Panduan untuk ibu-ibu dan bapa-bapa sekalian
Hari ini masuk dua hari Aiman demam dan tidak dapat ke sekolah. Macam biasa lengkap dengan pakej; demam, batuk, selsema dan sakit tekak. Malam-malam demam jadi agak teruk namun di siang hari, Aiman masih aktif. Kalau waktu Aiman kecik-kecik dulu, bila Aiman demam saya memang akan ambil cuti untuk menjaganya di rumah. Namun, kali ini saya tidak ambil cuti dan tinggalkannya di rumah pengasuh bersama-sama adiknya. Aqilah. Mengapa kali ini saya tidak mengambil cuti? Adakah saya sudah tidak risau lagi dengan keadaan anak saya yang demam? Sudah berkurangkah kasih sayang saya? Jawapannya, bukan saya tidak sayang lagi anak saya ini, inilah buah hati pengarang jantung saya, hero kesayangan saya, cuma kerisauan saya sedikit berkurang kali ini kerana Aiman sudah mencapai umur 7 tahun. Ada kaitan ke? Ya sememangnya ada kaitan. Mengikut ilmu kedoktoran yang saya pelajari, kanak-kanak yang berumur di bawah umur 7 tahun sahaja yang akan terdedah kepada sawan demam (febrile fits) apabila mereka demam panas. Bagi yang berumur 7 tahun ke atas, risikonya telah tiada. Jadi, inilah menyebabkan saya kurang risau sikit kali ini…:). Jika kanak-kanak berusia 7 tahun ke atas terkena sawan kebiasaanya ia bukan disebabkan sawan demam (febrile fits) tetapi disebabkan perkara-perkara lain seperti epilepsi.
Bagi ibu-ibu yang mempunyai anak-anak yang berusia kurang daripada 7 tahun, saya tekankan JANGAN AMBIL RINGAN JIKA ANAK ANDA DEMAM. Berikut adalah LANGKAH-LANGKAH YANG PATUT ANDA AMBIL SEMASA ANAK-ANAK ANDA DEMAM:
1. Kalau boleh anda ambillah cuti. Bukan apa sebab jika anda sendiri yang memantau tahap suhu badan anak-anak anda sewaktu mereka demam, anda akan lebih teliti berbanding kakitangan nursery ataupun pengasuh. Takut-takut mereka terlepas pandang.
2. Adakah anak anda memerlukan antibiotik?
Biasanya kalau anda bawa anak-anak anda ke klinik swasta, doktor di klinik tersebut biasanya akan bagi antibiotik. JANGAN AMBIL ANTIBIOTIK TERSEBUT JIKA ANAK ANDA HANYA DEMAM VIRAL kerana demam viral tidak memerlukan antibiotik. Antibiotik diperlukan untuk demam yang disebabkan oleh bacteria sahaja dan jika tonsil bengkak. Kalau hanya tekak merah tetapi tonsil tidak bengkak, tidak perlukan antibiotik. Kadang-kadang, saya tidak faham kenapa doktor di klinik swasta suka bagi antibiotik, tapi ada juga kes kadang-kadang ibubapa sendiri yang beriya-iya minta antibiotik (ini pernah dialami sendiri oleh saya sewaktu bertugas, siap marah-marah saya lagi sebab tidak bagi antibiotik). Ini kerana jika anak anda makan antibiotik, sedangkan sebenarnya badannya tidak memerlukan, imuniti badan anak anda akan jadi lemah. Imuniti badan yang kuat amat diperlukan supaya tidak mudah diserang penyakit di masa akan datang.
3. Bagaimana anda boleh membezakan di antara demam viral dan demam disebabkan oleh bacteria?
Jika demam viral biasanya kanak-kanak tersebut aktif (seperti tidak demam) di siang hari tetapi suhunya panas di malam hari. Jika demam disebabkan bacteria, kanak-kanak sememangnya tidak aktif dan monyok sepanjang hari.
4. Apakah ubat yang perlu anda?
Selain ubat demam samada syrup paracetamol atau syrup brufen untuk demam, anda juga perlu menyimpan ubat bontot atau namanya SUPP PARACETAMOL (SUPP PCM). Bagi bayi yang berat kurang daripada 12kg, gunalah supp PCM 125mg, jika berat melebihi 12kg, guna supp PCM 250mg. Saya nasihatkan supaya ibu-ibu sentiasa menyimpan bekalan supp PCM ini di dalam peti walaupun semasa anak tidak demam, kerana mana tahu jika tiba-tiba suatu hari anak anda demam kuat pada waktu malam, anda hanya perlu memasukkan ubat ini dengan kadar yang segera ke dalam bontotnya. Selepas memasukkan ubat ini biasanya suhu badan akan dapat turun dengan kadar yang cepat berbanding dengan meminum syrup paracetamol. Ini kerana jika suhu badan kanak-kanak sangat tinggi, mereka akan terdedah mendapat sawan demam (febrile fits). Nauzubillah….
