Tuesday, June 30, 2009

ADA HANTU??

Mata saya terpaku pada tajuk berita terkini 23 Jun 2009, seorang pelajar UKM dijumpai mati di kawasan letak kereta Kolej Kediaman Za'aba. Pada awalnya, saya merasakan mangsa mungkin mati akibat dibunuh. Namun berita hari seterusnya amat memeranjatkan saya. Mangsa terjatuh mungkin disebabkan dikejar 'lembaga'. Betul ke ada HANTU??

Sejak akhir-akhir ini di kaca TV terlalu banyak kisah-kisah hantu dipaparkan. Segala macam jenis hantu, hantu langsuir, pelesit, puntianak, polong dan segala macam cerita hantu. Bagi menambahkan keseramannya, cerita-cerita ini ditayangkan pada malam jumaat.
Saya sudah pasti tidak benarkan Aiman menonton drama-drama ini sebab nanti menyusahkan saya dan suami. Ye lar kalau nak mandi atau nak ke dapur pun takut macamana? Bagi pendapat saya sebagai seorang ibu, cerita-cerita hantu ini sepatutnya dikawal. Disamping ianya menanamkan perasaan takut kepada anak-anak, ia juga banyak memaparkan upacara kurafat. Saya sokong cerita-cerita hantu ini disekat seperti di zaman Tok Mat menjadi Menteri dulu.

Berbalik kepada kisah pelajar tadi, temuramah dengan rakan sebiliknya mendapati mangsa mengalami perubahan tingkah laku sebelum kejadian. Mangsa sukar untuk tidur, kurang bercakap dan bergaul dengan kawan, mengasingkan diri. Adakah pelajar tersebut mengalami Major Depression yang memungkinkan beliau seterusnya mempunyai simptom visual hallucination iaitu nampak hantu ataupun suicide attempt?? Wallahua'alam.

Antara simptom Major Depression

(a) Depressed mood
(b) Diminished interest or pleasure
(c) Significant weight loss or gain
(d) Insomnia or hypersomnia
(e) Psychomotor agitation or retardation
(f) Fatigue or loss of energy
(g) Feelings of worthlessness
(h) Diminished ability to think or concentrate; indecisiveness
(i) Recurrent thoughts of death, suicidal ideation, suicide attempt, or specific plan for suicide



Itu sahaja buat kali ini.

Semoga jumpa lagi

Insya-Allah

Sunday, June 28, 2009

TUNAI TANGGUNGJAWAB

Rasa lega hati saya selepas prosedur itu selesai...Hari ini, Jumaat, 3 Rejab, aku selamat mengkhatankan anak perempuanku Aqilah di Klinik Fazliana...Alhamdulillah...Lega sebab satu kewajibanku sebagai ibu telah tertunai setelah lama tertangguh-tangguh...Aqilah pun cuma nangis sekejap aje...Bagus sayang..Kuat jugak anak ibu ni rupanya...:)

"Saya nak sunatkan baby saya ni"beritahu saya kepada kakitangan yang bertugas di klinik Fazliana. Kelihatan pesakit yang lain terpinga-pinga mendengar kata-kata saya...Di dalam hati saya, mereka ini tidak tahu ke baby perempuan pun kena bersunat?Mungkin mereka tidak diberi pendedahan agaknya kerana mereka semuanya nampaknya masih belum kahwin lagi.

Sebelum saya sunatkan baby saya ini pun saya pun tergolong dalam golongan yang ragu-ragu, apa hukumnya sunat baby perempuan, betul ke perlu dilakukan. Saya tidak mahu hanya mengikut sahaja amalan turun temurun tanpa mengetahui apakah sebenarnya hukum perbuatan itu. Saya tidak mahu mengikut sesuatu perkara bulat-bulat tanpa mengetahui baik buruknya perkara itu. Kalau hanya kerana adat melayu, saya rasa tidak perlu saya buat. Kalau baby lelaki memang semua maklum, wajib. Malahan dalam bidang perubatan pun terbukti berkhatan bagi bayi lelaki mempunyai implikasi yang baik. Bagi menghilangkan keraguan,saya pun bertanya-tanyalah kepada orang yang mungkin tahu hukum sebenar berkhatan bayi perempuan ini. Terima kasih kepada kawan baik saya Lela, dia emailkan hukum berkhatan bayi perempuan ini kepada saya yang beliau ambil dari website mindamadani, terima kasih Lela...


Hukum Khatan

Mengkhatannya.Berkhatan adalah satu amalan fitrah.Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :"Amalan fitrah ada lima perkara:mencukur bulu ari-ari, berkhatan,mengunting misai,mencabut bulu ketiak dan mengerat kuku.Menurut para ulama hukum khatan ini adalah sunat bagi bayi lelaki dan merupakan kemuliaan bagi bayi perempuan.Walaupun begitu terdapat perbezaan ulama tentang hukumnya iaitu ada tiga pendapat:

i. Wajib khatan bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan.Ini merupakan pendapat Imam Ahmad,Ataa',Ibn Suraih, Rabiah, dan Awza'iy.

ii. Sunat muakkad bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan.

iii. Wajib bagi kanak-kanak lelaki dan sunat bagi kanak-kanak perempuan iaitu pendapat setengah dari golongan ulama al-Syafieyyah.(Kitab Majmuk oleh Imam al-Nawawi,jil 1,hal 365 dan fathul Bari jil 10.hal 340)

Pendapat yang ketiga ini lebih sesuai dengan jamhur ulama yang mengatakan bahawa khatan adalah sunat muakkad bagi kanak-kanak perempuan.Mereka berdalilkan bahawa ia adalah "millah Abina Ibrahim"(mengikut jalan bapa kami nabi Ibrahim) yang telah diperintahkan oleh Allah SWT supaya berkhatan.

Bagi kanak-kanak perempuan ,khatan ini dikenali sebagai "khifaadah" dalam bahasa Arab iaitu memotong sedikit dari sebahagian daging antara permukaan atas faraj.mengikut jamhur ulama ia merupakan kemuliaan bagi kaum wanita.Ini menolak dakwaan yang menyebutkan perkara tersebut merupakan amalan buruk. Rasulullulah SAW telah menyuruh serta menggalakkan kanak-kanak perempuan dikhatan dengan cara-cara tertentu dan jangan berlebihan semasa memotongnya sepertimana dilakukan oleh orang jahiliah.


Khatan zaman moden vs zaman dulu

Menurut suami saya, masa zaman dulu, zaman adik perempuan dia berkhatan, bidan menggunakan duri dari pokok limau purut sebagai alat untuk memotong (maklumat ini daripada ibu mertua saya). Pada zaman moden ini, doktor menggunakan jarum sebagai alat. Pada pendapat saya, penggunaan kedua-dua cara ini adalah baik kerana bagi mengelakkan berlebihan semasa memotong berbanding jika menggunakan pisau.

