelakkan penyakit ini? Itu mungkin persoalan-persoalan yang bermain di fikiran seseorang apabila dimaklumkan oleh doktor punca sakit perut yang dihadapi olehnya adalah gastik.

Apakah gastritis?

Gastritis terjadi akibat dinding permukaan di dalam perut seseorang individu itu telah terhakis oleh asid gastric iaitu asid yang dikeluarkan oleh perut untuk mencernakan makanan. Hakisan pada permukaan dinding perut ini bukan berlaku dalam masa sehari malahan mungkin mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun sebelum seseorang itu mengalami symptom/tanda-tanda sakit perut di bahagian ulu hati. Antara tanda-tanda penyakit gastric/gastritis:

(a) Sakit ulu hati
(b) Rasa mual
(c) Rasa perut kembung
(d) Kemungkinan pesakit juga akan muntah

Adakah penyakit ini berbahaya?

Penyakit gastrik / gastritis di peringkat awal tidak begitu berbahaya, namun jika pesakit tidak mengambil langkah-langkah pencegahan, keadaannya boleh menjadi semakin serius iaitu boleh menyebabkan muntah berdarah.

Apakah punca penyakit gastritis /penyakit gastrik

Antara punca penyakit gastritis adalah:
(a) Pesakit tidak menjaga waktu makan dengan betul atau skip meal
(b) Tekanan/stress
(c) Pengambilan ubat-ubat penahan sakit seperti ponstan dan voltaren dalam jangkamasa yang panjang
(d) Sejenis kuman iaitu Helicobacter Pylorii
(e) Merokok

Secara semulajadi, apabila badan memerlukan makanan, signal akan dihantar ke otak dan otak akan menghatar signal ke bahagian perut untuk merembeskan asid gastric. Jika tiada makanan di dalam perut maka asid gastrik tersebut akan menghakis permukaan dinding perut. Kejadian ini akan berulang-ulang, lama-kelamaan permukaan dinding perut akan menipis dan apabila sampai ke tahap itu pesakit akan mengalami sakit di bahagian ulu hati.

Selain daripada itu, merokok, pil penahan sakit dan Helicobacter Pylorii akan menghakis permukaan dinding perut secara sedikit demi sedikit. Ketiga-tiga bahan ini akan memberikan risiko kepada seseorang untuk mengidap penyakit gastritis.

Bagi tekanan/stress pula, apabila stress berlaku, asid gastric akan dirembeskan di dalam perut dan ianya boleh menyebabkan gastritis dalam jangka masa yang panjang.

Apakah langkah untuk mengelakkan penyakit gastrik @ gastritis

1. Mengambil makanan mengikut aturan waktu.

2. Elakkan mengambil ubat-ubatan penahan sakit bagi jangka masa yang panjang. Kebiasaan warga emas adalah terdedah bagi pengambilan ubat penahan sakit dalam jangka masa yang panjang kerana pada waktu itu mereka sering mengalami sakit lutut, sakit-sakit badan.

3. Elakkan tekanan. Belajar cara yang sepatutnya di ambil untuk mengawal stress. Bagi saya bagi mengelakkan stress perkara yang paling utama adalah kita kembali kepada fitrah dengan mendekatkan diri kepada Allah. Belajar untuk merasa redha dan sentiasa berdoa. Mencuba membuat yang terbaik tetapi kena yakin bahawa faktor yang menentukan kejayaan, rezeki dan sebenarnya adalah semuanya adalah daripada Allah jua. Namun, usaha perlu juga ada.

4. Jangan merokok. Jika anda seorang perokok, berhenti dari sekarang untuk kebaikan diri anda dan juga keluarga anda.

Jika saya telah mengidap penyakit gastric apa yang perlu saya buat?

1. Makan secara teratur
2. Elakkan makanan yang pedas dan masam
3. Elakkan minuman berkafein seperti kopi dan Nescafe
4. Mengawal stress dengan bijak
5. Elakkan minuman berkarbonat
6. Berhenti merokok

Apakah penyakit ini boleh dirawat

Penyakit gastrik @ gastritis boleh pulih sepenuhnya jika perkara-perkara yang dinyatakan di atas di jaga sepenuhnya. Namun, keberkesanannya bukan dalam masa sehari dua. Jika penyakit ini mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun untuk terjadi, begitu juga fasa pemulihannya juga mengambil masa. Oleh itu, perkara yang paling UTAMA adalah berdisiplin untuk mengelakkan perkara-perkara yang boleh menerukkan lagi keadaan penyakit ini. Berita gembira untuk anda adalah penyakit ini boleh sembuh dan tidak perlu pergantungan kepada ubat tetapi dengan syarat langkah yang sepatutnya diambil adalah dipatuhi. Tetapi jika langkah penyembuhan tidak diambil, perkara yang sebaliknya akan berlaku, pesakit boleh tiba-tiba di suatu hari muntah berdarah dan perlu dibedah untuk mengikat semula dinding perut yang telah pecah. Keadaan ini biasanya amat serius dan boleh membawa maut. Oleh itu, langkah pencegahan adalah lebih baik dari merawat.

Semoga informasi ini bermanafaat untuk semua.

Jumpa lagi. Insya-Allah.

Thursday, December 9, 2010

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI OMEGA 3



Info ini diadaptasi daripada Medscape dan diolah oleh saya

Adakah anda tahu apakah sebenarnya Omega 3?
Omega 3 sebenarnya adalah sejenis lemak yang baik yang boleh didapati daripada ikan, telur beromega 3, kekacang dan sayuran seperti bayam, brokoli.

Apakah terdapat perbezaan di antara Omega 3 daripada ikan dan kekacang juga sayur-sayuran?
Memang terdapat perbezaan antara Omega 3 di dalam ikan dan kekacang juga sayur-sayuran. Jenis omega 3 yang terdapat pada ikan dikenali sebagai DHA dan EPA dan didalam sayuran dan kekacang dikenali sebagai ALA. DHA dan EPA didapati mempunyai manfaat yang lebih berbanding ALA. Namun begitu sebahagian kecil daripada ALA akan ditukarkan kepada EPA dan ALA oleh badan.

Apakah kebaikan Omega 3 ini?
Omega 3 dipercayai boleh mengurangkan risiko penyakit jantung, mengurangkan simptom kemurungan, sakit sendi dan juga mengurangkan risiko penyakit kanser.

Bagaimana Omega 3 dapat mengurangkan risiko penyakit-penyakit tersebut?
Omega 3 dipercayai dapat menghalang penyakit-penyakit tersebut dengan mengurangkan inflamasi di dalam salur darah, sendi dan semua tempat inflamasi yang ada di dalam badan. Omega 3 juga dipercayai mengurangkan risiko ritma jantung yang abnormal (abnormal heart rhythm), mengurangkan kadar lemak yang tidak sihat di dalam badan dan melambatkan kadar pembinaan plak-plak lemak di dalam salur darah atau dikenali sebagai arteriosklerosis (penyebab penyakit darah tinggi dan penyakit jantung).

Omega 3 dan Triglycerides (TG)
Omega 3 boleh mengurangkan kadar TG dalam darah (TG adalah sejenis lemak yang tidak baik dalam darah yang boleh menyebabkan penyakit jantung). Walau bagaimanapun, Omega 3 juga boleh meningkatkan kadar kolesterol dalam badan iaitu kedua-dua lemak baik (HDL) dan lemak jahat (LDL). Oleh itu bagi pesakit yang mempunyai kadar TG yang tinggi dalam badan hendaklah mendapatkan nasihat pakar perubatan sebelum mengambil Omega 3. Namun secara umumnya pengambilan ikan yang mempunyai kadar Omega 3 yang tinggi adalah selamat.

Omega 3 dan Stroke
Omega 3 menghalang pembinaan plak dalam salur darah ke otak yang boleh menghalang ischemic stroke (strok yang terjadi akibat saluran darah ke otak tersumbat). Omega 3 juga mempunyai kesan menghalang pembekuan darah. Oleh itu pada dos yang tinggi, supplement Omega 3 dipercayai boleh menyebabkan hemorrhagic stroke (strok yang terjadi akibat pendarahan dalam otak).

Omega 3 dan Rheumatoid Arthritis
Omega 3 boleh mengurangkan sakit sendi dan kekerasan sendi (joint stiffness) pada pesakit rheumatoid arthritis.

Omega 3 dan dementia
Omega 3 dipercayai mengurangkan risiko penyakit Alzheimer’s.

Omega 3 dan kanak-kanak
Berhati-hati dengan promosi iklan susu tepung kanak-kanak yang mendakwa Omega 3 adalah ”brain-boosting” power untuk kanak-kanak. American Academy of Pediatrics mengesyorkan kanak-kanak makan lebih banyak ikan bagi mendapatkan khasiat Omega 3 berbanding pengambilan supplement.

Omega 3 dan wanita mengandung
Satu kajian yang telah dijalankan oleh John Colombo, PhD mendapati bayi yang lahir daripada ibu yang mengambil kadar Omega 3 dan DHA yang mencukupi semasa mengandung didapati mempunyai daya tumpuan yang lebih semasa dua tahun awal mereka berbanding dengan bayi yang lahir daripada ibu yang kurang kadar Omega 3 dan DHA.

Berapa banyak Omega 3 dan DHA yang diperlukan oleh wanita mengandung?
Kajian Levine menyarankan keperluan DHA sebanyak 250mg semasa mengandung

DHA dan susu ibu
DHA secara semulajadi terkandung di dalam susu ibu yang mana amat bagus untuk kecerdasan otak bayi yang sedang membesar....alhamdulillah, anugerah Allah untuk ibu dan anak-anak kita.

Bahaya ikan yang dicemari
Salah satu perhatian yang perlu diberi perhatian semasa pengambilan ikan adalah pencemaran ikan oleh merkuri akibat laut yang tercemar. Kehadiran merkuri di dalam ikan adalah berbahaya bagi wanita mengandung, wanita menyusukan anak dan kanak-kanak. Oleh itu sebagai langkah berjaga-jaga elakkan memakan ikan pemangsa seperti shark, sworkfish, king mackerel dan buang kulit, lemak-lemak ikan sebelum memakan ikan.


Kesimpulan

Terdapat banyak kebaikan yang boleh didapati dengan pengambilan Omega 3 terutamanya bagi mengelakkan penyakit kronik seperti darah tinggi, sakit jantung dan strok. Bahkan ianya amat bagus untuk bayi dan kanak-kanak yang sedang membesar untuk kecerdasan otak dan daya tumpuan yang tinggi. Namun, badan kita tidak dapat menghasilkan Omega 3 dengan sendiri. Sumber terbaik bagi mendapatkan Omega 3 adalah daripada ikan. Ini bertepatan dengan hadis Rasulullah yang menggalakkan kita umat Islam memakan ikan dan mengurangkan pengambiln daging sekali seminggu sahaja. Dan bayi bayi pula sumber yang terbaik semestinya daripada susu ibu, anugerah daripada Allah Taala. Oleh itu, langkah terbaik sebagai seorang ibubapa, kita pastikan diet keluarga kita lebih kerapkan pengambilan ikan dalam masa seminggu sebagai sumber protein berbanding ayam atau daging. dan bagi bakal-bakal ibu pastikan anda menyusu anak-anak anda.

