Thursday, March 24, 2011

Info Mengenai Mengandung Luar Rahim (Ectopic Pregnancy)



Saya diminta menulis info mengenai ectopic pregnancy atau mengandung luar rahim oleh Zi. Insya-Allah saya akan memberikan sedikit maklumat yang penting mengenai mengandung luar rahim kepada anda semua. Semoga anda mendapat manfaat. Pengalaman bertugas di Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur banyak mengajar saya untuk cepat dan tepat membuat diagnosis kejadian mengandung luar rahim ini. Ini merupakan diagnosis pertama yang harus ada dalam senarai seorang doktor jika seorang wanita muda dan dalam usia subur datang mengadu sakit perut. Satu peristiwa yang tidak pernah saya lupa walaupun ia telah berlalu hampir 6 tahun yang lalu iaitu pesakit saya yang pekak dan bisu (si suami pun juga pekak dan bisu) mengadu sakit perut dan muntah. Saya memang tidak belajar bahasa isyarat. Apabila bertanya di manakah tempat sakit, dia menunjukkan di bahagian ulu hati. Jadi, pada awalnya saya menyangka sakit perutnya disebabkan gastrik, setelah diberikan injection ranitide, sakitnya tetap tidak berkurangan, rupa-rupanya sakit perut si isteri disebabkan mengandung luar rahim. Alhamdulillah Allah membantu saya dan beliau. Si isteri dapat diselamatkan melalui pembedahan kecemasan.

Apakah dia mengandung luar rahim?

Sebagaimana namanya mengandung luar rahim, bermakna embrio yang sepatutnya menempel di dinding rahim tidak berada di dalam rahim tetapi berada di tempat lain iaitu tiub fallopian (tiub rahim) paling banyak kes atau ovari (kilang telur) atau boleh juga berada di dalam perut (amat jarang). Keadaan ini berlaku kerana kegagalan embrio untuk bergerak melalui tiub ke dinding uterus. Ini boleh berlaku akibat tiub yang tersumbat disebabkan banyak perkara antaranya jangkitan kuman pada tiub, kehadiran parut (scar) pada tiub disebabkan pembedahan yang lepas. Kehadiran IUCD pada rahim juga boleh menghalang penempelan embrio pada dinding rahim. Merokok juga dikatakan punca mengandung luar rahim. Bagi wanita yang telah mengikat salur fallopion mereka juga, mengandung luar rahim juga boleh berlaku.

Apakah mengandung luar rahim ini biasa berlaku kepada mana-mana wanita?

Untuk pengetahuan anda, bagi kalangan wanita muda dalam usia yang subur (reproductive age), mengandung luar rahim merupakan diagnosis pertama yang harus ada di dalam fikiran semua doktor apabila seorang wanita muda datang mengadu mengalami sakit perut yang teramat sangat. Ini kerana jika mereka salah membuat diagnosis, keadaan ini boleh mengundang kematian. Oleh itu, anda jangan berasa marah kepada doktor jika anda mengalami sakit perut tetapi anda belum berkahwin, doktor tetap bertanyakan bila tarikh akhir haid anda dan adakah anda pernah melakukan hubungan dengan mana-mana lelaki. Semasa bertugas di Jabatan Kecemasan dahulu, ada kes dimana mereka menipu mengenai tarikh akhir haid dan menafikan hubungan dengan lelaki (samada mereka masih bujang atau ibu tunggal), namun disebabkan rasa prihatin doktor yang mahu menyelamatkan nyawa pesakit, pemeriksaan air kencing akan dilakukan dahulu untuk mengesahkan pesakit mengandung dan jika ianya positif , maka doktor selanjutnya akan menjalankan pemeriksaan ultrasound dan mendapati ianya kandungan luar rahim. Pesakit tidak menyedari sebenarnya jika mereka berbohong, mereka membahayakan diri mereka sendiri.
Tanda-tanda awal mengandung luar rahim

1. Anda tidak datang haid sebagaimana biasa (miss period) atau anda memang telah menyedari anda telah mengandung melalui ujian air kencing yang dilakukan.

