Showing posts with label aqilah. Show all posts
Showing posts with label aqilah. Show all posts

Monday, July 4, 2011

Puisi buat Puteriku Aqilah menjelang 3 tahun (6 Julai 2011)

Diam tak diam, puteriku sudah hampir 3 tahun usianya

Makin pandai tingkah lakumu

Makin petah percakapanmu

Ada sahaja yang ingin dibualkan denganku setiap hari

Bersifat penyayang dan pandai mengambil hati

"Sayang Ibu" selalu kau ucapkan

Jika diriku bermasam muka, geram dengan tingkahmu

Kau segera berkata "Senyum la Ibu", membuatkan marahku hilang

Jika diriku memarahi dirimu

Kau akan bertanyakan "Ibu marah?"

Jika jawapanku "Ya", maka tangismu dan sedu sedanmu akan kedengaran

Dengan suara sayu dikau akan berkata "Sorry Ibu, peluk lar Aqilah"

Segera mencairkan hatiku, mematikan marahku

Pandai memuji juga kepandaianmu

"Cantik la baju Ibu hari ini, pandai la Ibu masak"

Telatahmu mencuit hati Ibu

Amat pandai memilih pakaian yang digemari

Hanya ingin memakai pakaian kegemaranmu

Pakaian gaun tidak kau gemari

Baju berlengan panjang dengan karektor power puff girl dan princess paling kau gemari

Warna pink paling digemari

Pakaian tidak berlengan tidak digemari

Pandai cakap baju itu seksi dan tak malu, nampak ketiak...:)

Bertanya Ibu kenapa Ibu pakai stokin

Ibu menjawab, sebab perempuan kena tutup aurat

Aurat perempuan kena tutup kecuali muka dan tapak tangan

Walau pemahaman darimu pada usia ini tidak berapa Ibu harapkan

Namun Ibu tetap memberitahu perkara yang benar

Semoga ia meresap dalam dirimu, sayang

Pabila mendengar jawapan Ibu

Terus dirimu meminta dipakaikan stokin dan tudung

Dirimu berkata “Aqilah juga nak tutup aurat”

Kelakuanmu menyebut aurat di usia ini, kekadang mencuit hati Ibu dan Ayah

Walau dirimu memakainya hanya beberapa jam

Namun, kami doakan semoga apabila besar nanti dirimu akan lebih mudah mengamalkan cara hidup wanita Islam

Masih juga seperti kanak-kanak perempuan yang lain

Dirimu amat suka main masak-masak

Mandi berkali-kali dalam sehari amat disukai, sukakan kebersihan

Amat sensitif dengan bau busuk

Sebagai hadiah hari lahirnya yang ketiga kami belikan patung mainan yang boleh bergerak dan ketawa

Hadiah ini telah kau pinta bebarapa bulan sebelum hari lahirmu...:)

Kadang temper tantrummu menjadi juga

Boleh digigitnya Ibu atau Along Aiman jika tidak berpuas hati

Boleh ditamparnya Ayah jika dirimu sudah mengamuk

Mencabar kesabaran kami bertiga

Ujian Allah agaknya untuk mendidik kami menjadi insan yang lebih bersabar

Dirimu suka melihat awan sewaktu menaiki kereta

“Ibu, cantikkan awan, Ibu?”

“Ibu, siapa jadikan awan”bertanya diriku seperti seorang guru bertanyakan muridnya

“Allah”

“Allah” mengulang jawapanku untuk mengiakannya jawapanku

Sedari dulu ku ulang-ulang pertanyaan itu kepada dirimu

Sekarang gilirannya untuk bertanya kembali pada diriku..seolah menguji kepintaranku..:)

Ibu menyambung “Hebat tak Allah”

“Hebat” pantas jawapan diberikan

Di kala kegelapan malam

Terlihat bulan dan bintang di langit

“Cantikkan Ibu, bulan dan bintang”

“Cantik”

“Siapa jadikan bulan dan bintang”

“Allah” balasmu

Kadang-kadang sewaktu diriku berwuduk sebelum bersolat

Dirimu juga akan sama-sama berwuduk

Sudah pandai berwuduk membasuh muka, lengan, rambut dan kaki

Dan bersolat bersamaku walaupun lebih cepat habisnya, hanya satu rakaat...:)

Takbir, rukuk dan sujud dan duduk tahiyat

Meniru diriku yang mengangkat jari telunjuk sewaktu syahadah sewaktu tahiyat

Sambil mulut terkumat kamit seolah-olah membaca apa yang aku baca

Selang 5 hari sebelum hari lahirmu yang ketiga

Sewaktu kita duduk bersantai di dalam kereta

Dirimu tiba-tiba berkata

“Allah nampakkan Aqilah kat sini”

