Tuesday, November 23, 2010

Panduan asas pengambilan ubat semasa mengandung




Pengambilan ubat semasa mengandung terutama semasa 3 bulan pertama seharusnya dielakkan oleh ibu-ibu mengandung kerana sewaktu 3 bulan pertama janin dalam proses membesar dan menghasilkan organ-organ penting di dalam badan mereka. Namun masih terdapat ubat yang selamat diambil oleh ibu-ibu walaupun semasa 3 bulan pertama mengandung. Bagi merungkai persoalan ibu-ibu mengandung, di sini terdapat panduan apakah ubat yang boleh dan tidak boleh diambil semasa mengandung bagi sakit-sakit yang biasa dialami.

1. Jika demam atau sakit-sakit badan:

Ubat yang selamat dimakan adalah paracetamol (PCM)

Elakkan mengambil ponstan dan ubat tahan sakit yang lain seperti voltaren

Jika demam perpanjangan melebihi 3 hari segera berjumpa dengan doktor berdekatan untuk pemeriksaan lebih lanjut.

2. Jika selsema:

Elakkan mengambil semua jenis ubat selsema seperti actifed, piriton

Apa yang boleh dilakukan oleh ibu-ibu mengandung adalah mengambil vitamin C dan makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran dan banyakkan minum air suam.

3. Jika batuk

Elakkan minum semua jenis ubat batuk

4. Jika cirit-birit

Elakkan mengambil ubat cirit birit (lomotil) dan ubat sakit perut yang memulas akibat cirit birit (buscopan)

Ibu-ibu boleh mengambil ubat garam (ORS-oral rehydration salt) untuk menggantikan garam galian yang hilang daripada badan dan pastikan banyak minum air suam.

Antibiotik selamat?

Terdapat antibiotik yang selamat digunakan semasa mengandung. Di sini saya senaraikan antibiotik yang biasa diberikan oleh doktor-doktor di Malaysia untuk jangkitan yang pelbagai dan ianya selamat digunakan semasa mengandung

-amoxycillin
-erythromycin
-augmentin
-cephalexin

Semoga panduan asas ini membantu anda menentukan ubat yang selamat semasa mengandung. Paling penting jaga kesihatan anda semasa mengandung. Elakkan mengunjungi tempat-tempat kunjungan orang ramai bagi mengelakkan terkena jangkitan terutamanya selsema dan batuk (jangkitan salur pernafasan atas-upper respiratory tract infection) kerana semasa mengandung imuniti ibu-ibu sedikit lemah dengan kehadiran bayi di dalam kandungan. Bagi mengelakkan jangkitan kuman pada salur kencing pula, elakkan menahan diri daripada buang air kecil dan minum banyak air. Semoga anda dan bayi anda sihat dalam proses mengandung, jangan lupa banyak berdoa dan berserah diri kepada Yang Maha Esa, Insya-Allah dimudahkan.

Semoga jumpa lagi.

45 comments:

Anonymous said...

I'm not sure on how is the practice in Msia, but kat Australia ni my GP dok pesan b4 amik any ubat tanye betul2 kat pharmacist tu if ubat tu is in "category A" which is safe for pregnancy. never pandai2 amik ubat tanpa consult pharmacist katanya.

ibuaiman said...

Mamamiya, kat Malaysia, belum ada practice jumpa GP dan amik ubat ngan farmasi. Semua ubat GP yang bagi klu jumpa GP. Dan kalau pergi farmasi boleh beli macam itu sahaja. Lagi satu, belum ada kesedaran yang luas di kalangan rakyat Malaysia untuk ambil tahu semua nama ubat yang mereka ambil, yang mereka tahu ubat demam, ubat batuk, ubat sakit perut tapi nama spesifik tak tahu. Memang agak sukar kalau patient datang jumpa doktor dan mereka tak tahu nama spesifik ubat yang mereka ambil. Budaya mengambil tahu ini bagus diterapkan untuk kita semua generasi baru dan didik anak-anak kita nanti untuk generasi akan datang.

