Showing posts with label breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label breastfeeding. Show all posts

Thursday, July 8, 2010

Adakah selamat memberikan ubat selsema dan ubat batuk kepada kanak-kanak?



Masalah selsema dan batuk disebabkan jangkitan viral mungkin adalah perkara biasa jika dihadapi oleh orang dewasa namun bagi ibu-ibu yang mempunyai bayi, serangan selsema dan batuk kepada bayi mereka boleh memberikan kesan yang besar kepada ibu-ibu. Ketidakselesaan bayi sewaktu menyusu dan ketika bayi tidur boleh meruntun hati ibu melihat anak-anak yang tidak selesa.

Jika ibubapa membawa anak mereka berjumpa dengan para doktor adalah dinasihati mereka menyemak kembali label ubat yang diberikan oleh doktor terutama bagi bayi yang berumur 2 tahun ke bawah. Ini kerana terdapat ubat selsema yang BERBAHAYA kepada bayi yang mana boleh menyebabkan bayi mengalami masalah pernafasan. Disebabkan implikasi yang mungkin timbul kesan ubat selsema tersebut, Drug Control Authority Malaysia (DCA) telah bersepakat mengeluarkan AMARAN dilabel ubat-ubat selsema yang dikenalpasti bagi mengelakkan implikasi yang bakal timbul. Amaran yang dikeluarkan adalah;

(a) Not to be used in children less than 2 years of age (Jangan diberikan kepada kanak-kanak kurang daripada usia 2 tahun) dan
(b) To be used with caution and on doctor’s or pharmacist’s advice in children 2 to 6 years of age (Digunakan dibawah pemantauan dan nasihat oleh doktor atau ahli farmasi bagi kanak-kanak berusia di antara 2 hingga 6 tahun).

Antara ubat selsema dan batuk yang terlibat adalah:

Actifed (Tripolidine)
Phenergan (Promethazine) - juga digunakan untuk menahan muntah
Diphenhydramine (Benadryl)
Brompheramine
Chlorpheramine
Clemastine
Dexbrompheniramine
Pheniramine
Dextromethorpan

Antara ubat titis hidung yang terlibat:

Ephedrine
Phenylephrine
Pseudoephedrine

Adalah dinasihatkan ibubapa mengambil berat mengenai perkara ini. Jika klinik yang dilawati tidak melabelkan nama ubat yang sebenar di botol ubat, hanya menandakan ubat selsema/ ubat batuk/ ubat titis hidung, para ibu bapa hendaklah meminta mereka menulis nama sebenar ubat di botol berkenaan supaya kita akan dapat mengetahui apa sebenarnya ubat yang diberikan oleh mereka. Selain dapat melindungi diri anak kita daripada perkara yang tidak sepatutnya (Nauzubillah), ianya juga boleh ditunjukkan kepada pihak hospital jika sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku dan tindakan sepatutnya akan dapat diambil.

Antara langkah yang boleh diambil semasa bayi anda mengalami selsema adalah memberikan air suam yang kerap kepada bayi dan berikan rehat yang secukupnya kepada bayi selain memberikan makanan yang berkhasiat seperti sayur-sayuran kepada bayi. Kepada ibu-ibu yang menyusu, terdapat BONUS yang terdapat kepada bayi anda kerana antibodi daripada susu ibu dapat membantu bayi dalam menyembuhkan masalah selsema. Jadi, teruskan menyusu bayi anda dengan selesa dan gembira.

Saya menasihati ibu bapa diluar sana mengambil berat akan hal ini dan sebarkan pengetahuan ini kepada rakan-rakan dan juga keluarga anda. Seperti yang selalu saya tekankan selama ini ILMU adalah amat penting dalam menjalani kehidupan ini. Dengan ILMU kita akan dapat membezakan antara yang benar dan salah samada dalam ilmu dunia mahupun ilmu akhirat. Wallahua’alam.

Tuesday, February 23, 2010

BREASTFEEDING MACAM ORANG KAMPUNG?