Itu sahaja buat kali ini. Semoga tiada lagi keraguan selepas ini untuk khatankan baby perempuan anda.

Semoga jumpa lagi.

Insya-Allah.

Thursday, June 25, 2009

AL-FATIHAH

Pagi-pagi seperti biasa bila sampai office, aku akan bukak internet, tengok berita kat MSN "King of POP dies, Micheal Jackson, 1958-2009, aku ingatkan berita main-main, rupa-rupanya betullah, Micheal Jackson sudah meninggal dunia akibat kegagalan jantung (cardiac arrest), Al-fatihah kepada arwah, semoga rohnya dicucuri rahmat dari-Nya, alhamdulillah beliau meninggal dalam Islam.

INDAHNYA ISLAM

"Abang baca dalam Reader Digest semalam, rupanya salah satu cara untuk kuruskan badan, kita kena makan perlahan-lahan"suami saya bercerita selepas kami habis bersarapan di gerai mamak pada hujung minggu. Saya menyampuk, "Memang tepat dengan saranan Rasulullah supaya kita kunyah makanan sebanyak 40 kali apabila makan." Memang betu, jika kita kaji, memang banyak hadis Rasulullah s.a.w yang mengajar kita untuk makan secara sihat. Banyak daripada hadis Rasulullah tersebut, para saintis barat yang bukan beragama ISLAM secara sengaja atau tidak sengaja menjalankan kajian dan mendapati sememangnya semuanya jika diamalkan dapat menghindarkan diri kita daripada pelbagai penyakit. Mungkin penemuan-penemuan ini boleh kita jadikan modal untuk berdakwah bahawa ISLAM adalah agama yang benar kerana Rasullah tidak pernah bersekolah malahan buta huruf namun bagaimana Baginda tahu mengetahui kesemua perkara ini? Tidak lain dan tidak bukan kerana semua percakapan/hadis Rasullah adalah daripada ALLAH s.w.t samada melalui wahyu iaitu Al-Quran dan juga melalui ilham yang disampaikan melalui hadis...

Antara hadis Rasullah yang bertepatan dengan amalan gaya hidup sihat

1. Makan apabila lapar, berhenti sebelum kenyang.
Jika betul-betul diamalkan, saya pasti tiada lagi masalah obesiti akan berlaku menjurus kepada penyakit-penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, kegagalan jantung.

2. Jangan makan makanan yang sangat panas menggelegak
Kajian mendapati bahawa, seseorang yang suka makan makanan yang panas menggelegak akan terdedah kepada sakit kanser esofagus dan juga kanser perut.

3. Jangan tiup makanan yang panas
Kajian sains mendapati apabila kita meniup makanan yang sedang panas, reaksi akan berlaku akan menyebabkan makanan tersebut menjadi berasid dan ianya tidak baik untuk perut

4. Kunyah makanan 40 kali
Secara logik, apabila kita kunyah makanan sehingga hancur, kita akan makan dengan lebih perlahan dan lebih menikmati makanan berbanding dengan jika kita makan dengan laju. Apabila keadaan ini berlaku, kajian sains mendapati, satu hormon akan dikeluarkan oleh bahagian otak apabila kita makan dengan perlahan iaitu endorphin. Hormon ini akan menyebabkan kita akan cepat merasa kenyang walaupun hanya makan sedikit.

5. Jangan minum arak
Arak jika diambil akan menyebabkan ketagihan. Pengambilan arak dengan kadar yang banyak akan mendedahkan kepada penyakit hati (hati menjadi keras, sirosis), penyakit jantung, penyakit pankreas.


Itu sahaja buat kali ini.

Semoga jumpa lagi. Insya-Allah

Tuesday, June 23, 2009

BERITA GEMBIRA!!!

Berita ini berita GEMBIRA untuk ibu-ibu yang MENYUSUKAN ANAK-ANAK mereka termasuk diri saya!!!..."Children who were breast-fed do better in high school and are more likely to go to college than their bottle-fed siblings, researchers report."- sumber daripada Babycenter News, 17 Jun 2009. ..:). Memang kalau nak cerita banyak sangat kelebihan susu ibu ini...Tak tertanding dengan mana-mana jenama susu lembu walaupun yang diiklankan yang paling bagus, paling mahal, tambah DHA dan macam-macam lagi...SUSU IBU IS THE BEST FOR YOUR BABY!!!

Saya boleh dikategorikan sebagai salah seorang ibu yang obses dengan breastfeeding dan saya sendiri adalah salah seorang anak yang tergolong dalam kategori tak mahu langsung minum susu botol!!!Saya sendiri memang tak ingat apa yang berlaku pada diri saya masa saya kecil, tetapi itulah yang diceritakan oleh ibu dan kakak-kakak saya, saya memang reject terus susu botol, tak nak langsung!!!Jadi mahu tak mahu, ibu saya terpaksa menyusukan saya sampai ibu saya mengandungkan adik saya...Dan anak-anak saya nampak gayanya semua mengikut jejak langkah saya, TAK SUKA MINUM SUSU BOTOL!!! Dan hasilnya, saya menyusukan Aiman selama 4 tahun!!!Ramai orang macam tak percaya, tapi memang itu lah kenyataannya...Semasa saya bertugas di Hospital Kuala Lumpur, hospital dah jadi rumah kedua kami...bila saya on-call, saya angkut sekali Aiman, suami saya, bantal dan toto ke hospital....Alhamdulillah saya dapat suami yang memahami..Terima kasih Abang...Tetapi kalau diingat-ingatkan kembali, rasa macam tak percaya dan tak sanggup lagi saya nak harungi kehidupan macam tu lagi...Dan sekarang, Aqilah nampak gayanya ikut jejak langkah ibu dan abangnya juga....

Di sini saya sertakan berita daripada babycenter untuk dikongsi bersama....

