Thursday, March 24, 2011

Info Mengenai Mengandung Luar Rahim (Ectopic Pregnancy)



Saya diminta menulis info mengenai ectopic pregnancy atau mengandung luar rahim oleh Zi. Insya-Allah saya akan memberikan sedikit maklumat yang penting mengenai mengandung luar rahim kepada anda semua. Semoga anda mendapat manfaat. Pengalaman bertugas di Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur banyak mengajar saya untuk cepat dan tepat membuat diagnosis kejadian mengandung luar rahim ini. Ini merupakan diagnosis pertama yang harus ada dalam senarai seorang doktor jika seorang wanita muda dan dalam usia subur datang mengadu sakit perut. Satu peristiwa yang tidak pernah saya lupa walaupun ia telah berlalu hampir 6 tahun yang lalu iaitu pesakit saya yang pekak dan bisu (si suami pun juga pekak dan bisu) mengadu sakit perut dan muntah. Saya memang tidak belajar bahasa isyarat. Apabila bertanya di manakah tempat sakit, dia menunjukkan di bahagian ulu hati. Jadi, pada awalnya saya menyangka sakit perutnya disebabkan gastrik, setelah diberikan injection ranitide, sakitnya tetap tidak berkurangan, rupa-rupanya sakit perut si isteri disebabkan mengandung luar rahim. Alhamdulillah Allah membantu saya dan beliau. Si isteri dapat diselamatkan melalui pembedahan kecemasan.

Apakah dia mengandung luar rahim?

Sebagaimana namanya mengandung luar rahim, bermakna embrio yang sepatutnya menempel di dinding rahim tidak berada di dalam rahim tetapi berada di tempat lain iaitu tiub fallopian (tiub rahim) paling banyak kes atau ovari (kilang telur) atau boleh juga berada di dalam perut (amat jarang). Keadaan ini berlaku kerana kegagalan embrio untuk bergerak melalui tiub ke dinding uterus. Ini boleh berlaku akibat tiub yang tersumbat disebabkan banyak perkara antaranya jangkitan kuman pada tiub, kehadiran parut (scar) pada tiub disebabkan pembedahan yang lepas. Kehadiran IUCD pada rahim juga boleh menghalang penempelan embrio pada dinding rahim. Merokok juga dikatakan punca mengandung luar rahim. Bagi wanita yang telah mengikat salur fallopion mereka juga, mengandung luar rahim juga boleh berlaku.

Apakah mengandung luar rahim ini biasa berlaku kepada mana-mana wanita?

Untuk pengetahuan anda, bagi kalangan wanita muda dalam usia yang subur (reproductive age), mengandung luar rahim merupakan diagnosis pertama yang harus ada di dalam fikiran semua doktor apabila seorang wanita muda datang mengadu mengalami sakit perut yang teramat sangat. Ini kerana jika mereka salah membuat diagnosis, keadaan ini boleh mengundang kematian. Oleh itu, anda jangan berasa marah kepada doktor jika anda mengalami sakit perut tetapi anda belum berkahwin, doktor tetap bertanyakan bila tarikh akhir haid anda dan adakah anda pernah melakukan hubungan dengan mana-mana lelaki. Semasa bertugas di Jabatan Kecemasan dahulu, ada kes dimana mereka menipu mengenai tarikh akhir haid dan menafikan hubungan dengan lelaki (samada mereka masih bujang atau ibu tunggal), namun disebabkan rasa prihatin doktor yang mahu menyelamatkan nyawa pesakit, pemeriksaan air kencing akan dilakukan dahulu untuk mengesahkan pesakit mengandung dan jika ianya positif , maka doktor selanjutnya akan menjalankan pemeriksaan ultrasound dan mendapati ianya kandungan luar rahim. Pesakit tidak menyedari sebenarnya jika mereka berbohong, mereka membahayakan diri mereka sendiri.
Tanda-tanda awal mengandung luar rahim

1. Anda tidak datang haid sebagaimana biasa (miss period) atau anda memang telah menyedari anda telah mengandung melalui ujian air kencing yang dilakukan.

2. Pada peringkat awal, anda mungkin akan mengalami tanda-tanda seperti wanita mengandung lain seperti loya dan mual.

3. Ada akan berasa sakit perut samada di sebelah kanan atau kiri. Kebiasaannya bagi orang lelaki, jika sakit perut pada bahagian kanan bawah (right iliac fossa), diagnosis utama adalah appendicitis tapi bagi perempuan muda dan dalam usia subur, diagnosis pertama adalah mengandung luar rahim. Pada mulanya sakit perut tersebut mungkin tidak berapa teruk tetapi apabila tiub fallopian pecah, maka akan akan mengalami sakit perut yang teramat sangat dan sakit perut ini akan merebak ke seluruh perut. Kebiasaannya tanda-tanda ini akan berlaku pada minggu ke-5 atau ke-6 mengandung kerana embrio sudah tidak dapat membesar di dalam tiub dan ia akan pecah.

4. Anda mungkin akan mengalami pendarahan yang sedikit melalui vagina sebab embrio telah tidak dapat membesar.


PERINGATAN: Anda harus SEGERA ke hospital apabila terdapat tanda-tanda berikut ada iaitu SAKIT PERUT DI BAHAGIAN KIRI ATAU KANAN PERUT DAN ANDA SEDANG MENGANDUNG MINGGU KE-4 ATAU KE-5 / HAID ANDA LAMBAT SELAMA 1-2 MINGGU.

Apakah rawatan untuk kes mengandung luar rahim

Kebiasaannya doktor akan melakukan pembedahan semada secara laparoscopic (guna alat robotic dan hanya tebukan kecil diperut, untuk kes yang belum pecah) atau laparotomy (pembedahan perut secara classic, untuk kes yang telah terpecah) untuk membuang kandungan luar rahim ini bagi menyelamatkan hanya ibu.

Apakah yang boleh menyebabkan kematian ibu

Bagi kes mengandung luar rahim yang tidak dikesan pada peringkat awal, ibu boleh meninggal disebabkan pendarahan dalaman.

Berita gembira untuk semua

Alhamdulillah dengan teknologi pada zaman kini, terdapat ultrasound yang dapat digunakan untuk mengenalpasti kejadian mengandung luar rahim. Kebanyakan hospital kerajaan yang berpakar dan mempunyai pakar perubatan kecemasan mempunyai alat ini di jabatan kecemasan masing-masing. Dengan kecanggihan teknologi masa kini, kejadian ibu mengandung meninggal disebabkan kes mengandung luar rahim telah dapat dikurangkan.

Semoga info di atas bermanafaat untuk anda semua...:)

Wallahua’lam

97 comments:

Anonymous said...

bermakna kandungan berkenaan memang tidak dapat diselamatkan ke?

ibuaiman said...

Salam Ano...

Memang jika kandungan di luar rahim, kandungan tersebut tidak dapat diselamatkan....Menyelamatkan nyawa ibu adalah lebih diperlukan...