Perjalanan balik ke kampung sempena Tahun Baru Cina baru-baru ini seperti yang dijangka jalan amat sesak. Dalam kesesakan itu saya terlihat seorang ibu dalam usaha untuk menyediakan susu untuk anaknya. Beliau terpaksa menuang air dari keretanya untuk membasuh botol susu sebelum menyediakan susu baru untuk anaknya. Alhamdulillah, saya tidak perlu bersusah-susah begitu. Jika Aqilah lapar terus suakan susukan ke dalam mulutnya. Amat mudah sekali. Melihatkan itu, suami saya menceritakan pendapat dari seorang kawan lama sekolahnya tentang breastfeeding :

Pendapat kawan lama suami saya:


1. Orang yang menyusukan anak ini dipandang macam orang kampung dan tidak mampu membeli susu formula yang mahal-mahal untuk anak mereka.

2. Orang yang menggunakan susu formula pula macam orang bandar, ada banyak duit untuk membeli susu yang paling mahal untuk anak-anak mereka.



Mmm…apa respons saya sebagai SEORANG breastfeeding mother?


1. Macam orang kampung?

Jawapan saya: Memang betul saya mengaku saya orang kampung dan saya tidak rasa terhina dilabelkan sebagai orang kampung bahkan saya rasa gembira sekurang-kurangnya saya dapat rasa suasana balik kampung apabila tiba musim perayaan…hehe. Tetapi untuk pengetahuannya sekarang ini bukan hanya orang kampung dan surirumah sahaja yang suka menyusukan anak-anak mereka malahan orang yang bekerja dan duduk di bandar juga (seperti saya) suka menyusukan anak mereka. Malahan di pusat-pusat membeli-belah yang ternama di bandar-bandar besar juga telah menyediakan ruang yang khas untuk ibu-ibu yang menyusu. Ini kerana mereka sedar telah ramai wanita yang berkerjaya telah membuka minda mereka untuk menyusukan anak mereka sendiri.


2. Saya tidak ada duit untuk beli susu formula untuk anak saya?

Jawapan saya: Saya tidaklah dikategorikan sebagai orang kaya tetapi kalau saya boleh memberikan susu yang paling terbaik kepada anak saya berbanding susu-susu yang ada malahan secara percuma pula kepada anak kesayangan saya kenapa saya perlu saya susah-susah keluarkan duit untuk beli susu yang kurang baik berbanding susu saya. Saya rasa semua orang suka kalau boleh dapatkan barang secara percuma lebih-lebih lagi YANG PALING BERKUALITI DENGAN PERCUMA. Tetapi percaya atau tidak, tidak wujud situasi sebegitu kerana barangan yang berkualiti biasanya yang paling mahal. Satu sahaja barang yang paling ajaib yang Allah kurniakan kepada seorang ibu untuk diberikan kepada anak kesayangan mereka iaitu SUSU IBU YANG PALING BERKUALITI dan boleh dapat SECARA PERCUMA.


Kesimpulan:



Saya merasa simpati kepada mereka yang berpendapat sedemikian kerana memang jelas mereka kekurangan ilmu mengenai penyusuan ibu. Jika boleh, saya ingin membantu membuka minda mereka mengenai kebaikan breastfeeding. Dan percaya atau tidak, bukan hanya orang kampung dan tidak berduit yang berlumba-lumba untuk menyusukan bayi mereka, namun kini orang-orang Eropah juga telah mempunyai kesedaran yang jauh lebih baik daripada kita mengenai kelebihan susu ibu setelah mereka bertungkus-lumus membuat kajian.
Sepertimana yang biasa saya sebut pada entry-entry saya sebelum ini, segala perkara yangada di dalam dunia ini perlukan ILMU. Ilmu perlu dicari samada secara formal atau tidak formal. Dengan ilmu, minda kita akan terbuka dan kita tidak lagi menjadi seperti katak di bawah tempurung. Dengan ilmu juga kita tidak akan rasa terjejas dengan kritikan atau cemuhan dari sesiapa pun.

Tuesday, October 13, 2009

Diabetes and breastfeeding

Almaklumlah saya baru balik konferens diabetes, jadi banyak info saya ingin kongsikan dengan para pembaca..kalau boleh sumer nak kongsi tapi sebab ada tu lebih kepada untuk pengetahuan para doktor jadi saya kongsikan apa-apa yang saya rasa ok untuk pengetahuan umum....

