Tuesday, October 26, 2010

Saya diuji lagi - Ovarian cyst

Alhamdulillah saya selamat menjalani pembedahan laparoscopic cystectomy baru-baru ini tanpa sebarang komplikasi. Syukur ke hadrat Ilahi dan terima kasih di atas semua doa daripada suami, ibu ayah saya , saudara mara dan rakan-rakan yang mendoakan kejayaan pembedahan ini. Laporan ujikaji tisu cyst juga telah saya terima dan alhamdulillah sekali lagi dipanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana cyst saya buka sejenis kanser ianya sejenis teratoma, syukur pada-Mu Ya Allah kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Berkuasa di atas segala-galanya.

Mengimbau kembali ketika saya diberitahu terdapat cyst di ovari sebelah kiri saya baru-baru ini. Saya sebenarnya agak terkejut kerana tiba-tiba dimaklumkan terdapat cyst yang agak besar bersaiz 4x3 cm pada ovari sebelah kiri saya. Sebelum itu saya kerap menjalani ultrasound sewaktu mengalami pendarahan sebelum keguguran tempohari namun di waktu itu tiada sebarang cyst yang kelihatan. Di samping itu juga saya tidak pernah mengalami sengugut atau pendarahan yang melampau sejak saya akil baligh sehingga sekarang. Cyst ini langsung tidak memberi sebarang simptom. Sewaktu dimaklumkan saya seolah-olah bermimpi. Bukannya saya tidak percaya dan redha di atas ujian ini namun kehadirannya yang terlalu cepat membuatkan diri saya terfikir adakah ianya perkara yang paling menakutkan iaitu kanser…Nauzubillah…namun dengan ilmu perubatan yang saya ada memang agak menakutkan kerana pengesananan yang secara tiba-tiba. Kata-kata perangsang dan nasihat suami menenangkan hati saya. Allah sebenarnya sayangkan saya kerana diberikan ujian ini supaya saya sabar menghadapinya. Dengan sifat sabar dan redha saya akan mendapat ganjaran, Insya-Allah. Di samping itu juga cyst ini dapat dikesan sebelum berlaku komplikasi yang memungkinkan salah satu ovari saya terpaksa dibuang. Ya Allah aku hamba-Mu yang hina ini bersyukur ke hadrat-Mu Ya Allah.

Setelah dua minggu selepas pembedahan, saya telah sihat untuk kembali bertugas seperti biasa. Ini kerana pada zaman kini, pembedahan laparoscopic dapat dijalankan berbanding pembedahan biasa pada zaman dahulu. Pembedahan laparoscopic ialah satu pembedahan menggunakan tangan robot untuk membantu para doctor menjalankan pembedahan. Oleh itu luka di bahagian perut hanya berukuran lebih kurang 1cm sebanyak 3 lubang ditebuk pada bahagian perut. Dengan luka yang lebih sedikit pada bahagian perut maka proses penyembuhan adalah lebih cepat.


Sedikit info mengenai ovarian cyst

1. Ovarian cyst ialah pembengkakan cecair yang berlaku pada salah satu telur (ovum) di kilang telur (ovari).

2. Ovarian cyst memang boleh terjadi di kalangan wanita pada peringkat umur reproduktif (umur sewaktu wanita subur dan boleh melahirkan anak). Ini kerana bagi wanita yang subur, pada setiap bulan ovari akan menerima rangsangan daripada hormon untuk mengeluarkan satu telur (ovum). Ovum ini akan keluar dan jika tidak disenyawakan ianya akan mati dan wanita akan mengalami haid selepas itu dengan perubahan hormon yang berlaku juga.