Anonymous said...

salam
saya ingin bertanya,saya telah lambat datang haid sepatutnya 12hb.dalam masa seminggu ini saya mangalami tanda2 seperti nak datang haid,sakit pinggang,breast sakit,tapi bila saya membuat ujian kehamilan ,sah saya hamil..tapi mengapa saya sakit pinggang,n rasa tak selesa di bawah perot.adakah saya hamil luar rahim..

ibuaiman said...

Salam ano....
Jika sakit perut anda bertambah teruk, saya nasihatkan anda pergi berjumpa dengan doctor untuk pemeriksaan lebih lanjut.

Anonymous said...

Salam....nama saya white....
saya salah seorg insan yg terpilih utk menerima ujian yg begitu hebat dr Allah SWT....tiub sebelah kanan saya xdpt nk d selamat kn sbb dah pecah & berair....hanya 1 hari saja sy dpt merasai kegembiraan +ve pregnant...tp keesokannya saya mendapat berita sedih yg tiub n embrio saya terpaksa d buang sbb dah berlaku pendarahan dalaman n air pun dah penuh.....sekarang saya masih lg berpantang...saya berpantang mcm org bersalin normal@operation iaitu selama 44 hari..... disini saya ingin tanya pd puan...selepas saya abis pantang bole ker klu saya nak mkn supplement seperti NUTRILITE Nutri Fibre, NUTRILITE Concentrated Fruits & Vegetables,
NUTRILITE Natural B Complex, NUTRILITE Calcium Magnesium, NUTRILITE Lecithin-E, NUTRILITE Bio C Plus, NUTRILITE Garlic & Licorice.....dan pertambahan minuman iaitu cocoa collagen....saya takut klu ada apa2 effect sbb saya cuma tinggal satu tiub saja utk pregnant...bole puan bg nasihat atau cadangan???...sbb ni pertama kali blaku dlm keluarga saya n husband.....saya dah kahwin selama 1thn 8bln...terima kasih atas bantuan puan

ibuaiman said...

Salam White....
Semoga tabah dan redha atas ketentuan Ilahi....

Untuk makluman white, bagi para doctor, mengambil supplement adalah tidak diperlukan. Segala nutrient seperti vitamin yang diperlukan boleh didapati daripada me Akan makanan yang sihat seperti banyakkan pengambilan sayur dan buah-buahan setiap hari. Mengikut panduan pengambilan makanan yang terkini disyorkan sayur/buah 1/4 daripada saiz makanan yang kita ambil setiap hari.

Namun, bagi white, jika merancang untuk hamil, disyorkan pengambilan t.folate 3 bulan sebelum mengandung.

Semoga jawapan ini dapat membantu.

Wallahua'lam.

Anonymous said...

Salam Pn. ibuaiman,

kurang faham dgn jawapan yg puan bg ni :-
Untuk makluman white, bagi para doctor, mengambil supplement adalah tidak diperlukan. Segala nutrient seperti vitamin yang diperlukan boleh didapati daripada me Akan makanan yang sihat seperti banyakkan pengambilan sayur dan buah-buahan setiap hari.

maksud puan vitamin tu bole didapati drpd Mee ker???...

terima kasih d atas nasihat yg puan berikan....sy sgt2 hargainya...

ibuaiman said...

Salam white...
Vitamin boleh didapati dgn memakan sayur dan buah2an. Mengikut kajian pengambilan supplement tidak diperlukan. Apa yang disyorkan adalah mengambil sayur dan buah2an 1/4 daripada setiap hidangan iaitu 1/4 daripada pinggan kita adalah terdiri daripada buah dan sayur...bagi pemahaman lanjut, puan white blh bc entry terbaru saya, saya linkkan dgn maklumat yang diperlukan.

Wallahua'lam

ibuaiman said...

Bukan mee, kesilapan taip. saya menggunakan iPad,iPad secara automatik btlkan ejaan kpd English, kesilapan itu tidak disedari oleh saya.

Anonymous said...

As salam doktor....

saya mengalami masalah tiub dibuang sebelah disebabkan ektopik...soalan saya 1)saya keliru tiub mana yang buang adakah tiub pada bahagiann perut ditebuk...kerana parut tebuk saya sebelah kiri...tp doktor kata tiub dibuang sebelah kanan.... 2)apa saya perlu buat untuk menganung kali kedua kerana kitaran haid sy antara 37-40 hari dari pembacaan saya kalau melebihi 35 hari adalah tidak normal....dan saya mencatatkan suhu asas setiap pagi..dan dapati ovuluate CD24...adakah normal late ovulation...sy betul2 teringin menimang bb dan fikiran asyik fikirkan masalah ni...terima kasih doktor

Anonymous said...

salam doktor.. my wife bru aje melakukan pembedahan sebab mengandung luar rahim, dokor scan "baby" terletak dihujung telur, ada mcm pendarahan yg berkeluasan 20mm..doktor ckp kalau biasa dlm 2mm aje.. nie dah lebih.. jdi operation buang sedikit telur dlm suku. agaknya ada peluang untuk mendapat zuriat pada lain kali.. terima kasih doktor dari suami prihatin segamat

ibuaiman said...

Salam Anonymous...

Semoga tabah menghadapi ujian daripada Allah...sesungguhnya segala apa yang berlaku adalah dalam perancangan Allah,namun disebabkan fikiran kita yang terbatas, kadang-kadang kita tidak memahami hikmah di sebalik segala apa yang berlaku...pohonlah selalu untuk mendapat zuriat yang soleh daripada Allah...Sesungguhnya hanya Dia Yang Maha Berkuasa dan hanya kepada Dia lah segala urusan diserahkan...Wallahua'lam...

Anonymous said...

As salam doktor...terima kasih atas maklumbalas yang saya terima pada 21May tempoh hari.Alhamdulillah wife saya telah selamat menjalani operation ectopic. Kini sudah 2 minggu telah berlalu dan pada hari ini wife saya ada buat follow check up. Doktor memaklumkan bahawa masih dibelakang rahim wife saya masih berair walaupun sebelum itu darah telah disedut keluar. menurut kata doktor tidak ada apa perlu dibimbangkan dan ia akan hilang dengan sendirinya. Dan pada masa yang sama wife saya mengatakan kawasan pinggang belakang beliau macam berasa sakit. Saya mohon sekiranya Doktor sudi membalas pertanyaa 1)Adakah sakit tersebut mempunyai kaitan dengan belakang rahim? 2) Benarkah "air" yang terdpat dibelakang rahim tidak perlu dibimbangkan?

ibuaiman said...

W'salam anonymous...

Tahniah sbb menjadi seorang suami yg prihatin...

Saya pasti tuan membawa isteri menjalani pembedahan dgn Pakar Sakit Puan...saya pasti tuan bertanya pendapat saya sbg 2nd opinion...:)...mengikut ilmu saya yang terbatas ini, sakit belakang dan "air" di belakang rahim yg tidak kering, kemungkinan terdapat perkaitan...isteri boleh memantau simptom yang dihadapi, jika terdapat simptom demam berpanjangan (demam on and off) atau sakit semasa melakukan hubungan kelamin dalam tempoh yang lama (melebihi sebulan selepas pembedahan), bolehlah tuan membawa isteri doktor sekali lagi untuk pemeriksaan lebih lanjut kerana dibimbangi terdapat jangkitan kuman...walaubagaimana pun kita sebagai manusia dan juga para doktor sebenarnya tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk menyembuhkan...Allah lah Yang Maha Berkuasa dan Maha Penyembuh...Berdoalah kepadanya memohon agar sakit isteri disembuhkan sepenuhnya...pohon juga ibu kpd isteri tuan memohon sekali kpd Allah supaya sakit isteri disembuhkan (kerana doa para ibu kpd anaknya tiada hijab)...saya juga mendoakan agar isteri tuan akan cepat sembuh...

