Wednesday, January 27, 2010

Appendix???


SESUNGGUHNYA ALLAH JUA YANG MAHA BERKUASA

Minggu lepas suami saya mengadu sakit perut pada bahagian ulu hati (epigastric area). Saya melihat ubat gastric di kabinet masih berbaki lalu saya mengambil dan memberikan suami saya makan ubat tersebut untuk melegakan kesakitan. Namun keesokan harinya sakit tersebut masih belum pulih. Lalu kami membuat keputusan untuk mengambil injection di klinik berhampiran rumah. Saya mengambil cuti kecemasan kerana menemani suami yang sedang sakit. Apabila kami masuk berjumpa dengan doktor, suami saya memberitahu doktor berkenaan bahawa beliau sakit perut dan kemungkinan disebabkan gastrik. Doktor tersebut dengan pantas tanpa memeriksa perut suami terus menulis ubat gastric di kad. Lalu saya memberitahunya bahawa ubat gastric telah dimakan namun tidak berkesan, jadi saya menyatakan suami perlukan injection. Doktor tersebut lalu menyuruh suami saya baring. Saya sangkakan beliau akan memeriksa perut suami saya terlebih dahulu sebelum memberikan injection namun sangkaan saya meleset. Dia terus sahaja menyediakan ubat untuk membuat injection. Saya tidak berpuas hati namun hanya mendiamkan diri kerana malas untuk membuat kecoh. Apabila dia keluar dengan picagari di tangannya, kelihatan ubat yang akan disuntik amatlah banyak dalam 3ml dan saya agak terperanjat kerana setahu saya ubat bagi suntikan gastik iaitu Ranitidine dalam 0.5ml sahaja. Apabila saya bertanyakan beliau apa ubat yang disuntik adakah ranitidine, dia dengan muka tersenyum menyatakan ubat di dalam picagari tersebut adalah Ranitidine dan Voltarane. Saya terperanjat!!!…Sepanjang pengetahuan saya sebagai seorang doktor, voltarane akan menyebabkan gastric akan bertambah teruk. Saya di dalam dilemma, jika saya menegurnya nanti akan menjatuhkan kredibilitinya sebagai seorang doktor. Lalu lagi sekali saya mendiamkan diri kerana tidak mahu membuat kecoh. Di dalam hati, saya hanya berdoa semoga sakit perut suami saya akan pulih dan tidak menjadi semakin teruk.

Keesokkan harinya pula, sakit di ulu hati telah hilang namun kali ini suami saya mengalami sakit perut di bahagian kanan perut di sebelah bawah pula (right iliac fossa). Kalau mengikut ilmu kedoktoran, jika sakit di bahagian ini kemungkinan disebabkan appendix (acute appendicitis). Tambahan pula suami saya juga mengalami demam juga. Bagi sakit apendiks kadang-kadang tanda awalnya pesakit juga boleh mengalami sakit pada bahagian ulu hati atau sekitar pusat . Namun hari ini saya tidak dapat menemaninya ke klinik. Saya terpaksa bekerja kerana semalam sudah mengambil cuti kecemasan. Segan pula kalau kerap sangat mengambil cuti kecemasan. Saya menjangkakan doktor di klinik akan mengambil tindakan yang sepatutnya apabila suami pergi berjumpa dengannya seperti melakukan ujian air kencing dan ujian darah. Dalam sekitar jam 10 pagi, suami menelefon saya dan memberitahu doktor tersebut menyatakan kemungkinan suami saya mengalami kencing kotor. Lalu saya bertanya adakah doktor tersebut melakukan ujian kencing dan memeriksa perut suami saya. Jawapannya TIDAK!!! Saya amat terperanjat…Macamana doktor tersebut boleh dengan selambanya menyatakan suami saya mengalami kencing kotor dan memberikan antibiotik untuk dimakan sedangkan dia tidak membuat ujian air kencing malahan tidak langsung memeriksa perut suami saya. Ini doktor atau bomoh! Hmmm…geram betul…

Kawan-kawan di pejabat menasihatkan saya membawa suami ke hospital untuk menjalankan pemeriksaan lebih lanjut. Saya pulang ke rumah. Apabila sampai, kelihatan suami saya amat tidak bermaya. Saya memeriksa perutnya. Memang sakit apabila ditekan di bahagian kanan perut dan apabila dilepaskan ianya bertambah sakit (rebound tenderness positive) dan badan suami pula panas (demam). Memang ciri-ciri ini adalah tanda-tanda acute appendicitis tetapi belum tanda 100% positif kerana suami masih boleh berjalan tanpa kesakitan. Sakit tersebut hanya ada ada apabila perut suami ditekan….