Breastfeeding boosts child's school performance
Wed, Jun 17, 2009 (HealthDay News) -- Children who were breast-fed do better in high school and are more likely to go to college than their bottle-fed siblings, researchers report.
While the health benefits of breast-feeding to both infants and mothers is well known, this study suggests the practice may have educational benefits as well. This is the first study using data on siblings to examine the effect of breast-feeding on high school completion and college attendance, the researchers noted.
"We compare sibling pairs -- one of whom was breast-fed and one of whom was not, or siblings who were breast-fed for different durations -- and find consistent evidence that breast-fed children have higher high school grade point averages and a higher probability of attending college," said study co-author Joseph Sabia, an assistant professor of public policy at American University in Washington, D.C.
Since their sample contained a variety of adolescents, the researchers ruled out factors such as socioeconomic status in the connection between breast-feeding and educational achievement, Sabia said.
The report is published in the June 11 issue of the Journal of Human Capital.
For the report, Sabia and his colleague Daniel Rees, a professor of economics at the University of Colorado Denver, used data from the National Longitudinal Study of Adolescent Health. They looked at the breast-feeding histories of 126 siblings from 59 families; high school graduation and college attendance data was obtained for 191 siblings from 90 families.
"If you're breast-fed, your high school GPA goes up substantially, and the likelihood that you go on to college goes up," Rees said.
For every month you are breast-fed, your high school GPA goes up about 1 percent and your probability of going to college goes up about 2 percent, Rees added.
"We found that more than one-half of the estimated effect of being breast-fed on high school grades can be linked to improvements in cognitive ability and health," Sabia said. "Thus, we conclude that improvements in cognitive ability and adolescent health may be important pathways through which breast-feeding affects long-term academic achievement," he said.
About one-fifth of the increased likelihood of going to college appears to be due to breast-feeding, Rees added.
"This is another benefit of breast-feeding," Rees said. "We know that breast-feeding leads to better health, higher IQ, but the next step is what are the implications, and this is an important implication," he said.
Dr. David L. Katz, director of the Prevention Research Center at Yale University School of Medicine, said this study may not prove a connection between school performance and breast-feeding, but it could be another reason to breast-feed your baby.
"An array of health benefits is convincingly associated with breast-feeding, including a reduced risk of both infections and obesity in the breast-fed child," Katz said. "Less certain, but long suggested, is enhanced cognitive development in breast-fed children as well."
It could be that factors that determine whether or not a baby is breast-fed are an important piece of the puzzle, Katz noted. "Why a baby is fed one way or another may matter as much as which way a baby is fed," he said. "A study of association such as this cannot fully resolve that issue."-- Steven Reinberg What you can do:
Breastfeed your child if you can. The American Academy of Pediatrics recommends breastfeeding your baby for at least the first year of life, and longer if both you and your child wish to continue.



Semoga selepas membaca artikel di atas menaikkan semangat untuk ibu-ibu dan bakal ibu-ibu untuk menyusukan anak-anak anda....Naluri seorang IBU memang mahukan yang TERBAIK untuk ANAK-ANAKNYA...Di dalam ajaran ISLAM juga menggalakkan kita menyusukan anak kita sekurang-kurangnya 2 tahun.

Itu sahaja buat kali ini.

Semoga jumpa lagi. Insya-ALLAH...

Monday, June 22, 2009

KESUBURAN

"Saya sanggup melakukan apa sahaja, asalkan isteri saya bahagia". Saya pasti semua isteri akan tersenyum jika mendengar suami mereka berkata demikian. Ye lah siapa lah tidak bahagia jika suami sangat cintakan diri kita kan...Dialog di atas saya petik dari drama CSI New York yang saya tonton baru-baru ini. Si suami yang melafazkan kata-kata itu sanggup melakukan PEMBUNUHAN semata-mata ingin membahagiakan isterinya yang terlalu inginkan ANAK!!!Memang tragis kisahnya kan....Si isteri terlalu tertekan kerana tidak dapat melahirkan anak. Permohonan mereka bagi mendapatkan anak angkat ditolak kerana masalah psikologi isteri....Dengan pertolongan seorang doktor (kawan lama si isteri) mereka berkenalan dengan seorang remaja yang mahu menggugurkan kandungan. Pasangan ini bersetuju untuk mengambil anak remaja itu setelah lahir lalu dia bersetuju untuk tidak menggugurkannya. Namun, apabila kandungannya makin membesar, perasaan kasih seorang ibu terhadap anak dalam kandungannya semakin bertambah lalu dia menolak untuk memberikan anaknya kepada pasangan terbabit. Pertelingkahan berlaku menyebabkan remaja tersebut terjatuh tangga dan terbunuh. Di waktu itu, si suami mengambil keputusan memotong perut remaja itu bagi MENGELUARKAN BAYI,NGERI!!!!

Fakta-fakta mengenai KESUBURAN....

1. Dengan kedatangan zaman millenium, kebanyakan kaum wanita mempunyai pendidikan tinggi, kahwin lambat dan berpengetahuan menggunakan ubat bagi mengelakkan diri dari mengandung. Pasangan suami isteri biasanya mahu memastikan ekonomi mereka berada dalam keadaan kukuh, baru membuat keputusan untuk mempunyai anak. Ini berbeza dengan zaman dahulu, kebanyakan wanita telah berkahwin pada usia 20-an dan kemudiannya mempunyai anak.

2. Hakikatnya adalah, apabilan usia bertambah, kesuburan wanita akan berkurang dan kemungkinan berlaku keguguran apabila mengandung semakin meningkat.

3. Apabila pasangan cuba untuk mendapatkan anak, apa yang terlintas di fikiran mereka adalah mereka perlu melakukan aktiviti sexual intercourse mereka dengan kerap, langkah ini adalah SALAH sama sekali. Mengadakan hubungan yang terlampau kerap akan menyebabkan pasangan akan hilang minat, penat dan bimbang. Satu kajian telah dijalankan mendapati pasangan yang terlampau kerap melakukan hubungan, air mani lelaki akan berkurangan kepekatan, peratusan sperma yang normal berkurangan, kelajuan sperma juga berkurangan. Mengikut kajian perubatan, hubungan kelamin adalah baik jika diadakan 2 kali seminggu akan mengurangkan stress dan kemungkinan untuk mengandung adalah tinggi (sama seperti sabda Rasulullah). Jika ianya tidak berjaya pasangan hendaklah menjalankan pemeriksaan sebab-sebab ketidaksuburan berlaku.

4. Bilakah pasangan perlu melakukan pemeriksaan kesuburan?

Bagi pasangan yang berumur kurang daripada 35 tahun, apabila mereka telah berkahwin dan melakukan hubungan kelamin selama SETAHUN tanpa mengamalkan sebarang perancang kehamilan, tetapi masih tidak berjaya mendapatkan anak, mereka perlu menjalani pemeriksaan lanjut.

Bagi pasangan berumur lebih 35 tahun, setelah menjalankan hubungan kelamin selama 6 bulan tanpa sebarang perancang kehamilan, perlu menjalankan pemeriksaan lanjut.