“Ya, sayang”

“Allah Nampak Ibu juga kan”

“Ya, sayang”

“Allah sayang Aqilah kan”

“Ya, sayang”

“Allah sayang Ibu kan”

“Ya, sayang”

Dirinya tersenyum bila jawapan tersebut diberikan

Seolah-olah puas bila dirimu dan diriku disayangi oleh Allah

Kadang-kadang tidak terfikir olehku, soalan itu dilontarkan oleh dirimu yang baru melangkah ke usia 3 tahun

Ibu bertanya padamu, "Aqilah sayang Allah"

"Sayang"

"Aqilah sayang Ibu"

"Sayang"

"Sayang Ibu, Ayah, Abang"

Tampak ikhlas dirimu memberikan jawapan

Setiap hari Ibu dan Ayah berdoa

Semoga Along dan Aqilah menjadi anak-anak yang soleh dan solehah

Menjadi penyejuk mata kami

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan anak-anak kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa” (surah al-Furqaan ayat 74)

Selamat hari lahir ke-3 sayang...

Semoga Allah memudahkan diriku untuk mendidik dirimu

Untuk menjadi wanita solehah

Hiasan dunia yang paling cantik ..... AMIN...

Wednesday, June 15, 2011

Mana Aqilah?

Kadang-kadang Aqilah suka membelek-belek album lama. Album zaman saya di university, album perkahwinan dan album aiman semasa kecil.

Dan satu pertanyaan yang dia sering tanya : “Ibu, mana Aqilah”

Jikalau saya menjawab begini, “Aqilah belum ada, sayang”

Jawapan itu tidak memuaskan hatinya, dia akan bertanya lagi, “Aqilah kat mana?”(sambil menunjukkan muka yang sedih kerana dia tiada di samping saya di dalam gambar”

Berputar-putar fikiran saya ingin menjawab...Jika menjawab Aqilah masih berada di alam roh, berada di Luh Mahfuz, manalah si kecil ini akan faham. Kalau jawab berada di atas langit, lagilah akan bertambah keliru pula, namun bagi si kecil saya ini, setiap soalannya harus diberi jawapan, dia akan bertanya dan terus bertanya sampai saya berikan jawapan.

Lalu saya menjawab, “Ada ada dalam perut” (bohong sunat)

“Kenapa ada dalam perut, Aqilah tak nak” (sambil tunjuk muka tak puas hati dan merengek kesedihan)

Apa yang patut kita jawab ye kalau anak-anak tanya macam ni?Ada cadangan/pendapat?

Susah betul nak jawab...

Tuesday, June 14, 2011

What a cute conversation!

Dialog ni berlaku petang semalam, 13 Jun 2011 (Lepas sebulan balik umrah)...rindu kami anak beranak yang tak pernah padam...:)

Aiman: Aiman nak pergi lagi Mekah, seronok sebab kat sana Aiman senang nak bangun subuh...

Aqilah : Aqilah nak tengok Kaabah

Ibu : Boleh, nanti 3 tahun kita pergi lagi, tunggu adik besar lagi sikit

Aqilah : Aqilah nak pergi lagi...(masih tak faham, macam boleh pergi esok lagi, sambil buat muka sedih)

Aiman : Boleh nak pergi lagi tapi kena kumpul duit dulu, duit dah habis pergi hari tu...

Aqilah : Aqilah nak tengok Kaabah...

Tuesday, January 25, 2011

Gambar Abang Along dan Adik Aqilah yang lebih kurang sama

Gambar-gambar kenangan Aiman semasa kecil dan gambar terkini Aqilah dengan gaya yang lebih kurang sama, tanpa dirancang, kebetulan ianya sama...:)
Gambar masa umur 2 tahun 6 bulan

Gambar naik basikal, masa ni Along 2 tahun 5 bulan, Aqilah 2 tahun 3 bulan


Muka tersengih Along dan Aqilah. Along umur 2 tahun 10 bulan, Aqilah umur 2 tahun 3 bulan.

sama-sama pegang bear atas sofa tapi di waktu dan tahun yang berlainan.


Masing-masing buat muka cute di usia yang lebih kurang sebaya!!!




Sambutan hari raya masa Aiman 2 tahun (Kat atas, tak dapat balik beraya kat kampung sebab Ibu kerja shif petang kat emergency)
Sambutan hari raya Aqilah 2 tahun kat rumah Tok Wan (gambar bawah).

