Sejak akhir-akhir ini, Aiman memang amat suka berkawan dengan anak jiran sebelah rumah. Mereka biasanya hanya akan berjumpa pada hujung minggu kerana hari biasa Aiman bersekolah sesi petang. Pada kami berkawan memang biasa, tetapi kali ini kami rasakan ianya sudah agak keterlaluan pula. Kali ini kami merasakan Aiman lebih mementingkan kawan daripada kami…, oh, tidak…huhu…Hinggakan jika kami ingin keluar melakukan aktiviti keluarga seperti pergi berenang dan membeli barang-barang keperluan di GIANT pun Aiman sudah tidak mahu ikut dengan alasan dia mahu bermain dengan kawan dan rela ditinggalkan. Pernah sekali, sewaktu kami keluar, hujan turun, Aiman sedih kerana sudah pasti nanti apabila pulang ke rumah, dia tidak dapat bermain bersama rakannya. Dalam dia merengek-rengek kesedihan, bagi menghentikan rengekannya, saya cadangkan kepada Aiman supaya berdoa agar hujan berhenti. Mendengar cadangan saya, barulah dia berhenti merengek. Sewaktu pulang, hujan sudah berhenti dan dia dengan bangganya memberitahu kami bahawa tadi dia telah berdoa kepada Allah supaya hujan berhenti..mmm…
Hari ini saya ada terbaca satu artikel di babycenter mengenai perkembangan kanak-kanak di usia seperti Aiman iaitu 7-8 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak biasanya akan belajar menjadi tidak terlalu bergantung kepada ibubapa (separation and independent). Rupa-rupanya, perubahan kepada Aiman adalah normal bagi kanak-kanak seusianya. Ianya adalah perkembangan menuju kepada alam dewasa. Jika di Negara Eropah, sewaktu umur begini mereka akan ajar anak-anak mereka dengan aktiviti tidur di rumah kawan (sleepover). Pada artikel berkenaan juga disarankan diajar anak untuk ditinggalkan selama beberapa hari di rumah atuk dan nenek atau pakcik/makciknya bagi memupuk sifat tidak takut apabila berpisah dengan ibubapa.
Patutlah Aiman sekarang ini macam tu. Selain suka sangat berkawan, dia pun sekarang suka buat sendiri air milo bila mahu minum, kadang-kadang suka nak tolong ibu basuh pinggan malah kuali pun dibasuhnya..huhu, masukkan kain baju yang hendak dibasuh ke dalam mesin basuh dan basuh baju tanpa disuruh…..mmm, dah belajar nak jadi dewasa rupanya anak saya ini…dalam bab tolong tu saya memang suka tapi dalam bab berkawan tu saya kurang suka…
Dalam menghadapi situasi ini, kami disiplinkan dia kalau mahu berkawan dalam masa yang ditetapkan bukannya dari pagi sampai petang. Kami rasa memang perlu hadkannya….
Ya Allah Ya Tuhanku…Engkau berikanlah kami petunjuk untuk mendidik anak-anak kami menjadi anak-anak yang soleh dan solehah…Amin…

No comments:
Post a Comment