Saya membawa suami ke Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya. Kebetulan dahulu saya pernah bekerja di Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur, jadi saya memang mengenali Pakar Kecemasan di Hospital Putrajaya (sebelum ke sana sebenarnya saya telah menelefonnya terlebih dahulu). Suami dibawa masuk dan diperiksa oleh doktor bertugas. Diagnosisnya memang betul seperti yang dijangkakan, kemungkinan acute appendicitis. Ujian darah dan air kencing dijalankan. Ujian ultrasound juga dijalankan.

Melalui ultrasound, tidak nampak tanda-tanda apendiks suami saya membengkak.Keputusan darah dan kencing didapati normal (saya amat marah dengan doktor di klinik tadi yang senang-senang aje cakap suami saya ada kencing kotor tanpa membuat ujian air kencing). Saya merasa amat lega kerana kesemua ujian nampaknya negative. Namun, pakar kecemasan tersebut menyatakan bahawa diagnosis acute appendicitis tidak boleh hanya bergantung kepada keputusan darah tetapi lebih kepada penemuan klinikal (pemeriksaan fizikal, pemeriksaan perut). Jika pada peringkat awal, darah mungkin akan kelihatan normal dan ultrasound juga akan kelihatan normal.

Kemudian doktor daripada jabatan pembedahan pula datang melakukan pemeriksaan. Disebabkan pemerikasan fizikal adalah positif (sakit di bahagian kanan bawah perut dan lebih sakit apabila dilepaskan), maka doktor tersebut membuat keputusan untuk memasukkan suami saya ke wad. Namun, apabila memikirkan jika suami masuk ke wad dan menjalani pembedahan agak sulit bagi saya kerana saya tiada pembantu rumah. Siapa pula akan menjaga anak-anak jika saya di hospital. Sekurang-kurangnya suami perlu berada di hospital selama 3 hari jika beliau dibedah. Aiman pula bersekolah. Macam-macam yang pelu difikirkan. Lalu saya meminta izin daripada doktor tersebut untuk membawa pulang suami dan membuat pemerhatian sendiri di rumah. Saya berjanji jika keadaan bertambah teruk saya akan membawa kembali suami ke hospital. Disebabkan saya juga seorang doktor, mereka bersetuju namun saya perlu juga menandatangani borang atas risiko sendiri (maknanya kalau apa-apa berlaku, saya kena tanggung sendiri). Saya berdoa kepada ALLAH S.W.T agar sakit perut suami sembuh dan ianya bukanlah apendiks. Sekali lagi saya terpaksa memohon cuti kecemasan.

Semasa di rumah, sekali-sekala saya akan memeriksa perut suami. Sakitnya masih ada namun tahap kesakitannya tidak pula bertambah, tahap sakitnya sama sahaja sejak pagi tadi. Saya menasihatkan suami untuk minum banyak air. Alhamdulillah demamnya juga sudah pulih. Dalam pada itu saya berbincang dengan suami dan kami membuat perancangan, jika suami memang positif acute appendicitis saya akan minta adik ipar untuk menemani anak-anak saya pada waktu malam. Namun, saya panjatkan doa kepada Ilahi semoga sakit itu akan pulih.

Alhamdulillah…..keesokkan harinya sakit tersebut telah berkurang….Dan saya dengan yakin merasakan ianya bukan acute appendicitis kerana jika benar maka sakit tersebut lama kelamaan akan bertambah teruk. Alhamdulillah ku panjatkan syukur kepada Allah S.W.T….Sesungguhnya Allah jua lah Yang Maha Berkuasa……

Pengajaran yang saya dapat daripada peristiwa ini…

1. Doktor di klinik berhampiran rumah saya memang bekerja dengan cara yang langsung tidak professional dan tindakannya tidak boleh dimaafkan. Seharusnya setiap pesakit yang datang berjumpa dengannya dengan sebarang masalah, beliau haruslah memeriksa setiap pesakit bukan hanya terus menulis ubat tanpa memeriksa. Saya tidak akan lagi akan pergi ke kliniknya (kami ke kliniknya kerana suami ada panel di klinik tersebut). Saya sendiri merancang akan membuka klinik di masa akan datang dan saya akan pastikan dan bertekad setiap pesakit saya akan mendapat rawatan professional dari diri saya. Saya sebenarnya hairan kenapa doktor berkenaan seperti itu?

