Tuesday, November 23, 2010

Panduan asas pengambilan ubat semasa mengandung




Pengambilan ubat semasa mengandung terutama semasa 3 bulan pertama seharusnya dielakkan oleh ibu-ibu mengandung kerana sewaktu 3 bulan pertama janin dalam proses membesar dan menghasilkan organ-organ penting di dalam badan mereka. Namun masih terdapat ubat yang selamat diambil oleh ibu-ibu walaupun semasa 3 bulan pertama mengandung. Bagi merungkai persoalan ibu-ibu mengandung, di sini terdapat panduan apakah ubat yang boleh dan tidak boleh diambil semasa mengandung bagi sakit-sakit yang biasa dialami.

1. Jika demam atau sakit-sakit badan:

Ubat yang selamat dimakan adalah paracetamol (PCM)

Elakkan mengambil ponstan dan ubat tahan sakit yang lain seperti voltaren

Jika demam perpanjangan melebihi 3 hari segera berjumpa dengan doktor berdekatan untuk pemeriksaan lebih lanjut.

2. Jika selsema:

Elakkan mengambil semua jenis ubat selsema seperti actifed, piriton

Apa yang boleh dilakukan oleh ibu-ibu mengandung adalah mengambil vitamin C dan makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran dan banyakkan minum air suam.

3. Jika batuk

Elakkan minum semua jenis ubat batuk

4. Jika cirit-birit

Elakkan mengambil ubat cirit birit (lomotil) dan ubat sakit perut yang memulas akibat cirit birit (buscopan)

Ibu-ibu boleh mengambil ubat garam (ORS-oral rehydration salt) untuk menggantikan garam galian yang hilang daripada badan dan pastikan banyak minum air suam.

Antibiotik selamat?

Terdapat antibiotik yang selamat digunakan semasa mengandung. Di sini saya senaraikan antibiotik yang biasa diberikan oleh doktor-doktor di Malaysia untuk jangkitan yang pelbagai dan ianya selamat digunakan semasa mengandung

-amoxycillin
-erythromycin
-augmentin
-cephalexin

Semoga panduan asas ini membantu anda menentukan ubat yang selamat semasa mengandung. Paling penting jaga kesihatan anda semasa mengandung. Elakkan mengunjungi tempat-tempat kunjungan orang ramai bagi mengelakkan terkena jangkitan terutamanya selsema dan batuk (jangkitan salur pernafasan atas-upper respiratory tract infection) kerana semasa mengandung imuniti ibu-ibu sedikit lemah dengan kehadiran bayi di dalam kandungan. Bagi mengelakkan jangkitan kuman pada salur kencing pula, elakkan menahan diri daripada buang air kecil dan minum banyak air. Semoga anda dan bayi anda sihat dalam proses mengandung, jangan lupa banyak berdoa dan berserah diri kepada Yang Maha Esa, Insya-Allah dimudahkan.

Semoga jumpa lagi.

11 comments:

Confession of a Coffeeholic Mama-Miya said...

I'm not sure on how is the practice in Msia, but kat Australia ni my GP dok pesan b4 amik any ubat tanye betul2 kat pharmacist tu if ubat tu is in "category A" which is safe for pregnancy. never pandai2 amik ubat tanpa consult pharmacist katanya.

ibuaiman said...

Mamamiya, kat Malaysia, belum ada practice jumpa GP dan amik ubat ngan farmasi. Semua ubat GP yang bagi klu jumpa GP. Dan kalau pergi farmasi boleh beli macam itu sahaja. Lagi satu, belum ada kesedaran yang luas di kalangan rakyat Malaysia untuk ambil tahu semua nama ubat yang mereka ambil, yang mereka tahu ubat demam, ubat batuk, ubat sakit perut tapi nama spesifik tak tahu. Memang agak sukar kalau patient datang jumpa doktor dan mereka tak tahu nama spesifik ubat yang mereka ambil. Budaya mengambil tahu ini bagus diterapkan untuk kita semua generasi baru dan didik anak-anak kita nanti untuk generasi akan datang.

Ida_Iara said...

salam..tumpang tanya,klu time pregnant terkena vaginal discharge yg agak teruk,biasanya doc akan bg ubat yg mcmne yer?

ibuaiman said...

Ida, sblm ida mengambil sebarang ubat dinasihatkan berjumpa dr untuk mengambil spesimen iaitu high vaginal swab. Apabila sudah confirm jangkitan fungus, dr alan memberi rawatan clotrimazole cream dan clotrimazole pessary. Jika jangkitan kuman,dr akan memberikan antibiotics.

Acai Nailufar said...

Salam..saya hamil 5 minggu dan mengalami cirit birit.Doktor bagi saya ubat ORS, Dhamotil, charcoal..untuk 2 hari.Adakah ini membahayakan kandungan saya?

ibuaiman said...

Salam Acai,

Kemungkinan nama asal Dhamotil itu adalah Lomotil. Dhamotil adalah nama jenama. Jadi, saya menasihatkan saudari agar tidak mengambil Lomotil. ORS dan Charcoal boleh diteruskan kerana ianya tidak merbahayakan kandungan. Banyakkan meminum air masak untuk mengelakkan dehidrasi.Jika cirit-birit bertambah teruk dari hari ke hari, anda harus ke hospital (bukan ke klinik biasa) untuk melakukan ujikaji najis jika terdapat kuman yang berbahaya yang menyebabkan cirit birit dan memerlukan antibiotik. Jangan lupa juga sentiasa berdoa kepada Allah untuk menyembuhkan cirit-birit nada.

Semoga dapat membantu...:)

Anonymous said...

nk tanye mmg xboleh ke makan ubat batuk ketika di awal kandungan..?klu batuk tu memang teruk mcmane..?lagi satu klu batuk ad x kompilikasi terhadap kandungan..mcm gugur ke..?

ibuaiman said...

Assalamualaikum,

Salam,
Mengikut perubatan mmg di awal mengandung dielakkan mengambil ubat-ubatan kerana dibimbangi akan menjejaskan janin dalam kandungan. Jika terlampau teruk, dinasihatkan berjumpa doktor/doktor pakar kerana mungkin masalah kesihatan lain.

Batuk tidak akan menyebabkan keguguran.

Diharapkan jawapan dapat membantu puan...

Wallahua'lam

Anonymous said...

salam...
Saya merupakan seorang ibu yang mengandung 7 bulan. Baru-baru ini saya telah mengalami demam, batuk yg teruk dan selsema. Saya ada berjumpa dengan doktor dan doktor telah memberikan ubat. Bekalan ubat yang diberikan oleh doktor hampir kehabisan ttp penyakit yg saya alami blum sembuh. Jadi saya ada menggunakan alternatif lain untuk menghilangkan demam, batuk n selsema dengan meminum air cap badak yg bertujuan untuk menyejukkan badan. Adakah selamat air itu diminum oleh ibu yg hamil?

sue_suriani said...

Slm...sy skrg hamil 13 mggu..sy kerap demam mlm..jika xthn sgt br sy mkn panadol..adakah x mmudaratkan kandungan..mcm mana kita nk knl jenis ubat A ke C ke X..

ibuaiman said...

Salam Sue,

Saya nasihatkan Sue menjalankan pemeriksaan susulan kenapa Sue kerap demam malam, adakah disebabkan jangkitan bakteria, viral atau ada sebab-sebab yang lain. Jenis ubat A adalah ubat yang mahal harganya dan biasanya di hospital kerajaan hanya pakar yang dapat memberikan ubat jenis ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...