2. Pada peringkat awal, anda mungkin akan mengalami tanda-tanda seperti wanita mengandung lain seperti loya dan mual.

3. Ada akan berasa sakit perut samada di sebelah kanan atau kiri. Kebiasaannya bagi orang lelaki, jika sakit perut pada bahagian kanan bawah (right iliac fossa), diagnosis utama adalah appendicitis tapi bagi perempuan muda dan dalam usia subur, diagnosis pertama adalah mengandung luar rahim. Pada mulanya sakit perut tersebut mungkin tidak berapa teruk tetapi apabila tiub fallopian pecah, maka akan akan mengalami sakit perut yang teramat sangat dan sakit perut ini akan merebak ke seluruh perut. Kebiasaannya tanda-tanda ini akan berlaku pada minggu ke-5 atau ke-6 mengandung kerana embrio sudah tidak dapat membesar di dalam tiub dan ia akan pecah.

4. Anda mungkin akan mengalami pendarahan yang sedikit melalui vagina sebab embrio telah tidak dapat membesar.


PERINGATAN: Anda harus SEGERA ke hospital apabila terdapat tanda-tanda berikut ada iaitu SAKIT PERUT DI BAHAGIAN KIRI ATAU KANAN PERUT DAN ANDA SEDANG MENGANDUNG MINGGU KE-4 ATAU KE-5 / HAID ANDA LAMBAT SELAMA 1-2 MINGGU.

Apakah rawatan untuk kes mengandung luar rahim

Kebiasaannya doktor akan melakukan pembedahan semada secara laparoscopic (guna alat robotic dan hanya tebukan kecil diperut, untuk kes yang belum pecah) atau laparotomy (pembedahan perut secara classic, untuk kes yang telah terpecah) untuk membuang kandungan luar rahim ini bagi menyelamatkan hanya ibu.

Apakah yang boleh menyebabkan kematian ibu

Bagi kes mengandung luar rahim yang tidak dikesan pada peringkat awal, ibu boleh meninggal disebabkan pendarahan dalaman.

Berita gembira untuk semua

Alhamdulillah dengan teknologi pada zaman kini, terdapat ultrasound yang dapat digunakan untuk mengenalpasti kejadian mengandung luar rahim. Kebanyakan hospital kerajaan yang berpakar dan mempunyai pakar perubatan kecemasan mempunyai alat ini di jabatan kecemasan masing-masing. Dengan kecanggihan teknologi masa kini, kejadian ibu mengandung meninggal disebabkan kes mengandung luar rahim telah dapat dikurangkan.

Semoga info di atas bermanafaat untuk anda semua...:)

Wallahua’lam

12 comments:

Anonymous said...

bermakna kandungan berkenaan memang tidak dapat diselamatkan ke?

ibuaiman said...

Salam Ano...

Memang jika kandungan di luar rahim, kandungan tersebut tidak dapat diselamatkan....Menyelamatkan nyawa ibu adalah lebih diperlukan...

Anonymous said...

salam
saya ingin bertanya,saya telah lambat datang haid sepatutnya 12hb.dalam masa seminggu ini saya mangalami tanda2 seperti nak datang haid,sakit pinggang,breast sakit,tapi bila saya membuat ujian kehamilan ,sah saya hamil..tapi mengapa saya sakit pinggang,n rasa tak selesa di bawah perot.adakah saya hamil luar rahim..

ibuaiman said...

Salam ano....
Jika sakit perut anda bertambah teruk, saya nasihatkan anda pergi berjumpa dengan doctor untuk pemeriksaan lebih lanjut.

Anonymous said...

Salam....nama saya white....
saya salah seorg insan yg terpilih utk menerima ujian yg begitu hebat dr Allah SWT....tiub sebelah kanan saya xdpt nk d selamat kn sbb dah pecah & berair....hanya 1 hari saja sy dpt merasai kegembiraan +ve pregnant...tp keesokannya saya mendapat berita sedih yg tiub n embrio saya terpaksa d buang sbb dah berlaku pendarahan dalaman n air pun dah penuh.....sekarang saya masih lg berpantang...saya berpantang mcm org bersalin normal@operation iaitu selama 44 hari..... disini saya ingin tanya pd puan...selepas saya abis pantang bole ker klu saya nak mkn supplement seperti NUTRILITE Nutri Fibre, NUTRILITE Concentrated Fruits & Vegetables,
NUTRILITE Natural B Complex, NUTRILITE Calcium Magnesium, NUTRILITE Lecithin-E, NUTRILITE Bio C Plus, NUTRILITE Garlic & Licorice.....dan pertambahan minuman iaitu cocoa collagen....saya takut klu ada apa2 effect sbb saya cuma tinggal satu tiub saja utk pregnant...bole puan bg nasihat atau cadangan???...sbb ni pertama kali blaku dlm keluarga saya n husband.....saya dah kahwin selama 1thn 8bln...terima kasih atas bantuan puan

ibuaiman said...