5. Antara punca-punca ketidaksuburan:

(a) unexplained infertility (tidak diketahui punca) - 10%

(b) masalah pada tiub atau rahim - 35 %

(c) masalah pada ovari - 15%

(d) masalah lelaki - 35%, oleh itu semasa pemeriksaan kesuburan, pihak lelaki amat perlu hadir,analisis air mani adalah antara perkara utama yang perlu dilakukan

(e) unusual problem seperti pengambilan ubat-ubatan yang memberi kesan kepada kesuburan, masalah kesihatan- 5%,

**antara ubat yang biasa diambil dan MENGGANGGU proses ovulasi adalah ubat tahan sakit( NSAIDS ) seperti Ponstan

6. Rawatan bagi unexplained infertility

(a) Tiada rawatan diperlukan

(b) IUI (Intrauterine Insemination)
Sesuai bagi pesakit yang masih muda. Lebih efektif jika digabungkan dengan clomiphene citrate (ubat subur).

(c) Clomiphene Citrate
Ubat subur ini diambil pada hari ke 5 hingga ke 9 kitaran haid. Boleh dicuba tidak lebih daripada 2 hingga 4 kali. Terdedah kepada kandungan kembar dua, tiga, emapat. Namun kandungan kembar tiga ke atas adalah sangat jarang-jarang berlaku.

(d) Clomiphene Citrate dan IUI
Kombinasi ini meningkatkan mengandung berbanding pengambilan ubat subur sahaja.

(e) Hormone (FSH, Gonadotropin, Gonadotropin-Releasing Hormone)
Hormon-hormon ini disuntik bagi merangsang ovulasi.

(f) Gonadotropin dengan atau tanpa IUI
Cara ini mempunyai peratusan yang paling tinggi kadar mengandung berbanding cara -cara di atas.

7. Mengubah cara hidup boleh meningkatkan kesuburan (positive effect). Antara langkah-langkah bagi mengubah cara hidup adalah:

(a) Mengurangkan berat badan
(b) Berhenti merokok
(c) Berhenti minum alkohol
(d) Kurangkan pengambilan kafein
(e) Ambil supplement folic acid
(f) Hindarkan ubat-ubatan herba
(g) Hindarkan ubat-ubat diet
(h) Hindarkan commercial lubricant (mungkin toxic kepada sperma)


Itu sahaja buat kali ini.

Semoga dapat menjadi panduan yang berguna bagi mereka yang dalam usaha untuk mendapatkan anak. Pesanan terakhir adalah jangan STRESS tetapi perlu ambil langkah yang sepatutnya dengan berjumpa dan berbincang dengan pakar sakit puan anda. Jangan lupa berdoa dan terus BERDOA kepada ALLAH semoga dikurniakan rezeki anak kepada anda...Doktor hanya dapat membantu tetapi yang berkuasa hanya ALLAH s.w.t.


Semoga jumpa lagi.

Insya-Allah

Wednesday, June 17, 2009

keputusan report card Aiman

Pgi-pagi lagi saya dan suami sudah keluar rumah. Seperti perancangan, hari ini kami ke sekolah Aiman untuk ambil report booknya. Kami ibubapa yang pertama sampai rupanya bagi pelajar enam tahun. Memang itu yang kami harapkan kerana suami perlu masuk ke pejabat paling lewat jam 10 pagi. Keputusan exam Aiman:

Bahasa Melayu - 100%
English - 97%
Sains - 91%
Matematik - 72%
Jumlah 3A, 1B...

Matematik tidak dapat markah tinggi kerana Aiman keliru tanda + dan -, jadi semua soalan +, dia jawab -. Saya rasa tahu kenapa Aiman keliru. Ini kerana di samping belajar matematik biasa, dia juga belajar mental arithmatik (Sempoa). dalam pelajaran sempoa bagi kaedah tambah, tiada simbol digunakan. Simbol hanya digunakan bila operasi tolak -.

Bagi saya, saya puas hati dengan keputusan anak saya Aiman sebagai permulaan...Tahniah Aiman... Saya doakan exam akhir tahun nanti Aiman akan dapat score lebih baik...Insya-Allah


Semoga jumpa lagi.

Insya-Allah

REPORT BOOK

Esok 18 Jun 2009, saya akan ke sekolah Aiman, anak sulung saya untuk mengambil report book bagi mengetahui keputusan peperiksaan exam Aiman di tadika. Ini pertama kali dalam hidup Aiman menghadapi exam dan pengalaman pertama juga bagi saya dan suami untuk ambil report card anak kami. Apa perasaan saya? Gembira pun ada, tapi yang pasti saya tidak nervous atau mengharap sangat. Gembira kerana kami dapat juga merasai pengalaman ini, mungkin ada di kalangan kawan sebaya kami belum dapat merasai pengalaman ini dan sudah pasti ini adalah permulaan bagi diri kami. Situasi ini pasti akan berulang sehingga Aiman berusia 17 tahun dan juga untuk adik-adiknya yang lain (Insya-Allah jika umur masih panjang). Bagi keputusan peperiksaan pula, kalau Aiman dapat mencapai markah yang cemerlang, ia merupakan satu bonus untuk diri saya dan suami tapi jika tidak, kami akan terima seadanya kerana Aiman masih lagi di sekolah TADIKA...hehe...Masih jauh lagi perjalanan hidupnya...

Memang saya tidak nafikan kehidupan kanak-kanak pada zaman kini berbeza dengan kehidupan saya dan suami pada 20 tahun lalu...Dari segala aspek termasuk pelajaran...Kalau dahulu zaman kami, semasa di tadika hanya belajar a,b,c, mewarna, menyanyi...belum lagi diajar membaca...Bagi saya sendiri, semasa darjah satu baru saya dapat membaca. Bagi pelajaran English pula, pertengahan tahun darjah satu baru belajar English dengan kehadiran guru berbangsa Cina di sekolah, saya masih ingat namanya Teacher Chui. Semasa darjah satu dan darjah dua baru nak belajar nama benda-benda dalam bahasa Inggeris macam pencil, duster, blackboard, cupboard, belum belajar membaca lagi....Jauh beza dengan anak-anak zaman sekarang. Aiman semasa empat tahun, di akhir tahun persekolahan sudah pandai membaca bahasa Melayu...sekarang sudah pandai membaca Bahasa Inggeris, bagi pelajaran matematik pula mereka bukan lagi belajar tambah guna gambar tapi sudah belajar silibus macam kita darjah dua pada zaman kita malahan belajar sempoa juga...Setakat ini saya berpuas hati dengan pencapaiannya... Saya tidak mahu terlampau menekan takut anak jadi macam robot dan tidak menikmati zaman kanak-kanak macam kita dahulu. Tetapi saya juga tidak mahu terlampau lepas tangan, sekurang-kurangnya pandai membaca sebelum masuk darjah satu, itu satu keperluan bagi saya. Jika tidak, anak-anak kita akan masuk ke kelas yang kebelakang dan akan tertinggal berbanding anak-anak yang lain...Di samping itu juga, bagi pendapat saya kita kena ajar anak-anak kita fokus kepada apa yang mereka akan capai dalam hidup kerana bagi saya jika tiada FOKUS, mereka akan hilang arah.