Monday, January 24, 2011

Cerita anak dara saya yang dah 2 tahun 6 bulan (30 bulan)

1. Aqilah sekarang sudah boleh diajak bersembang. Petah sekali dia bercakap. Ada sikit-sikit pelat tapi boleh faham. Boleh baca alif, ba, ta sampai kho dengan betul yang lepas-lepas tu campur aduk sikit tapi boleh samapi ya. Ikut nasyid alif bat a kumpulan nasyid al-amin. Aqilah jugak peminat cilik Maher Zain, semua lagu Maher Zain dia pandai ajuk, lagu favourite Aqilah lagu Insya-Allah. Kadang-kadang kalau dalam kereta dengar nasyid Maher Zain, dia nak nyanyi sorang-sorang, orang lain nak nyanyi, dia tak bagi...Kalau nyanyi twinkle-twinkle pun dah jelas dan betul. Bila tanya macamana adik ingat lagu twinkle2, Aqilah jawab dengar kat Jusco. Mmm..kadang-kadang kat mana anak kita betul-betul tangkap sesuatu perkara itu tak disangka-sangka oleh kita kan. Lagu yang paling suka saya dengar Aqilah nyanyi ialah lagu Ibu..Ibu..Engkaulah ratu hatiku...sekarang Aqilah dah dapat nyanyi lagu ini dengansebutan yang jelas dan betul sampai akhir....cair hati Ibu bila dengar adik nyanyi lagu ni...:)...

2. Sembahyang main-main bila tengok ibu, ayah dan abang sembahyang. yang paling lucu bila dia nak sembanyang, dia amik kerusi sebab Aqilah tiru nenek sembahyang duduk. Sekali aje dia tengok kat kampung terus je dia ikut. Memang betul kan, budak-budak dalam umur 2 tahun ke atas ni serap je apa yang dia tengok kat sekeliling dia. Jadi kalau boleh ajarlah anak benda baik-nbaik pada waktu sekarang ni. Sekarang ni, Ibu dah beli sejadah kecil khas untuk Aqilah sembahyang...:)

3. Kalau Aqilah tahu ibu marah kat dia, dia akan cakap “Sorry Ibu, sorry” campur dengan sedu-sedan, so cute to hear that...

4. Aqilah memang pandai bermulut manis kata orang, kalau tengok ibu pakai baju baru ke, dia pandai puji “Cantiknyerrr, Ibu”. Pandai ambil hati orang dah si kecil ni. Baru-baru ini, pengasuh Aqilah baru renovated rumah, jadi bila dah siap, dia puji lar “wah cantiknyer lantai rumah Aunty Gee...”bila dengar tu buat orang happy jer..:)

5. Kalau ibu, ayah tolong adik apa-apa yang dia minta tolong, Aqilah pandai cakap “Terima kasih Ibu”...for me, it sooo sweet.

6. Sekarang dah pandai suka tengok kartun Mickey, Shaun the Sheep, Dibo, Barney dan yang pastinya minat dari dulu lagi kartun Upin dan Ipin (Aqilah sebut Ipin dan kawan-kawan)

7. Movie yang tak jemu-jemu tengok ulang-ulang Shrek 4. Aqilah panggil movie ni cerita kat demuk (Puss the Boot kan gemuk dalam cerita ni..)

8. Dah pandai kayuh tricycle dalam 1 bulan lepas.

9. Paling suka makan muffin coklat. Muffin banana suka sikit-sikit. Muffin blueberry tak suka...

10. Tak suka makan nasi putih. Lebih suka makan ratah lauk jer...sotong, udang, kokok (ayam) dan ikan.

11. Dah tak berapa suka makan sayur, tapi satu sayur je yang masih Aqilah suka, sayur timun.

12. Masih sangat suka makan buah-buahan, semua jenis buah suka:anggur, epal, oren, pisang, mangga, strawberry, semua Aqilah tak tolak.

13. Tapi ada satu benda yang Ibu tak suka, aqialh suka jugak makan, makanan ringan...aduhai...takat ni makan twisties ngan mamee je Ibu benarkan, tu pun kalau terlepas.

