Tuesday, August 24, 2010

Panduan asas: Pendarahan semasa bulan awal mengandung


Saya ingin memberikan panduan kepada pembaca mengikut ilmu perubatan apa yang harus anda buat jika terdapat pendarahan semasa mengandung, apa yang mungkin menyebabkannya, apa yang akan doktor akan lakukan kepada anda. Semoga panduan asas ini akan dapat membantu anda dan memahami apa yang terjadi kepada diri anda….


Apa yang harus saya lakukan jika saya dapati saya mengalami pendarahan semasa bulan awal (kebiasaannya 12 minggu) mengandung?

Perkara pertama yang harus anda lakukan adalah anda harus segera berjumpa dengan doktor. Jika anda telah mempunyai buku rawatan semasa mengandung (jika di klinik/hospital kerajaan di Malaysia, buku ini berwarna merah jambu) jangan lupa bawa buku ini sewaktu berjumpa doktor.


Apakah yang akan doktor lakukan kepada saya

1. Perkara pertama doktor akan bertanya mengenai maklumat kandungan anda iaitu:

i.Tarikh akhir period anda (hari pertama datang kotor) dan samada anda pasti tarikh
tersebut ataupun tidak

ii. Berapa banyak darah yang telah keluar

iii. Adakah anda mempunyai sakit perut ataupun tidak

iv. Adakah anda mempunyai demam

2. Doktor kemudiannya akan memeriksa perut anda untuk melihat tanda kesakitan atau tidak.

3. Doktor akan melakukan ultrasound untuk melihat IUGS (Intrauterine Gestational Sac) atau kata lain bayi yang berada didalam kantung di dalam perut anda samada ianya berada didalam uterus ataupun diluar uterus. Ini kerana bagi mereka yang mengandung di luar rahim juga, mereka kadang-kadang boleh mendapat pendarahan semasa mengandung di samping rasa sakit perut yang amat teruk. Jika terdapat IUGS dikesan di dalam rahim, maka doktor akan mengukur saiz IUGS tersebut untuk melihat adakah ianya bertepatan dengan tarikh atau tidak. Di samping mengukur, bentuk kantung juga dilihat samada masih normal atau tidak. Di samping itu juga doktor akan mengesan kehadiran jantung bayi semasa ultrasound dilakukan.
Apakah yang akan doktor lakukan jika tidak dapat mengesan kehadiran jantung bayi?
Jika kandungan anda masih awal iaitu dalam lingkungan 5-6 minggu kemungkinan jantung bayi tidak akan dapat dikesan dengan ultrasound melalui perut. Maka doktor akan melakukan ultrasound melalui vagina anda. Anda jangan merasa takut kerana imbasan ini tidak akan menyakitkan anda. Ultrasound tersebut bersaiz kecil (bukan sebesar ultrasound pada perut) dan ianya hanya diletakkan di muka pintu vagina sahaja. Tetapi rasa sedikit selesa mungkin ada.

Macamana saya akan tahu samada saya gugur atau tidak?

Keguguran bayi mengikut ilmu perubatan dibahagikan kepada 3 iaitu:

1. Threaten abortion
Bermakna ibu mengalami pendarahan vagina namun bayi masih sihat. Saiz dan bentuk kantung masih normal dan jantung bayi akan dapat dikesan.

2. Complete abortion
Bayi beserta kantung telah keluar bersama dengan lengkap semasa pendarahan berlaku. Bentuknya adalah seperti kandungan perut ikan di dalam kantung. Oleh itu, amatlah penting bagi anda membawa sesuatu yang keluar dari vagina anda sewaktu pendarahan berlaku untuk ditunjukkan kepada doctor kerana mungkin ianya janin anda yang telah keluar. Kebiasaan bagi complete abortion pesakit akan mengalami sakit perut sebelum janin keluar dan sakit perut terus hilang selepas janin keluar.