Wallahua'lam....

yaya said...

assalamualaikum DR..
sy ada kemusykilan..ptg isnin lpas prut sy sgt sakit scara tiba2..sy lgsung xbleh grakkan bdan..tgn n kaki jd pucat..sy ada prgi 1 klinik..lpas Dr inject sy rasa kurg sket skit..Dr kat sana kata msalah usus.dia cma bg ubat tahan sakit..slpas blik dr klinik sy ada rasa sakit2 lagi tp xsteruk yg waktu ptg..utk pengetahuan Dr, sy dh stahun brkahwin..sjak bulan 3 2012 sy rasa period sy jd plik n lmbat..sy priod 28/3,4/5 n hr ni ada sdikit drah yg kluar..2 period sy yg lpas juga xsama mcm priod biasa..hnya sdikit drah brwarna coklat n hnya 2 hr..sy dh beberapa kali buat urine test, yg terakhir smlam tapi semuanya -ve..sy juga ada rasa sakit bahu tiba2..sy harap Dr sudi memberikan pandangan tntang kemusykilan sy..

ibuaiman said...

W'slm Yaya,

Semoga tabah menghadapi ujian dari Allah. Mengikut ilmu saya yang terbatas ini, daripada cerita Puan Yaya, saya nasihatkan Puan Yaya mendapatkan pemeriksaan lanjut daripada Pakar Sakit Puan. Mengikut ilmu perubatan yang saya pelajari, jika Puan telah berkahwin selama setahun dan tidak mengamalkan sebarang langkah pencegahan untuk mengelakkan mengandung seperti mengambil pil atau sebagainya, Puan dinasihatkan untuk berjumpa dgn Pakar Sakit Puan (O&G)utk mengetahui puncanya. Berdasarkan cerita daripada Puan, period yang tidak tetap dan juga sakit perut, dibimbangi terdapat masalah pada bahagian ovari Puan seperti ovarian cyst ataupun endometriosis. Diharapkan Puan bersabar dan mengambil langkah yang seterusnya untuk berjumpa Pakar. Namun, jgn lupa untuk terus berdoa dan memohon yang terbaik daripada Ilahi. Segala apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya namun disebabkan akal kita yang terbatas, kadang-kadang kita tidak memahami hikmah di sebalik segala kejadian...

Semoga jawapan saya dapat membantu Puan.

Wallahua'lam...

yaya said...

assalamualaikum Dr...
trima kasih Dr di atas penerangan yang diberikan...insyaALLAH sy akan usahakan untuk berjumpa dengan Pakar Sakit Puan dlm masa terdekat..Dr, adakah ovarian cyst merbahaya n akan mengurangkan risiko kehamilan?

umiella said...

salam...doc..
saya baru plg dr e.p.a.u setelah direfer dr er mlm td..sms epau saya di scan atas dan bawah...doc ckp kantung saya mmg kosong..saya tanye knp tp beliau kata panjang ceritanye dan minta sy seacrh internet...bila saya blk saya search dan jumpa tajuk ini..sy jd tkt sbb doc tak mention apa2 pun pada saya...sama ada saya luar rahim atau apa...cuma beliau bg option sama ada sy nk benda tu jatuh sendiri dgn pemantauan setiap minggu atau cuci..saya masuk 14 minggu ttp semasa 13 (13 jun) minggu saya mulai bleeding dan semalam 18 jun bleeding saya byk drpd biasa dan sms di er doc pun tak tau nk ckp apa dgn saya ..dan di refer di epau...sy masih confius dan risau..

umiella said...

cm satu kesilapan saya iaitu lupa utk memberitahu saya merasa sakit di atas pinggul sblh kiri..adakah saya mengandung luar rahim juga?

ibuaiman said...

Salam Umiella,

Takziah kpd Umi kerana mengalami keguguran. Daripada cerita Umi, keadaan Umi ini bukan disebabkan mengandung luar rahim tetapi keadaan ini dikenali sebagai "missed abortion". Jadi jangan terlalu risau, keadaan ini tidak berbahaya. Memang doktor akan bagi masa untuk kantung itu keluar sendiri. Jika masih tidak keluar, doktor akan masukkan ubat untuk paksa kantung itu keluar. Jika masih tidak berjaya, doktor akan cuci.
Semoga jawapan ini dapat membantu...Jangan risau lagi ye Umi...

Wallahua'lam...

Nida said...

Salam Doc,

saya telah membuat UPT dan sah mengandung dari ujian tersebut. masalahnye bile pegi scan doc beritahu rahim sudah menebal tetapi tak nampak ape2 isi lagi. ade possibility tak kalau dh 4 weeks pregnant tapi memang tak nampak lagi or satu lagi doc tu suggest maybe hamil luar rahim sebab tu tak nmpk sgt ape2. saya sangat risau dengan keadaan ini. mintak pendapat Doc.

terima kaseh.

ibuaiman said...

W'salam Nida,

Tahniah kerana telah disahkan mengandung...satu rezeki dari Allah yang amat bernilai...untuk pertanyaan Nida, memang jika baru masuk 4 minggu mengandung, kemungkinan scan tidak dapat mengesan janin...cuba ulang balik scan pada minggu ke-8 nanti (kira minggu dari tarikh akhir menses ye)...jika tiada tanda-tanda mengandung luar rahim, harap Nida jangan terlalu risau, Insya-Allah bukan mengandung luar rahim...mengandung luar rahim ada tanda2 yang jelas iaitu sakit perut yang teramat sangat...banyak-banyakkanlah berdoa dan berserah kepada Allah, hanya Dialah sahaja Yang maha Berkuasa atas segala-galanya...

Semoga jawapan saya dapat membantu melegakan hati Nida...:)..

Wallahua'lam.

miss naat said...

Salam puan ibuaman,
Saya ada sedikit persoalan yg ingin di ajukan.saya mula period 6/6/12 tp jeavy period n senggugut pd 15/6-17/6. Namun sehingga ke hari ini saya still bleeding n jumlah yg keluar agak kurang dari seblm nye. Yg menjadikn ianya pelik ialah 2ari lps saya bt ujian kehamilan dan ianya positif. hari ini saya pergi scan di ppum, tiada sebarang tanda or objek yg dpt dikecan. Tp ujian darah hcg saya tinggi iaitu 1.1++k... Adakah saya ini mengandg diluar rahim?dlm family sya mahupon suami blom ada kes mengndg luar rahim.boleh puan komen x? Sy sgt2 ingin tahu...