Salam White....
Semoga tabah dan redha atas ketentuan Ilahi....

Untuk makluman white, bagi para doctor, mengambil supplement adalah tidak diperlukan. Segala nutrient seperti vitamin yang diperlukan boleh didapati daripada me Akan makanan yang sihat seperti banyakkan pengambilan sayur dan buah-buahan setiap hari. Mengikut panduan pengambilan makanan yang terkini disyorkan sayur/buah 1/4 daripada saiz makanan yang kita ambil setiap hari.

Namun, bagi white, jika merancang untuk hamil, disyorkan pengambilan t.folate 3 bulan sebelum mengandung.

Semoga jawapan ini dapat membantu.

Wallahua'lam.

Anonymous said...

Salam Pn. ibuaiman,

kurang faham dgn jawapan yg puan bg ni :-
Untuk makluman white, bagi para doctor, mengambil supplement adalah tidak diperlukan. Segala nutrient seperti vitamin yang diperlukan boleh didapati daripada me Akan makanan yang sihat seperti banyakkan pengambilan sayur dan buah-buahan setiap hari.

maksud puan vitamin tu bole didapati drpd Mee ker???...

terima kasih d atas nasihat yg puan berikan....sy sgt2 hargainya...

ibuaiman said...

Salam white...
Vitamin boleh didapati dgn memakan sayur dan buah2an. Mengikut kajian pengambilan supplement tidak diperlukan. Apa yang disyorkan adalah mengambil sayur dan buah2an 1/4 daripada setiap hidangan iaitu 1/4 daripada pinggan kita adalah terdiri daripada buah dan sayur...bagi pemahaman lanjut, puan white blh bc entry terbaru saya, saya linkkan dgn maklumat yang diperlukan.

Wallahua'lam

ibuaiman said...

Bukan mee, kesilapan taip. saya menggunakan iPad,iPad secara automatik btlkan ejaan kpd English, kesilapan itu tidak disedari oleh saya.

Anonymous said...

As salam doktor....

saya mengalami masalah tiub dibuang sebelah disebabkan ektopik...soalan saya 1)saya keliru tiub mana yang buang adakah tiub pada bahagiann perut ditebuk...kerana parut tebuk saya sebelah kiri...tp doktor kata tiub dibuang sebelah kanan.... 2)apa saya perlu buat untuk menganung kali kedua kerana kitaran haid sy antara 37-40 hari dari pembacaan saya kalau melebihi 35 hari adalah tidak normal....dan saya mencatatkan suhu asas setiap pagi..dan dapati ovuluate CD24...adakah normal late ovulation...sy betul2 teringin menimang bb dan fikiran asyik fikirkan masalah ni...terima kasih doktor

Anonymous said...

salam doktor.. my wife bru aje melakukan pembedahan sebab mengandung luar rahim, dokor scan "baby" terletak dihujung telur, ada mcm pendarahan yg berkeluasan 20mm..doktor ckp kalau biasa dlm 2mm aje.. nie dah lebih.. jdi operation buang sedikit telur dlm suku. agaknya ada peluang untuk mendapat zuriat pada lain kali.. terima kasih doktor dari suami prihatin segamat

ibuaiman said...

Salam Anonymous...

Semoga tabah menghadapi ujian daripada Allah...sesungguhnya segala apa yang berlaku adalah dalam perancangan Allah,namun disebabkan fikiran kita yang terbatas, kadang-kadang kita tidak memahami hikmah di sebalik segala apa yang berlaku...pohonlah selalu untuk mendapat zuriat yang soleh daripada Allah...Sesungguhnya hanya Dia Yang Maha Berkuasa dan hanya kepada Dia lah segala urusan diserahkan...Wallahua'lam...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...