3. Incomplete abortion
Janin telah keluar tetapi tidak lengkap. Bagi kes seperti ini, pesakit akan merasa sakit perut sebelum dan juga selepas janin keluar.

4. Missed abortion
Semasa doktor melakukan imbasan, doktor akan dapati kantung bayi telah kosong (hanya tinggal kantung) atau jantung bayi tidak dapat dikesan.



Bagaimana doktor akan merawat saya?


Threaten abortion
Doktor akan membekalkan anda ubat Duphaston bagi menguatkan rahim anda dan akan memberikan anda cuti sakit untuk berehat di rumah selama beberapa hari.


Complete abortion
Selepas memeriksa janin yang anda bawa, doktor akan menjalankan pemeriksaan pada bahagian vagina anda bagi memeriksa samada pintu rahim sudah tertutup ataupun tidak dan melihat samada masih terdapat pendarahan yang banyak daripada pintu rahim dan terdapat sisa janin atau darah beku di pintu rahim. Jika tiada, doktor akan melakukan ultrasound untuk memastikan tiada sisa IUGS tertinggal di dalam rahim. Setelah pasti, anda boleh pulang ke rumah dan akan diberikan cuti rehat selama seminggu. Di samping itu, doktor akan membekalkan ubat antibiotik dan ubat ponstan kepada anda. Ubat antibiotic bagi mengelakkan adanya jangkitan di dalam rahim. Manakala ubat ponstan pula untuk mempercepatkan rahim untuk mengecut. Ubat antibiotik harus dihabiskan dan ubat ponstan hendaklah dimakan selama seminggu mengikut aturan.


Incomplete abortion
Sepertimana kes complete abortion, doctor akan memeriksa janin yang anda bawa, memeriksa pintu rahim dan melakukan ultrasound. Bagi kes incomplete abortion, pintu rahim masih akan terbuka dan kemungkinan terdapat sisa janin dan darah beku di pintu rahim. Ultrasound juga akan mendapati masih terdapat sisa IUGS di dalam rahim anda. Bagi kes seperti ini doktor akan melakukan D&C untuk mencuci sisa janin yang tertinggal. Sama seperti complete abortion, anda akan dibekalkan ubat antibiotic dan ubat ponstan semasa pulang ke rumah.


Missed abortion
Bagi kes seperti ini, pintu rahim adalah masih tertutup. Kebiasaannya doktor akan memberi masa untuk janin untuk keluar sendiri. Namun begitu, selepas tempoh beberapa lama, janin masih tidak juga keluar, para doctor akan melakukan samada D&C atau memasukkan ubat ke dalam vagina anda untuk merangsang pintu rahim untuk terbuka. Sama seperti complete dan incomplete abortion, anda akan dibekalkan ubat antibiotic dan ubat ponstan apabila keluar daripada wad.

Semoga info ini berguna untuk dijadikan panduan dan memahami apa yang berlaku kepada diri anda.

Wallahua’lam.

7 comments:

Anonymous said...

salam...info anda sangat berguna kpd saya sbb saya pernah mengalami masalah ini..saya ada soalan..saya dah 2 kali keguguran..bulan 10 2009 (6 minggu) dan yg baru ni bulan 7 2010 (9 minggu)..kedua2nya complete abortion..masalahnya saya xdiberi apa2 rawatan walaupun bekalan ubat..jadi sy xmakan apa2 ubat lepas gugur tu..akan ada effect x? perlu ke sy mengambilnya sekarang? sebenarnya sy xtahu apa yg berlaku pada kandungan sy..maksudnya sy xtahu kenapa sy gugur..sy pernah dgr penolakan rahim kerana masalah tumbesaran janin..itu ke yg berlaku pd sy? perlu ke sy ambil apa2 ubat sekarang? harap anda dapat membantu. terima kasih ^_^ -Lily

ibuaiman said...