Macam yang saya bagitau kat entri sebelum ini, bayi yang lahir dari ibu yang mengidap diabetes semasa mengandung adalah berisiko tinggi untuk menjadi pengidap diabetes di kemudian hari. Namun ada berita baik juga untuk para ibu yang menyusu bayi. Mengikut kajian, bayi-bayi yang lahir oleh diabetic mother kemudian disusukan oleh ibu mereka selepas mereka lahir akan menurunkan risiko mereka untuk mengidap diabetes di masa akan datang...Masya-Allah begitulah hebatnya kuasa Allah s.w.t dan begitu indahnya Islam...perkara Allah menyuruh para ibu supaya menyusukan bayi sehingga umur 2 tahun bagi mereka yang ingin menyempurnakannya telah tertulis di dalam Al-Quran, surah Al-Baqarah ayat 233. Selama ini telah banyak kajian yang dijalankan akan kebaikan susu ibu ini..Nah, ini yang terbaru, susu ibu boleh mengelakkan anak-anak kita dari mengidap kencing manis di kemudian hari...Jadi, apa tunggu lagi..Bagi bakal-bakal ibu, jangan ragu-ragu lagi untuk menyusukan bayi anda, bagi yang sedang menyusu, teruskan sekurang-kurangnya sampai 2 tahun, kalau lebih lagi bagus, sampaikan berita ini kepada orang lain juga supaya mereka teruja untuk menyusukan bayi mereka!!!!

Itu sahaja buat kali ini

Semoga jumpa lagi, Insya-Allah

Wednesday, August 19, 2009

PUASA DAN BREASTFEEDING

Alhamdulillah lagi 2 hari Insya-Allah, kita umat Islam akan menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak. Bulan di mana pintu Syurga akan dibuka, pintu neraka akan ditutup dan semua syaitan dan Iblis akan diikat. Bulan yang penuh keberkatan. Saya pasti semua akan bersemangat untuk pergi menunaikan Solat Tarawikh Jumaat malam Sabtu nanti...:)

Dengan kedatangan bulan puasa ini, mungkin timbul kebimbangan di kalangan ibu-ibu yang menyusukan anak, bolehkah mereka menyusukan baby dan adakah susu yang akan dihasilkan akan berkurangan...Untuk pengetahuan semua, ini merupakan kali ke-6 saya akan berpuasa di samping menyusukan anak saya...Ya, 4 tahun selama menyusukan Aiman dan ini tahun kedua berpuasa menyusukan Aqilah...Alhamdulillah, selama 6 kali menempuh Ramadhan, berpuasa dan menyusukan anak, Allah masih beri kekuatan pada saya untuk meneruskan setiap kali berpuasa dan tidak menjejaskan tugasan saya untuk menyusukan anak saya. Alhamdulillah anak tidak kelaparan dan tidak dehydrated. Tekadkan dalam hati untuk terus menyusukan anak dan berpuasa. Insya-Allah keajaiban yang anda tidak akan sangka akan berlaku, Allah akan bantu mereka-mereka yang ikhlas dalam melakukan ibadah kepada -Nya. Anda akan dapati diri anda masih lagi dapat berpuasa sepertimana orang lain berpuasa dan dapat menyusukan bayi anda juga, dan bayi anda tidak akan kelaparan...Kena yakin...Sesungguhnya Allah yang Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.

Hukum puasa kepada ibu menyusukan

1. Jika ibu yang menyusukan anak rasa teramat letih dan tidak mampu untuk berpuasa, Islam tidak melarang untuk anda tidak berpuasa. Tetapi nanti anda kena ganti puasa berkenaan.

2. Jika anda tidak berpuasa kerana risaukan anak tidak mendapat susu secukupnya semasa anda berpuasa yakni takut kesihatan anak terjejas, anda dibenarkan untuk tidak berpuasa. Namun nanti anda harus menggantikan puasa dan juga membayar fidiah kerana anda tidak puasa kerana risaukan kesihatan anak.


Berikut adalah perkara yang perlu dilakukan oleh ibu-ibu yang menyusu semasa berpuasa di bulan Ramadhan bagi memastikan dapat meneruskan ibadah puasa. Sebenarnya ianya tidak ada beza dengan bulan-bulan lain, cuma yang berbeza ini dilakukan pada waktu malam. Ini juga sebenarnya harus dipraktikkan oleh individu-individu lain bagi mengelakkan keletihan di bulan Ramadhan.

1. Jangan lupa bersahur. Jika boleh lewatkan sahur dan dalam Islam sendiri pun melewatkan sahur akan mendapat banyak pahala.

2. Pastikan mengambil air yang banyak di waktu malam. Kalau pergi sembahyang tarawikh, bawak air mineral atau jus buah-buahan, jadi boleh minum in between sembahyang.