Semoga mendapat manfaat.

Wallahua’alam.

Tuesday, November 23, 2010

Panduan asas pengambilan ubat semasa mengandung




Pengambilan ubat semasa mengandung terutama semasa 3 bulan pertama seharusnya dielakkan oleh ibu-ibu mengandung kerana sewaktu 3 bulan pertama janin dalam proses membesar dan menghasilkan organ-organ penting di dalam badan mereka. Namun masih terdapat ubat yang selamat diambil oleh ibu-ibu walaupun semasa 3 bulan pertama mengandung. Bagi merungkai persoalan ibu-ibu mengandung, di sini terdapat panduan apakah ubat yang boleh dan tidak boleh diambil semasa mengandung bagi sakit-sakit yang biasa dialami.

1. Jika demam atau sakit-sakit badan:

Ubat yang selamat dimakan adalah paracetamol (PCM)

Elakkan mengambil ponstan dan ubat tahan sakit yang lain seperti voltaren

Jika demam perpanjangan melebihi 3 hari segera berjumpa dengan doktor berdekatan untuk pemeriksaan lebih lanjut.

2. Jika selsema:

Elakkan mengambil semua jenis ubat selsema seperti actifed, piriton

Apa yang boleh dilakukan oleh ibu-ibu mengandung adalah mengambil vitamin C dan makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran dan banyakkan minum air suam.

3. Jika batuk

Elakkan minum semua jenis ubat batuk

4. Jika cirit-birit

Elakkan mengambil ubat cirit birit (lomotil) dan ubat sakit perut yang memulas akibat cirit birit (buscopan)

Ibu-ibu boleh mengambil ubat garam (ORS-oral rehydration salt) untuk menggantikan garam galian yang hilang daripada badan dan pastikan banyak minum air suam.

Antibiotik selamat?

Terdapat antibiotik yang selamat digunakan semasa mengandung. Di sini saya senaraikan antibiotik yang biasa diberikan oleh doktor-doktor di Malaysia untuk jangkitan yang pelbagai dan ianya selamat digunakan semasa mengandung

-amoxycillin
-erythromycin
-augmentin
-cephalexin

Semoga panduan asas ini membantu anda menentukan ubat yang selamat semasa mengandung. Paling penting jaga kesihatan anda semasa mengandung. Elakkan mengunjungi tempat-tempat kunjungan orang ramai bagi mengelakkan terkena jangkitan terutamanya selsema dan batuk (jangkitan salur pernafasan atas-upper respiratory tract infection) kerana semasa mengandung imuniti ibu-ibu sedikit lemah dengan kehadiran bayi di dalam kandungan. Bagi mengelakkan jangkitan kuman pada salur kencing pula, elakkan menahan diri daripada buang air kecil dan minum banyak air. Semoga anda dan bayi anda sihat dalam proses mengandung, jangan lupa banyak berdoa dan berserah diri kepada Yang Maha Esa, Insya-Allah dimudahkan.

Semoga jumpa lagi.

Tuesday, August 24, 2010

Panduan asas: Pendarahan semasa bulan awal mengandung


Saya ingin memberikan panduan kepada pembaca mengikut ilmu perubatan apa yang harus anda buat jika terdapat pendarahan semasa mengandung, apa yang mungkin menyebabkannya, apa yang akan doktor akan lakukan kepada anda. Semoga panduan asas ini akan dapat membantu anda dan memahami apa yang terjadi kepada diri anda….


Apa yang harus saya lakukan jika saya dapati saya mengalami pendarahan semasa bulan awal (kebiasaannya 12 minggu) mengandung?

Perkara pertama yang harus anda lakukan adalah anda harus segera berjumpa dengan doktor. Jika anda telah mempunyai buku rawatan semasa mengandung (jika di klinik/hospital kerajaan di Malaysia, buku ini berwarna merah jambu) jangan lupa bawa buku ini sewaktu berjumpa doktor.


Apakah yang akan doktor lakukan kepada saya

1. Perkara pertama doktor akan bertanya mengenai maklumat kandungan anda iaitu:

i.Tarikh akhir period anda (hari pertama datang kotor) dan samada anda pasti tarikh
tersebut ataupun tidak

ii. Berapa banyak darah yang telah keluar

iii. Adakah anda mempunyai sakit perut ataupun tidak

iv. Adakah anda mempunyai demam

2. Doktor kemudiannya akan memeriksa perut anda untuk melihat tanda kesakitan atau tidak.

3. Doktor akan melakukan ultrasound untuk melihat IUGS (Intrauterine Gestational Sac) atau kata lain bayi yang berada didalam kantung di dalam perut anda samada ianya berada didalam uterus ataupun diluar uterus. Ini kerana bagi mereka yang mengandung di luar rahim juga, mereka kadang-kadang boleh mendapat pendarahan semasa mengandung di samping rasa sakit perut yang amat teruk. Jika terdapat IUGS dikesan di dalam rahim, maka doktor akan mengukur saiz IUGS tersebut untuk melihat adakah ianya bertepatan dengan tarikh atau tidak. Di samping mengukur, bentuk kantung juga dilihat samada masih normal atau tidak. Di samping itu juga doktor akan mengesan kehadiran jantung bayi semasa ultrasound dilakukan.
Apakah yang akan doktor lakukan jika tidak dapat mengesan kehadiran jantung bayi?
Jika kandungan anda masih awal iaitu dalam lingkungan 5-6 minggu kemungkinan jantung bayi tidak akan dapat dikesan dengan ultrasound melalui perut. Maka doktor akan melakukan ultrasound melalui vagina anda. Anda jangan merasa takut kerana imbasan ini tidak akan menyakitkan anda. Ultrasound tersebut bersaiz kecil (bukan sebesar ultrasound pada perut) dan ianya hanya diletakkan di muka pintu vagina sahaja. Tetapi rasa sedikit selesa mungkin ada.

Macamana saya akan tahu samada saya gugur atau tidak?

Keguguran bayi mengikut ilmu perubatan dibahagikan kepada 3 iaitu:

1. Threaten abortion
Bermakna ibu mengalami pendarahan vagina namun bayi masih sihat. Saiz dan bentuk kantung masih normal dan jantung bayi akan dapat dikesan.

2. Complete abortion
Bayi beserta kantung telah keluar bersama dengan lengkap semasa pendarahan berlaku. Bentuknya adalah seperti kandungan perut ikan di dalam kantung. Oleh itu, amatlah penting bagi anda membawa sesuatu yang keluar dari vagina anda sewaktu pendarahan berlaku untuk ditunjukkan kepada doctor kerana mungkin ianya janin anda yang telah keluar. Kebiasaan bagi complete abortion pesakit akan mengalami sakit perut sebelum janin keluar dan sakit perut terus hilang selepas janin keluar.

3. Incomplete abortion
Janin telah keluar tetapi tidak lengkap. Bagi kes seperti ini, pesakit akan merasa sakit perut sebelum dan juga selepas janin keluar.

4. Missed abortion
Semasa doktor melakukan imbasan, doktor akan dapati kantung bayi telah kosong (hanya tinggal kantung) atau jantung bayi tidak dapat dikesan.



Bagaimana doktor akan merawat saya?


Threaten abortion
Doktor akan membekalkan anda ubat Duphaston bagi menguatkan rahim anda dan akan memberikan anda cuti sakit untuk berehat di rumah selama beberapa hari.


Complete abortion
Selepas memeriksa janin yang anda bawa, doktor akan menjalankan pemeriksaan pada bahagian vagina anda bagi memeriksa samada pintu rahim sudah tertutup ataupun tidak dan melihat samada masih terdapat pendarahan yang banyak daripada pintu rahim dan terdapat sisa janin atau darah beku di pintu rahim. Jika tiada, doktor akan melakukan ultrasound untuk memastikan tiada sisa IUGS tertinggal di dalam rahim. Setelah pasti, anda boleh pulang ke rumah dan akan diberikan cuti rehat selama seminggu. Di samping itu, doktor akan membekalkan ubat antibiotik dan ubat ponstan kepada anda. Ubat antibiotic bagi mengelakkan adanya jangkitan di dalam rahim. Manakala ubat ponstan pula untuk mempercepatkan rahim untuk mengecut. Ubat antibiotik harus dihabiskan dan ubat ponstan hendaklah dimakan selama seminggu mengikut aturan.


Incomplete abortion
Sepertimana kes complete abortion, doctor akan memeriksa janin yang anda bawa, memeriksa pintu rahim dan melakukan ultrasound. Bagi kes incomplete abortion, pintu rahim masih akan terbuka dan kemungkinan terdapat sisa janin dan darah beku di pintu rahim. Ultrasound juga akan mendapati masih terdapat sisa IUGS di dalam rahim anda. Bagi kes seperti ini doktor akan melakukan D&C untuk mencuci sisa janin yang tertinggal. Sama seperti complete abortion, anda akan dibekalkan ubat antibiotic dan ubat ponstan semasa pulang ke rumah.


Missed abortion
Bagi kes seperti ini, pintu rahim adalah masih tertutup. Kebiasaannya doktor akan memberi masa untuk janin untuk keluar sendiri. Namun begitu, selepas tempoh beberapa lama, janin masih tidak juga keluar, para doctor akan melakukan samada D&C atau memasukkan ubat ke dalam vagina anda untuk merangsang pintu rahim untuk terbuka. Sama seperti complete dan incomplete abortion, anda akan dibekalkan ubat antibiotic dan ubat ponstan apabila keluar daripada wad.

Semoga info ini berguna untuk dijadikan panduan dan memahami apa yang berlaku kepada diri anda.

Wallahua’lam.

Thursday, July 8, 2010

Adakah selamat memberikan ubat selsema dan ubat batuk kepada kanak-kanak?



Masalah selsema dan batuk disebabkan jangkitan viral mungkin adalah perkara biasa jika dihadapi oleh orang dewasa namun bagi ibu-ibu yang mempunyai bayi, serangan selsema dan batuk kepada bayi mereka boleh memberikan kesan yang besar kepada ibu-ibu. Ketidakselesaan bayi sewaktu menyusu dan ketika bayi tidur boleh meruntun hati ibu melihat anak-anak yang tidak selesa.

Jika ibubapa membawa anak mereka berjumpa dengan para doktor adalah dinasihati mereka menyemak kembali label ubat yang diberikan oleh doktor terutama bagi bayi yang berumur 2 tahun ke bawah. Ini kerana terdapat ubat selsema yang BERBAHAYA kepada bayi yang mana boleh menyebabkan bayi mengalami masalah pernafasan. Disebabkan implikasi yang mungkin timbul kesan ubat selsema tersebut, Drug Control Authority Malaysia (DCA) telah bersepakat mengeluarkan AMARAN dilabel ubat-ubat selsema yang dikenalpasti bagi mengelakkan implikasi yang bakal timbul. Amaran yang dikeluarkan adalah;

(a) Not to be used in children less than 2 years of age (Jangan diberikan kepada kanak-kanak kurang daripada usia 2 tahun) dan
(b) To be used with caution and on doctor’s or pharmacist’s advice in children 2 to 6 years of age (Digunakan dibawah pemantauan dan nasihat oleh doktor atau ahli farmasi bagi kanak-kanak berusia di antara 2 hingga 6 tahun).