Berikut adalah artikel yang saya petik dari website babaycenter, moga menjadi panduan untuk kita semua dalam mendisiplinkan anak-anak

I try to discipline my grade-schooler, but he doesn't seem to care. What should I do?
Expert Answers
Jerry Wyckoff, psychologist and special education administrator
It sounds like your discipline strategy isn't working. Rather than trying to punish away misbehavior, think of discipline as a teaching tool. And keep in mind that there are two things your child needs in order to learn what you want him to do: Ability and motivation.Say your grade-schooler refuses to pick up his clothes when you ask him to, and you give him a
time-out. What has he learned? To pick up his clothes? To follow directions? In fact, he's probably learned neither. Instead of giving him a time-out, try approaching the situation as a teaching task — you're going to teach him to pick up his clothes when you ask. A child this age is fully capable of reasoning, so explain why the clothes shouldn't be left in a pile on the floor, and give specific instructions: "I need you to pick up your clothes so they won't get wrinkled. Please hang up the shirt and put the shorts in the drawer." Motivate him, too: "After you pick up your clothes, you can play with Zack." Be careful not to say, "If you pick up your clothes," or he'll immediately think "You mean I don't have to?" Don't forget to praise his behavior ("It's great that you took such good care of your clothes!") rather than him ("Good boy!"). Now he has both the ability and the motivation to follow your directions.Many parents also find a token economy effective with grade-schoolers. To set one up, make two lists: One of the things you find yourself nagging your child about, the other of activities he enjoys. The basic idea is that you "sell" privileges based on his "earnings." He might earn one token every time he remembers to hang up his towel, for instance, and two tokens every time he finishes his homework without nagging. He can then trade five tokens, say, for a sleepover with a friend, or use them to "buy" an extra TV program over the weekend.Teaching your child self-discipline requires ability and motivation on your part too. It's a process that takes know-how, time, and energy — but the payoff is well worth it.


Itu sahaja buat kali ini. Tak sabar nak tunggu hari esok...:)

Semoga jumpa lagi

Insya-Allah

Monday, June 15, 2009

MINUMAN BERGAS

"Nak saiz besar ke kak?Tambah seringgit ajer"tanya pekerja Mc Donald sewaktu saya membeli di drive thru'. Saya menolak tawarannya. Hari ini saya tak dapat masak kerana suami saya bermain tenis dengan rakan-rakan sekerjanya. Biasanya suami saya akan menjaga Aqilah sewaktu saya sibuk memasak di dapur.

Saya memang tidak sukakan minuman bergas sejak kecil lagi. Tidak ada sesiapa yang melarang tetapi saya tidak tahan dengan rasa tidak selesa di bahagian hidung apabila sendawa selepas minum minuman bergas..... Entahlah....Saya juga mengajar anak saya Aiman supaya tidak minum air bergas dan Alhamdulillah Aiman dengar nasihat saya. Aiman panggil air bergas, air pedas....Jika makan di Mc Donald, Pizza Hut atau KFC, biasanya Aiman akan minum MILO. Ketidaksukaan kami itu ada hikmahnya...

Masalah kesihatan berkaitan minuman bergas (jangkamasa panjang)

1. Osteoporosis (tulang reput)
2. Gout
3. Masalah buah pinggang akibat daripada kencing manis (minuman bergas mengandungi gula yang tinggi)
4. Gastritis

5. Lemah otot (jika diambil dalam kuantiti yang banyak 2-9 L/sehari). Ini kerana dengan pengambilan minuman bergas dengan kadar yang banyak akan mengurangkan kandungan potassium di dalam darah. Jika kadar potassium terlampau kurang, ia boleh juga menyebabkan SERANGAN JANTUNG dan KEGAGALAN JANTUNG.


Itu sahaja buat kali ini. Diharapkan boleh dijadikan panduan yang berguna buat semua.

Semoga jumpa lagi.

Insya-Allah

Friday, June 12, 2009

JEREBU!!!

Hari ini saya tidak dapat membawa Aqilah ke taman permainan seperti biasa kerana keadaan berJERUBU yang agak teruk pada hari ini (11/6/09). Menangis Aqilah waktu dalam kereta, tidak puas hati, kerana sudah menjadi kebiasaan baginya untuk berjalan-jalan di taman permainan pada waktu petang. Sebagai langkah penyelesaian, saya membawanya ke JUSCO. Jabatan Alam Sekitar melaporkan tahap kualiti udara di seluruh negara pada 11 Jun 2009 adalah di antara 51-100 iaitu tahap sederhana.

Teringat semasa bekerja di Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur. Ketika musim jerebu yang teruk kalau tidak silap pada tahun 2005, pesakit yang menerima kesan yang paling teruk adalah pesakit ASTHMA. Pada waktu itu, tempat pesakit asthma (lebih kurang 20 tempat duduk) menerima nebulizer sentiasa penuh, dibanjiri pesakit asthma, kadang-kadang tidak cukup tempat...Bilangan pesakit yang datang mengadu sakit tekak dan demam juga bertambah di Jabatan Pesakit Luar.

Alhamdulillah sejak semalam 12 Jun dan hari ini juga hujan turun dengan lebatnya...Maka kualiti udara telah bertambah baik. Maka hujung minggu ini tidak risau untuk berjalan-jalan...

Langkah yang perlu diambil semasa musim JEREBU

1. Elakkan aktiviti di kawasan terbuka seperti taman permainan, kolam renang, padang golf kerana kualiti udara yang tidak sihat ini akan menyebabkan iritasi (sakit) pada tekak dan mata. Kalau ingin juga membawa anak-anak berjalan lebih baik dibawa ke tempat yang tertutup seperti pusat membeli belah.

2. Bagi penunggang motorsikal terutama bagi mereka yang mengidap penyakit asthma, digalakkan memakai topeng muka (mask), lagi baik jika menggunakan mask N95, tetapi harganya lebih mahal, boleh didapati di farmasi

3. Minum air masak dengan banyak bagi mengelakkan sakit tekak

4. Bagi pesakit asthma, jika sudah terdapat simptom seperti sakit tekak dan batuk, sebelum keadaan bertambah teruk, tuan/puan boleh mengunakan inhaler salbutamol/ventolin (warna biru) setiap 4-6 jam.