3. Makan makanan yang berkhasiat mengandungi semua bahan iaitu karbohidrat, protein dan juga sayur-sayuran. Buah-buahan juga akan menjadi sumber bagi air dalam badan.

4. Jangan makan makanan rapu.

5. Elakkan pengambilan kopi. Ini kerana kafein akan merangsang pengeluaran air dari badan.

6. Ambil supplement multivitamin pada waktu malam jika merasakan badan kepenatan.


Selamat berpuasa kepada semua pembaca. Semoga kita dapat menempuh puasa tahun ini dengan sempurna. Kepada ibu-ibu yang menyusu, berdoa dan terus berdoa agar susu kita akan maintain banyak dan kita akan dapat meneruskan puasa kita tanpa sebarang masalah. Semoga kita dapat memanfaatkan kedatangan Ramadhan kali ini. Insya-Allah.

Tuesday, August 18, 2009

TABUNG SUSU AKA BANK SUSU

Pernah dengar tak mengenai tabung susu? Saya sebenarnya first time dengar. Rupanya ianya sudah lama dipraktikkan di negara Eropah. Bank ini mengumpulkan susu daripada ibu-ibu yang sudi mendermakan susu mereka macam orang derma darah. Di negara Eropah, mereka memang mempraktikkan pemberian susu ibu kepada bayi-bayi yang premature di NICU. Pemberian susu ibu kepada bayi ini dapat memberi kesan yang positif kepada pembesaran dan kesihatan bayi dalam jangkamasa yang cepat. Sememangnya susu formula sudah ditolak di negara-negara ini.

Apa hukum dalam agama Islam mengenai bank susu...

Sewaktu saya mendengar mengenai perkara ini timbul persoalan mengenai hukum...Macamana nanti? Kalau didermakan, nanti banyak pula yang akan jadi anak susuan saya? Saya mendapat jawapan ini daripada kawan saya. Hukum ini berdasarkan fatwa daripada Dr.Yusuf Qardawi seorang ulamak yang tersohor. Saya simpulkan jawapannya kerana jawapan yang diberikan amat panjang lebar dan dalam bahasa Indon selepas diterjemah daripada bahasa Arab.

Jawapan...

Hukum bank susu adalah harus. Untuk seseorang bayi itu menjadi anak susuan adalah hanya melalui direct feeding iaitu menyusu terus daripada payudara. Jika susu tersebut telah diperah dan dipindahkan ke dalam botol, bayi yang menyusu susu tersebut tidak akan menjadi anak susu kita.

Jawapan ini membuka minda saya bahawa perkara ini boleh dilaksanakan dan tiada halangan dari sudut agama...

Itu sahaja buat kali ini.

Semoga memberi manfaat buat semua.

Wednesday, August 5, 2009

BREASTFEEDING AND H1N1

Saya memang teruja tentang apa-apa berita tentang breastfeeding kerana saya salah seorang ibu yang obses tentang breastfeeding...:).. Di kala heboh tentang wabak H1N1 yang berlaku pada masa kini masih ada berita gembira buat ibu-ibu yang menyusukan bayi-bayi mereka...

Sepertimana yang kita tahu susu ibu adalah susu yang paling steril iaitu tidak akan ada kuman/bakteria di dalam susu ibu. Seorang pesakit saya pernah bertanyakan saya sewaktu beliau terkena cirit-birit adakah beliau perlu berhenti bagi susu ibu kepada anaknya kerana beliau risau kuman cirit-birit akan masuk ke dalam susunya dan akan membuatkan anaknya terkena cirit birit. Saya menasihatinya supaya JANGAN BERHENTI menyusukan bayinya kerana susu ibulah PALING BERSIH aka steril dan kuman dalam badan ibu tidak sesekali akan masuk ke dalam susu ibu (kecuali kuman HIV). Apa yang perlu diamalkan oleh beliau adalah beliau harus membasuh tangannya betul-betul bagi mengelakkan penyebaran kuman daripada tangan semasa menyusukan bayi.