Antara ubat selsema dan batuk yang terlibat adalah:

Actifed (Tripolidine)
Phenergan (Promethazine) - juga digunakan untuk menahan muntah
Diphenhydramine (Benadryl)
Brompheramine
Chlorpheramine
Clemastine
Dexbrompheniramine
Pheniramine
Dextromethorpan

Antara ubat titis hidung yang terlibat:

Ephedrine
Phenylephrine
Pseudoephedrine

Adalah dinasihatkan ibubapa mengambil berat mengenai perkara ini. Jika klinik yang dilawati tidak melabelkan nama ubat yang sebenar di botol ubat, hanya menandakan ubat selsema/ ubat batuk/ ubat titis hidung, para ibu bapa hendaklah meminta mereka menulis nama sebenar ubat di botol berkenaan supaya kita akan dapat mengetahui apa sebenarnya ubat yang diberikan oleh mereka. Selain dapat melindungi diri anak kita daripada perkara yang tidak sepatutnya (Nauzubillah), ianya juga boleh ditunjukkan kepada pihak hospital jika sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku dan tindakan sepatutnya akan dapat diambil.

Antara langkah yang boleh diambil semasa bayi anda mengalami selsema adalah memberikan air suam yang kerap kepada bayi dan berikan rehat yang secukupnya kepada bayi selain memberikan makanan yang berkhasiat seperti sayur-sayuran kepada bayi. Kepada ibu-ibu yang menyusu, terdapat BONUS yang terdapat kepada bayi anda kerana antibodi daripada susu ibu dapat membantu bayi dalam menyembuhkan masalah selsema. Jadi, teruskan menyusu bayi anda dengan selesa dan gembira.

Saya menasihati ibu bapa diluar sana mengambil berat akan hal ini dan sebarkan pengetahuan ini kepada rakan-rakan dan juga keluarga anda. Seperti yang selalu saya tekankan selama ini ILMU adalah amat penting dalam menjalani kehidupan ini. Dengan ILMU kita akan dapat membezakan antara yang benar dan salah samada dalam ilmu dunia mahupun ilmu akhirat. Wallahua’alam.

Tuesday, May 4, 2010

MAKLUMAT PENTING JIKA ANAK CIRIT-BIRIT


Saya kerap menerima soalan-soalan daripada ahli keluarga dan kawan-kawan apabila anak-anak mereka mengalami cirit-birit. Jadi saya mengambil kesempatan ini untuk mencoretkan maklumat asas yang perlu diketahui oleh ibu bapa jika anak-anak mereka mengalami cirit-birit. Cirit-birit perlu ditangani dengan bijak oleh semua ibu bapa agar komplikasi yang buruk tidak akan terjadi kepada kanak-kanak terlibat. Antara sebab-sebab berlakunya cirit-birit adalah makanan yang diambil oleh kanak-kanak telah tercemar oleh kuman-kuman samada semasa penyediaan makanan tersebut atau kerana makanan tersebut telah dihinggapi lalat. Namun terdapat juga faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan cirit-birit.

1. Antara faktor-faktor cirit-birit

a. Makanan tercemar
b. Puting dan botol susu yang tidak bersih
c. Ibu yang menyusu bayi makan jamu
d. Paranteral diarrhea

2. Apakah parentral diarrhea?

Parentral diarrhea adalah satu simptom cirit-birit yang berlaku semasa kanak-kanak mengalami demam viral beserta dengan batuk berkahak. Kebiasaannya kanak-kanak tidak pandai untuk mengeluarkan kahak daripada kerongkong/mulut apabila batuk. Apabila kanak-kanak batuk dan kahak terkeluar daripada kerongkong ke dalam mulut, kanak-kanak biasanya akan menelan kahak tersebut. Disebabkan kahak mengandungi virus/kuman maka virus/kuman ini boleh menyebabkan cirit-birit apabila ia masuk ke dalam saluran penghadaman.

3. Apakah yang perlu saya lakukan jika anak saya mengalami cirit birit?

Perkara UTAMA yang perlu diambil perhatian jika seseorang kanak-kanak mengalami cirit-birit adalah tahap hidrasi/ kandungan air dalam badan kanak-kanak berkenaan, adakah ianya telah berkurangan atau tidak. Jika kadar kandungan air di dalam badan mereka berkurang atau mereka mengalami dehidrasi, keadaan ini amat berbahaya. Kanak-kanak memang amat terdedah mengalami dehidrasi berbanding dengan orang dewasa kerana saiz badan mereka yang kecil.

4. Bagaimana saya ingin mengetahui samada anak saya yang mengalami cirit-birit mengalami dehidrasi atau tidak?

Tanda-tanda dehidrasi adalah seperti berikut:

4.1 Bagi bayi:

a. Ibu-ibu boleh merasa bahagian ubun-ubun bayi mereka. Jika ubun-ubun terasa lekuk, ini menandakan bayi telah mengalami dehidrasi/kekurangan air.

b. Bayi lemah dan tidak aktif seperti biasa.

c. Bibir kering, lidah kering

4.2 Bagi kanak-kanak yang telah tertutup ubun-ubun mereka:

a. Bibir kering dan berkeruping

b. Lidah kering (nampak warna keputihan pada lidah dan air liur yang kurang)

c. Kanak-kanak kelihatan lemah, tidak aktif seperti biasa. Mereka tidak akan berminat untuk bermain seperti biasa.

JIKA TERDAPAT TANDA-TANDA SEPERTI DI ATAS, ANDA HARUS MEMBAWA ANAK ANDA SEGERA KE JABATAN KECEMASAN HOSPITAL UNTUK RAWATAN SUSULAN IAITU MEMASUKKAN AIR BANTUAN MELALUI SALUR DARAH.

5. Adakah terdapat ubat yang boleh menghentikan cirit-birit?

Rawatan cirit-birit bagi kanak-kanak adalah sangat berbeza daripada orang dewasa. Jika bagi orang dewasa, apabila mereka mengalami cirit-birit, para doktor akan memberikan ubat kepada mereka untuk menghentikan simptom tersebut. Namun, bagi kanak-kanak, amat berbahaya jika diberikan ubat untuk menghentikan cirit birit tersebut. Ini kerana jika ubat diberikan kepada kanak-kanak untuk menghentikan cirit-birit, kuman-kuman di dalam usus mereka akan meresap ke dalam salur darah. Ini akan lebih memudaratkan keadaan kanak-kanak tersebut. Jadi, para ibu bapa dikehendaki amat berhati-hati di dalam perkara ini.

6. Apakah perkara yang paling penting untuk diberi perhatian jika anak saya cirit-birit?

Perkara yang paling penting adalah memastikan kanak-kanak tidak mengalami dehidrasi/kekurangan air dalam badan. Pastikan anak anda kerap minum air dan minum air garam yang dibekalkan oleh doktor. Jika anak anda tidak gemar minum air garam yang dibekalkan oleh doktor memadai dengan memberikannya minum air masak dengan kerap bagi mengelakkan anak anda mengalami dehidrasi.

7. Bolehkah saya meneruskan pemberian susu kepada anak saya semasa dia mengalami cirit-birit?

Jika anda menyusukan bayi anda (breastfeeding), anda boleh meneruskan penyusuan seperti biasa dan dikerapkan penyusuan jika boleh.
Jika anak anda menyusu susu formula, dinasihatkan anda mencairkan sedikit kepekatan susu formula tersebut kerana susu formula boleh memburukkan keadaan cirit birit. Tambah keperluan air anak anda dengan air masak atau air garam yang dibekalkan oleh doktor.

8. Apa yang perlu saya lakukan jika laluan najis (anus) anak saya melecet?

Cirit-birit memang boleh menyebabkan anus melecet kerana najis semasa cirit birit adalah lebih berasid daripada biasa. Pastikan anda segera membasuh najis selepas anak anda membuang air besar dan sapukan ubat (boleh didapati daripada klinik/farmasi) pada anusnya yang melecet.

Semoga maklumat di atas boleh dijadikan panduan yang berguna untuk anda semua....:)

Tuesday, April 13, 2010

Makanan yang boleh kuatkan tulang


Adakah anda tahu berapa banyak calcium yang diperlukan oleh tubuh seorang dewasa setiap hari?

Secara purata keperluan sehari kalsium bagi seorang dewasa adalah:
- berumur kurang daripada 50 tahun adalah sebanyak 1000mg sehari
- berumur lebih daripada 50 tahun adalah sebanyak 1200mg sehari

Apakah makanan yang mengandungi banyak kalsium?

Susu segar, susu skim, susu rendah lemak dan bukan susu pekat manis.
Yogurt, keju
Ikan sardin bersama tulang
Sayur-sayuran hijau
Cereal
Makanan berasaskan kacang soya
Ikan salmon
Kekacang

Berapa banyak calcium dalam makanan kita?

-Segelas susu segar, susu skim atau susu rendah lemak (dalam 8 oz) mengandungi kira-kira 300mg kalsium. Oleh itu kita perlu minum 3-4 gelas susu sehari jika kita tidak mengambil sumber kalsium yang lain untuk mencukupkan keperluan kalsium kita sehari

-kadar kalsium dalam satu cawan yogurt atau satu aun cheese juga sama dgn segelas susu

-ikan sardin tapi kena makan bersama tulangnya, tulang jgn buang ye juga merupakan sumber kalsium. 3 aun ikan sardine mengandungi kadar kalsium yang lebih tinggi dari segelas susu.

-Sayur-sayuran hijau. Satu cawan sayuran hijau mengandungi lebih kurang 200mg calcium

-Cereal seperti cococrunch dan yang seangkatan dengannya. Satu cawan cereal blh mengandungi sehingga 1000mg calcium. Perisa label nutrisi pada kotak cereal tersebut.

-Makanan yang berasaskan kacang soya seperti tauhu, tempe. Setengah cawan tauhu mempunyai 258mg calcium. Di samping kalsium, tauhu juga mengandungi isoflavone yang juga boleh menguatkan tulang. Isoflavone juga mempunyai tindakan seperti estrogen (estrogen like-effect). Oleh itu ia amat sesuai untuk wanita menopause untuk menguatkan tulang mereka.

-Jika anda alergik dengan makanan-makanan yang dinyatakan di atas, anda boleh mengambil supplement calcium untuk membantu mendapatkan nutrisi kalsium setiap hari

Perkara-perkara lain yang perlu dilakukan untuk menguatkan tulang

1. Senaman (weight bearing exercise) seperti berjalan laju, menari, bermain tenis. Senaman-senaman ini akan membantu menambahkan kekuatan tulang kita.

2. Menghindarkan garam. Semakin banyak garam diambil, semakin banyak calcium akan dikeluarkan semula daripada badan melalui air kencing.

3. Perlukan cahaya matahari. Badan menghasilkan vitamin D apabila mendapat rangsangan daripada cahaya matahari. Tanpa bantuan vitamin D, kalsium yang diambil oleh kita tidak dapat diserap oleh tulang.

sumber WebMD. Telah diolah oleh penulis supaya difahami oleh para pembaca...

Semoga bermanafaat untuk semua

Semoga kita terhindar daripada osteoporosis dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan senaman....Insya-Allah

Monday, April 12, 2010

Adakah anda berisiko untuk mengalami OSTEOPOROSIS?