Wednesday, June 10, 2009

Penyakit genetik

"Anak makcik Esah tu sakit leukimia, selalu pergi Hospital Kuala Lumpur, masuk darah"bagitau mertua saya. Saya merasa hairan, sakit leukimia? Mengapa masuk darah pula?Anemia agaknyer... Tapi bila saya melihat sendiri tuan punya diri yang dikatakan sakit leukimia tu, baru saya tahu beliau sebenarnya mengidap penyakit THALASEMIA!!!

Memang tidak dapat dinafikan, rata-rata penduduk Malaysia tidak tahu berkenaan sakit Thalasemia. Kita sering didedahkan dengan penyakit leukimia melalui filem-filem Melayu di mana adegan pelakon yang mengidap penyakit leukimia akan mengalami keguguran rambut seperti dalam Filem Abang 92. Namun tidak penyakit Thalasemia. Bahkan saya sendiri secara jujurnya mengetahui wujudnya penyakit Thalasemia hanya semasa mengambil bidang perubatan.

Apa yang ingin saya tekankan pada coretan kali ini adalah penyakit ini dapat DICEGAH dan tidak keterlaluan jika saya katakan ianya akan HILANG/PUPUS pada suatu masa nanti jika masyarakat mempunyai kesedaran betapa pentingnya membuat ujikaji darah sebelum BERKAHWIN bagi mengesan adakah mereka atau pasangan mereka pembawa penyakit ini. Jika kedua-dua pasangan pembawa (carrier) penyakit ini, maka dinasihatkan anda TIDAK berkahwin, tetapi jika hanya seorang daripada pasangan adalah pembawa, tidak menjadi masalah untuk meneruskan perkahwinan. Ada orang bertanya, kalau dah cinta macamana?Takkan nak korbankan rasa CINTA pula. Bagi saya jawapannya adalah ya, anda perlu korbankan CINTA demi sebuah masa depan hidup yang lebih berkualiti bagi anak-anak anda.

Mari saya ceritakan serba sedikit mengenai penyakit ini(penceritaan ini tidak akan menggunakan bahasa medical agar ianya mudah difahami oleh orang awam). Penyakit ini adalah satu penyakit genetik. Salah satu kromosom iaitu kromosom 11 telah mengalami mutasi menyebabkan sel-sel darah yang terhasil di dalam badan tidak normal. Apabila sel-sel darah ini tidak normal, maka badan secara automatik akan menghapuskan sel-sel darah ini. Ini menyebabkan badan akan kekurangan sel darah dan pesakit akan kelihatan pucat dan cepat letih. Disamping itu juga, pesakit juga akan mengalami jaundice iaitu kekuningan pada kulit dan mata disebabkan aktiviti penghapusan sel-sel darah merah tadi. Biasanya penyakit ini akan dikesan selepas usia 6 bulan selepas lahir.

Fungsi sel-sel darah merah adalah mengangkut oksigen dalam badan. Oleh sebab itu , pesakit Thalasemia akan cepat merasa letih. Bagi merawat masalah kekurangan sel-sel darah ini, para doktor akan menambah bekalan darah pesakit melalui PEMINDAHAN DARAH. Pemindahan darah ini akan berlangsung SEPANJANG HAYAT kerana sel-sel darah merah yang tidak normal akan terus dihasilkan dan kemudiannya dimusnahkan, berulang-ulang. Ceritanya tidak hanya bernoktah di situ sahaja. Pemindahan darah yang terlampau kerap ini mengundang masalah iaitu pengumpulan zat besi ( iron ) yang banyak di dalam darah. Zat besi ( iron ) ini akan akan termendap di organ-organ seperti jantung dan hati. Ada orang berkata aku bertulang besi dan berurat dawai untuk menunjukkan bahawa mereka tahan lasak namun berjantung besi dan berhati besi adalah tidak bagus kerana ianya akan memendekkan jangka hayat. Bagi mengatasi pengumpulan zat besi yang berlebihan ini, para saintis telah menemukan jalan penyelesaian. Ubat berupa suntikan telah ditemui pada tahun 70-an dan pada tahun 2006, inovasi telah ditemui dengan penghasilan ubat biji(tablet). NAMUN, ubat-ubatan ini samada dalam bentuk suntikan atau biji harus diambil TIAP-TIAP HARI SEPANJANG HAYAT!!!Bayangkan....betapa kesiannya bagi anak-anak sekecil 1-2 tahun terpaksa mengambil suntikan/ubat ini sepanjang hayat mereka. Bagi saya sendiri, untuk memberi anak saya makan ubat demam pun punyalah susah, inikan pula sepanjang hayat. Tetapi ini harus juga dilakukan bagi mengelakkan kemungkinan berlakunya kegagalan jantung atau kegagalan hati akibat mendapan zat besi. Apakah kualiti hidup yang diperolehi oleh kanak-kanak tadi jika setiap hari perlu mengambil ubat, setiap minggu perlu mengambil ujian darah bagi memantau perkembangan penyakit dan setiap beberapa bulan perlu menjalani pemindahan darah.

Oleh itu, fikir-fikirkanlah apa yang terbaik dilakukan oleh anda.


Itu sahaja buat kali ini. Semoga ianya bermanfaat untuk semua.

Semoga jumpa lagi, Insya-Allah.

Tuesday, June 9, 2009

BERBALOIKAH???

"Sudah 10 tahun saya tidak berjumpa dengan anak saya. Dia terlibat dengan dadah dan segala macam jenis jenayah. Saya sibuk bekerja. Hari ini merupakan masa yang paling lama saya luangkan masa untuk dirinya"kata-kata tersebut diucapkan oleh seorang ayah di bilik mayat bagi pengecaman mayat dalam episod CSI yang saya tonton baru-baru ini. Tersentak saya dengan kata-kata tersebut. Terfikir di benak fikiran saya, berbaloikah jika kita bekerja bersungguh-sungguh siang dan malam untuk memenuhi keperluan duniawi sedangkan harta kita yang paling berharga iaitu anak-anak kita terabai dan rosak? Apakah kita boleh menjawab di hadapan Allah di hari pembalasan nanti tentang kelalaian kita? Nauzubillah...semoga dijauhkan keluarga kami dari segala masalah dadah dan segala macam perkara yang merosakkan.

Teringat bait-bait nasyid yang pernah popular semasa saya di sekolah dahulu..

"Anak-anak adalah permata, penenang hati, penyejuk mata, nikmat Allah yang paling bahagia.....anugerah Allah yang mesti dijaga"


Masalah dadah

Di alaf baru ini, pengamal perubatan berdepan dengan cabaran baru berkaitan dengan penggunaan dadah. Dadah yang dimaksudkan adalah Ecstasy atau Syabu atau Ice atau Kristal. Ini kerana dadah ini boleh dihasilkan di dalam RUMAH!!!Tidak perlu di tanam pokok seperti pokok popi bagi penghasilan heroin. Pengedar atau pengguna dadah ini boleh menghasilkan sendiri dadah ini dengan membeli bahan-bahan kimia daripada farmasi. Dengan kecanggihan dunia IT, mereka boleh search di internet cara penghasilan dadah ini...amat menakutkan...