Anonymous said...

salam puan,
ada sedikit kemusykilan yg saya nak tanya. sy membuat ujian kehamilan apabila mula terasa mual seperti mengandung (mengikut pengalaman mengandung kali pertama dulu). hasil ujian positif. bagaimanapun, tiba2 keluar darah keesokannya tapi sikit saja. dipendekkan cerita, sy buat ujian scan di hospital,namun dr kata tak nampak embrio dalam rahim,malah ada pula fibroid. jadi sy kena buat ujian darah. selepas 2 kali ujian, dr kata hcg sy naik, bermakna tiada keguguran (sebab sy ada keluar darah) tetapi tidak naik sekali ganda seperti yg sepatutnya. ujian darah kali ketiga tetap keputusan yg sama. adakah itu bermakna sy mengandung luar rahim. untuk pengetahuan, semua ujian yg dibuat itu dilakukan dalam tempoh belum sebulan daripada period sy yang terakhir. sekarang ni baru melewati sebulan daripada period yang terakhir dan mmg saya tidak datang period kali ni. adakah kehamilan yang terlalu baru bole mempengaruhi keputusan ujian? dr meminta sy menjalani ujian darah untuk kali keempat beberapa hari lagi.

ibuaiman said...

Salam Puan,

Pada pandangan saya, masalah puan lebih kpd threatened abortion (sila baca entry saya berkenaan keguguran)...puan tunggu keputusan darah, jika hormon HCG makin berkurangan, kemungkinan puan mengalami missed abortion.,,jika hormon maikn meningkat, alhamdulillah bb ok...

Wallahua'lam...

Cikcomel said...

Salam Doktor,
Saya ingin bertanya bilakah masa yang sesuai (untuk melihat dengan nyata di pregnancy test) bahawa confirm telah mengandung? Bilakah masa yang sesuai untuk scan uterus bagi melihat embrio yang telah mempunyai heartbeat?

Terima kasih.

Anonymous said...

Salam doc...
Saya nk tanya..period sy sepatutnya dtg 16h pd bulan ni tapi pada 15hb sy ade kluar brownish sket2 2-3 hari je...upt -ve... Beberapa hari slpas tu sy ada bsama suami..tp trkjet slpas tu ade darah warna pinky gtu..tp smlaman sj n kuar pom skit je. Tp skarg ni sy rs sakit bahu dan lenguh..sakit blakang. Mohon penjelasan doc .terima kasih.

Anonymous said...

salam doc...
saya ada kawan yg kini telah selamat buang kandungannya yg disahkan mengandung luar rahim.Akan tetapi yang menyedihkan hati saya kerana tiubnya terpaksa dibuang juga kerana telah pecah. Saya amat tersentuh hati bila mendengar cerita beliau. Kandungannya telah pun disahkan cukup sifat semasa dikeluarkan. Dari cerita beliau,saya amat berkecil hati dengan seluruh pihak klinik yg tidak mengambil berat tentang masalah ini.Dari sumber rakan saya,dia dapati positif semasa melakukan pregnant test dan setelah beliau ke klinik untuk mengesahkan,doctor mengesahkan kandungannya negatif. Sehinggalah kandungannya cukup sifat sehingga mencecah kandungan hingga ke 5bulan..saya amat terkilan dengan sikap2 sesetengah doctor yang tidak mengambil berat akan kes ini..saya harap pihak doctor2 seMalaysia cegah la kes ini dr awal..Zaman sekarang terlalu tinggi IT dan zaman dah moden.

Anonymous said...

salam doc.nk tnya.bagaimana hamil luar rahim boleh berlaku? boleh doc terangkan.terima kasih..

Unknown said...

Aslmkm pn..

Sy juga telah menjalani laparoscopy kerana mengandung di luar rahim pada 31/10/2012..umur kandungan dlm 7w+ dan tiub sebelah kiri terpaksa dibuang kerana hampir pecah..Dr maklumkan peluang untuk mengandung lagi telah berkurang kerana tiub telah dibuang dan perlu bergantung kepada tahap kesuburan saya selepas ini.

Jd pn, bagaimana saya nak pastikan tahap kesuburan saya telah ok atau tidak?

untuk makluman pn, selepas buat scope tu darah telah berhenti pada 16/11/12..tapi bermula 30/11/2012 - 6/12/12 saya telah keluar darah seperti darah period (dr segi kuantiti dan warna)..adakah itu dikira sebagai darah period pn?

sy juga ingin kepastian, bilakah masa yang sesuai untuk mencuba hamil semula?

apakah saya berisiko untuk mengandung luar rahim lagi?

Adakah cara untuk memastikan saya tidak akan mengandung di luar rahim lagi?

Mohon penjelasan pn..Terima kasih.

بسم الله الرحمن الرحيم said...

Assalam Dr. Pd 18dis 12. Sy telah disahkan etopic preggy..sy kene operate kecemasan...just nak tanya... berapa lm tempoh jaitan dlm sistem peranakan btl2 elok dan boleh kah jaitan itu terbuka semula.? Buat ms skng syg byk berjalan utk excercise dan saya ambil pati haruan & gamat utk suplement sy...dan bila saya boleh hamil semula....saya sgt berlapang dada dgn ujian Allah...bila Dr. Dari HKL memberitahu akan membuang tiub sebelah kiri saya..dan saya juga ingin mendapat kan petua mengeelakan jangkitan kuman pd pelvis yg boleh menyebabkan saluran tiub tersumbat....... syukran Dr....doakan saya sihat.....tq

بسم الله الرحمن الرحيم said...

Assalam Dr. Pd 18dis 12. Sy telah disahkan etopic preggy..sy kene operate kecemasan...just nak tanya... berapa lm tempoh jaitan dlm sistem peranakan btl2 elok dan boleh kah jaitan itu terbuka semula.? Buat ms skng syg byk berjalan utk excercise dan saya ambil pati haruan & gamat utk suplement sy...dan bila saya boleh hamil semula....saya sgt berlapang dada dgn ujian Allah...bila Dr. Dari HKL memberitahu akan membuang tiub sebelah kiri saya..dan saya juga ingin mendapat kan petua mengeelakan jangkitan kuman pd pelvis yg boleh menyebabkan saluran tiub tersumbat....... syukran Dr....doakan saya sihat.....tq

Unknown said...

salam dokter, sy nk tny bila masa yg sesuai utk prgy semula / jarak brape lame slps buat laparoscopic.. sy hamil luar rahim dn melakukan laparoscopic pd 7feb2013.. sampai sekarang 20mac2013 masih blm period lg..mungkin ke sy hamil? tp sy bt upt pd17feb2013 -ve.. atau mmg normal period akn lmbt? minta pandangan dokter ye..