Ida Iar said...

salam..tumpang tanya,klu time pregnant terkena vaginal discharge yg agak teruk,biasanya doc akan bg ubat yg mcmne yer?

ibuaiman said...

Ida, sblm ida mengambil sebarang ubat dinasihatkan berjumpa dr untuk mengambil spesimen iaitu high vaginal swab. Apabila sudah confirm jangkitan fungus, dr alan memberi rawatan clotrimazole cream dan clotrimazole pessary. Jika jangkitan kuman,dr akan memberikan antibiotics.

Acai Nailufar said...

Salam..saya hamil 5 minggu dan mengalami cirit birit.Doktor bagi saya ubat ORS, Dhamotil, charcoal..untuk 2 hari.Adakah ini membahayakan kandungan saya?

ibuaiman said...

Salam Acai,

Kemungkinan nama asal Dhamotil itu adalah Lomotil. Dhamotil adalah nama jenama. Jadi, saya menasihatkan saudari agar tidak mengambil Lomotil. ORS dan Charcoal boleh diteruskan kerana ianya tidak merbahayakan kandungan. Banyakkan meminum air masak untuk mengelakkan dehidrasi.Jika cirit-birit bertambah teruk dari hari ke hari, anda harus ke hospital (bukan ke klinik biasa) untuk melakukan ujikaji najis jika terdapat kuman yang berbahaya yang menyebabkan cirit birit dan memerlukan antibiotik. Jangan lupa juga sentiasa berdoa kepada Allah untuk menyembuhkan cirit-birit nada.

Semoga dapat membantu...:)

Anonymous said...

nk tanye mmg xboleh ke makan ubat batuk ketika di awal kandungan..?klu batuk tu memang teruk mcmane..?lagi satu klu batuk ad x kompilikasi terhadap kandungan..mcm gugur ke..?

ibuaiman said...

Assalamualaikum,

Salam,
Mengikut perubatan mmg di awal mengandung dielakkan mengambil ubat-ubatan kerana dibimbangi akan menjejaskan janin dalam kandungan. Jika terlampau teruk, dinasihatkan berjumpa doktor/doktor pakar kerana mungkin masalah kesihatan lain.

Batuk tidak akan menyebabkan keguguran.

Diharapkan jawapan dapat membantu puan...

Wallahua'lam

Anonymous said...

salam...
Saya merupakan seorang ibu yang mengandung 7 bulan. Baru-baru ini saya telah mengalami demam, batuk yg teruk dan selsema. Saya ada berjumpa dengan doktor dan doktor telah memberikan ubat. Bekalan ubat yang diberikan oleh doktor hampir kehabisan ttp penyakit yg saya alami blum sembuh. Jadi saya ada menggunakan alternatif lain untuk menghilangkan demam, batuk n selsema dengan meminum air cap badak yg bertujuan untuk menyejukkan badan. Adakah selamat air itu diminum oleh ibu yg hamil?

sue_suriani said...

Slm...sy skrg hamil 13 mggu..sy kerap demam mlm..jika xthn sgt br sy mkn panadol..adakah x mmudaratkan kandungan..mcm mana kita nk knl jenis ubat A ke C ke X..

ibuaiman said...

Salam Sue,

Saya nasihatkan Sue menjalankan pemeriksaan susulan kenapa Sue kerap demam malam, adakah disebabkan jangkitan bakteria, viral atau ada sebab-sebab yang lain. Jenis ubat A adalah ubat yang mahal harganya dan biasanya di hospital kerajaan hanya pakar yang dapat memberikan ubat jenis ini.

Rere said...

salam..

saya baru hamil 4 bulan.. baru baru ni saya mengalami batuk selsema yang teruk.. saya ada berjumpa dengan doktor dan doktor telah memberi ubat selsama dan ubat batuk.. bekalan ubat-ubat tu saya telah makan sampai habis adakan ia kan memudaratkan kandungan saya???

ibuaiman said...

W'slm Rere...