Kesan daripada pengambilan ecstacy ini penggunanya akan menjadi agresif, tidak mempunyai perasaan takut. Biasanya perompak-perompak akan mengambil dadah ini sebelum melakukan rompakan. Sebab itu selalu kita dengar pada masa kini, perompak yang merompak melepaskan tembakan dan membunuh tanpa rasa takut, kerana mereka menjadi agresif kesan daripada ecstasy. Seringkali juga kita dengar di akhbar-akhbar, pencuri atau perompak yang masuk rumah membunuh hatta kanak-kanak yang kecil seperti kes di Ipoh baru-baru ini. Banyak lagi kes-kes pelik yang kedengaran seperti merogol kanak-kanak. Semua ini kemungkinan besar kesan pengambilan ecstasy.

Aakibat penggunaan dadah jenis ini menjadi agresif maka lebih banyak kes-kes kecederaan, bunuh dan rogol akan berlaku. Ini pastinya cabaran yang besar terutama bagi doktor yang bekerja di jabatan kecemasan kerana jumlah pesakit sudah pasti akan bertambah dan kemungkinan para doktor terpaksa naik turun mahkamah bagi menjadi memberikan keterangan kes.

Oleh itu, marilah kita sama-sama menjaga keluarga kita daripada terjebak dalam masalah ini. Luangkan masa yang ada dengan anak-anak. Paling penting, luangkan masa yang berkualiti untuk mereka. Jangan lupa ajarlah pelajaran agama untuk mereka kerana ianya akan menjadi asas dan benteng yang kukuh bagi mereka dari terjebak dalam gejala ini.

Itu saja untuk kali ini.

Semoga jumpa lagi.

Sunday, June 7, 2009

H1N1

1 Jun 2009, saya dikehendaki bertugas di Bilik Gerakan CPRC (Crisis Preparedness Response Centre) di Blok E10, Kementerian Kesihatan Malaysia bermula jam 8 pagi hingga 9.00 malam berikutan wabak H1N1 yang melanda seluruh negara pada masa kini. Dah lama saya tak on-call sejak bekerja di Ibu pejabat KKM. Mmmm...saya tak dapat balik tengahari macam biasa untuk menyusukan Aqilah dan siapkan bubur untuk dia. Hari ni, terpaksalah Aqilah minum susu formula dan makan bubur yang siap dijual untuk Aqilah makan(saya belikan bubur keluaran Heinz perisa yogurt stawberry). Saya bertawakkal kepada Allah sahaja, moga-moga Aqilah ok.

Tugasan saya di Bilik Gerakan adalah mengumpulkan data pesakit yang dinotifikasikan oleh hospital yang bertindak sebagai pusat bagi H1N1 di seluruh negara. Semasa saya bertugas, terdapat 58 negara telah confirm ada kes H1N1 di negara mereka. Antara negara yang saya ingat ialah Thailand, Singapura, Hongkong, Taiwan, China, Australia, UK, USA dan juga negara Malaysia. Australia mencatatkan [eningkatan yang mendadak dalam masa 2-3 hari sebelum saya bertugas.

Daripada jam 8 pagi, hingga 9 malam, 16 kes telah dinotifikasikan. Banyak kes dinotifikasikan kali ini mungkin disebabkan sekarang musim cuti sekolah, banyak orang melancong ke luar negara. Throat swab daripada kes yang disyaki akan diambil dan dihantar ke IMR untuk menjalani ujikaji. Terdapat 5 sekeluarga daripada Australia antara yang disyaki. Mereka ke Pulau Redang dan ke pasar malam di Kuching. Saya berdoa agar keputusan ujikaji mereka negatif kerana jika positif kemungkinan akan melibatkan populasi lebih besar kerana mereka ke pulau dan juga pasar malam.

Habis bertugas pukul 9 malam, saya pulang ke rumah. Sayu hati, bila sampai ke rumah tengok anak-anak sudah tidur. Aqilah tidur di riba ayahnya. Saya bertanya suami, dah makan ke belum. Suami dan Aiman belum makan rupanya, suami tidak sempat membeli makanan kerana bergegas balik mengambil anak jam 6.30 petang. Aiman tidur dalam kelaparan, kesian...Malam itu, saya dan suami hanya makan maggi...Aqilah pula tidak banyak minum susu formula. Malam itu saya juga saya pam susu yang sudah bengkak. Esok, pagi-pagi sudah kena keluar untuk sambung bertugas di bilik Gerakan.

Pagi di bilik Gerakan, alhamdulillah semua kes yang dinotifikasi adalah negatif termasuk 5 sekeluarga daripada Australia.

Apakah Throat Swab

Throat Swab adalah doktor akan mencalit sebahagian sel di bahagian tekak bagi tujuan ujikaji.


Nasihat berkenaan H1N1

1. Pada masa kini, H1N1 telah menjadi wabak, oleh itu dinasihatkan tidak keluar negara jika tidak sihat.

2. Tidak digalakkan melancong ke negara positif H1N1 terutama bagi kanak-kanak kerana imuniti badan mereka masih tidak kuat.

3. Jika terpaksa ke luar negara atas urusan kerja, jika badan tidak sihat seperti selsema, dinasihatkan memakai topeng muka (mask) bila samapai ke negara berkenaan

4. Jika badan tidak sihat semasa berada di negara positif H1N1 dinasihatkan memakai mask semasa dalam kapal terbang.

Friday, June 5, 2009

TIKUS !!!

Sudah pelbagai cara digunakan oleh suamiku untuk menangkap tikus yang masuk ke dalam rumah tapi tidak berhasil. Daripada penggunaan perangkap sangkar, gam dan juga jerat yang dalam cerita tom and jerry pun masih tidak mengena. Sangkar tertutup, umpan dimakan tetapi tikus tetap tidak berjaya ditangkap. Tidak taulah di mana silapnya. Memang sakit hati dibuatnya terutamanya suami saya yang bertindak sebagai pemburu tikus. Bau tikus ini Masya-Allah terlampaulah busuk. Maklumlah tikus tak pernah mandi...hehe...Baju-baju yang aku lipat pun tidak dapat dimasukkan ke dalam almari kerana risau nanti tikus melepas atau kencing atas baju-baju ini. Lagi satu, tikus ini memang suka masuk ke dalam bilik.