Berbalik kepada cerita H1N1, sama seperti kuman-kuman lain, H1N1 juga tidak akan masuk ke dalam susu ibu. Apa yang lebih penting dan menggembirakan lagi adalah bayi yang disusukan oleh ibu mempunyai pertahanan yang lebih kuat bagi melawan kuman ini berbanding bayi yang menyusu susu formula...Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang memberikan nikmat ini kepada DIRI SAYA, ANAK-ANAK SAYA dan juga semua IBU-IBU YANG MENYUSUKAN ANAK MEREKA....Namun begitu langkah pencegahan seperti basuh tangan, tutup mulut semasa bersin dan batuk sentiasa harus diamalkan. Di samping itu, elakkan mengunjungi tempat-tempak sesak....

Maklumat di bawah saya ambil dari laman web MOH yang mereka adapt daripada CDC Atlanta


What can I do to protect my baby?
Take everyday precautions. In addition, take extra care to wash your hands often with soap and not to cough or sneeze in the baby’s face while feeding your baby, or any other time you and your baby are close. If you are ill, or coughing and sneezing, consider wearing a mask.


Does breastfeeding protect babies from this new flu virus?
There are many ways that breastfeeding and breast milk protect babies’ health. Since this is a new virus, we don’t know yet about specific protection against it. Mothers pass on protective antibodies to their baby during breastfeeding. Antibodies are a type of protein made by the immune system in the body. Antibodies help fight off infection.
Flu can be very serious in young babies. Babies who are not breastfed get sick from infections like the flu more often and more severely than babies who are breastfed.


Should I stop breastfeeding my baby if I think I have come in contact with the flu?
No. Because mothers make antibodies to fight diseases they come in contact with, their milk is custom-made to fight the diseases their babies are exposed to as well. This is really important in young babies when their immune system is still developing. Breastfeeding also helps the baby to develop his own ability to fight off diseases.


Is it ok to breastfeed my baby if I am sick?
Yes. This is really important.
Do not stop breastfeeding if you are ill. Ideally babies less than about 6 months of age should get their feedings from breast milk. Breastfeed early and often. Limit formula feeds as much as possible. This will help protect your baby from infection.
If you are too sick to breastfeed, pump and have someone give the expressed milk to your baby.


If my baby is sick, is it okay to breastfeed?
Yes. One of the best things you can do for your sick baby is keep breastfeeding.
Do not stop breastfeeding if your baby is ill. Give your baby many chances to breastfeed throughout the illness. Babies who are sick need more fluids than when they are well. The fluid babies get from breast milk is better than anything else, even better than water or juice because it also helps protect your baby’s immune system.
If your baby is too sick to breastfeed, he or she can drink your milk from a cup, bottle, syringe, or eye-dropper.


Is it okay to take medicine to treat or prevent influenza A(H1N1) while breastfeeding?
Yes. Mothers who are breastfeeding should continue to nurse their babies while being treated for the flu.

Yang ini pula saya ambil sendiri dari CDC Atlanta

Instruct parent and caretakers on how to protect their infant from the spread of germs, like novel influenza A (H1N1) virus, that cause respiratory illnesses:

1. Practice hand hygiene and cough etiquette at all times
2. Keep the infant away from persons who are ill and out of crowded areas.
3. Limit sharing of toys and other items that have been in infants' mouths. Wash thoroughly with soap and water any items that have been in infants' mouths. Keep pacifiers (including the pacifier ring/handle) and other items out of adults' or other infants' mouths prior to giving to the infant. -->

Itu sahaja buat kali ini. Sharing is caring...

Semoga jumpa lagi. Insya-Allah...

Tuesday, June 23, 2009

BERITA GEMBIRA!!!

Berita ini berita GEMBIRA untuk ibu-ibu yang MENYUSUKAN ANAK-ANAK mereka termasuk diri saya!!!..."Children who were breast-fed do better in high school and are more likely to go to college than their bottle-fed siblings, researchers report."- sumber daripada Babycenter News, 17 Jun 2009. ..:). Memang kalau nak cerita banyak sangat kelebihan susu ibu ini...Tak tertanding dengan mana-mana jenama susu lembu walaupun yang diiklankan yang paling bagus, paling mahal, tambah DHA dan macam-macam lagi...SUSU IBU IS THE BEST FOR YOUR BABY!!!