Untuk pengetahuan Rere, proses pertumbuhan janin yang paling kritikal adalah dalam tempoh mula mengandung hingga ke 12 minggu...pada tempoh tersebut, semua anggota fizikal badan akan terbentuk...bagi perkembangan sistem saraf (mental development) ia akan berterusan hingga bayi dilahirkan...saya berharap agar Puan Rere jgn terlalu risau...jika Puan Rere stress juga boleh mengganggu perkembangan bayi dalam kandungan...banyakkan pergantungan kepada Allah sewaktu dalam proses mengandung ini kerana hanya Allah yang Maha Berkuasa di atas segala-galanya...Doakan yang terbaik untuk anak dalam kandungan Puan Rere...Insya-Allah segalanya akan baik belaka....Dan jika batuk Puan masih perpanjangan, saya nasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut daripada doktor...

Wallahua'lam...

niza said...

hi..saye baru tau saye da mengandung..kandungan nk msuk 6 minggu..saye mengalami batok yg truk n doc bg saye lozenges n ubat batuk 'Iridin Linctus' yg mengandungi pholcodine..sye da mkn 3 bji lozenges n 16ml ubat batuk for the last 24hrs..doc ckp ok klu sye amik tu waktu mengandung..saye da start risau bl bce post puan ni..mcm mane dgn kandungan saye ye..sblm ni saye pnh mengalami keguguran..

ibuaiman said...

Salam Niza,

Saya tidak mempunyai pengetahuan yg byk mengenai ubat yg puan makan, namun ini jawapan daripada website netdr..puan boleh baca sbg panduan...namun, disbbkn puan sudah mkn ubat berkenaan, bykkan berdoa kpd Allah supaya tidak akan apa2 berlaku kepada kandungan puan...Amin..stress juga boleh mengganggu pertumbuhan janin...jadi jgn stress, bykkan berlapang dada dan serahkan sepenuhnya kpd yang paling Berkuasa...

Ini jwpn dr netdr...

Certain medicines should not be used during pregnancy or breastfeeding. However, other medicines may be safely used in pregnancy or breastfeeding providing the benefits to the mother outweigh the risks to the unborn baby. Always inform your doctor if you are pregnant or planning a pregnancy, before using any medicine.

The safety of this medicine for use during pregnancy has not been established. It should only be used during pregnancy on the advice of a doctor and only if the benefits to the mother outweigh any potential risks to the developing baby.
This medicine passes into breast milk. If you are breastfeeding you should only use this medicine on the advice of a doctor and only if the potential benefits outweigh any possible risks to the nursing infant.


Wallahua'lam....

Anonymous said...

Adakah kencing kotor boleh menyebabkan demam dan apakah risiko cyst bartholene pada ibu hamil. Saya hamil 18 minggu dan ada dua masalh di atas. Sekarang saya sedang demam, bisa badan, sakit abdomen terutama bhg cyst dan sakit pinggang. Saya cumada dpt ubat amoxicilin dan thn muntah bila jumpa.dr smlm. Saya belum buat kad mengandung lg dan ini kehamilan ke 5. Umur saya 41 thn dan last bersalin umur 35 tahun. Anak sblm ni tak bermasalah kecuali no 2 dpt billateral cleft lip and palate. Harap dpt bg tips / advice. Tqvm

ibuaiman said...

Salam Anonymous,

Harap dapat bersabar dgn ujian sakit yang diberikan oleh Allah. Untuk pengetahuan puan, bartholin cyst abscess boleh menyebabkan demam. Bagi rawatan Bartholin Cyst, ia mestilah dibuat I&D (incisional and drainage) iaitu melakukan pembedahan kecil bagi mengeluarkan nanah yang terkandung di dalam Bartholin cyst tersebut. Ianya tidak cukup dengan memakan antibiotic sahaja. Saya nasihatkan puan berjumpa dengan Pakar Sakit Puan bagi menyelesaikan masalah puan ini...Saya nasihatkan juga agar cepat membuat kad antenatal kerana sudah masuk minggu ke-18...

Semoga jawapan saya dapat membantu Puan...

Wallahua'lam....

Anonymous said...