Apabila membaca kesemua risiko-risikonya, saya boleh dikatakan mempunyai kesemua risikonya…:(….jadi saya tidak boleh mengambil ringan tentang masalah osteoporosis ini…Gerun mengingatkan kalau dah tua-tua nanti tiba-tiba tulang terpatah dengan kecederaan ringan (minor injury) seperti terjatuh di dalam bilik air…Nauzubillah….Jadi, jikalau tidak mahu mengalaminya, kita harus berwaspada dan selalu amalkan minum susu dan makanan yang mengandungi kalsium yang tinggi (nanti saya tulis kat entry akan datang). Kalau nak tahu anda telah mengalami osteoporosis atau tidak pada waktu sekarang, cuba ukur tinggi anda, jika ianya berkurang dari tahun-tahun sebelum ini bermakna anda telah mengalaminya sedikit demi sedikit. Jadi, jangan ambil ringan masalah ini, langkah-langkah pncegahan harus diambil sebelum terlambat….

Risiko untuk mengalami osteoporosis:

1. Umur
Kekuatan dan ketumpatan tulang akan mencapai peringkat maksimum pada umur 30 tahun. Selepas umur 30 tahun, kekuatan tulang akan mula berkurang mengikut usia.
Saya ada risiko ini memandangkan usia saya sudah hampir 32 tahun.


2. Jantina
Perempuan berisiko empat kali ganda berbanding lelaki untuk mengalami osteoporosis terutama selepas mengalami menopause. Ini disebabkan perempuan lebih ringan dan mempunyai struktur tulang yang lebih kecil berbanding lelaki.
Sememangnya ada risiko ini.


3. Bangsa
Kajian menunjukkan bahawa bangsa Asia dan Caucasian berisiko 2 kali ganda mengalami osteoporosis berbanding bangsa Afrika.
Sememangnya ada risiko ini.


4. Struktur tulang dan berat badan
Wanita yang berbadan kecil dan kurus berisiko lebih tinggi berbanding wanita yang berbadan besar. Ini kerana wanita yang berbadan besar mempunyai rangka yang besar (tulang besar). Lelaki yang rangka kecil dan kurus juga berisiko untuk mengalami osteoporosis berbanding lelaki yang berbadan besar dan rangka besar.
Badan saya memang kecil dan kurus. Satu kelebihan orang cakap nampak lebih muda dari usia sebenar namun ada risiko osteoporosis pula …huhu


5. Sejarah keluarga
Jika terdapat ibubapa atau datuk/nenek yang pernah mempunyai sejarah mengalami patah tulang paha selepas jatuh (minor fall), anda adalah berisiko tinggi untuk mengalami masalah yang sama.
Alhamdulillah, belum ada lagi sejarah ibubapa atau datuk/nenek saya patah tulang apabila jatuh.

6. Sejarah tulang patah selepas jatuh (diri sendiri).
Alhamdulillah saya tidak pernah mengalaminya. Semoga dijauhkan oleh Allah.


7. Ubat-ubatan
Sesetengah ubat seperti prednisolone jika digunakan secara berpanjangan akan menyebabkan osteoporosis.
Ubat prednisolone merupakan sejenis ubat alahan. Biasanya doctor akan memberikan ubat ini kepada pesakit asthma yang kronik dan juga kepada pesakit autoimmune seperti SLE. Semasa bertugas di Hospital Kuala Lumpur, selalu pesakit asthma akan minta ubat ini daripada saya kerana sememangnya ubat ini amat berkesan untuk menghilangkan serangan asthma mereka. Namun, kadang-kadang saya tidak akan memberikan ubat ini secara mudah kepada mereka dan menerangkan kesan buruk yang akan mereka alami jika selalu mengamalkannya.

Semoga bermanafaat kepada semua....:)



Wednesday, March 10, 2010

KESIHATAN GIGI KANAK-KANAK


Saya bukan doktor gigi. Saya hanya seorang doctor perubatan. Namun saya ingin kongsikan sedikit pengetahuan yang saya dapat semasa membaca artikel mengenai gigi semasa saya menunggu giliran untuk menampal gigi di klinik tempohari. Mungkin info-info ini berguna untuk semua jua...:)

1. Gigi berlapis yang berlaku bukan disebabkan gigi susu lambat tercabut tetapi disebabkan saiz rahang yang tidak sesuai dengan saiz gigi iaitu rahang kecil tetapi saiz gigi besar-besar. Gigi berlapis juga boleh disebabkan oleh keturunan. Mmm…patut lah gigi saya berlapis, mungkin rahang saya kecil namun gigi agak besar berbanding kakak-kakak dan abang-abang saya yang lain. Mereka semua tiada yang gigi berlapis kecuali saya dan adik saya…huhu. Namun gigi ibubapa saya tidak berlapis. Anak-anak saya juga akan berkemungkinan akan mendapat gigi berlapis jika mereka mendapat genetik daripada saya; rahang kecil, gigi besar…huhu

2. Jika gigi susu dicabut lebih awal yakni sebelum ianya goyang tidak menjamin gigi tidak akan berlapis. Ayah Aiman amat takut gigi Aiman akan berlapis masa pertama kali gigi susunya goyang sebab masa itu gigi kekal sudah mahu tumbuh…

3. Gigi geraham ketiga (gigi geraham kekal) akan mula tumbuh pada usia 6 atau 7 tahun. Kebanyakkan ibubapa tidak sedar dan menyangka ianya gigi susu juga. Jadi kebanyakkan gigi geraham ketiga ini sudah rosak apabila dibawa berjumpa doktor gigi. Bila baca ini, balik tu saya terus periksa mulut Aiman, a’ah lar, dah ada gigi geraham ketiga atas bawah kiri kanan. Dah lama saya tak tengok gigi Aiman sejak dia pandai gosok gigi sendiri. Bila gigi ini tumbuh, saya pun tidak sedar…huhu..Nasib baik gigi Aiman masih okey.

4. Jika gigi susu rosak dan terpaksa dicabut lebih awal mungkin akan mengganggu pembentukan otak yang cergas di kalangan kanak-kanak. Pertama kerana saraf untuk mengunyah bersambung dengan saraf di otak. Kedua, jika gigi tiada, sukar kanak-kanak untuk mengunyah dengan baik dan proses penghadaman nutrisi tertentu mungkin akan terganggu. Nak kena jaga gigi Aqilah supaya tidak rosak awal. Setakat ini gigi Aqilah yang paling cantik antara kami berempat..huhu..namun, kena jaga-jaga kerana Aqilah suka makan aiskrim, muffin coklat yang ibu buat dan juga coklat…

5. Karies gigi boleh terjadi di kalangan bayi jika mereka tidur bersama-sama botol susu dan susu berkumpul di dalam mulut mereka. Ini kerana semasa tidur, air liur yang dihasilkan adalah kurang berbanding semasa sedar. Kes ini berlaku kepada anak saudara saya. Memang dia suka tidur dengan botol susu. Bila ditarik aje botol susu tengah dia tidur pasti dia akan terjaga dan menangis. Mahu tidak mahu, kakak saya biarkan saja botol itu dalam mulutnya samapi pagi. Natijahnya pada umur 4 tahun semua giginya terpaksa dicabut, kenalah makan bubur sahaja. …huhu..

Itu sahaja buat kali ini, semoga berguna untuk semua.

Jumpa lagi...Insya-Allah

Tuesday, February 23, 2010

SIAPA MAHU BELAJAR BERENANG?


gambar kampung halaman saya

Jika anda ke rumah saya di kampung, anda boleh mendengar ombak menghempas pantai terutamanya pada waktu malam (kerana ombak lebih kuat di waktu malam dan suasana yang sunyi). Walaupun rumah saya berhampiran dengan pantai dan sejak dari kecil lagi saya sudah terbiasa bermain di pantai namun hakikatnya saya TIDAK PANDAI BERENANG sehinggalah saya belajar berenang dengan suami saya pada tahun lepas, percaya atau tidak…hehe..Semasa saya kecil, biasanya saya dan kawan-kawan akan mandi di laut di kawasan air yang agak cetek, agak-agak paras pinggang kami sahaja dan cuba-cuba menyelam sambil menahan nafas sahaja, berenang kami tidak tahu. Saya sebenarnya amat teringin untuk pandai berenang namun tiada sesiapa yang pernah mengajar kami. Memang benarlah bahawa, walau apa-apa ilmu sekalipun, jika kita mahu dapat, kita harus belajar samada secara FORMAL ATAU TIDAK FORMAL, TIADA kebolehan atau kepandaian yang akan kita dapat secara SPONTAN.

Dua tahun yang lepas, suami saya tergerak hati untuk belajar berenang selepas balik dari bercuti di Sabah. Pergi Sabah, kami ke pulau-pulau namun terbatas untuk snookling di samping pada waktu itu Aiman baru berusia 5 tahun, macamana nak bawak dia bersama untuk snookling. Kami amat cemburu dan teruja melihat seorang lelaki Cina dengan mudah dan selamba terjun berenang bersama-sama ikan semasa bercuti di sana. Beliau berenang seperti ikan…wow…sedangkan kami takut-takut berada di tepi jambatan yang tiada palang, dan amat risau jika Aiman terjatuh. Dengan bantuan internet, Alhamdulillah suami saya mendapat tempat belajar berenang di kawasan berhampiran rumah kami. Instructornya seorang lelaki Cina dan untuk pengetahuan anda sewaktu belajar, hanya suami saya seorang sahaja orang dewasa, yang lain-lain semua kanak-kanak Cina dan India (majoriti Cina). Namun, beliau cuba tidak fikirkan soal malu. Apa yang tertanam di hati suami saya pada waktu itu untuk belajar berenang bersungguh-sungguh sehingga pandai. Matlamatnya supaya nanti beliau boleh melatih pula anak saya dan saya untuk belajar berenang. Lebih-lebih lagi memang sukar mendapatkan instructor perempuan untuk saya belajar berenang. Syariat hendaklah dijaga walaupun untuk mendapatkan ILMU supaya berkat dan tidak terlibat di dalam dosa. Akhirnya suami saya berjaya pandai berenang. Satu sikap suami saya yang saya puji ialah beliau sangat rajin berlatih sehingga pandai dan jika dia tidak dapat, dia akan bertanyakan kepada instructor di samping beliau juga rajin mencari info/ilmu mengenai berenang melalui internet. Setelah itu, beliau mengajar Aiman berenang dan Alhamdulillah, cepat pula anak saya dapat berenang seawal usianya 5 tahun lagi dengan hasil tunjuk ajar ayahnya. Bagi diri saya pula, setelah habis pantang anak kedua, saya belajar berenang. Dan syukur juga, kini telah ada pakaian berenang untuk muslimah, jadi tidak sulit untuk saya untuk berenang tanpa mengabaikan SYARIAT. Setelah 5 kali belajar, Alhamdulillah saya tahu berenang, kebolehan yang saya inginkan sejak kecil lagi.

