Aiman dah darjah satu….
Pergi ke sekolah bukan lagi perkara baru bagi Aiman. Anak sulung saya ini telah bersekolah sejak umurnya 4 tahun lagi. Masa umurnya 4 tahun, dia sendiri yang minta untuk pergi ke sekolah. Memang ternyata amat mudah bagi Aiman menyesuaikan diri di sekolah, malahan dia amat seronok. Satu kelebihan anak saya ini dia pandai berkawan. Tidak keterlaluan jika saya katakan yang Aiman seolah-olah ada daya tarikan tersendiri atau karisma pada dirinya menyebabkan kawan-kawannya senang dengan dirinya. Aiman memang peramah dan tidak agresif. Saya perhatikan Aiman memang tidak suka berkawan dengan budak-budak yang agresif dan ganas-ganas. Masa di tadika dahulu, waktu hari pertama menghantarnya saya pula yang terlebih bimbang, bimbang kalau dia tidak dapat menyesuaikan diri dengan kawan-kawan yang baru (sebelum ini Aiman tinggal di nursery yang lain). Sampai ke kelas saya menemani Aiman, duduk kat sebelahnya lagi (saya memang seorang ibu yang overprotective..hehe...:). Bila saya tinggalkan dia dalam kelas, takde pun dia menangis (Ada di kalangan kawan-kawannya yang menangis juga bila ibu-ibu diminta tinggalkan anak-anak di dalam kelas). Memang saya langsung tiada pengalaman menangani anak menangis ketika ke sekolah. Jadi dengan bangganya saya mengisytiharkan tiada catatan dalam sejarah Aiman, dia menangis sewaktu dihantar ke sekolah….
2 Januari 2010 (Hari orientasi Aiman di sekolah barunya)
Kebiasaanya Aiman akan tidur agak lewat (dalam jam 11.30 malam) sejak cuti sekolah kali ini melayan TV atau computer games. Jadi untuk bangun awal bagi hari orientasi, jam 9.00 malam saya sudah menyuruhnya untuk tidur supaya senang untuk bangun pagi-pagi esoknya. Jam 5.30 pagi, Aiman sudah terjaga (bersemangat sungguh anak saya untuk ke sekolah baru..:)). Saya suruh Aiman tidur semula memandangkan hari masih awal.
Jam 7.00 pagi, Aqilah masih belum bangun dari tidur. Kesian pula untuk mengejutkannya dari tidurnya yang lena. Untuk membuatkan puteri kami terjaga, kami cuba membuat suasana agak bising di dalam bilik tidur (biasanya kalau Aqilah tidur, kami akan cakap perlahan macam berbisik di dalam bilik, jika mahu buka pintu pun amat berhati-hati tanpa sebarang bunyi). Namun, Aqilah tetap tidak terjaga. Lenanya puteri saya tidur. Mahu tidak mahu, saya terpaksa menangkatnya dari tidurnya yang lena itu…Alahai kesiannya…Bila diangkat, terus puteri saya terjaga, namun dia tidak menangis atau meragam kerana nampak wajah ibunya… Kuasa aura seorang ibu…hehe…
Disebabkan itu, kami agak lewat sampai ke sekolah Aiman dalam jam 8.00 pagi. Dalam mencari-cari dimana harus berkumpul, kami lihat murid-murid sudah berada di dalam kelas. Lalu saya membawa Aiman ke kelas sementaranya iaitu kelas satu zamrud. Saya mengetuk pintu kelas dan memberi salam berkali-kali tapi cikgu yang sedang mengajar langsung tidak mendengarnya. Dengan menguatkan sedikit suara saya barulah cikgu tersebut terdengar dan membenarkan Aiman masuk. Sebab dah datang lambat, Aiman terpaksa duduk kat tempat duduk belakang sekali, duduk sorang-sorang pulak tu…alahai, saya sasarkan Aiman duduk kat depan, senang untuk dia belajar…huhu…
Saya dan ayah Aiman dan ibubapa lain duduk di tepi kelas mendengar cikgu mengajar. Banyak yang diperkatakan oleh cikgu mengenai peraturan sekolah; kena pakai pakaian seragam, tak boleh berambut panjang, tutup lampu dan kipas bila keluar dari kelas, kena bersihkan kelas dan lain-lain lagi…..Muka Aiman kelihatan seolah-olah tidak puas hati dan keliru. Agaknya dia sedih kerana tiada kawan di sebelah…huhu…
Kami ternanti-nanti pengumuman tempat ibubapa berkumpul. Rupa-rupanya, sebelum kami tiba, ibubapa telah diarahkan ke dewan sekolah mendengar taklimat. Kami terlepas taklimat di peringkat awal….Itulah akibatnya lambat sampai….:(
4 Januari 2010
Hari ini hari pertama Aiman bersekolah. Dia bersekolah sesi petang. Ayah Aiman berpesan sebelum keluar rumah baca doa, baca bismillah dan langkah kaki kanan masuk ke kawasan sekolah dan berdoa kepada Allah semoga dimudah dan dibukakan pintu hati untuk belajar.
Hari ini Alhamdulillah Aiman sudah mendapat kawan duduk di sebelahnya, nama kawan baru Aiman, Izzat. Barulah ceria sikit mukanya.
Ya Allah Ya Tuhanku, semoga Engkau kurniakan semangat untuk anakku Muhammad Aiman untuk belajar, Engkau mudahkanlah segala urusannya, Engkau bukakanlah hatinya Ya Allah. Lindungilah anakku daripada perkara-perkara yang tidak diingini. KepadaMu lah Ya Allah, hambaMu yang lemah ini mengadu dan memohon pertolongan. Amin….
Nanti saya upload video hari pertama Aiman ke sekolah ….

No comments:
Post a Comment