Unknown said...

utk pengetahuan dokter, tiub dn kilang ovari sy sblh kanan telah pn d buang.. adakah ini akan menyebab period sy jd tidak teratur seperti sebelum ni iaitu kitar 28hr? harap dokter blh bg penjelasan.. tq

Anonymous said...

salam dr.period sy telah lambat 2 minggu (sepatutnya 4hb stp bln). sy ada membuat upt sbyk 3 kali dlm tempoh trsbt namun hslnya -ve.tp dlm ms yg sama sy ada merasa mual dan skt pinggang sama spt wktu mgandung 3 anak sblmnya.sy tlh mbuat pemeriksaan di sebuah klinik swasta.bdsrkn upt yg dibuat dr tsbt hslnya jg -ve.tp bila scan dia kata sy hamil luar rahim.dr trsbt jg ada mberitahu sy upt boleh jd +ve atau -ve bg kes luar rahim..oleh itu, sy dirujuk ke klinik pakar skt puan,pmrksaan di sana jg mnunjukkn upt -ve dan scan juga tdk mnunjukkan apa2.dr di sana jg mberitahu sy bhwa w/pun hamil luar rahim upt ttp +ve.sy tdk mngalami skt perut.sy jd bingung adakah sy hamil luar rahim atau tdk.penerangan yg sy dpt juga bbeza.sy tkt jika benar sy luar rahim dan blm dpt dikesan sy tkt akan pecah sendiri jika msh 'tunggu dan lihat'

ibuaiman said...

Salam puan ano,

Bagi ectopic pregnancy, UPT mesti positive.

Terima kasih.

ibuaiman said...

Salam nonie,

Bagi pendapat saya, jarak untuk mengandung semula dalam masa 3 bulan.
Untuk period, setiap bulan, kilang Akan berganti-ganti mengeluarkan ovum/telur.

Harap dapat me Bantu.

Maaf kerana lambat response soalan nonie.

nurqasih said...

Salam Dr..sya tlh mjlni em laprascopie n lapratomy done on 9 april..kandungan sya mencecah 8mggu 2 hr swtu itu.right side tube tlh dbuang..swktu round ward Dr pakar mberitahu peluang utk prgn msh ada disbb kn tube sblh kiri msh elok..ttp ectopic prgn mgkin bulang dlm 20%..dsini sya nk tya..adakah tube sblh kiri sya juga akn mgalmi mslh yg sama klau sya prgn lagi..?utk pengetahuan Dr sya mpunyai sorg ak..dan sya da btya dgn Dr pkar adakah previous prgn ia disenyawa di tube kiri? Dr tu ckp kemungkin besar ya..adakah sya mampu prgn lgi atau lmbt utk prgn yg berisiko tinggi utk ectopic lgi....terima kasih.

ibuaiman said...

Salam nurqasih,

Benar apa yang dijaga an oleh dr pakar itu, ectopic pregnancy blh berulang. Ini didapati daripada kajian2/research yg dijalankan. Tetapi yang mutlak mempunyai kuasa adalah yang Maha Esa. Banyakkanlah berdoa kepadaNya semoga dimudahkan puan mengandung lagi secara normal. Saya doakan untuk puan.

Semoga puan dirahmati dan dimurahkan rezeki anak.

Wassalam

Anonymous said...

Salam Dr...smlm sy pergi scan utk tgk kedudukan kandungan...dr yg scan tu ckp mungkin sy mengandung luar rahim sbb kedudukan janin dekat bawah sebelah kiri..usia janin dah 9minggu...setakat ni sy xde alami apa-apa pendarahan cuma sakit perut sikit2 (pedih)..dr tu suruh sy dtg lg 3minggu utk kepastian..adakah sy betul2 hamil luar rahim

Anonymous said...

Salam dr...
sy una..sy igin bertanyakan pada dr mengenai masalah yg sy hadapi skrg...keadaan ini membuatkan sy risau memandangkan ini merupakan kandungan pertama saya..sy dtg period yg akhir adalah pada 13/03/13 dan sy telah membuat ujian pada 20/04/13 dan hasilnya adalah positif..sy dan suami telah membuat check up di klinik swasta pada 4/05/13 dn dr tersebut telah scan dan die memberi tahu bahawa tiada apa2 dalam Rahim sy...keadaan ni membuat sy bertambah risau...utk pengetahuan dr sy tidak mengalami sebarang symptom yg pelik2 kecuali kadang2 terasa letih dan loya..adakah kandungan sy ni ada risiko kandungan luar Rahim dr?sy mihon penjelasan dari dr... :(

ibuaiman said...

Salam Una,

Saya menasihatkan anda untuk repeat scan lagi pada minggu ini. tanda-tanda yang anda alami adalah tanda2 mengandung.

Terima kasih.

ibuaiman said...

Salam Ano,

Pohon ano ikut nasihat doctor tersebut, namun jika dalam masa terdekat anda mengalami pendarahan atau sakit perut, segera pergi ke jabatan kecemasan hospital. Banyakkanlah berdoa semoga kandungan anda bukan kandungan luar rahim.

Harap jawapan saya dapat membantu anda.

Terima kasih.

Anonymous said...

Salam doc...

sy ade 1 pertanyaan. Saya baru lpas mnjalani pembedahan ectopic pregnancy pd 4hb 5, sabty lepas. Kandungan yg kedua usia 5 minggu. Soalan sy boleh ke sy nk travel jauh utk ke london. Flight sy pd 24 hb 5 ni.. Ade ape2 risiko x?

ibuaiman said...

Salam Ano,

Jika pembedahan puan tiada komplikasi, tiada masalah untuk menaiki kapalterbang. Namun, adalah lebih baik puan bertanyakan kepada doctor yang merawat puan. Dia lebih tahu bagaimana keadaan dalaman puan semasa pembedahan...

Harap jawapan saya dapat membantu.

Wallahua'lam...

Anonymous said...

Salam doc..
Sy bru mlalui pmbdhan ectopic 2mnggu yg lps. Tiub sbelh kanan telah dbuang..sy ade beberapa soalan..mohon doc dpt mbntu
1.brpe lmekh luka pbdhn akn smbuh?
2.brape lamakh & perlukh sy bpntang?
3.msihkh sy bpluang utk mngndung lg?
4.bgaimnkh hubungn seks bsama suami?
5.bilakh hub bsama suami bleh dlakukn slps pmbedhn ini?
Hrp doc.dpt mbntu sy..sgala jasa baik doc.hnya ALLAH dpt mblsnya & ribuan t.kasih

Unknown said...

As salam doktor..n momies yg berpengalaman semua..bln ni period saya belom datang,tapi 3,4 hari ni tengah2 ari saya kerap kejang seperti time nak sengugut,tapi belom juga period.sebelum ni sengugut beserta haid..breast saya juga rasa nyeri.tapi 3 hari lepas saya sudah wat upt tetap negatif,apa masalah saya ya? Boley bantu?terima kaseh..

Anonymous said...

Askm puan..sy nak tanya...sy dh kahwin 8 tahun..dan dikurniakan 3org cahaya mata...baru ni period saya lewat 3 minggu, kali terakhir period 2 April 13 lepas. Bila buat test memang +ve pregnant, tp sejak 2 mgg lepas saya asyik sakit belakang, di bawah perut ( dekat pasur ceaser), gatal2 pd bhgn payudara dan yg paling ketara bila bab nak buang air besar...susah ya amat..nak kata sembelit xda..bla perut rasa sakit memulas , ada rasa nak g toilet tp bla nak proses seterusnya xda apa2 pulak...rasanya lebih kurang mcm time2 nak bersalin....asyik2 nak kencing..asyik nak "membuang"..tp last2 xda pa2...adakah ini salah 1 tanda2 mengandung luar rahim juga...

ibuaiman said...

salam ano,

untuk luka sembuh, ianya bergantung kepada jenis pembedahan samada laparoscopic or open surgery. for laparoscopic, dlm 2 minggu, Insya Allah luka luar akan sembuh, luka dalam mungkin ambil masa lama sikit.