Saya perasan memang tidak ramai orang melayu Islam yang pandai berenang. Mungkin kerana ianya bukan budaya kita untuk menghabiskan masa bersama anak-anak di kolam renang. Tambahan lagi, jika dulu-dulu belum ada pakaian berenang khusus untuk muslimah. Jika bagi kaum Cina dan orang Eropah, mereka kebanyakkannya akan menghantar anak-anak mereka untuk belajar berenang sejak kecil lagi. Malahan jika kita lihat di internet, sejak dari bayi lagi mereka dedahkan bayi-bayi mereka kepada kolam renang. Sebenarnya berenang ini mempunyai banyak kelebihannya. Antara kelebihan-kelebihan BERENANG:

Pertama: Ianya satu senaman yang boleh diceburi oleh SEMUA JANTINA DAN SEMUA PERINGKAT UMUR TANPA SEKATAN.

Kedua: Aktiviti ini sebenarnya AMAT DIGEMARI OLEH KANAK-KANAK.

Ketiga: Satu langkah yang baik untuk MENGURANGKAN BERAT BADAN terutama bagi IBU-IBU YANG LEPAS BERSALIN bagi mengempiskan bahagian perut.

Keempat: Satu sukan yang baik untuk WARGA EMAS untuk mengekalkan cara hidup yang sihat. Jika dibandingkan dengan aktiviti seperti berjogging, warga emas yang biasanya mempunyai masalah sakit lutut (terutamanya PEREMPUAN) tidak sesuai untuk berjogging namun dengan berenang, tidak membataskan mereka untuk kekal aktif.

Kelima; Ianya juga dapat membentuk sikap BERDISIPLIN di kalangan kanak-kanak kerana tanpa disiplin mereka tidak akan dapat mahir berenang dengan baik.

Disebabkan banyak kelebihan yang boleh didapati daripada aktiviti berenang, suami saya berfikir untuk mengajar sesiapa yang ingin belajar berenang daripada beliau. Pada masa kini, beliau sedang melatih seorang kawannya dan 3 anak kawannya belajar berenang. Kepada sesiapa yang berminat untuk belajar berenang daripada suami saya boleh menghubungi saya melalui email atau catat di shoutbox saya. Harga promosi adalah RM150 seorang, belajar sehingga pandai (TERHAD untuk waktu PROMOSI ini sahaja, bayaran masuk ke swimming pool adalah di bawah tanggungan sendiri). Ianya terbuka untuk:
Kanak-kanak lelaki 7 -12 tahun
Kanak-kanak perempuan 7-9 tahun sahaja (untuk jaga syariat)
Dewasa lelaki

Bagi dewasa perempuan dan kanak-kanak perempuan 10-12 tahun, saya boleh mengajar.

Marilah kita bersama-sama kekal sihat dan cergas sepanjang masa dengan mengamalkan cara hidup yang SIHAT!

Mengikut kajian, kebanyakan warga emas di Negara Eropah adalah kekal aktif dan cergas di usia tua berbanding dengan warga emas di Malaysia.

Friday, February 19, 2010

Apa yang anda perlu tahu mengenai CHICKENPOX


Chickenpox di kampung saya dipanggil jintungan. Saya masih ingat, saya terkena jangkitan chickenpox semasa saya dalam darjah dua. Lama juga terpaksa tidak hadir ke sekolah, dalam tiga minggu juga rasanya. Kami satu keluarga kena jangkitan ini bermula dari ayah saya kemudian berjangkit dari seorang ke seorang kecuali ibu saya. Memang ajaib sebab ibu lah yang sapukan ubat untuk kami adik beradik, kalau nak ikutkan exposure, memang sah-sah dah kena atau mungkin ibu pernah kena masa dia kecik-kecik dulu, itu saya tidak tahu. Ubat yang di sapu ke badan kami adik-beradik masa tu ialah asahan batu kawi. Saya tidak tahu di mana ayah mendapatkan ubat ini. Yang saya ingat cuma, batu ini berwarna perang. Ianya akan diasah di belakang tapak pasu dengan sedikit air. Cairan batu kawi ini akan di sapu ke jintungan/chickenpox yang tumbuh di seluruh badan kami. Chickenpox ini memang amat gatal dan walau gatal sekalipun kami diingatkan jangan sekali-kali menggaru jintungan ini kerana nanti akan jadi parut. Ohh…memang seksa, gatal tapi tak boleh nak garu, tapi disebabkan mendengar nasihat mak dan ayah, kami cuba juga tahan sehabis mungkin…Terkena kain pun seksa jugak. Tapi nasib baik waktu itu saya masih kecil, jadi saya hanya memakai seluar katak sahaja tanpa perlu memakai baju. Lagi satu pantang larang yang saya ingat ialah jangan terkena air hujan, nanti parut tak hilang. Orang tua-tua cakap, jintungan yang paling akhir yang akan hilang adalah yang mula-mula sekali tumbuh, itu memang betul dan parutnya kekal hingga sekarang.

Chickenpox dari ilmu perubatan saya

Dari mana asal jangkitan kuman ini?

Chickenpox adalah jangkitan daripada sejenis virus yang dikenali sebagai varicella zoster. Pada peringkat awal ia kelihatan seperti jerawat yang kemudiannya akan bertukar dengan kehadiran cecair di dalamnya. Ianya bermula samada di bahagian kepala, muka atau badan. Biasanya seseorang akan mendapat jangkitan ini sekali seumur hidup.


Bagaimana saya boleh mendapat jangkitan ini?

Jangkitan boleh dapat dengan sentuhan dan juga ia boleh disebarkan melalui udara. Biasanya seseorangakan mendapat jangkitan ini selepas 2 minggu terdedah dengan mereka yang terkena jangkitan.


Adakah penyakit ini berbahaya?

Kebiasaanya penyakit ini tidak berbahaya tetapi kadang-kadang ianya boleh menyebabkan jangkitan kuman pada peparu (pneumonia), jangkitan kuman pada otak (encephalitis). Tetapi kejadian seperti ini amat jarang-jarang berlaku. Jika kanak-kanak menggarunya, ia juga boleh menyebabkan jangkitan kuman pada kulit (jadi betul lah apa yang dipesan oleh ibubapa saya dulu-dulu, cuma diorang cakap takut berparut aje).


Apa pantang larang semasa mendapat jangkitan ini?

Dari segi bidang perubatan, tiada pantang larang dari segi makan atau sebagainya. Cuma jika boleh jangan digaru kerana jika menggaru risiko untuk jangkitan kuman pada kulit dan juga akan melambatkan penyakit dari sembuh. Saya tahu, ada pantang larang menyebut tidak boleh mandi, tidak boleh makan bergoreng, tidak boleh makan berminyak dan macam-macam lagi pantang larang yang saya dengar dari pesakit-pesakit saya. Bagi saya, saya tidak menghalang kalau pesakit saya mahu berpantang kerana tiada bukti saintifik boleh menyokong atau membangkang pantang larang ini. Cuma, saya selalu ingatkan kepada pesakit saya supaya jangan sekali-kali tidak mandi kerana:

Pertama, biasanya sewaktu jangkitan ini, pesakit akan demam. Jika tidak mandi suhu badan akan bertambah dan demam akan bertambah teruk, lagi berbahaya bagi kanak-kanak.

Kedua, biasanya jangkitan ini mengambil masa yang agak lama untuk sembuh, kadang-kadang sehingga dua minggu, jadi bayangkan jika tidak mandi selama dua minggu, badan akan lemah, melekit.

Ketiga, jangkitan ini akan menyebabkan kegatalan yang amat sangat. Jika pesakit tidak mandi, pesakit akan bertambah gatal dan potensi untuk menggaru akan bertambah tinggi. Seperti dinyatakan di atas,jika menggaru, potensi untuk lambat sembuh dan jangkitan kuman pada kulit.


Apakah ubat untuk jangkitan ini?

Kebiasaanya para doctor akan merawat jangkitan ini secara simptomatik maknanya berdasarkan simptom-simptom yang ada pada pesakit. Para doctor biasanya akan memberikan ubat demam, ubat gatal untuk dimakan dan untuk disapu. Ubat antiviral kebiasaannya tidak perlu kerana penyakit ini jarang membawa komplikasi yang berbahaya.


Adakah ada vaksin untuk penyakit ini?

Ya. Sebenarnya ada vaksin dihasilkan bagi mengelakkan jangkitan ini. Vaksin ini boleh diberikan kepada kanak-kanak berumur satu tahun dank e atas. Sebanyak dua dos diperlukan. Jarak diantara dos pertama dan kedua adalah dalam masa tiga bulan (latest suggestion).

Kenapa perlu ambil vaksin ini?

Ini kerana walaupun penyakit ini tidak berbahaya namun jangkitan ini mengambil masa yang amat lama untuk sembuh. Dalam tempoh itu, pesakit perlu dikuarantinkan. Bagi orang dewasa yang bekerja terpaksa mengambil masa yang lama bercuti, maka akan mengganggu produktiviti. Bagi kanak-kanak pula jika sudah bersekolah, terpaksa lama tidak hadir ke sekolah, ini akan mengganggu pembelajaran. Bagi kanak-kanak pula, ibubapa terpaksa mengambil cuti untuk menjaga kerana tidak boleh dihantar ke pusat penjagaan, sekali lagi mengganggu produktiviti.


Adakah vaksin ini terkandung didalam jadual imunisasi kerajaan?

Tidak. Buat masa kini belum di masukkan di dalam jadual imunisasi wajib. Jika mahu, boleh mengambilnya di hospital/klinik swasta.


Itu sahaja buat kali ini.

Semoga memberi manfaat buat anda semua.

Jumpa lagi...Insya-Allah

Wednesday, February 10, 2010

BAGAIMANA MENGURUSKAN ANAK ANDA YANG DEMAM!!!


Panduan untuk ibu-ibu dan bapa-bapa sekalian

Hari ini masuk dua hari Aiman demam dan tidak dapat ke sekolah. Macam biasa lengkap dengan pakej; demam, batuk, selsema dan sakit tekak. Malam-malam demam jadi agak teruk namun di siang hari, Aiman masih aktif. Kalau waktu Aiman kecik-kecik dulu, bila Aiman demam saya memang akan ambil cuti untuk menjaganya di rumah. Namun, kali ini saya tidak ambil cuti dan tinggalkannya di rumah pengasuh bersama-sama adiknya. Aqilah. Mengapa kali ini saya tidak mengambil cuti? Adakah saya sudah tidak risau lagi dengan keadaan anak saya yang demam? Sudah berkurangkah kasih sayang saya? Jawapannya, bukan saya tidak sayang lagi anak saya ini, inilah buah hati pengarang jantung saya, hero kesayangan saya, cuma kerisauan saya sedikit berkurang kali ini kerana Aiman sudah mencapai umur 7 tahun. Ada kaitan ke? Ya sememangnya ada kaitan. Mengikut ilmu kedoktoran yang saya pelajari, kanak-kanak yang berumur di bawah umur 7 tahun sahaja yang akan terdedah kepada sawan demam (febrile fits) apabila mereka demam panas. Bagi yang berumur 7 tahun ke atas, risikonya telah tiada. Jadi, inilah menyebabkan saya kurang risau sikit kali ini…:). Jika kanak-kanak berusia 7 tahun ke atas terkena sawan kebiasaanya ia bukan disebabkan sawan demam (febrile fits) tetapi disebabkan perkara-perkara lain seperti epilepsi.