2. Doktor-doktor hanyalah makhluk Allah yang biasa. Mereka boleh mengagak apa diagnosis pesakit mengikut apa yang telah dipelajari iaitu melalui simptom-simptom yang ditunjukkan oleh para pesakit dan melalui pemeriksaan fizikal tetapi Allah s.w.t jualah yang Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Oleh itu, sentiasa panjatkan doa bagi memohon bantuan daripada Allah bagi membantu segala kesulitan yang kita alami, Insya-Allah akan dimakbulkan oleh Allah.

3. Anda jangan sekali-kali cuba membawa ahli keluarga anda pulang jika doktor menasihati mereka dimasukkan ke dalam wad. Ini kerana dibimbangi risikonya amat tinggi. Bagi kes saya adalah berbeza kerana saya adalah seorang doktor, jadi saya dapat membuat pemerhatian mengikut ilmu yang telah dipelajari oleh saya.

Tanda-tanda acute appendicitis

1. Sakit di bahagian kanan bawah perut
2. Demam
3. Muntah, loya
4. Cirit-birit
5. Kemungkinan peringkat awal akan rasa sakit di bahagian ulu hati atau sekitar pusat
kemudian berpindah ke bahagian kanan bawah perut
6. Sakit boleh berpindah ke bahagian belakang
7. Apabila sakit bertambah, sakit akan bertambah dan apabila berjalan, batuk malahan
bersin sakit akan terasa di bahagian kanan bawah perut. Bagi menahan kesakitan, pesakit
terpaksa berjalan seakan-akan membongkok.

Itu sahaja buat kali ini.

Semoga bermanafaat buat anda semua.

Semoga jumpa lagi....Insya-Allah...

41 comments:

Anonymous said...

i dulu ada most of those symptoms. as u said doctor tu makhluk Allah. i went to see 2 doc. sorang doc kat appendix, sorang kata kidney. sebabkan stained urine teruk sgt, i percaya its kidney & went for the kidnet treatment. heheh..cam aku lak doktor..but since its my body, i gotta make the decision kan?

sakit dia mmg Allah aje la tahu..apart sakit beranak..

ibuaiman said...

ya mama mia, kdg2 kena ikut kata hati jugak...

so, dr ade buat urine test lar utk mama mia yer?ada stone ker?

but for my husband case, i'm also really confuse..the urine and the blood is all normal...

Anonymous said...

i found out i spesis senang kena kidney infection (maybe sebab lama sgt minum air msia yg kotor). so now mmg rajin2 jaga badan. kalau dehyrated, mesti mula start sakit2 belakang on the right. so biasanye i cepat2 minum air kosong & cranberry juice.

wah wah, ur husband punye case tu...hope nothing serious la...monitor aje la (surely ur good at that doctor..hihihi)

Ummu Ammar said...

Salam ibuaiman..

Salam ukhuwwah..

Hmm..terkedu baca kisah ibuaiman ni..Banyak kes doktor cuai sebegini..nasib baik la ibuaiman sendiri seorg doktor..agaknya kalau kitaorg yg buta ilmu kedoktoran ni mesti dah percaya hidup2 segala ckp doktor tu..

ibuaiman said...

ummu ammar...

mmg kena hati2.. kalau ummu ammar jumpa dr dan nak tahu dr tu bagus atau tidak,dr yg baik dia akan examine properly their patient not simply guessing the diagnosis...mmg haru kalau dapat dr yg tidak bertindak secara profesional dan lagi haru kalau melibatkan nyawa...

UmmiKhayra said...

Salam Ibu aiman..

Saya pun penah juga alami kes macam tu. G klinik, doktor tak cek pape, just dengar je then dapat ubat. Ada jugak, bila cerita angguk2, then check sesikit then bagi ubat macam-macam. lepas tu memang tak pegi dah la kat situ.. :)

Unknown said...

sbb tu kekadang alel tak berapa percaya doctor2 biasa (oh.. ampunkan saya doc) sbb kes2 mcm ni lah...

ibuaiman said...

alel dan ummikhayra, bukan semua dr macam tu,ada yang baik dan bagus. tapi yang bersikap tidak profesional ini telah mencemarkannya...kalau jumpa dr yg mcm tu, jgn pergi lagi klinik dia, sendiri mahu ingat lar kan...hehe...
alel, jgn tak percaya pulak kat saya yang dr biasa ajer ni...uhuk2x

syanashwa said...

bagus entry ni. sekurang2nya kita kena sedar hak kita utk mndapatkan rawatan yg sepatutnya. ramai yg jadi mangsa disbbkan kurang pengetahuan.. nashwa paling pantang kalau tgk klinik yg kotor.. mcmana nk promote health!! aduhaiii...