Bagi pantang, terpulang pada puan untuk berpantang atau tidak, namun banyakkan mknn berprotein untuk cepatkan proses penyembuhan luka.

Puan ada potensi untuk mengandung lagi kerana masih ada lagi satu tiub yang ok.

Untuk bersama suami, apabila darah sudah kering dan luka sudah sembuh, tiada masalah untuk bersama.

Wallahua'lam.

ibuaiman said...

Salam Hafsah,

Mungkin puan mengalami hormone imbalance disbbkn stress etc. Jika period msh tak dtg for next month and not pregnant, better seek for treatment from a doctor.

Wallahua'lam

ibuaiman said...

Salam Puan Ano,

Sakit perut yang puan alami dan sakit seperti ingin buang air mungkin disebabkan adhesion colic disebabkan pembedahan yang lepas.

Wallahua'lam.

Anonymous said...

Wlam...t.kasih ats jwpn doc..sy amt mhargainye..

Anonymous said...

Salam doc..
Time kasih ats jwpn yg dberi..maafkn sy krn ingin btnye lg..
1.bgaimnkh cara yg tbaik utk mrncang
2.apakh jenis/jenama ubt prncg yg bgus
3. Pndpt doc..cara utk mjarakkan ank yg ybaik
Time kasih doc...

zalvenaervena said...

Assalamualaikum ibuaiman...

Tanda2 kehamilan mcm da ad spt lewat dtg bulan, payudara membengkak,tp saya rasa sakit pd bhgian kiri dan keseluruhn perut... Nk kate masuk angin, da seminggu sakit xbaik2.. Nk kate senggugut sejak dtg haid xpernh pulak kena senggugut..... Apa pndapt ibuaiman ya...

Unknown said...

Salam doc..saya ad kuar darah y sedikit.hanya 2 hri jew.sy pgi cek -ve.tpi tiap2 mlm perut sy sgt sakit2 n ia dtg 2 mlm b'turut2.akhir bulan sy kuar darah y sedikit lg..tpi sy xpg jpe doc lg..

Anonymous said...

Assalamualaikum....
Saya ingin bertanya beberapa soalan. Sy spatutnya period pd 7/6. Tp pada 5/6 kluar sedikit darah coklat. Namun begitu sampai sekarang darah tu tidak keluar lg. Pd 4/6 sy ada membuat pregnancy test menggunakn digital tester (brand clearblue) n result menunjukkn yg sy hamil 1-2 minggu.soalan sy ialah adakah darah yg keluar itu tanda khamilan luar rahim? Satu lg sy mengalami sakit di bahagian bwh perut sebelah kanan setiap kali berjalan dengan cepat atau membuat kerja yg memerlukn lebih tenaga.perlukah sy terus pergi berjumpa doktor atau tunggu sminggu dua lg. Mohon penjelasan... Wassalam...

Anonymous said...

assalammualaikum . . .

saya ingin bertanya, period saya sudah lewat sebulan. perut saya semakin mmbesar. ssekali trasa kkejangan di perut. payudara mnjadi tgang dan bsar. ujian yg di buat di rmah sndri mnunjukkan -ve. bila brjmpa dktor, ujian ttap -ve. ada yg mnyrankan mngambil ubat utk trunkan drah. adkah ini stu lngkah yg wjar? bgaimna klau sya mmang mngandung? sya prnah bca ada wnita yg mmbuat ujian sntiasa -ve. tapi akhinya, dah mngandung 2 blan. mhon pnjelasan n pndangan. trima kasih.

Anonymous said...

kami adalah pasangan misni tirtajaya dan ana rohana dari indonesia istri saya pernah mengalami hamil luar kandungan dan menjalani bedah pada awal bulan ketiga usia kandungan di hospital nyabau bintulu,dari operasi bedah tersebut tubal bagian kanan harus di buang karena sudah terjadi pecah dan pendarahan.
sepuluh bulan dari operasi bedah istri mengandung lagi dan segera ku bawa jumpa dokter pakar di hospital nyabau bintulu hasilnya sama yaitu hamil luar kandungan lagi untuk kedua kalinya dan harus menjalani operasi bedah kembali sampai saat ini kami belum mempunyai anak,kepada pembaca adakah solusi untuk mencegah kehamilan extopic?

ibuaiman said...

Salam,

Punca mengandung luar Rahim adalah pelbagai, antaranya adalah disebabkan jangkitan kuman pada tiub Rahim menyebabkan salur tersumbat. Jika jangkitan kuman adalah penyebabnya, doctor boleh merawat dengan memberikan antibiotic.

Sekian.

Wallahua'lam....

Anonymous said...

Salam... saya baru je menjalani pembedahan terbuka akibat ectopic pregnancy pada hari sabtu 27 july dan tiub kiri dipotong kerana telah pecah. Sepanjang selepas pembedahan saya tiada mengalami sebarang bleeding. Tiba2 hari ni saya keluar darah seperti darah period. Tempat jahitan saya tgk masih elok. Adakah ini darah period atau nifas? Mmg normal kah berlaku bleeding selepas 4 hari operation.

ibuaiman said...

Salam Ano,

Pada pendapat saya puan perlu pergi semula ke hospital yang puan buat pembedahan untuk pemeriksaan lanjut, dibimbangi jika pendarahan tersebut komplikasi pembedahan.

Wassalam.

Wallahua'lam...

Anonymous said...

salam. saya nak tanya kenapa belakang sebelah kiri dan tepi rusuk kiri saya terasa sakit. saya dah 2 bulan dah lepas operate buang tiub belah kanan sebab etopic pregnency...

atulaidil said...

as salam doc,sya nak tanya sya adalah pesakit endomitrosis dah buat pembedahan bulan 3 tahun ni untuk buang cyst, alhamdulilah kuasa allah pada awal bulan sept tahun ini saya disahakn mengandung 4 minggu, tp buat masa ni saya ada rasa sakit perut disebelah kiri dan berangin dibahagian perut sebelah kiri, adakah saya mengandung diluar rahim??