3. Antara jenis ovarian cyst:

a. Dermoid cyst/teratoma (seperti yang dialami oleh saya)
Cyst ini tidak akan mengganggu kitaran haid. Pesakit biasanya tidak akan merasa senggugut dengan kehadiran cyst ini. Cyst ini akan terus membesar jika tidak dibuang melalui kaedah pembedahan. Kandungan di dalam cyst ini boleh terdiri daripada sel-sel lemak, sel-sel rambut dan juga sel-sel gigi, sel-sel tulang dan sel-sel rawan. Apabila cyst ini membesar risiko untuk cyst ini terpusing (twisted ovarian cyst) dan juga terpecah (ruptured) adalah tinggi. Jika ovari terpusing atau pecah maka ovari perlu dibuang kerana ovari telah mati disebabkan gangguan bekalan darah ke ovari tersebut.

b. Functional cyst
Cyst ini boleh terbentuk apabila ovulasi tidak berlaku dan ovum yang sepatutnya keluar tiba-tiba mati. Kebiasaannya cyst ini akan boleh hilang dengan sendiri (regress) selepas beberapa bulan.

c. Endometrial cyst
Pada cyst ini terdapat tisu-tisu rahim (uterus) di dalam cyst ini. Oleh itu, pesakit berkemungkinan tinggi akan merasa senggugut setiap kali datang haid dan cyst ini kemungkinan juga akan mengganggu kesuburan wanita.

d. Corpus luteum cyst
Cyst ini terbentuk semasa wanita hamil. Cyst ini akan membantu bayi dengan kehadiran hormon-hormon yang tertentu pada peringkat awal kehamilan agar bayi tidak gugur.

6 comments:

syanashwa said...

salam ibuaiman,
terima kasih atas nasihat di blog saya..
syukur ke hadrat Ilahi atas kekuatan yg Diberi dan pertolongan Allah buat ibuaiman sepnjg mnjalani ujian tu.. alhamdulillah..
patut la lama menyepi..
sy masih ingat pngalaman sndiri brhadapan ruptured endometriocyst.. semasa saya msih belajar di tahun 4.. nk exam pulak tu..!! and mine was symptomless jugak!! tiba2 je acute pain sampai lah atas table baru tau it's not apendicitis! pngalamn tu mnyebabkan saya ada 2 parut pjg! time tu takdak lagi scope agaknye.. laparotomy la jawabnye.. sekrg tinggal kenangan..
semoga kita Dkurniakan jiwa yg kental dan taqwa dengan setiap ujian yg Diberi.. :)

err.. pasal prcutian di oz tu sy belum jumpa 'mood' utk bercerita.. dialu-alukan ibuaiman bertnya apa2 yg brkaitan ye.. :)

Anonymous said...

Alhamdulillah ur ok...

ibuaiman said...

salam nashwa dan mamamiya atas kunjungan kalian ke blog saya..:)...alhamdulillah saya sudah sihat sekarang...syukur...perkara yang paling saya risau dan juga ibu-ibu yang lain juga saya rasa kalau kita tidak sihat, macamana dengan anak-anak kita nanti...alhamdulillah saya masih diberikan nikmat untuk bersama anak-anak dan suami dan mendengar celoteh mereka hingga hari ini...:)

nashwa, pasal percutian tu, take ur time, kalau ada rezeki pun mgkn bbrp thn lagi kot kami nak gi jln2 ke australia...:)...saje nak tanya kos hotel, makan kat sana camne, roughly brp RM kn ada...kalau lapang dan klu nashwa dah sihat blh citer...tq

Unknown said...

Terima kasih ibuaiman atas perkongsian

http://legasikekja.blogspot.my/2017/08/ovarian-cyst-belenggu-ibu-hamil.html?m=1

Anonymous said...

Salam puan.saya nak bertanya saya bru berunur 17 tahun dan pada bulan julai yg lalu saya telah menajalani sama spt puan iaitu laparoscopic.saya menghadapi masalah haid yg tidak teratur sejak sblom saya dapatai saya ada cyst lagi.jadi saya nak minta pendapat puan.apa sebenanrnya faktor saya tak dtg haid ye?
Terima kasih atas perkongsian puan

Eita Pengedar Vivix Shaklee said...

Tq sis atas perkongsiannya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...