Aslmkm, saya dah jumpa pakar, pada minggu ke 5 tapi saya tak mahu buat I& D lagi sbb bimbang nak makan antibiotik. Saya bertahan hingga skrg dan masa saya jumpa pakar isnin lepas dia bgtau boleh tangguh lagi. Saya nak tau adakah cyst barholene ni boleh membesar dan mengecut tanpa memakan ubat dan bolehkah ianya terpecah sendiri mcm bisul biasa. Saya pernah buat I&D tahun 2010 lalu dan kali ini cyst terjadi semula. Saya jumpa pakar O&G dan tanya bila saya perlu buat check up detail. Dia bgtau tunggu 6 bulan. Hairan juga saya. Setiap kali jumpa pakar hanya scan shj. Perlukah scan detail ? Saya risau jika nampak sesuatu yang abnormal pada janin akan menyebabkan tension semasa mengandung. Baru2 ni saya scan 3d tapi janin tak nak tunjuk muka. Kedudukan muka mengadap uri. Bukan apa saya dah ada pengalaman dpt anak sumbing.

Anonymous said...

Salam. Jika batuk bolehkan ibu hamil ambil ubat batuk homoepati?

Anonymous said...

salam..sy cirit birit..dah 2 hari..xtahan dah rase...sampai nangis risau kt baby..huhu..kandungan nk masuk 17 weeks..td jmp dc die bg ORS..tp xthu brp kali blh minum shari ek??tkut nk minum kerap..huhu

Anonymous said...

salam,sy sekarang hamil 6minggu tp demam.dah pergi jumpe doc n inform doc ttg kehamilan sy.doc bg ubat antibiotik(amoxicillin),ubt demam(actimax),thn muntah(votmine),sesema(horamine)& ubt batuk.adekah ubt2 tu selamt utk sy dan janin??sebab sy da mkn ubt antibiotik 5bji,ubt munth 1bji,dmam 1bji dan ubt batuk 3x.

Unknown said...

Mekom..sy mengandung 2 bulan,blh ke mengandung mkn ubt antibiotik?xde effct ke pd baby?

olive said...

as salam..sy mengandung 5bln..boleh ke mkn antibiotik bacampicilin?adakah selamat kpd kandungan saya?

Anonymous said...

Salam,sya pregnant dh msuk 8blan then trkena plak gtal2 kt vaginal mnurut my mom trkna jngkitan kulat..boleh ke sya gna cotren vaginal tblet(clotrimazole vaginal tablets 500 mg)..adkah slmat sya gna?

Anonymous said...

slm....velocin (pil mrning sickness) boleh x diambil?? sy hamil 6 minggu...

Unknown said...

salam, saya telah hamil 9mggu, sy mengalami batuk, sy telah pon berjumpa doktor dan dia berikan saya ubat batuk (hospital punya,rasenya memang tak sedap) dan x tau lah ape jenamanya, sebab x tulis, soalan saya, adakah selamat diminum?

Unknown said...

salam, saya hamil 9mggu, dan saya alami batuk, jadi saya pergi ke hospital dia berikan sy ubat batuk (yang tak sedap tu) jadi, soalan saya adakah selamat untuk diminum?

Unknown said...

Asalam..sy hamil 5 bln..sy mngalami skt pd tlnga dan dktr memberikan antibiotik amoxyilin..adakah ia akn memudaratkn kndgn sy?

Unknown said...

salam....sy mengandung 7bln lbh sekarang...saya dah 5hari sakit gigi..dentist just kasi sy paracetamol n antibiotik amoxilin.malangnya sakit ini berterusan.tiada sebarang cara untuk saya dapatkan rawatan untuk menghilangkan sakit gigi saya ini ke?

Unknown said...

salam...saya nk tnye saya bgkak gusi sbb bru nk tumbuh gigi bgsu.. saya p clnc doc bg antibiotik amoxcycllin.. x de effct ke kt bby lm kdgn saye? kdgn da msk 5bln... ade kwn gtau ank die ggi jd rsak sbb pngmbln antibiotik smsa prgnt..

EZ MONEY@FLB PRO said...