14. Binatang kesukaan kucing atau Aqilah panggil meow.

15. Binatang yang Aqilah takut ialah cicak.

16. Masih breastfeeding on demand. Saya akan teruskan penyusuan ini selagi Aqilah mahu mungkin macam Aiman ke sampai 4 tahun. Tapi sejak Aqilah 2 tahun saya dah tak buat EBM. Jadi sekarang kat rumah pengasuh Aqilah minum Enfagrow A+. Kat rumah jugak kadang-kadang dia nak minum susu segar tapi kat rumah taknak minum susu formula, susu segar boleh.
17. Antara minat Aqilah ialah main masak-masak. Daya imaginasinya amat tinggi bila main masak-masak. Dia akan tanya ibu nak makan/minum apa. "Ibu nak ais ke?", "Ibu nak makan apa", "Aqilah tengah masak kek biru"...

18. Warna yang Aqilah tahu ialah warna biru. Kalau tengok warna merah pun cakap warna biru...hehe...kalau tanya nak baju warna apa, Aqilah jawab warna biru walaupun yang dimaksudkan adalah baju warna pink....:)....

19. Antara bahasa Aqilah yang lain dari yang lain dan ibu akan faham:

Ayam = Kokok

Gemuk = Demuk

Filem Shrek 4 = cerita shek demuk

Filem Toy Story 3 = You Got Me (lagu toy story 2)

Filem Monster Inc = Cerita Kakak Boo (sebab watak budak perempuan dalam filem ni ialah Boo)
Kat bawah ni antara gambar-gambar Aqilah yang agak terkini


Saya suka main lukis-lukis dan tulis-tulis.
Seronok tau main lukis-lukis ni...


Tahun depan saya nak pergi sekolah


Cantik tak lukisan saya?



Inilah tricycle saya. Ibu dan ayah hadiahkan masa birthday saya dua tahun.


Mula-mula saya tak pandai bawak tricycle ni, asyik abang saya ajer yang bawak atau saya kayuh tolak dengan kaki je.


Sekarang, saya dah pandai bawak tricycle ni. Perasan tak saya pakai sarung tangan?Sarung tangan ni, Ibu saya punya tapi saya nak pakai juga, baru lengkap aurat saya ditutup, betul tak?

Cantik tak gigi saya? Saya gosok gigi saya tiap-tiap hari, sebab tu gigi saya putih...:)...Sekarang ni, saya nak gosok gigi sendiri, kalau Ibu nak tolong gosokkan saya menangis taknak bagi, saya dah besar, saya nak gosok gigi sendiri...


Cantik tak gambar saya bertudung sambil posing ayu ni...:). Tudung ini saya minta Ibu saya belikan sebab saya nak bertudung macam Ibu saya.

Lagi gambar comel saya bertudung....

Saya suka makan buah-buahan. Sebab tu kulit saya licin dan rambut saya sihat. Bakul buah ni, syarikat ayah saya hadiahkan pada Ibu saya masa Ibu masuk wad untuk bedah aritu, Bunga kat dalam bakul tu pun cantik kan...Terima kasih, Monster (syarikat Ayah)

Ini telefon mainan saya. Dulu telefon mainan ini Abang Along saya punya masa dia kecik, sekarang telefon ini diperturunkan kepada saya. Saya suka main-main berlakon dengan telefon, telefon nenek, atuk, tok wan, tokki, ibu, ayah dan aunty Gee...Saya pun pernah telefon Shrek tau....


Ini lukusin tampal-tampal kertas, saya buat dengan ibu, jadi kek besday, cantik tak?


Saya suka main teddy bear. saya bagi teddy minum susu, makan dan tidurkan dia. Ibu jangan bising ye, bear tido...sshhh...

Saya bagi teddy bear makan.

Bila bear tidur, saya pun nak tidur jugak lah...

Walaupun saya perempuan, jangan sangka saya lembik, tengok saya pandai memanjat...Yeaaa....

Ibu, ayah, tengok ni, pandai tak saya panjat sofa ni....

Dah letih berdiri, saya baring pulak lar....

Ini gambar saya dengan Abang Along saya


Ini gambar saya dengan abang Along dan sepupu-sepupu saya kat rumah Tok Wan

Friday, January 7, 2011

Chef kecik buat roti coklat chips!

Roti ibu sebelum masak, tabur ngan coklat chips dan keju
Hasil lepas masak, alamak Aqilah kutip coklat chips dulu...

Roti pintal laks....


Lepas bakar....



Macam ni ye, tuan-puan cara nak buat roti...

Lepas tu letak atas pinggan....

Aqilah pun nak tolong Ibu, boleh?

Kusyuknya Aqilah buat roti....

Ni hasil roti yang dibuat oleh 2 orang pembantu ibu....

Hasil roti Aiman dan Aqilah lepas masak, lembut!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...