5. Selain daripada ubat apa lagi yang perlu saya buat?
Selain ubat, anda juga perlu tuam kepala dan ketiak anak anda pada waktu malam untuk mengawal suhu. Sememangnya memerlukan pengorbanan berjaga malam jika anak demam. Tapi yakinlah anda akan mendapat pahala yang besar dengan pengorbanan ini
Kata akhir saya, kawallah suhu badan anak anda sewaktu mereka demam. Ini kerana jika mereka terkena sawan, ini akan boleh merosakkan sel-sel otak mereka, itu lah perkara yang perlu sangat dielakkan daripada terjadi.

Lagi satu, jika demam anak anda berterusan melebihi 3 hari dan keadaannya bertambah teruk seperti muntah, mengadu sakit perut atau susah bernafas segera membawa anak anda ke jabatan kecemasan untuk rawatan lanjut kerana dibimbangi DEMAM DENGGI, bimbang pula kerana sekarang ini kes-kes denggi makin menjadi-jadi pula....
Itu sahaja buat kali ini.
Semoga bermanafaat buat semua. Insya-Allah
20 comments:
trimekasih kak utk tips dan nasihat..
sy xbekerja so mmg jaga anak full time..alhmdllh
anak2 saya baru je baik demam,last skali yg baby tu..risau juga kan.sape tak risau..sy sumbat ubat demam dlm montot dia 2 kali.alhmdllh cepat pulih
sama-sama ummi hanie...alhamdulillah dah sihat anak-anak yer...
Maklumat yang sangat berguna untuk ibu-bapa :)
ye betul.. sememangnya berguna utk ibubapa.. a very informative post with a motherly touch!:)
Tq nashwa and ayahaiman..:)...
tq atas tip2 yg berguna itu..1st time anak sy demam dl mmg sy agak gelabah pasal sy takde stok ubat SUPP PCM,sy takde termometer nak pantau suhu anak,yg ade cuma paracetamol syrup je..yg mmg susah nk diberi pada anak sbb dia tak suka rasanya.nasib baik tak smpai tahap kena sawan. Cuma seperkara sy nak tau..ttg cara mandikan anak masa demam.perlu lap aje ke,kena mandikan dengan air paip biasa atau cmne cara sebetulnya nk bantu turunkan suhu bdn selain ubat2 tu.
Ida, terima kasih kerana sudi jenguk blog saya dan jd follower...really appreaciate that..:)
Masa anak demam, pada waktu siang, mandikan anak guna air paip biasa (suhu biasa, tidak terlalu sejuk dan bkn air suam juga).Jangan sekali-kali tidak mandikan anak kerana ini akan menaikkan lagi suhu badan.Kalau boleh juga tidak perlu pakaikan pakaian yang tebal atau selimutkan badan anak...
Jika diwaktu malam yang biasanya anak sudah tidur, tidak perlu bangunkan anak pula untuk mandi, cukup sekadar tuam kepala, badan dan bhgn ketiaknya.
semoga dapat membantu....
tq..
salam ibu aiman..
nk tanya, ada kesan overdose tak kalu sy bg anak sy pcm dgn ubat bontot serentak sbb selang sejam lepas sy bg pcm, suhu anak sy naik smpi 40C!. Disebabkan terlalu risau, kami terus masuk kan ubat bontot pada dia then alhamdulillah..suhu dia dh turun ke 37.1C.
minta pendapat ibuaiman
terima kasih
salam ibu aiman..
ada bawak jumpa doktor gov 2 hari lepas.. alhamdulillah bukan sebab denggi.. doc kasi ubat demam (1) , antibiotik (2).
risau gak sbb anak xnk mkn antibiotik yg x sedap tuh.. hehe! tp bila tau antibiotik itu utk yg demam d sbbkan bakteria, dh x brapa risau lagi ..
mekaseh utk info ini.. sgt berguna utk sy.. =]
bloghopping. a very good info. saya pun heran kenapa klinik swasta suka bagi antibiotik. Tak sukala antibiotik. busuk
kak, saya minta izin sharekan topic ni di blog saya ye
salam puan,
saya ingin mendapatkan sedikit penjelasan ttg kaedah pemberian ubat kepada anak ketika demam, diharap puan dapat memberikan sedikit pencerahan....
soalan-soalan saya adalah:
1. adakah ubat sumbat (pcm) boleh digunakan utk menggantikan syrup paracetamol? (maksudnya kesan/dos kedua2 ubat adalah sama) kerana ada terdengar katanya ubat sumbat ni lebih kuat kesannya berbanding dengan ubat minum.
2. ubat sumbat PCM boleh di bahagikan kpd 2 kategori iaitu 125mg dgn 250mg. cara pemberian ubat adalah berdasarkan berat badan iaitu bawah 12kg dan atas 12kg. Adakah faktor umur bukan 1 faktor yg penting, maksudnya adakah kita boleh beri ubat ini kpd anak yg berumur bwh 1 thn , bwh 2 thn dsb hanya berdasarkan berat bukan umur?