salam Lily,
Untuk pengetahuan Lily ubat antibiotik diberikan oleh doktor kerana dibimbangi akan ada jangkitan di dalam rahim akan berlaku selepas gugur dan ubat ponstan untuk mengecutkan rahim. namun, bg masalah Lily, alhamdulillah tiada apa yang berlaku walaupun tanpa ubat diberikan. Puan Lily tidak perlu mengambil ubat tersebut pada masa sekarang.
bagi masalah kerap gugur, Lily boleh bc artikel saya di bawah, sebenarnya bidang perubatan juga tidak mengetahui sebenarnya punca seseirg wanita kerap gugur...Waalahua'alam (bc info di bawah)...harap dpt bantu...:)

Anonymous said...

terima kasih...erm...dalam istilah perubatan ada x istilah rahim jatuh? sebab saya mmg suka baca artikel kesihatan..apa yg sy jumpa ada yg kata istilah tu x wujud..confius..maaf la coz sy mmg suka bertanya..minat nak tahu isu2 berkenaan badan manusia ni..nak jadi doktor, blajar xpandai..hehehe..harap ibuaiman xjemu menjawab..

ibuaiman said...

Di dalam istilah perubatan rahim jatuh dikenali sebagai uterus prolapse. Ianya biasa terjadi kepada wanita yang telah berusia dengan sejarah selalu mengangkat benda-benda berat atau bersalin yang kerap(maknanya mempunyai anak ramai). Ini kerana perkara-perkara ini akan melemahkan otot2 yang memegang rahim kita. Tanda-tanda berlaku uterus prolapse ialah seseorang itu akan terkencing dengan tidak sengaja apabila ketawa dengan kuat, bersin ataupun batuk. Pada peringkat serius, rahim tersebut boleh keluar daripada saluran vagina. Bagi menguatkan otot-rahim yang memegang rahim, orang perempuan digalakkan membuat senaman "Pelvic Floor Exercise" iaitu mengemutkan bahagian bawah iaitu seperti menahan kencing, tahan selama beberapa minit dan dibuat dalam beberapa kali.
Harap dapat membantu Puan Lily.

azue said...

Dr, sya mengalami pendarahan pada usia kandungan 9 minggu. dan dr dianogsis as treatened abortion. kemudian dr memberikan ubat antibiotik erythromycin es dan bukannya ubat kuat rahim. saya nk tanya kenapa? dan juga adakah ia selamat untuk anak saya yang masih menyusu badan. terima kasih.

ellyza said...

salam..sy tidak sedar sy hamil sehingga berlaku pendarahn.keluar spt darah beku yg besar ttpi tidak myakitkn. ketulan darah bwarna hitam pekat. keluar sbyk 3kali pd mlm yg sama pd waktu yg berlainan. jam 11.30mlm,3pg &5pg. nxt day sy pergi ke hosp..upt +ve. bila scan ultrasound nmpk kantung shj.expected 6weeks. coz unsured of date. doc kata chances 50-50. doc bekalkn dupaston.soalan sy.. knpa slps 10hri kejadian upt sy masih +ve. sy mula mgalami loya2. adakah sy masih hamil..atau hormon kehamilan msih didlm bdn yg mybbkn upt still +ve dan mgalami simpton spt mgandung. hrp dpt bntu sy. nxt appoinment sy on 19th.

ILANI said...

assalamualaikum.

salam perkenalan. menarik info ni.

saya juga nak share sedikit tips jika berlaku pendarahan semasa hamil.
Saya pernah jadi masa shopping barang2 adik nak masuk university. Memang panic.
Tapi saya cepat2 masuk dalam kereta dan berbaring sahaja. Alhamdulillah kandungan selamat.
Masa tu awal lagi.. trimester pertama. Memang potensi keguguran tu ada.

salam perkenalan.
ilani
Blog : www.cancanmali.blogspot.com
Facebook: https://www.facebook.com/norilani
FB Page : https://www.facebook.com/weallsihat


jemput la jalan2 ke blog saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...