Anonymous said...

hello dr.
smlm sy g jumpa dr pakar, sy mengalami sakit di bhgn tengah2 perut, sama macam sakit gatrik. bila mkn ubat gastrik, sakit tu pulih sekejap, je. after a few hours, sakit balik. lately, sakit tu jadi teruk, tiap kali lepas makan saya sakit perut.. dr pakar smlm gtau, masalah penghadaman n tidak menolak kemungkinan appendicitis... skg ni saya hny amik ubat Fybogel utk penghadaman saya. Apakah sepatutnya saya buat>

ibuaiman said...

Salam anonymous,

Adalah langkah yang baik puan telah berjumpa dengan dr pakar. Jika sakit perut tidak pulih dan beralih ke bawah sebelah kanan dan juga ada demam, kemungkinan appendicitis,namun bagi appendicitis ianya akan berlaku dalam masa yang singkat iaitu 1-2 hari, jika tidak dibedah kemungkinan ia akan pecah dan boleh membawa maut. Jika sakit berpanjangan melebihi 3 hari namun tiada demam, sakit perut tidak bertambah teruk, tiada pengsan, kemungkinan besar sakit anda bukan disebabkan appendicitis.

2.Jika sakitnya berterusan dan lebih teruk terutama selepas makan, besar kemungkinan anda ada masalah peptic ulcer iaitu ulcer di dalam perut akibat masalah gastrik yang berpanjangan. Untuk mendapat kepastian mengenai perkara ini, anda disarankan menjalani OGDS iaitu memasukkan kamera ke dalam perut untuk memastikan peptic ulcer, lokasi dan tahap keterukkannya.

3. Jika sakit perut selepas mengambil makanan berlemak kemungkinan sakit anada disebabkan kehadiran batu hempedu.

Diharapkan jawapan-jawapan di atas dapat membantu anda.

Anonymous said...

thanks ibuaiman utk information di atas....
ianya sangat membantu dalam membuka minda saya mengenai sakit yg saya alami.

KJ said...

doc, help me.... saya berusia 26 tahun, dan akan berkahwin pada Sept ini.. Masalah saya, saya disahkan pembawa thalasemia jenis beta. dan semasa review saya di hosp smlm, HB saya sangat rendah, 5.76g/dl. Doc nak admit ward, masuk darah. but i refused since saya takut ada kesan terhadap darah yang dimasukkan itu. doc bg preskripsi ubat iberet folic 500, hari bermula semalam saya makan ubat itu. pagi tadi saya mengalami cirit-birit sehingga ke petang.adakalanya rasa mual, sakit perut yang teruk...adakah itu menandakan iberet folic tidak sesuai bg saya? apakah yg harus sy lakukan..

ibuaiman said...

Salam KJ...saya ingin bertanya lebih lanjut, adakah KJ mengidap beta thalasemia major?Jika ya, adakah memang sejak kecil lagi KJ sudah menerima pemindahan darah (blood transfusion)?Ini kerana jika KJ mengidap beta thalasemia major dan menolak proses pemindahan darah, keadaan akan boleh jadi bertambah teruk, dengan jumlah HB yang sangat rendah akan menyebabkan badan menjadi lemah dan jantung perlu bekerja lebih kuat dan pantas. Jadi saya menasihati KJ untuk menerima rawatan blood transfusion tersebut. Kebiasaannya asid folic tidak akan memberikan kesan sampingan kerana ianya sejenis vitamin.

Semoga jawapan ini dapat membantu. Saya mengalu-alukan untuk pertanyaan lanjut dari KJ...

Semoga KJ bersabar dengan dugaan yang diberikan oleh Allah ini. Kena yakin bahawa dengan kesabaran Allah akan mengurniakan ganjaran yang lebih hebat di akhirat nanti...Insya-Allah...

Wallahua'alam

KJ said...