Saya boleh dikategorikan sebagai salah seorang ibu yang obses dengan breastfeeding dan saya sendiri adalah salah seorang anak yang tergolong dalam kategori tak mahu langsung minum susu botol!!!Saya sendiri memang tak ingat apa yang berlaku pada diri saya masa saya kecil, tetapi itulah yang diceritakan oleh ibu dan kakak-kakak saya, saya memang reject terus susu botol, tak nak langsung!!!Jadi mahu tak mahu, ibu saya terpaksa menyusukan saya sampai ibu saya mengandungkan adik saya...Dan anak-anak saya nampak gayanya semua mengikut jejak langkah saya, TAK SUKA MINUM SUSU BOTOL!!! Dan hasilnya, saya menyusukan Aiman selama 4 tahun!!!Ramai orang macam tak percaya, tapi memang itu lah kenyataannya...Semasa saya bertugas di Hospital Kuala Lumpur, hospital dah jadi rumah kedua kami...bila saya on-call, saya angkut sekali Aiman, suami saya, bantal dan toto ke hospital....Alhamdulillah saya dapat suami yang memahami..Terima kasih Abang...Tetapi kalau diingat-ingatkan kembali, rasa macam tak percaya dan tak sanggup lagi saya nak harungi kehidupan macam tu lagi...Dan sekarang, Aqilah nampak gayanya ikut jejak langkah ibu dan abangnya juga....

Di sini saya sertakan berita daripada babycenter untuk dikongsi bersama....

Breastfeeding boosts child's school performance
Wed, Jun 17, 2009 (HealthDay News) -- Children who were breast-fed do better in high school and are more likely to go to college than their bottle-fed siblings, researchers report.
While the health benefits of breast-feeding to both infants and mothers is well known, this study suggests the practice may have educational benefits as well. This is the first study using data on siblings to examine the effect of breast-feeding on high school completion and college attendance, the researchers noted.
"We compare sibling pairs -- one of whom was breast-fed and one of whom was not, or siblings who were breast-fed for different durations -- and find consistent evidence that breast-fed children have higher high school grade point averages and a higher probability of attending college," said study co-author Joseph Sabia, an assistant professor of public policy at American University in Washington, D.C.
Since their sample contained a variety of adolescents, the researchers ruled out factors such as socioeconomic status in the connection between breast-feeding and educational achievement, Sabia said.
The report is published in the June 11 issue of the Journal of Human Capital.
For the report, Sabia and his colleague Daniel Rees, a professor of economics at the University of Colorado Denver, used data from the National Longitudinal Study of Adolescent Health. They looked at the breast-feeding histories of 126 siblings from 59 families; high school graduation and college attendance data was obtained for 191 siblings from 90 families.
"If you're breast-fed, your high school GPA goes up substantially, and the likelihood that you go on to college goes up," Rees said.
For every month you are breast-fed, your high school GPA goes up about 1 percent and your probability of going to college goes up about 2 percent, Rees added.
"We found that more than one-half of the estimated effect of being breast-fed on high school grades can be linked to improvements in cognitive ability and health," Sabia said. "Thus, we conclude that improvements in cognitive ability and adolescent health may be important pathways through which breast-feeding affects long-term academic achievement," he said.
About one-fifth of the increased likelihood of going to college appears to be due to breast-feeding, Rees added.
"This is another benefit of breast-feeding," Rees said. "We know that breast-feeding leads to better health, higher IQ, but the next step is what are the implications, and this is an important implication," he said.
Dr. David L. Katz, director of the Prevention Research Center at Yale University School of Medicine, said this study may not prove a connection between school performance and breast-feeding, but it could be another reason to breast-feed your baby.
"An array of health benefits is convincingly associated with breast-feeding, including a reduced risk of both infections and obesity in the breast-fed child," Katz said. "Less certain, but long suggested, is enhanced cognitive development in breast-fed children as well."
It could be that factors that determine whether or not a baby is breast-fed are an important piece of the puzzle, Katz noted. "Why a baby is fed one way or another may matter as much as which way a baby is fed," he said. "A study of association such as this cannot fully resolve that issue."-- Steven Reinberg What you can do:
Breastfeed your child if you can. The American Academy of Pediatrics recommends breastfeeding your baby for at least the first year of life, and longer if both you and your child wish to continue.



Semoga selepas membaca artikel di atas menaikkan semangat untuk ibu-ibu dan bakal ibu-ibu untuk menyusukan anak-anak anda....Naluri seorang IBU memang mahukan yang TERBAIK untuk ANAK-ANAKNYA...Di dalam ajaran ISLAM juga menggalakkan kita menyusukan anak kita sekurang-kurangnya 2 tahun.

Itu sahaja buat kali ini.

Semoga jumpa lagi. Insya-ALLAH...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...