Salam.. Tolong bantu saya.. Sy hamil 5 bulan dan mengalami cirit birit.. Ubat da mkan, ors da mnum.. Tapi perut rase tegang dan keras.. Perlu ke saya ke hospital untuk rawatan lanjut? :'(

Anonymous said...

info yg bermanfaat,,, ini ada 6 hal utama penyebab ibu hamil keguguran,, bisa dibuka di http://udoctor.co.id/tips-gaya-hidup-sehat/6-hal-utama-penyebab-keguguran-ibu-hamil--read-142.html

Sungai Kuali Camp Site said...

Assalam ibu aiman, baru kejap td sy ke klinik jumpa doktor sebab demam, sakit2 badan n selsema.. 2 kali jgk sy tanye ubat yg d beri sesuai ke utk preggy..dia ckp ubat dia bg mmg sesuai.. sy tawakkal pd Allah ni.. niat utk sihat.. harap x mgganggu kandungan ni.. tgk nama2 ubat yg ibu aiman share td pun xde seperti yg sy dpt.. nama ubat yg dpt td fepril utk sakit badan, z mox 250 utk antibiotik dan cetirizen utk selsema.. yg pil batuk sy xmkn sbb xthu nama ubat..

Unknown said...

Salam,sy baru beberapa minggu hamil. Batuk da 3 minggu,jumpa doktor,doktor bg ubat batuk. Tapi saya ada bgtau yg sy pregnant,doktor ckp xpe. Skrg sy da risau,sbb officemate ckp sbrg ubt batuk x boleh makan semasa hamil. Mcm mana ye?

Unknown said...

Ubat selsema bernama zyrtec generic (adezio) adakah sepmt dimkn oleh ibu2 mengandung?

Unknown said...

Ubat selsema bernama zyrtec generic (adezio) adakah sepmt dimkn oleh ibu2 mengandung?

Unknown said...

Sy hamil 11minggu dan pertama kali menghidap kencing kotor. Doktor berikan sy antibiotik Xylid 250mg. Adakah ia selamat.? Menurut bacaan sy, tidak boleh mengambil antibiotik jika kandungan kurang dari 15minggu. Mohon pencerahan.

Unknown said...

Sy hamil 11minggu dan pertama kali menghidap kencing kotor. Doktor berikan sy antibiotik Xylid 250mg. Adakah ia selamat.? Menurut bacaan sy, tidak boleh mengambil antibiotik jika kandungan kurang dari 15minggu. Mohon pencerahan.

Unknown said...

good info...now having running nose yang sangat teruk...malam tadi amik panadol bab xtahan sangat dah..pagi ni nk kena g cari vit C bab dah abis stok..vitalea mmg dah makan...nk kena tambah nutriferon la ni...

Unknown said...

good info...now having running nose yang sangat teruk...malam tadi amik panadol bab xtahan sangat dah..pagi ni nk kena g cari vit C bab dah abis stok..vitalea mmg dah makan...nk kena tambah nutriferon la ni...

nurfatinrahmat said...

Panadol selamat dimakan ibu hamil

Adams said...

Hey tony! Nama saya Julia, terima kasih atas ketenangan maklumat yang anda bagikan mengenai Dr. Iyabiye mengenai penyembuhan hepatitis, dia dalam keberkahan saya menghubungi dia dan saya sembuh selepas memohon rawatannya. Beliau menghantar saya ubat melalui khidmat kurier DHL yang mudah untuk saya dapatkan dan mengambil ubat selama 4 minggu dan saya pergi ke hospital selepas itu untuk ujian dan negatif. Saya datang ke sini untuk memberitahu anda bahawa anda betul-betul di mana-mana ubatnya, semuanya baik dengan saya sekarang. Terima kasih banyak - banyak. Hanya sekiranya ada sesiapa di luar sana yang ingin menghubunginya, di sini adalah kenalannya: iyabiyehealinghome@gmail.com Panggilan / Whatsapp: +2348072229413

MS NAI said...

Tidak jika doktor sendiri yang bagi puan ubat.

Unknown said...

Tumpang tanya kalau keguguran awal kehamilan ada kah perlu jumpa doktor😊

Unknown said...

Semasa mengandung boleh kaa ambil air cap badak ... kandungan masih awal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...