Terima kasih kerana reply saya doc.
Saya hanya carrier, dan tidak melakukan pemindahan darah setiap bulan.
semasa bertemu dengan doc tempoh hari, sy ada bertanya mengapa HB saya turun dengan bgitu cepat sedangkan saya bukanlah penghidap thal major?doc tersebut mengatakan bahawa saya kekurangan zat besi, sebab tu HB saya kurang, dan dia bg preskripsi Iberet Folic. hari ni dah masuk hari ke 4selepas mengambil ubat tersebut, saya kerap berasa pening, sakit perut.saya telah menghentikan pengambilan ubat itu.apabila saya rujuk balik doc tersebut, dia mengatakan bhw pening yg sy alami bukan disebabkan oleh ubat Iberet, tetapi disebabkan oleh masalah HB yang rendah, dan menyalahkan sy kerana menolak utk melakukan pemindahan darah. saya akui kesilapan saya. doc tersebut nasihatkan saya supaya rujuk di hosp yg terdekat utk pemindahan darah. sebenarnya doc, saya sangat takut utk buat pemindahan darah kerana, w/pun darah tersebut telah melalui process screening, tetapi risiko tetap ada, dan saya kena sign surat yg menyatakan sy tidak akan mengambil tindakan sekiranya terdapat komplikasi di masa hadapan. apakah pendapat doc?apakah ubat/supplement/makanan yg doc boleh cadangkan untuk saya?
tqvm doc..

ibuaiman said...

Salam KJ,
Alhamdulillah KJ hanya carrier dan bkn pengidap thal major. Pada pendapat saya, KJ perlu mendapatkan rawatan pemindahan darah kerana HB yang rendah amat merbahayakan kesihatan. Bagi risiko pemindahan darah tersebut, KJ banyakkan berdoa kepada Allah, sembahyang sunat hajat supaya dilindungi oleh Allah perkara-perkara penyakit jangkitan berbahaya akibat pemindahan darah. Insya-Allah, doa tulus seorang hamba akan dimakbulkan oleh Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. HB yang baik juga adalah perlu untuk persediaan mengandung di masa yang akan datang. Semoga KJ akan tenang menghadapi ujian Allah ini, serahkan segalanya kepada Allah, Insya-Allah hati kita akan menjadi tenang.Mungkin ini adalah salah satu cara Allah ingin mengangkat darjat KJ di sisinya. Bila kita diberikan ujian kita biasanya akan lebih rapat dengan Allah Yang Maha Esa.

Semoga jawapan ini dapat membantu KJ...:)

Wallahua'lam

Lina said...

Salam Dr.,
Saya selalu sakit di ulu hati sampai tak boleh tidur. Selalu jadi time malam sampai ke pagi. Itu sangat sakit. Bila siangnya, akan rasa sakit di dada sampai jalan kena bongkok sebab sakit lah. If makan, lagi terasa sakit di ulu hati.

Saya cuba tekan prut. Side kiri ok. Bisa sikit2 saja. Tapi side kanan perut bila ditekan rasa pedih macam luka.

Saya dah jumpa banyak doktor. Tapi semua kata gastrik. Ubat kapur tu dah berbotol saya minum, tapi still takde efek.

Utk pengetahuan dr, saya mula gastrik masa darjah 6. Sekrang dah 24thn. Apa pendapat dr ye??

TQ

ibuaiman said...

Salam Lina,
Dari simptom yg Lina ada, memang ianya menepati ciri-ciri gastritis. Saya ingin bertanyakan Lina, pernahkah Lina menjalani pemeriksaan OGDS iaitu memasukkan alat melalui mulut hingga ke dalam perut untuk melihat tahap keterukkan gastrik Lina? Jika belum lagi, saya menasihatkan Lina untuk berjumpa pakar perubatan untuk membuat pemeriksaan tersebut.

Terdapat ubat-ubatan yang lebih kuat kesannya berbanding ubat kapur seperti Ranitidine dan Omeprazole. Pernahkah Lina memakan ubat-ubat ini?

Untuk mengelakkan sakit perut sewaktu tidur malam, saya menasihatkan Lina untuk meminum segelas susu sebelum tidur, Insya-Allah ianya dapat membantu. Di samping jangan lupa berdoa kepada Allah jua untuk membantu Lina.

Untuk tahu lebih lanjut mengenai sakit gastrik, Lina boleh baca artikel saya mengenai gastritis.

Semoga jawapan saya dapat membantu Lina..:)

Wallahua'lam.

Anonymous said...