Bagi ibu-ibu yang mempunyai anak-anak yang berusia kurang daripada 7 tahun, saya tekankan JANGAN AMBIL RINGAN JIKA ANAK ANDA DEMAM. Berikut adalah LANGKAH-LANGKAH YANG PATUT ANDA AMBIL SEMASA ANAK-ANAK ANDA DEMAM:


1. Kalau boleh anda ambillah cuti. Bukan apa sebab jika anda sendiri yang memantau tahap suhu badan anak-anak anda sewaktu mereka demam, anda akan lebih teliti berbanding kakitangan nursery ataupun pengasuh. Takut-takut mereka terlepas pandang.

2. Adakah anak anda memerlukan antibiotik?

Biasanya kalau anda bawa anak-anak anda ke klinik swasta, doktor di klinik tersebut biasanya akan bagi antibiotik. JANGAN AMBIL ANTIBIOTIK TERSEBUT JIKA ANAK ANDA HANYA DEMAM VIRAL kerana demam viral tidak memerlukan antibiotik. Antibiotik diperlukan untuk demam yang disebabkan oleh bacteria sahaja dan jika tonsil bengkak. Kalau hanya tekak merah tetapi tonsil tidak bengkak, tidak perlukan antibiotik. Kadang-kadang, saya tidak faham kenapa doktor di klinik swasta suka bagi antibiotik, tapi ada juga kes kadang-kadang ibubapa sendiri yang beriya-iya minta antibiotik (ini pernah dialami sendiri oleh saya sewaktu bertugas, siap marah-marah saya lagi sebab tidak bagi antibiotik). Ini kerana jika anak anda makan antibiotik, sedangkan sebenarnya badannya tidak memerlukan, imuniti badan anak anda akan jadi lemah. Imuniti badan yang kuat amat diperlukan supaya tidak mudah diserang penyakit di masa akan datang.

3. Bagaimana anda boleh membezakan di antara demam viral dan demam disebabkan oleh bacteria?

Jika demam viral biasanya kanak-kanak tersebut aktif (seperti tidak demam) di siang hari tetapi suhunya panas di malam hari. Jika demam disebabkan bacteria, kanak-kanak sememangnya tidak aktif dan monyok sepanjang hari.

4. Apakah ubat yang perlu anda?

Selain ubat demam samada syrup paracetamol atau syrup brufen untuk demam, anda juga perlu menyimpan ubat bontot atau namanya SUPP PARACETAMOL (SUPP PCM). Bagi bayi yang berat kurang daripada 12kg, gunalah supp PCM 125mg, jika berat melebihi 12kg, guna supp PCM 250mg. Saya nasihatkan supaya ibu-ibu sentiasa menyimpan bekalan supp PCM ini di dalam peti walaupun semasa anak tidak demam, kerana mana tahu jika tiba-tiba suatu hari anak anda demam kuat pada waktu malam, anda hanya perlu memasukkan ubat ini dengan kadar yang segera ke dalam bontotnya. Selepas memasukkan ubat ini biasanya suhu badan akan dapat turun dengan kadar yang cepat berbanding dengan meminum syrup paracetamol. Ini kerana jika suhu badan kanak-kanak sangat tinggi, mereka akan terdedah mendapat sawan demam (febrile fits). Nauzubillah….

5. Selain daripada ubat apa lagi yang perlu saya buat?

Selain ubat, anda juga perlu tuam kepala dan ketiak anak anda pada waktu malam untuk mengawal suhu. Sememangnya memerlukan pengorbanan berjaga malam jika anak demam. Tapi yakinlah anda akan mendapat pahala yang besar dengan pengorbanan ini

Kata akhir saya, kawallah suhu badan anak anda sewaktu mereka demam. Ini kerana jika mereka terkena sawan, ini akan boleh merosakkan sel-sel otak mereka, itu lah perkara yang perlu sangat dielakkan daripada terjadi.
Lagi satu, jika demam anak anda berterusan melebihi 3 hari dan keadaannya bertambah teruk seperti muntah, mengadu sakit perut atau susah bernafas segera membawa anak anda ke jabatan kecemasan untuk rawatan lanjut kerana dibimbangi DEMAM DENGGI, bimbang pula kerana sekarang ini kes-kes denggi makin menjadi-jadi pula....

Itu sahaja buat kali ini.

Semoga bermanafaat buat semua. Insya-Allah

Wednesday, January 27, 2010

Appendix???


SESUNGGUHNYA ALLAH JUA YANG MAHA BERKUASA

Minggu lepas suami saya mengadu sakit perut pada bahagian ulu hati (epigastric area). Saya melihat ubat gastric di kabinet masih berbaki lalu saya mengambil dan memberikan suami saya makan ubat tersebut untuk melegakan kesakitan. Namun keesokan harinya sakit tersebut masih belum pulih. Lalu kami membuat keputusan untuk mengambil injection di klinik berhampiran rumah. Saya mengambil cuti kecemasan kerana menemani suami yang sedang sakit. Apabila kami masuk berjumpa dengan doktor, suami saya memberitahu doktor berkenaan bahawa beliau sakit perut dan kemungkinan disebabkan gastrik. Doktor tersebut dengan pantas tanpa memeriksa perut suami terus menulis ubat gastric di kad. Lalu saya memberitahunya bahawa ubat gastric telah dimakan namun tidak berkesan, jadi saya menyatakan suami perlukan injection. Doktor tersebut lalu menyuruh suami saya baring. Saya sangkakan beliau akan memeriksa perut suami saya terlebih dahulu sebelum memberikan injection namun sangkaan saya meleset. Dia terus sahaja menyediakan ubat untuk membuat injection. Saya tidak berpuas hati namun hanya mendiamkan diri kerana malas untuk membuat kecoh. Apabila dia keluar dengan picagari di tangannya, kelihatan ubat yang akan disuntik amatlah banyak dalam 3ml dan saya agak terperanjat kerana setahu saya ubat bagi suntikan gastik iaitu Ranitidine dalam 0.5ml sahaja. Apabila saya bertanyakan beliau apa ubat yang disuntik adakah ranitidine, dia dengan muka tersenyum menyatakan ubat di dalam picagari tersebut adalah Ranitidine dan Voltarane. Saya terperanjat!!!…Sepanjang pengetahuan saya sebagai seorang doktor, voltarane akan menyebabkan gastric akan bertambah teruk. Saya di dalam dilemma, jika saya menegurnya nanti akan menjatuhkan kredibilitinya sebagai seorang doktor. Lalu lagi sekali saya mendiamkan diri kerana tidak mahu membuat kecoh. Di dalam hati, saya hanya berdoa semoga sakit perut suami saya akan pulih dan tidak menjadi semakin teruk.

Keesokkan harinya pula, sakit di ulu hati telah hilang namun kali ini suami saya mengalami sakit perut di bahagian kanan perut di sebelah bawah pula (right iliac fossa). Kalau mengikut ilmu kedoktoran, jika sakit di bahagian ini kemungkinan disebabkan appendix (acute appendicitis). Tambahan pula suami saya juga mengalami demam juga. Bagi sakit apendiks kadang-kadang tanda awalnya pesakit juga boleh mengalami sakit pada bahagian ulu hati atau sekitar pusat . Namun hari ini saya tidak dapat menemaninya ke klinik. Saya terpaksa bekerja kerana semalam sudah mengambil cuti kecemasan. Segan pula kalau kerap sangat mengambil cuti kecemasan. Saya menjangkakan doktor di klinik akan mengambil tindakan yang sepatutnya apabila suami pergi berjumpa dengannya seperti melakukan ujian air kencing dan ujian darah. Dalam sekitar jam 10 pagi, suami menelefon saya dan memberitahu doktor tersebut menyatakan kemungkinan suami saya mengalami kencing kotor. Lalu saya bertanya adakah doktor tersebut melakukan ujian kencing dan memeriksa perut suami saya. Jawapannya TIDAK!!! Saya amat terperanjat…Macamana doktor tersebut boleh dengan selambanya menyatakan suami saya mengalami kencing kotor dan memberikan antibiotik untuk dimakan sedangkan dia tidak membuat ujian air kencing malahan tidak langsung memeriksa perut suami saya. Ini doktor atau bomoh! Hmmm…geram betul…

Kawan-kawan di pejabat menasihatkan saya membawa suami ke hospital untuk menjalankan pemeriksaan lebih lanjut. Saya pulang ke rumah. Apabila sampai, kelihatan suami saya amat tidak bermaya. Saya memeriksa perutnya. Memang sakit apabila ditekan di bahagian kanan perut dan apabila dilepaskan ianya bertambah sakit (rebound tenderness positive) dan badan suami pula panas (demam). Memang ciri-ciri ini adalah tanda-tanda acute appendicitis tetapi belum tanda 100% positif kerana suami masih boleh berjalan tanpa kesakitan. Sakit tersebut hanya ada ada apabila perut suami ditekan….

Saya membawa suami ke Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya. Kebetulan dahulu saya pernah bekerja di Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur, jadi saya memang mengenali Pakar Kecemasan di Hospital Putrajaya (sebelum ke sana sebenarnya saya telah menelefonnya terlebih dahulu). Suami dibawa masuk dan diperiksa oleh doktor bertugas. Diagnosisnya memang betul seperti yang dijangkakan, kemungkinan acute appendicitis. Ujian darah dan air kencing dijalankan. Ujian ultrasound juga dijalankan.

Melalui ultrasound, tidak nampak tanda-tanda apendiks suami saya membengkak.Keputusan darah dan kencing didapati normal (saya amat marah dengan doktor di klinik tadi yang senang-senang aje cakap suami saya ada kencing kotor tanpa membuat ujian air kencing). Saya merasa amat lega kerana kesemua ujian nampaknya negative. Namun, pakar kecemasan tersebut menyatakan bahawa diagnosis acute appendicitis tidak boleh hanya bergantung kepada keputusan darah tetapi lebih kepada penemuan klinikal (pemeriksaan fizikal, pemeriksaan perut). Jika pada peringkat awal, darah mungkin akan kelihatan normal dan ultrasound juga akan kelihatan normal.

Kemudian doktor daripada jabatan pembedahan pula datang melakukan pemeriksaan. Disebabkan pemerikasan fizikal adalah positif (sakit di bahagian kanan bawah perut dan lebih sakit apabila dilepaskan), maka doktor tersebut membuat keputusan untuk memasukkan suami saya ke wad. Namun, apabila memikirkan jika suami masuk ke wad dan menjalani pembedahan agak sulit bagi saya kerana saya tiada pembantu rumah. Siapa pula akan menjaga anak-anak jika saya di hospital. Sekurang-kurangnya suami perlu berada di hospital selama 3 hari jika beliau dibedah. Aiman pula bersekolah. Macam-macam yang pelu difikirkan. Lalu saya meminta izin daripada doktor tersebut untuk membawa pulang suami dan membuat pemerhatian sendiri di rumah. Saya berjanji jika keadaan bertambah teruk saya akan membawa kembali suami ke hospital. Disebabkan saya juga seorang doktor, mereka bersetuju namun saya perlu juga menandatangani borang atas risiko sendiri (maknanya kalau apa-apa berlaku, saya kena tanggung sendiri). Saya berdoa kepada ALLAH S.W.T agar sakit perut suami sembuh dan ianya bukanlah apendiks. Sekali lagi saya terpaksa memohon cuti kecemasan.