3. Adakah suhu badan anak juga memainkan peranan untuk pemberian ubat sumbat ini? kerana ada terdengar jika suhu badan anak terlalu tinggi baru boleh digunakan ubat ini. Berapakah suhu yang sesuai untuk memberi ubat ini kepada anak-anak yang demam?
4. Diketahui bahawa terdapat 2 jenis ubat sumbat iaitu veron dan pcm, dan betulkah veron hanya digunakan untuk menurunkan suhu sahaja tanpa mengandungi paracetamol? maksudnya jika menggunakan veron masih perlu menggunakan paracetamol (pcm) sebagai ubat demam?
Diharap puan sudi meluangkan masa untuk berkongsi info bersama dan terima kasih banyak-banyak di atas semua info yang telah puan berikan.
Harap jika puan sudi dan mempunyai masa terluang, mohon puan emailkan juga jawapan2 puan ke alamat email cgfirdaus@gmail.com . Hanya Allah sahaja yang mampu membalas semua jasa puan. terima kasih banyak2!
salam cgfirdaus,
terima kasih kerana sudi datang ke blog saya...:)..
ini jawapan utk pertanyaan puan:
1. ubat sumbat PCM (supp PCM) adalah sama dgn syr PCM cuma kerana ianya terus dapat diserap ke dalam darah berbanding dgn syrup yg diminum, dicerna dlm perut, kmdn mll pelbagai proses, maka tindakan syrup adalah lambat dan supp PCM adalah sangat cepat.
2.Ya, mmg pemberian ubat samada ubat syr PCM atau supp PCM adalah berdasarkan berat. Pengiraan yang tepat adalah 10-15 mg/kg.
3. Pada situasi biasa anak demam yang suhunya tidak terlampau tinggi, anak-anak boleh diberikan ubat syrup, namun jika di malam hari, anak sedang tidur (kebiasaannya suhu meningkat waktu malam)puan mendapati suhu anak adalah tinggi maka boleh dimasukkan ubat supp PCM terus untuk mengelakkan komplikasi lebih buruk iaitu sawan bagi kanak-kanak kurang 7 tahun.
4. memang terdapat 2 jenis ubat sumbat, veron adalah ponstan dalam bentuk supp. saya lebih menggalakkan penggunaan supp pcm jika anak demam namun jika tiada pilihan puan boleh menggunakan veron. jika puan sudah menggunakan veron , maka tidak perlu lagi menggunakan supp PCM/syr PCM. Veron juga berfungsi untuk menurunkan suhu bdn.
Diharapkan jawapan saya dapat membantu.
Terima kasih.
salam.. nak tanya ckit.. mcmmana nak kira berat badan anak..? untuk yg nak bagi syrup.. apa2 syrup pun..
tersentuh hati kalau tgk kanak-kanak xsihat. kesian tgk diorg
Terima Kasih kak, banyak ilmu yang boleh saya ambil. Untuk makluman akak, saya mempunyai seorang anak dan bakal mempunyai anak kedua..semasa menjaga anak saya yang demam, saya ada menggunakan tip akak tapi hanya sedikit sahaja..sekarang saya baru tahu kesan dan ape yang perlu dilakukan semasa anak saya demam..saya sangat berterima kasih atas ilmu yang akak sampaikan..
Melihat kembali pengalaman saya ke Klinik untuk mendapatkan nasihat doktor, doktor tidak memberikan sebarang imput malah ada sesetengah doctor mempermain mainkan atas ketidaksihatan anak saya. Sekarang semua persoalan saya telah terjawab.. terima kasih sekali lagi saya ucapkan.
ye kekadang doktor just bagi prescribe ubat aje, tiada penerangan lanjut tentang pesakit, mungkin beranggapan hanya demam tak perlu kecoh2 sangat.. kekadang bila ibu bapa bertanya doktor hanya menjawab ala kadar aje. terima kasih sangat atas tips akak ni
Hey tony! Nama saya Julia, terima kasih atas ketenangan maklumat yang anda bagikan mengenai Dr. Iyabiye mengenai penyembuhan hepatitis, dia dalam keberkahan saya menghubungi dia dan saya sembuh selepas memohon rawatannya. Beliau menghantar saya ubat melalui khidmat kurier DHL yang mudah untuk saya dapatkan dan mengambil ubat selama 4 minggu dan saya pergi ke hospital selepas itu untuk ujian dan negatif. Saya datang ke sini untuk memberitahu anda bahawa anda betul-betul di mana-mana ubatnya, semuanya baik dengan saya sekarang. Terima kasih banyak - banyak. Hanya sekiranya ada sesiapa di luar sana yang ingin menghubunginya, di sini adalah kenalannya: iyabiyehealinghome@gmail.com Panggilan / Whatsapp: +2348072229413
Świetna sprawa. Pozdrawiam serdecznie.
Post a Comment