Assalamualaikum....:)

saya baru saja selesai menjalani pembedahan appendix 11 june yang lalu. utk pengetahuan Dr saya seorg yg aktif bersukan dan agak lasak. saya sebenarnya ingin sgt tahu bagaimana atau pantang larang selepas pembedahan kerana luka pembedahan masih terasa sakit sehingga sekarang.Adakah semua ini kesan dari sikap saya yg tidak boleh duduk diam atau penjagaan makanan yg tidak diutamakan? saya harap dr dapat memberi tips penjagaan selepas pembedahan.

syuhadah

ibuaiman said...

Assalamualaikum Syuhadah...

Masih baru lagi pembedahan ini. Adakah Syuhadah menjalani pembedahan laparoscopic (iaitu tebuk hanya 3 lubang di perut) atau pembedahan biasa? Jika pembedahan laparoscopic ianya akan mengambil masa untuk pulih sepenuhnya dalam masa kira-kira 2 minggu namun jika pembedahan biasa ianya akan mengambil masa kira-kira sebulan. Namun proses penyembuhan luka dalam (wound healing) juga adalah berbeza untuk setiap individu.Jika kanak-kanak penyembuhannya lebih cepat berbanding orang dewasa dan orang tua. Saya nasihatkan Syuhadah makan banyak makanan yang kaya dengan protein kerana ia dapat membantu proses penyembuhan. Jika Syuhadah ingin menggunakan rawatan tradisional seperti ikan haruan segar (hati-hati denag kapsul ikan haruan kerana dibimbangi mengandungi steroid)atau meminum gamogen mungkin boleh juga mencuba tiada salahnya. Saya juga makan gamogen selepas pembedahan laporoscopic saya pada tahun lepas.

Semoga jawapan ini dapat membantu.

Wallahua'lam.

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Terimakasih atas respond Dr, saya menjalani pembedahan biasa, untuk pengetahuan Dr bukan apndix saja yg dibuang semasa pembedahan, tapi semasa pembedahan dr yg brtgjwb mendapati ada twisted omenteum sekali. saya juga mempunyai kes Fibroid In pregnency. Adakah d sebabkan situasi ini luka yg saya alami lambat untuk sembuh dan sering sakit?


syuhada:)

ibuaiman said...

Assalamualaikum Syuhada...

Disebabkan Syuhada menjalani pembedahan biasa (open surgery) bersama dengan twisted omentum maka luka dalam dan luarnya adalah lebih besar. Jadi, ia mengambil masa untuk sembuh. Syuhada amalkan pemakanan yang sihat seperti yang saya sarankan iaitu mengambil makanan berprotein tinggi di samping jangan terlalu lasak buat masa sekarang. Jangan lupa yang paling penting mohon kepada Allah supaya sembuhkan sakit Syuhada...Sesungguhnya Allahlah Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Penyembuh. Doktor hanya sekadar dapat membantu sedikit sahaja...

Semoga jawapan ini dapat membantu..:)

Wallahua'lam...

Anonymous said...

terima kasih kerana cerita sis amat membantu..
bru smlm sy ke hsptl jalani pemeriksaan darah n urine..nmpk nye semua normal..harap2 sakit bhgian kanan perut sy ni akan sembuh cepat n harap2 bukan apendiks..

zeha said...

Salam..
sy baru je operate appendix pada 21 oct 2011..sy nak tau,ape diet yg sesuai dgn sy ya?msa sy operate,doc ckp dia pecahkan Corpus luteum cyst skali sbb npk besar kt ovari(period agk byk dan sakit lepas operate).pastu dia ckp ada kemerahan/radang kt usus besar..skrg ni sy mcm ssh nk buang air besar.kdg2 sehari x buang air besar...dan berapa lama ya sakit dkt perut tu nak hilang ya??

ibuaiman said...

W'salam Zeha,

Zeha operate mll cara laparoscopic or open surgery (pembedahan biasa)? Jika melalui open surgery, luka dalam untuk baik sepenuhnya kira-kira sebulan, namun ia juga bergantung kepada umur dan diet individu berkenaan. Semakin kita berusia, kadar penyembuhan luka (wound healing) akan bertambah lambat. Untuk mempercepatkan penyembuhan luka, saya nasihatkan Zeha supaya memperbanyakkan makanan berprotein. Radang di usus adalah akibat jangkitan kuman, untuk makluman Zeha, appendicitis juga berpunca dari jangkitan kuman, kemungkinan usus yang terjangkit adalah usus yang berada berdekatan dengan apendiks Zeha. Tetapi, jangan risau, radang tersebut, Insya-Allah akan disembuhkan oleh antibiotik. Saya percaya pihak doktor tentu membekalkan antibiotik kepada Zeha sewaktu keluar dari wad tempohari. Di samping itu, banyakkanlah berdoa kepada Allah supaya dipercepatkan penyembuhan luka Zeha kerana pihak doktor dan diri kita hanya mampu berusaha namun Allah jualah yang menentukan segala-galanya.