Semasa di rumah, sekali-sekala saya akan memeriksa perut suami. Sakitnya masih ada namun tahap kesakitannya tidak pula bertambah, tahap sakitnya sama sahaja sejak pagi tadi. Saya menasihatkan suami untuk minum banyak air. Alhamdulillah demamnya juga sudah pulih. Dalam pada itu saya berbincang dengan suami dan kami membuat perancangan, jika suami memang positif acute appendicitis saya akan minta adik ipar untuk menemani anak-anak saya pada waktu malam. Namun, saya panjatkan doa kepada Ilahi semoga sakit itu akan pulih.

Alhamdulillah…..keesokkan harinya sakit tersebut telah berkurang….Dan saya dengan yakin merasakan ianya bukan acute appendicitis kerana jika benar maka sakit tersebut lama kelamaan akan bertambah teruk. Alhamdulillah ku panjatkan syukur kepada Allah S.W.T….Sesungguhnya Allah jua lah Yang Maha Berkuasa……

Pengajaran yang saya dapat daripada peristiwa ini…

1. Doktor di klinik berhampiran rumah saya memang bekerja dengan cara yang langsung tidak professional dan tindakannya tidak boleh dimaafkan. Seharusnya setiap pesakit yang datang berjumpa dengannya dengan sebarang masalah, beliau haruslah memeriksa setiap pesakit bukan hanya terus menulis ubat tanpa memeriksa. Saya tidak akan lagi akan pergi ke kliniknya (kami ke kliniknya kerana suami ada panel di klinik tersebut). Saya sendiri merancang akan membuka klinik di masa akan datang dan saya akan pastikan dan bertekad setiap pesakit saya akan mendapat rawatan professional dari diri saya. Saya sebenarnya hairan kenapa doktor berkenaan seperti itu?

2. Doktor-doktor hanyalah makhluk Allah yang biasa. Mereka boleh mengagak apa diagnosis pesakit mengikut apa yang telah dipelajari iaitu melalui simptom-simptom yang ditunjukkan oleh para pesakit dan melalui pemeriksaan fizikal tetapi Allah s.w.t jualah yang Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Oleh itu, sentiasa panjatkan doa bagi memohon bantuan daripada Allah bagi membantu segala kesulitan yang kita alami, Insya-Allah akan dimakbulkan oleh Allah.

3. Anda jangan sekali-kali cuba membawa ahli keluarga anda pulang jika doktor menasihati mereka dimasukkan ke dalam wad. Ini kerana dibimbangi risikonya amat tinggi. Bagi kes saya adalah berbeza kerana saya adalah seorang doktor, jadi saya dapat membuat pemerhatian mengikut ilmu yang telah dipelajari oleh saya.

Tanda-tanda acute appendicitis

1. Sakit di bahagian kanan bawah perut
2. Demam
3. Muntah, loya
4. Cirit-birit
5. Kemungkinan peringkat awal akan rasa sakit di bahagian ulu hati atau sekitar pusat
kemudian berpindah ke bahagian kanan bawah perut
6. Sakit boleh berpindah ke bahagian belakang
7. Apabila sakit bertambah, sakit akan bertambah dan apabila berjalan, batuk malahan
bersin sakit akan terasa di bahagian kanan bawah perut. Bagi menahan kesakitan, pesakit
terpaksa berjalan seakan-akan membongkok.

Itu sahaja buat kali ini.

Semoga bermanafaat buat anda semua.

Semoga jumpa lagi....Insya-Allah...

Tuesday, December 29, 2009

BERKAT..SIHAT...AZAM TAHUN BARU

Roti telur (roti canai telur) dicicah dengan kuah dal memang antara makanan kegemaran Aiman. Setiap hujung minggu, boleh dikatakan kami sekeluarga akan bersarapan di kedai mamak untuk makan roti telur.

Namun, sempena kedatangan tahun baru 1431 ini, saya bertekad untuk bersarapan sama-sama di rumah. Saya bertekad untuk masak sendiri…:)
Jadi sebagai langkah pertama, hujung minggu baru ini saya telah mulakan projek membuat ROTI TELUR yang PERTAMA KALI dalam hidup saya…Demi kasih sayang saya terhadap suami dan anak-anak….:)

Setakat entry ini ditulis, sudah 5 kali saya buat roti canai ini. Alhamdulillah dari pertama kali hinggalah ke 4 kali, roti canai ini makin bertambah baik buatannya….Resepi roti canai telur ini saya ambil dari myresepi.com

Bagi sesiapa nak cuba, resepi kat bawah ini. Rupa-rupanya tidaklah sesusah mana nak buat roti canai ini sepertimana yang saya fikirkan selama ini….Cuba lar, rugi kalau tak cuba…

Resepi roti canai

550gm tepung gandum
250ml air suam
1 biji telur
3 sudu susu pekat
1 sudu marjerin
1 sudu garam

Cara-cara
1. Campurkan air, susu pekat, marjerin, telur dan garam, kacau rata
2. Kemudian campurkan bahan-bahan tadi ke dalam tepung gandum
3. Uli tepung selama 5 minit, kemudian rehatkan selama 10 minit. Pada uli kali pertama, kita akan dapati adunan agak melekat, jangan risau, jangan campurkan tambahan tepung kerana ini akan menyebabkan roti canai nanti akan jadi keras. (bagi sesiapa yang tidak tahu cara menguli, caranya macam kita membasuh baju cara manual, tolak dan tarik gitu-bab menguli, suami saya yang buat..hehe).
4. Ulang langkah 3 sebanyak 3 kali. Uli dan reha sebanyak 3 kali.
5. Bila sudah diulang uli sebanyak 3 kali, kita akan dapati adunan sudah tidak akan melekit di tangan lagi dan adunan lembut sekali. Jika dapati adunan lembik juga, tambahan tepung sebanyak 1-2 sudu boleh ditambah semasa uli kali kedua.
6. Bulat-bulatkan doh sebanyak 12 biji. Kemudian sapukan marjerin di atas doh yang telah dibulatkan.
7. Biarkan doh semalaman.
8. Apabila hendak dicanai, penyekkan doh sebesar tapak tangan
9. Boleh dicanai atau ditarik sahaja dan letakkan minyak masak sewaktu penyek dan tarik doh berkenaan (saya tarik sahaja, tak reti untuk tebar). kemudian pecahkan telur ke dalam adunan yang telah ditarik.
10. Kuali leper dipanaskan dan masak roti canai berkenaan
11. Siap untuk dimakan
12. bagi doh yangtidak dicanai, boleh disimpan selama seminggu.

Selamat mencuba….source:myresepi.com

Kebaikan makan di rumah versi ibuaiman…..

1. Berkat…Air tangan ibu. Boleh bentuk hati anak-anak supaya anak-anak mendengar kata dan tidak degil. Kadang-kadang saya terfikir juga tukang masak ini menjaga atau tidak sembahyang mereka? Sesungguhnya air tangan orang memasak boleh membentuk hati si pemakannya. Jadi, saya taknak hati anak-anak saya jadi keras sebab selalu makan kat kedai mamak ini. Nauzubillah…lagi satu, boleh buat suami makin sayang dekat kita gitu...:)

2. Bersih… Kadang-kadang terlintas juga di hati saya ini, mamak buat roti telur ni basuh atau tidak telurnya? Telur yang tidak di basuh bukan sahaja menyebabkan ianya tidak toyyiban(baik untuk dimakan) malahan boleh mendedahkan diri kepada jangkitan salmonella typhii (penyebab sakit thyphoid).

3. Sihat… Bahan-bahan yang disediakan oleh kita semestinya yang terbaik kita sediakan. Makan diluar sememangnya tidak sihat.

4. Jimat...Sememangnya amat jimat. Bayangkan dengan 550gm gandum boleh buat 12 keping roti canai. tepung sekilo baru berharga RM2+..kalau makan kat kedai mamak sekarang, sebiji roti telur harganya sudah rm1.70....memang tersangat lah jimat kan. Kalau tak larat nak makan banyak dan hari-hari makan roti canai, boleh sedekhakan pada jiran-jiran pula...pahala dapat lagi...alhamdulillah...

Saya dengan bangganya mengisytiharkan SELAMAT TINGGAL kepada kedai mamak....:)



Cikedis...

Masa kecik-kecik dulu, kat kampung saya,makanan rapu dipanggil cikedis. Sebab masa tu makanan rapu yang popular jenama Chickendees. Saya masih ingat lagi plastiknya warna hijau, ada tulisan warna merah Chickendees. Memang tidak dinafikan kanak-kanak memang sangat suka makan makanan rapu. Tak payah diajar-ajar, bila makan jer terus ajer suka…Tapi saya tak lar berapa suka sangat (hehe..puji diri sendiri). Sebabnya saya dah terbiasa. Terbiasa kerana Ibu saya ada kedai runcit sebelum saya lahir lagi. Dah hari-hari pandang makanan ni kat kedai ibu saya. Jadi takde lar excited sangat makan cikedis ni…

Untuk Aiman, saya tidak ajar dia makan makanan rapu ni. Dia terbelajar jugak makan makanan ni bila balik kampung…(tak dapat nak elak, sepupu-sepupu Aiman suka makan ni).

Aqilah pula dah kenal makanan rapu ni (ehem…ni tak best ni), diperkenalkan oleh anak pengasuh lar pulak. Saya terperasan sebab dia bagi makan makanan rapu yang berwarna oren tu. Warna tu kebetulan lekat kat baju Aqilah…Pastu saya cakap baik-baik dengan kakak tu, taknak lagi bagi makanan rapu tu kat anak saya…

Sebenarnya saya nak cerita pasal makanan rapu ni sebab baru-baru ini saya pergi satu kenduri kahwin, bila bersalaman dengan ibu pengantin, diberikan satu beg cantik. Bila dibuka rupanya berisi dengan makanan rapu!!! Terkejut...

Jika masa zaman kakak-kakak saya kahwin dulu, keluarga pengantin biasanya bagi telur rebus sahaja dibungkus cantik di dalam bunga telur atau kertas kilat yang warna warni kepada para tetamu. Masa zaman saya kahwin pula, di samping telur rebus yang diletakkan di dalam bekas telur, ada tambahan gula-gula untuk kanak-kanak. Zaman sekarang pula, nampaknya mereka bagi makanan rapu pula. Fenomena ini amat-amat lar tidak sihat….Bagi diri saya, budaya ini tidak seharusnya diteruskan….

Makanan rapu yang kami terima tu masih lagi tidak terusik di dalam kabinet makanan Aiman…Saya masih terfikir-fikir kepada siapa saya nak bagi? Kalau dibuang, nanti berdosa pula sebab membazir….Jadi, apa yang harus saya buat?

Nasihat saya kepada semua, kepada bakal-bakal pengantin, bakal-bakal ibu bapa pengantin, jangan masukkan makanan rapu sebagai senarai makanan untuk para tetamu anda. Nanti niat anda untuk gembirakan tetamu boleh mengundang masalah kepada tetamu anda terutama orang seperti saya yang BOIKOT makanan rapu.

Semoga jumpa lagi....

Tuesday, November 24, 2009

The worst diet ever!!!