Pagi-pagi hari Isnin, seperti biasa pagi-pagi begini banyak perkara yang harus diselesaikan oleh saya. Bila masuk aje kat bilik pakaian, Masya-Allah busuknya bau tikus. Saya meminta suami mengalihkan sangkar dari bawah katil tersebut kerana saya rasa sangkar tersebut punca bau tikus jadi amat kuat. "Alhamdulillah, jerat terkena rupanya"suami saya kegirangan. Pagi itu juga suamiku menyelesaikan masalah tikus ini, tikus ini terpaksa dimatikan dengan cara melemaskannya di dalam air bagi mengelakkan ia masuk lagi ke dalam rumah kami lagi dan mengundang masalah bukan sahaja masalah BUSUK tapi juga masalah kesihatan.


Leptospirosis

Leptospirosis merupakan satu penyakit berpunca daripada air kencing tikus. Pesakit yang dijangkiti penyakit ini akan mempunyai tanda-tanda seperti demam denggi juga iaitu demam tinggi, sakit otot dan sakit kepala. Perbezaan di antara demam denggi dan leptospirosis adalah pesakit akan mengalami jaundice (kekuningan pada mata dan kulit). Komplikasi yang paling teruk yang boleh didapati oleh pesakit adalah jangkitan pada selaput otak (meningitis).

Oleh itu, sebagai ibubapa kita hendaklah memastikan rumah kita selamat daripada tikus supaya keluarga kita selamat daripada penyakit berbahaya ini.

Itu sahaja buat kali ini.

Jumpa lagi.

Insya-Allah

-Ibu Aiman-

Thursday, June 4, 2009

kereta pertama

"Puan, sila tandatangan di sini", saya menurunkan tandatangan di borang penerimaan barang. Hari ini kereta pertama aqilah sampai di pejabat saya...ini kali kedua saya menempah barang melalui online, alhamdulillah segala urusan berjalan lancar dan barang diterima tepat pada masanya tanpa sebarang masalah. Saya tak sabar-sabar lagi untuk pulang membawa kereta baru untuk Aqilah.

"Waaa" tiba-tiba Aqilah menangis...saya lihat tangannya tersepit di kotak kereta barunya. Saya mendukung Aqilah menenangkan dirinya yang sedang menangis. "Eh, kenapa ada darah pula ni?"Saya bergegas pergi membasuh tangan aqilah yang ada kesan darah. Tiada pula kesan luka pada tangan. Kemudian saya terlihat banyak darah keluar di bahagian bibir atas. "Ya Allah, rupanya darah itu daripada frenulum bibir atas yang luka. Saya cuba menekan bahagian yang luka itu dengan kain, tapi makin dicuba, makin kuat aqilah meronta dan menangis...Saya panik kerana melihat banyak darah di dalam mulut aqilah. Setelah gagal mencuba, saya menyusukan Aqilah. Alhamdullillah, dia mahu menyusu walaupun sakit akibat luka. Selepas menyusu, luka itu sudah berhenti berdarah...Alhamdullillah....

Saya menghubungi suami untuk membawa Aqilah ke hospital kerana saya gagal melihat tahap mana kedalaman luka tersebut. Aqilah tetap menolak setiap kali saya ingat melihat bahagian dalam mulutnya dengan lebih lanjut. Apabila suami sampai, Aqilah sudah semakin tenang dan saya dapat melihat dengan jelas keadaan luka tersebut. Alhamdullillah, luka tersebut tidak dalam, jadi ianya tidak perlu dijahit. Kami batalkan hasrat untuk membawa Aqilah ke hospital


Apakah frenulum?

Frenulum bibir adalah urat halus yang menyambungkan bahagian gusi atas dengan bibir atas.
terdapat juga frenulum di bahagian lidah iaitu urat yang berada di bawah lidah.


Apa yang patut dilakukan oleh ibubapa apabila anak-anak mengalami kecederaan di rumah?

1. Jangan panik

Ini sangat penting kerana jika ibubapa panik, keadaan akan jadi bertambah celaru. Tenangkan diri.

2. Jika terdapat bahagian yang luka

Jika terdapat bahagian yang luka, apa yang perlu dilakukan sebelum di bawa ke klinik atau hospital adalah tekan bahagian luka itu, boleh menggunakan mailto:kain@. Tekan bahagian yang luka itu dengan lama (dalam masa 5-10minit) bagi memastikan darah berhenti mengalir dengan banyak dan menerukkan lagi keadaan.

3. Jika anak-anak terjatuh, tetapi tiada luka, apakah yang perlu dilakukan?

i. Hendaklah pasti apakah anggota yang terlibat semasa jatuh. Adakah melibatkan kepala, tangan, kaki atau bahagian perut.

ii. Jika melibatkan bahagian kepala:

(a)Adakah anak pengsan, muntah?
Jika terdapat tanda-tanda seperti ini, hendaklah segera membawa anak ke jabatan kecemasan hospital berdekatan kerana kemungkinan ada pendarahan di dalam kepala berlaku.

(b)Tiada pengsan atau muntah, tetapi ada benjolan
Jika terdapat benjolan pada kepala, tindakan awal yang perlu dilakukan adalah ambil ais, letakkan di dalam kain/tuala, tuam di tempat yang bengkak atau benjol tersebut. Insya-Allah, benjolan tersebut akan berkurangan. Jika anak anda aktif seperti biasa dan tiada muntah dalam masa 24 jam, Insya-Allah tiada kecedaraan dalaman yang berlaku.

iii. Jika kecedaraan melibatkan bahagian perut

Anak mengadu sakit pada bahagian perut dan terdapat kesan lebam.
Anda harus segera membawa anak anda ke jabatan kecemasan hospital kerana kemungkinan berlaku pendarahan di dalam perut. Keadaan ini amat berbahaya. Ini kerana terdapat organ-organ penting seperti hati dan limpa di kawasan perut yang boleh tercedera jika impak trauma adalah kuat.

iv. Jika kecederaan melibatkan anggota badan seperti tangan dan kaki

Cara yang paling cepat untuk mengetahui samada tulang anggota patah atau tidak adalah:
(a) Tengok tempat yang cedera adakah ianya nampak abnormal atau tidak, jika abnormal, cuba elakkan pergerakkan yang banyak kepada bahagian anggota yang tercedera.
(b) Suruh anak anda menggerakkan sendiri anggota badan mereka seperti biasa,jika mereka dapat menggerakkan anggota badan tanpa rasa sakit, maknanya tiada tulang yang patah.


Jika anda ragu-ragu untuk melakukan sendiri assessment seperti yang dicadangkan di atas, bolehlah membawa anak anda berjumpa doktor berhampiran.


Itu sahaja buat kali ini untuk dijadikan panduan.

Semoga jumpa lagi

Insya-Allah

-Ibu Aiman-





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...