Semoga jawapan saya dapat membantu Zeha.

Wallahua'lam...

Anonymous said...

salam,
saya ada soalan yang mahu saya tanya, saya berasa sakit di bahagian kanan pinggang saya, ianya akan berasa lebih sakit apabila saya mahu bersin atau merengangkan otot saya..tapi saya tiada simptom-simptom acute appendicitis yang lain..adakah saya masih dikira mempunyai penyakit acute appendicitis?

ibuaiman said...

Salam Ano,

Bagi sakit acute appendicitis, ianya bukan di bahagian pinggang tetapi pada bahagian perut. Sakitnya juga datang secara tiba-tiba sebab itu ianya dipanggil acute dan bukan sakit lama yang datang sekali-sekala (chronic). Kedatangan sakit secara tiba-tiba ini juga ada ciri-cirinya seperti yg diterangkan di atas. Saya berpendapat Ano mengalami sakit berkaitan otot.


Diharapkan jawapan saya dapat membantu.

Wallahua'lam...

Anonymous said...

salam ibuaiman,
terima kasih atas info ibuaiman hari itu, selepas beberapa hari saya bertanya pada ibuaiman, sakit itu telah hilang, namun sejak 2 hari ini, sakit itu kembali datang, boleh saya tahu kenapa saya berasa sakit??

ibuaiman said...

Assalamualaikum Ano,

Saya mohon maaf, saya tidak dapat memberikan jawapan apakah penyakit ano kerana seorang doktor secara etikanya tidak dapat mendiagnos pesakitnya secara tepat tanpa mengambil sejarah simptomnya, memeriksanya secara fizikal dan melakukan ujian yang berkaitan.Saya menasihatkan ano berjumpa doktor yang berdekatan untuk pemeriksaan lebih lanjut. Segala artikel saya hanya boleh memberikan panduan.


Sekian, terima kasih.

Wallahua'lam...

Anonymous said...

Assalamualaikum dr.
Saya baru lps buang apendiks dlm 2 bulan yg lps. operate biase. sy nak tanye, normal ke kalau rse kebas2 dkt bhgian bwh tmpt operation tu? 1 more question. lps operate appendiks ni ad tak kene jaga makan? ke ade pntg sampai ble2? tq dr :D

ibuaiman said...

W'slm Puan...

Alhamdulillah puan selamat menjalani pembedahan...untuk pengetahuan puan, bagi perubatan moden tiada sebarang pantang untuk pemakanan, yang penting makan makanan yang berkhasiat dan tidak berlebihan untuk penjagaan kesihatan dalam jangkamasa yang panjang...bagi rasa kebas tu, ianya terlampau subjektif, adakah kebas itu tiada rasa atau rasa macam dicucuk jarum etc..saya berpendapat lebih baik puan berjumpa dgn dr berhampiran utk pemeriksaan lebih lanjut...

Wallahua'lam...

intan cottage said...

salam DR,saya baru lepas operation apendiks n sis ovari masa start bln puasa bru2 ni..saya nk tya,apakah yg boleh myebabkan luka operation bernanah atau terbuka kembali..macam ayam n daging bolehkah makan slps operation ni..dan knapa saya masih rasa kebas d bahagian bawah operation n kadang2 rasa menyucuk2 d bahagian cabang paha..tp luka dalaman n luar x da maslh ,semuanya ok..

Anonymous said...

Assalam..Dr nak tanya
Saya alami sakit pd bhgn kanan bwh perut dan jg cepat sensitif pd yg bole memuntahkn..meloyakn tekak sb sblm ni sy xpenh alami mslh sedemikian miski p ankx muntah tp sejak akhirx ini sy kerap ikt munth sama..kdg terasa kejang dlm perut setelah alami mslh tsb..tlh bt ujian air kencng doc kta kotor ujian drh xde mslh..tp sy ttp alami sakit pd bhgn kanan tsb yg kdgx sy tekan dlm keadaan membngkok ketika baring..sakit yg sy alami seperti kena cucuk dgn jarum je..brx ni sy kerap ambil minumn susu..br perasan bl pas minum sy mula trsa sakit..dr thn lps dh sakit ni tp sy anggp biasa sj sb jarngx serng tp sejak akhirx ni kerap sgt yg mmbuatkn sy jpe doktr..ujian ultra sound akn dbuat pd awal mac nti..

miss said...