Info dari WebMD:

Diet yang paling buruk:

1. Diet yang fokus kepada makanan-makanan yang tertentu sahaja.

Diet seperti hanya makan sup kobis atau buah delima sahaja, diet vegetarian yang ketat atau diet yang minimakan pengambilan karbohidrat sahaja. Ini kerana setiap individu memerlukan semua jenis kumpulan makanan bagi keperluan nutrient. Diet seperti ini biasanya tidak dapat bertahan lama. Apabila seseorang makan makanan yang sama setiap hari, mereka akan menjadi bosan dan akhirnya mereka kembali kepada cara pemakanan mereka yang asal. Sudah menjadi lumrah manusia yang dibekalkan nafsu, apa-apa yang menjadi larangan, itu yang paling diingini.

2. "Detox" diets

Diet ini dijalankan dengan mengambil bahan-bahan yang dipercayai dapat membersihkan hati (liver flushes), membersihkan organ dalaman (bodily cleanses, colonics) hormone injections,

Kesemua bahan-bahan ini tidak boleh dipercayai atau "pure nonsense" dan tidak perlu sebenarnya. Tiada sebarang kajian saintifik yang boleh menyokong bahan-bahan ini. Badan kita telah dijadikan oleh Allah dibekalkan dengan hati, buah pinggang dan sistem imuniti secara natural dapat menapis bahan-bahan toksik di dalam badan kita. Bahan-bahan detox ini sebenarnya hanya mengkayakan syarikat pengeluar sahaja.

3. Diet dengan bahab seperti supplement, jus, teh hijau dan pelbagai supplement diet yang terdapat di pasaran pada masa kini.

Mereka yang ingin mengurangkan berat badan biasanya akan mencari makanan, pil atau bahan-bahan supplement yang mereka sangka dapat mengurangkan berat mereka namun tanggapan mereka adalah salah, tiada bahan ajaib seperti itu wujud sebenarnya. "No one single food or group of foods eaten together or at a certain time of day has any impact on weight loss," Be leery of any plan that recommends a shelf full of supplements, enzymes, or potions (especially if you purchase them from the diet book author or company).


4. Fasting and very low-calorie diets (like the "Skinny" vegan diet, Hollywood Diet, and Master Cleanse).

Berpuasa mengikut ajaran agama atau budaya adalah tidak salah tetapi berpuasa semata-mata untuk kurangkan berat badan sebenarnya tidak baik. Apabila seseorang berada di dalam kelaparan, badan akan menerima signal dan mengubah metabolisma menjadi rendah. Semasa berpuasa, berat yang turun adalah kombinasi daripada lemak, air dan otot tetapi berat yang bertambah selepas habis berpuasa kemungkinan pula semuanya adalah lemak semata-mata.

5. Diets that sound too good to be true (like The Weight Loss Cure 'They' Don't Want You to Know About.)

If it sounds too good to be true, it probably is. Diet plans that claim to have a "secret," that make dramatic statements against respected health authorities, or make recommendations that contradict those of scientific organizations are suspect.
There is no such thing as one size fits all when it comes to diet plans, and it's key to find one that fits your lifestyle. The best diet is one you can safely and realistically stick with for the long term, plain and simple.


Eating more fruits, vegetables, whole grains, and lean protein can help manage your appetite.

Semoga info ini berguna bagi mereka yang dalam usaha untuk kurangkan berat badan. Jangan terpedaya dengan promosi supplement bagi menurunkan berat badan yang silih berganti setiap tahun. Tiada satu pun daripada supplement ini mempunyai bukti dari segi saintifik. Jadi, jangan bazirkan duit anda dan mengkayakan syarikat-syarikat ini.

Ini nasihat/petua daripada saya sendiri untuk kurangkan berat badan:
Perkara paling penting yang seharusnya diambil adalah:

1. Kurangkan saiz makanan anda namun jangan tinggalkan sebarang nutrisi yang diperlukan. Karbohidrat, protein dan lemak masih juga diperlukan.

2. Banyakkan pengambilan buah dan sayur-sayuran.

3. JANGAN LUPA BERSENAM SEKURANG-KURANGNYA 3 KALI SEMINGGU, 30 MINIT SETIAP SESI

4. Jangan skip/tinggal breakfast. Ini kerana jika anda skip breakfast potensi anda akan makan terlebih semasa makan tengahari adalah sangat tinggi.

5. Jangan lupa, berdoa kepada ALLAH, diberikan kesihatan yang sempurna kepada diri anda dan dijauhkan daripada sebarang penyakit.

Itu sahaja buat kali ini.

Semoga jumpa lagi...Insya-Allah

Bayi menggigil...Suntikan HPV

Bayi menggigil...itu tajuk Harian Metro semalam 24/11/09, membacanya memang menyayat hati...bayi yang baru dilahir, tali pusat masih belum dipotong daripada uri ditinggalkan dalam kesejukan hujan di beranda rumah. Itu anatara kisah bayi-bayi yang dibuang oleh ibu kandung mereka sendiri...Sebelum ini juga telah terlalu banyak kisah-kisah yang hampir serupa kita baca...ada yang terselamat dan ada juga ketika ditemui telah meninggal dunia...

Sebenarnya telah lama saya ingin menyentuh isu ini sejak saya menghadiri Adolescent Conference di Hotel Shangri-La pada 28-30 Oktober yang lalu. Namun akibat kekangan masa, antara tugasan di rumah, rengekan Aqilah, saya tidak berpeluang sehinggalah hari ini. Adolescent...siapakah yang tergolong di dalam kategori adolescent/remaja? Mengikut definisi WHO, remaja adalah mereka yang berada dalam linkungan umur 10-19 tahun...di waktu ini meraka berada di dalam transisi dari alam kanak-kanak ke alam dewasa....Waktu ini merupakan waktu yang paling mencabar bagi diri remaja sendiri malah kepada kita sebagai ibu bapa, tambahan pula di abad millenium ini...Ramai berpendapat cabaran mendidik generasi kini adalah lebih tinggi berbanding dengan di waktu ibu bapa kita mendidik kita di masa lampau...

Sewaktu mengikutu konferens tersebut, melihat kepada kajian-kajian yang dijalankan, amat menggerunkan...Jika dahulu orang berpendapat, remaja di kampung-kampung lebih terlindung dari gejala yang tidak sihat nampaknya sangkaan itu tidak benar sama sekali sekarang. Kejadian mengandung luar nikah di bandar dan juga di bandar tiada beza lagi...Daripada kajian tersebut, statistik yang ditunjukkan hanyalah ibarat "iceberg" yang mana banyak lagi kes-kes yang tidak dilaporkan...

Perasaan saya sebagai pengamal perubatan sedikit sebanyak tersentuh di antara isu agama dan isu masalah sosial ini. Untuk bersetuju atau tidak. Isu ini terlampau besar...Untuk pengetahuan semua, pada masa kini KKM ingin menyarankan agar remaja yang TELAH terlibat di dalam aktiviti seks luar nikah diberikan kondom/ubat perancang kehamilan secara easy access supaya perkara seperti pembuangan bayi tidak lagi akan berlaku, di samping penyakit-penyakit kelamin seperti STD, Gonorrhea malahan HIV akan dapat dielakkan...Ini kerana jika kehamilan telah berlaku mereka akan terdedah samada dengan aktiviti pengguguran secara haram atau pembuangan bayi. Memang benar, semua para doktor malahan sesiapa sahaja mengakui bahawa kaedah terbaik adalah pencegahan aktiviti seks sebelum kahwin ini namun jika mereka telah terjebak amat sukar sekali untuk menghentikan mereka dari aktiviti ini. Apa pendapat pembaca semua? Saya sebenarnya berada di dalam dilema...Sokong atau tidak?

Untuk pengetahuan semua juga, KKM memperkenalkan suntikan HPV (Human Papilloma Virus) juga disebabkan isu ini. Bagi yang tidak tahu, kuman HPV ini boleh merebak kepada mereka yang sexually active dan berbilang pasangan. HPV ini boleh menyebabkan kanser serviks. Oleh itu, jika anda merasakan anda dan anak-anak anda dan pasangan mereka di masa akan datang tidak mungkin akan terlibat di dalam masalah sosial ini sebenarnya suntikan tersebut tidak diperlukan sama sekali oleh mereka.

Sekadar buat renungan...

Satu kajian yang telah dijalankan di sebuah universiti tempatan mendapati 50% pelajarnya terlibat di dalam aktiviti seks sebelum kahwin.

Kajian yang dijalankan di beberapa buah sekolah menengah mendapati 80% pelajar lelaki mempunyai pengalaman menonton filem lucah.

Saya tinggalkan persoalan untuk anda....

Jika anda menjadi saya, sewaktu bertugas di klinik, datang seorang remaja perempuan menyatakan dia telah mengadakan hubungan dengan teman lelaki dan meminta post coital emergency pill (pil untuk mengelakkan mengandung selepas mengadakan hubungan) daripada anda, adakah anda akan bagi atau tidak? Apakah tindakan anda seterusnya? Anda akan mengadu kepada ibu bapanya atau tidak? Adakah ini akan memburukkan keadaan. Atau anda tidak kisah, biarkah sahaja dia terus hanyut di dalam dunianya? Jika anda memberikannya nasihat supaya meninggalkan perkara tersebut, adakah anda jamin dia akan mengikut nasihat anda?Adakah anda akan dipersalahkan oleh Allah s.w.t di hari akhirat kelak?

Begitu mencabar menjadi doktor zaman sekarang.....

Itu sahaja buat kali ini.

Saya harap mendapat maklumbalas daripada anda semua...

Jumpa lagi...

Thursday, November 19, 2009

DISKRIMINASI



Minggu lepas, kami sekeluarga lepak kat rumah tengok dvd movie, tajuk Philadelphia. Filem ini filem lama sebenarnya, filem tahun '80-an lakonan Tom Hanks tapi ini first time kami tengok. Filem ini mengisahkan diskriminasi yang berlaku kepada pesakit AIDS. Pada zaman 80-an, masyarakat tidak didedahkan sepenuhnya mengenai penyakit ini. Jadi kebanyakan orang termasuklah orang yang cerdik pandai pun masih takut ianya dapat berjangkit melalui bersalaman atau duduk berdekatan dengan pengidap AIDS. Watak utama filem ini lakonan Tom Hanks merupakan seorang peguam yang handal, komited terhadap kerja dan menjadi golden boy kepada boss di tempat kerjanya. Namun apabila bossnya mendapat tahu beliau mengidap AIDS, beliau telah disabotaj dan telah dibuang kerja dengan alasan beliau bekerja tidak efisien....Jadi, beliau merasa dirinya teraniaya dan mengupah peguam untuk menyaman syarikatnya...memang menarik untuk ditonton...untuk pengetahuan semua, watak utama mendapat AIDS disebabkan oleh hubungan sesama jenis aka GAY. So, terdapat sedikit konflik antara isu diskriminasi dan masalah sosial di dalam filem ini. Filem ini diolah dengan begitu baik kerana ia tidak menggambarkan kita harus menyokong aktiviti gay tetapi pada masa yang sama kita tidak harus mendikriminasikan pesakit AIDS walau cara mana sekalipun mereka mendapatnya..Menarik dan sesuai ditonton bersama keluarga.


Selamat menonton
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...