Anonymous said...

salam..sy br 27hari menjalani pembedahan krna preg luar rahim..sy tidak tahu sy preg kerana sibuk menjaga suami yg br menjalani pembedahan kerana patah tulang.. sehinggakn tidak menyedari perubahan pd diri.. bermula pd hari raya ke-7, sy mengalami sakit perut yg amat sgt dibahagian perut dan pitam 3 kali.. sy ke hops stlh dimasukkn air 2 botol keadaan sy beransur pulih, sy tidak ditahan, 4 hari menahan sakit di bahagian perut akhirnya sy pergi ke hops utk scan dibahagian perut
kerana msyaki batu karang.. namun bahagian perut normal, sy meminta doc scan di bahagian rahim dan setelah berkali2 discan akhirnya doc msahkn sy preg, namun diminta merujuk kpda pakar sblh ptg sy berjumpa pakar dan pemeriksaan mendapati sy preg luar rahim..sy ditahan kerana bimbang kandungan pecah.. jam 9.30mlm 19.08.2013 sy menjalani pembedahan membuang tiup sblh kanan.. sy redha dgn ujian Allah.. dlm ms 1hari sy terpaksa menerima hakikat sy preg dan preg luar rahim kegembiraan hanya beberpa jam di akhiri dgn kesedihan.. namun air mata hanya mengalir setelah pulang ke rumah melihat alat ujian kehamilan.. sblm ni buat ujian hanya 1 garisan.. sepanjang hari kejadian sy hanya membaca ayat kursi utk menenangkn hati.ini kehamilan pertama.. sukar namun harus menerima hakikat dgn redha terima kasih kepada suami ini ujian dr Allah utk kita berdua harus tabah..kepda ahli keluarga dan para petugas hops sbrg jaya..semoga sy dan kita semua dpt merasai kegembiraan menjadi ibu suatu hr nanti... in sya Allah...

Anonymous said...

Salam doc
Sya dah 4 bln menjalani pembedahan ectopic pregnancy..tapi kadang2 sya terasa sakit dan pedih di kawasan luka operation dlu..adakah sakit ini normal atau luka di dalam masih tidak baik?

Anonymous said...

Salam Dokter,

Saya ingin bertanya, begini ceritanya:

Saya tidak didatangi haid sejak 3 bulan yang lepas.

08.07.2013 - Last period datang
30.09.2013 - keputusan UPT samar-samar
04.10.2013 - keputusan UPT jelas dan terang double line
05.10.2013 - jumpa doktor pakar utk buat pengesahan. doc kata tak nampak kantung tetapi nampak cyst 4cm.

ok, soalan saya yea dokter.
Adakah disebabkan adanya cyst tuh, keputusan UPT saya boleh jadi 'FALSE POSITIVE RESULT'?

Kalau kata ektopic pregnant, saya tak rasa tanda-tanda sebegitu.


Anonymous said...

salam..saya buat upt dan hadilnya +ve..bila kandungan memasuku minggu ke 7...sy pg scan di klinik tp masih blm nampak..hr ni pg bt scan lg dan hasilnya sama...tetap blm nampak..saya tidak mengalami bleeding..kdg2 ada sakit perut tp di sekitar ari2...next apoitment pd 31hb..adakh sy hamil luar rahim..doc kata kalau lpas 31 still xnmpk..mgkin luar rahim..last period sy pd 2/8/13

Anonymous said...

Salam Doctor,
Saya ingin bertanya.Saya tidak begitu aktif bersukan, tetapi apabila saya mula aktif bersukan, adakalanya pendarahan berlaku di faraj semasa persetubuhan selepas saya bersukan. adakah ini disebabkan bersukan ?

Unknown said...

Slm mcm. Mne result awak yer? Sbb sy pn almi sutuasi yg same. Tgh risau ni. Td sy refer specialist ong. Sy pregg da 6 weeks and td dpt detect ad cyst 5,3 cm. Tp xnmpk kantung. Dr suruh dtg blik ok 30/12 ni. Sy ad jgk skit perut blah knan tp xde la sakit sgt sgt. Cuma ad rase sakit ckit jer.

Anonymous said...

Salam doctor,
Saya baru menjalani pembedahan octopic. Selepas 3 hari ad darah keluar seperti period tp sedikit. Adakah itu normal? Dan darah apakah itu? Bagaimana dgn solat saya?

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

salam doc...
baru2 ni saya tau sy preggy.tp doc tlh diagnose saya tro ectopic. dgn bacaan bhcg yg 1st 1028. 2 hari berikut 1178. adakah normal atau boleh menunjukkan saya ectopic. dan saya bleeding sejak 2hb 4 smpai skrg.tapi cuma staining.kdg2 byk. perlukah saya membuat scoop arau tunggu lg 2 week?

Anonymous said...

hello sya nak tnya,n minta pendapat dri pihak tuan puan..7thun yg llu,sy pernah d bedah,sbb trrdapat bengkak kat ovari kanan..dan ovari tersebut d buang..Adakah sy masih boleh,hamil lg??

kama said...

As salam...

Saya nak tanye sye last period 24/4/14 smpi ht ni 13/6 sye masih x period 3hr lps sj test sndri tp -tive dan sye x de rs sakit ape yg sperti sakit2 abdomen mcm sakit kat bwh perut @ ape2...adkah ini blh dikategorikan mengandung luar harim dan klu kite mengandung luar rahim klu test sndri blh detect ke x blh? tq

Anonymous said...

As salam.. dktor..
saya nk tanya.. sy last period 21/5/14.. sy wat test result ada doubl line.. 1 line kabur.. sy gi klinik dktr ckp dh 7 minggu.. tp scan x nmpk ape2. Cuma rahim bengkak.. ketika bersama dgn suami terasa ngilu kt ovari sebelah kanan.. adakah tu mengandung luar rahim? 22/7/14 kena gi scan lg..

Kehidupan Tanpa Zuriat .." Inikah Takdirku "!!! said...

Salam.mira .. Saya dah alami mengandung luar rahim 2x dan kini saya tak tak boleh mengandung normal.. Dah berkahwin 10 tahun... Belum ada anak

eika said...

Assalamualaikum doktor..
Sehari sebelum waktu subur saya ada bersama suami. Sehari selepas subur rahim saya sakit sgt. Kadang kiri kadang kanan. Minta penjelasan doktor. Terima kasih

Anonymous said...

info yg bermanfaat,,, ini ada 6 hal utama penyebab ibu hamil keguguran,, bisa dibuka di http://udoctor.co.id/tips-gaya-hidup-sehat/6-hal-utama-penyebab-keguguran-ibu-hamil--read-142.html

Unknown said...

Assalam doc...sy baru bersalin 5 bulan.anak ke-4.czer.dah BTL.selepas 3 bulan,sy dah period utk pertama kali dan sampai sekarang masih belum dtg haid.adakah sb sy fully bf?atau berkemungkinankah sy mengandung luar rahim.sy masih belum menjalani ujian kehamilan.

Unknown said...

Assalam doc...sy baru bersalin 5 bulan.anak ke-4.czer.dah BTL.selepas 3 bulan,sy dah period utk pertama kali dan sampai sekarang masih belum dtg haid.adakah sb sy fully bf?atau berkemungkinankah sy mengandung luar rahim.sy masih belum menjalani ujian kehamilan.

amira said...
This comment has been removed by the author.
amira said...

as salam...kwn sya xperiod sudah 5 bulan tp bila buat ujian -,xda hamil...tapi kwn sya sentiasa muntah2 loya penin kepala dan sakit ulu hati...apakah itu tanda kwn saya hamil luar rahim...

EdaDarus said...

Salam.saya didiagnos pcos dan hamil 6 weeks.sejak 3 ari lepas sy alami sakit cucuk2 dibahagian kiri abdomen sy.kdg2 kuat kdg2 kurang.. bila baring ke kiri, terasa seperti bengkakan di dlm. Sy pernah scan pd week 4 dan doc ckp kantung di dlm rahim.tapi masa tuh kecik sgt. Ade keberangkalian yg doc tgk tu salah ke?