Salam doktor,

Saya mengalami sakit perut bawah kanan sejak 5 bulan lepas. saya mula sakit perut lepas gugur, saya tak tau saya gugur waktu tu. lepas jumpa 2-3 doktor & minta pendapat kenapa sakit perut bawah tak hilang walaupun dah abis period. lepas 2 bulan sakit perut bawah hilang, tapi saya start sakit perut bawah kanan pula. jumpa doktor, doktor scan rahim normal. doktor suspect appendiks kena jangkitan tapi belum serius sebab doktor tekan perut saya masih lembut. saya diberi antibiotik & ubat tahan sakit, lepas tu sakit hilang. tapi baru2 ni sakit tu datang balik. makin kuat tapi saya masih boleh berjalan dan drive. sakitnya mencucuk sampai ke pinggang kanan. rasa macam kena cucuk jarum. saya perasan bila termakan pedas, perut bawah kanan akan berdenyut. klau appendiks, takkan sampai 5 bulan boleh bertahan lagi. apa pendapat doktor? saya memang ada masalah gastrik dan badan berangin

Muziecute said...

Masalah saya sama macam masalah cik miss cuma saya akan rasa sakit bila waktu period.. Utk pengetahuan dr saya dnc ... Mmg bawah perut saya selalu sakit jumpa gynae mmg takde apa2..

Anonymous said...

Saya nak Tanya biasanya ependik ni berapa Kali boleh terjadi pada seseorang?

Unknown said...

Salam..bawak pusat sblh kanan saya skrg tgh sakit..saya juga cirit birit, perut memulas...rasa loya yg bpanjangan..tp x demam..saya blm bkahwin...saya nak tahu adakah saya juga mengalami apendiks? Berapa kos pembedahan?

Ibu Lala said...

Salam dr. Sy bw anak sy jumpa pkr swsta pg td. Katanya besar kemungkinan appendiks tp dia pun x confirm. Tp tanda tanda tu ada. Cumanya anak sy masih aktif dan takde la jalan sampai terbongkok bogkok. Masalahnya betul ke tu appendiks. Sbb tu la sy x decide nak
Operate lagi. Mohon dr jwp di email saya rohana.athmad@gmail.com. Sy harap itu bukan appendiks.

Unknown said...

saya sakit sgt2 di bahagian perut belah kiri sampai pinggang belakang. saya pergi hospital dr kata gastrik sb cek air kncing n darah ok katanya. tapi keesokannya sakit tu serang bahagian bawah pusat sampai saya jalan bongkok? kenapa bole jadi cmni?huu

lucia said...

OUR herbal medication will cure any inch of your Fibroid, OK. When take our herbal medication to cure Fibroid and any other Infertility, You must not be going out very far from Your House because it will only be making you to visit toilet in passing out the Fibroid gradually …We also specialise in providing solutions in any of this spiritual gynaecology diseases affect human existence such as:
1 fibroid, asthma, ALL STD, Urine tract infection, sinus infection, unexplain miscarriage, fibromyalgia.
2 weakness of man organ (Herbal cure for Weak Erection….
3 infections of all kind (yeast infection)
4 blockage from the fallopian tube, Herbs to untied your Womb
5 cyst. From the ovaries,PCOS
6 unpleasant smell from the virginal, Herbal to prevent stroke
7 irregular menstration, menopause
8 infertility for easy Conception.
9.skin diseases, Toilet infection and bad body odor…….Etc..
10.Watering sperm (low sperm count) not able to get woman pregnant.
Simply contact the spiritualist PriestEka on (dreka14demons@gmail.com) to get his Herbal Medication to cure your disease and put yourself on a motherhood side of life..
(No more adoption, with PriestEka your problem will solve and you will have your child with ease.
Contact us at (dreka14demons@gmail.com) your solution home!

Nurul Pencinta iPhone said...

tq sharing akak...saya pun risau2 jugak ni ada sakit2 bhgn perut kiri ni...tak tahu gastric ke appendix...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...