Unknown said...

MERHABA, KREDÄ° ARAYANLAR.
Hayal kırıklığına olma yardım ve yorgun ihtiyacınız var mı? ...
Biz bir şirket, küçük işletmeler ve şirketler kredilerin çeşitli yanı sıra bireysel tüketicilere sunuyoruz.
Bizim kredi paketi uzun veya kısa süreli olabilir ya, tercihleri istediğiniz.
Biz eğitim, iş, borç konsolidasyonu ve kredi proje uygulama olarak kredilerin her türlü sunuyoruz.
Biz reklam internet rağmen kredi deneyim büyük bir zenginlik var.
Kredi sistemi internet ölçüde finansal ihtiyaçları ve gereklilikleri ile tüm ticari müşterilere yardımcı olmak için kiralama hizmet yelpazemizi genişletmek için bize getirdi Bizim yaklaşım dinamiktir.
Eğer bir peşinat, kötü kredi, ya da belki borç bir sürü yoksa, biz sizin özel ihtiyaçlarına göre mükemmel bir program bulabilirsiniz! Biz çok düşük faiz oranıyla kredi belli bir miktar sunuyoruz.
Biz 10 yıllık krediler için iş olmuştur, deneyim ve uzmanlık yüksek seviyede belirtilen zaman dilimi altında müşterilerimize tüm kredi transferi inkar edilemez.
Size geçmek için bu harika fırsatı mali izin vermeyin.
Sarah Mantı Wong Kredi Ev
E-posta: sarahmantiwongloanhome@gmail.com veya sarahmantiwongfinancialsolution@yahoomail.com

Anonymous said...

salam doktor. Saya sekarang sudah masuk 6 minggu hamil. Masalahnya bhgn ari2 d sebelah kiri sakit. Tiub sebelh knn saya sdh d buang d sbbkan ectopic. Adakah saya akn mengalami ectopic sekali lagi.

cikdiva said...

Salam. Sy lewat period bulan Feb 2015 dan bila buat ujian kehamilan keputusannya positf. Lepas 2 minggu (masa thn br cina) sy ke klinik untuk buat ultrasound tp x nampak kantung bayi. 2 minggu lepas (6march) sy ke klinik lg buat ultrasound to masih lg tiada kantung. Adakah sy benar2 mengandung atau ada penyakit lain?

Unknown said...

As salam doc,sy bru lpas oprte 14 hri..tp kenapa ada rasa sakit lg bhgian pert ye..amat risau.

Anonymous said...

Assalamualaikum

Puan,sy dah miss period 3 bulan, minggu lps sy cek upt, naik double line, tpi samar2, sy pergi klinik, scan, doc yang scan ckp kosong, x de ape2, adakah sy mengandung luar rahim?

Anonymous said...

Assalamualaikum . Boleh sy tnya , sy bru jee kawen sbulan lbih yg lalu n lpas kawen due priod sy takk teratur . Kbiasaannya cycle priod sy 30 hari . N sy ad buad upt baru2 nie . Ptme kali sy buad ktika bgun pagi , line kedua tuu samar2 . Jd sy bcadang nakk buad lg skali upt pd keesokan hari pd sblh ptg n kptsan yg sy dpt juga sme spt yg ptame . Line ke2 still samar . Sy nakk tnya , adakah sy mgandung sdgkan sy pegii ke klinik panel ntuk btanya n dktor mmarahi sy krn buad upt sbbnya last day priod sy pd 8/8 .

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Assalammualikum doc..sy telah mmjalani pmbedhn buang tiub folipio 3mggu lepas sbb mngndg luar rahim..sejak 2 3hari ni perot sy rase sakit sperti gastrik..tapi keseluruhan perot dh kadang2 rase berdenyut2 dia ari2..tapi tidak terlalu kerap..adakah tu memang kesan sampingan dri pembedahn tersebut atau silap pnjagaan dri sy?adakah sy perlu bjumpa pakar?

Unknown said...

salam sis...sy pun da potong tiub kiri. skrg sy rasa mcm hamil lg tp sy takot kejadiaan yg sma berulang....sis msih bleh buat ivf kan..jgn ptus asa sis..

http://arimie844.blogspot.com/?m=1#.XabFTVMRVkw said...

Tahun 2015 bulan 8 saya juga kene etopic pregnancy, di mana tiub sebelah kiri saya telah di buang.usia kandungan ketika itu 7minggu.tiub telah pecah & dalam perut penuh darah.perut terlampau krem & terlampau sakit. sekarang saya telah lewat haid seminggu. dan saya buat upt di rumah positif, tapi buat di klinik kesihatan 2 kali negative. 4kali saya buat positif. sangat mengelirukan, hati sangat risau takut jadi pkra sama..soalan saya perlukah tunggu lagi beberapa hari@ harus pergi ke klinik swasta untuk checkup????

Unknown said...

Sis dah scan ke..mcmana perkhbrn skrg? Sis betul² pregnant ke

lucia said...

OUR herbal medication will cure any inch of your Fibroid, OK. When take our herbal medication to cure Fibroid and any other Infertility, You must not be going out very far from Your House because it will only be making you to visit toilet in passing out the Fibroid gradually …We also specialise in providing solutions in any of this spiritual gynaecology diseases affect human existence such as:
1 fibroid, asthma, ALL STD, Urine tract infection, sinus infection, unexplain miscarriage, fibromyalgia.
2 weakness of man organ (Herbal cure for Weak Erection….
3 infections of all kind (yeast infection)
4 blockage from the fallopian tube, Herbs to untied your Womb
5 cyst. From the ovaries,PCOS
6 unpleasant smell from the virginal, Herbal to prevent stroke
7 irregular menstration, menopause
8 infertility for easy Conception.
9.skin diseases, Toilet infection and bad body odor…….Etc..
10.Watering sperm (low sperm count) not able to get woman pregnant.
Simply contact the spiritualist PriestEka on (dreka14demons@gmail.com) to get his Herbal Medication to cure your disease and put yourself on a motherhood side of life..
(No more adoption, with PriestEka your problem will solve and you will have your child with ease.
Contact us at (dreka14demons@gmail.com) your solution home!

Unknown said...

Hue doctor.. Sy juga slah seorg ectopic pregnancy.. Tpi dlm kes sy nie sy da bt laparoscopic. Tpi doc xdpt detect dkat mne baby sy.. Mse bt ultrasound dy mcm npak belah kanan.. Tpi ble bt laparoscopic xde ap2. Ap ptut sy bt doc?? Prlu ke sy ambik injection?? Untk mati kn cell..

Ctwawa ismail said...

Hai doc.sy prnh mnjalani czer etopic pregnant buln 7.2019 n buang tiup sbelah kiri.sleps sbuln czer doc syor kn sya ambil depo utk mngelakan hamil.sya ambik depo hnya 2 buln sahaja.msalahnya walaupun sya brenti ambil depo sudah 3 buln haid sya jadi msalah.setiap bulan haid sya seakan tersumbat.perlu di ruang baru nmpk ada ketulan² kecil sahaja.haid sya tidak jugk keluar.ada kah mslaah serious pada saya?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...