Tuesday, March 8, 2011

Ringkasan buku Travelog Haji:Mengubah Sempadan Iman


Alhamdulillah saya sudah habis membaca buku Travelog Haji:Mengubah Sempadan Iman karya Prof Mohd Kamil Ibrahim dalam masa sehari! Saya kagum kepada diri saya sendiri penangan buku yang menarik ini..:)...Buku ini menarik kerana menceritakan pengalaman peribadi penulis dengan perspektif yang berbeza mengenai ibadah haji. Ibadah haji yang saban tahun dilakukan oleh umat Islam termasuk umat Islam di Malaysia. Namun, penulis melihat ianya dari sudut berbeza bukan hanya sekadar menunaikan rukun Islam kelima sebagai umat Islam namun kesungguhan bagi mendapatkan haji mabrur, jika dapat haji mabrur seseorang itu seolah-olah seorang bayi yang baru lahir, bersih dari dosa. Jika ingin mendapat ganjaran seumpama itu semestinya perlu kepada usaha bukan sekadar cakap-cakap kosong sahaj, aku ingin mendapatkan haji mabrur. Sebagaimana kita ingin berjaya di dalam apa-apa bidang juga hendaklah berusaha bersungguh-sungguh barulah Allah akan mudah mengabulkan impina kita, begitu juga dengan ibadah haji. Apa yang menarik yang diutarakan oleh penulis adalah bagi mencapai haji mabrur persediaannya perlu dilakukan sejak di Malaysia lagi iaitu sebelum pergi lagi. Antara perkara yang dilakukan oleh penulis adalah:

(1) Bertaubat kepada Allah dengan taubat nasuha sebelum menunaikan ibadah haji. Apa yang menarik mengenai taubat nasuha adalah taubat yang dilakukan sehingga mengalir air mata taubat yang benar-benar susah untuk dicapai sewaktu kita berdoa kepada Allah.

(2) Berdoa kepada Allah untuk diterima sebagai TETAMU PALING ISTIMEWA, bukan istimewa sahaja tetapi tetamu paling istimewa di sana.

(3) Rajin solat malam

Penulis juga menceritakna kisah-kisah budaya rakyat Malaysia yang seharusnya dikikis untuk para bakal haji akan datang iaitu:

(1) Sikap malas untuk bertalbiah semasa telah niat ihram di dalam kapal terbang walaupun telah diingatkan oleh petugas semasa dalam kapal terbang. Sikap malas bertalbiah juga melarat sehingga waktu perjalanna ke padang Arafah untuk mengerjakan wukuf

(2) Sikap suka mementingkan waktu rehat daripada melebihkan beribadah semasa berada di tanah suci Mekah dan juga semasa di Madinah

(3) Sikap suka bershopping menyebabkan masa yang ada yang sepatutnya dihabiskan untuk beribadah di habiskan untuk window shopping dan bershopping. Hasilnya barang-barang yang di bawa balik adalah melebihi saudagar.

Itu antara cerita-cerita menarik dalam buku Travelog Haji ini. Jika nak tahu lebih lanjut, kawan-kawan boleh dapatkannya di website saya di http://www.kasihbuku.com/

Selepas membaca buku ini saya mempunyai pandangan yang berbeza mengenai ibadah haji dan akan bersungguh-sungguh untuk mencari haji mabrur...Wallahua'alam.

Selamat membaca....:)

6 comments:

Ros Illiyyuun said...
This comment has been removed by the author.
Ros Illiyyuun said...

Assalamualaikum Ibuaiman :)

Saya sudah baca buku ni. Memang lain dari yang lain. Banyak sungguh manfaatnya.

Oh, terima kasih banyak2 kerana sudi berziarah ke blog saya yang tidak seberapa itu.

Sebenarnya kebanyakan buku agama yang dijual tu (sebelah kini) sudah saya miliki. Biasanya saya beli bila balik kampung (Terengganu).

InsyaAllah...mungkin suatu hari nanti saya jadi pelanggan kasihbuku.com ? :)

ibuaiman said...

W'slm ros...
Terima kasih sudi jenguk website saya...ros dah ada semua buku2 tu yer, bagusnye...mungkin Ros boleh tanya kawan-kawan kat sarawak kalau ada yang minat buku agama, saya diberitahu susah nak dapatkan buku2 agama yg best2 di sana,pohon maaf kalau menyusahkan Ros..:)

Anonymous said...

salam.. apa khabar, ibuaiman? nashwa baru nk order buku ust hasrizal tu.. sgt kecewa nmpak dah 'sold out'.. kebetulan baru terbeli bukunya yg kedua.. boleh pulak 'terbeli'!! hehe.. tk sangka hooked..!! so, plan to buy the first one.. baru nk baca murabbi pulak.. klau ada stok baru, nashwa booking satu ye! will visit kasihbuku sntiasa.. thnk u, ibuaiman.. satu usaha yg sgt baik.. :) semoga lebih byk koleksi buku2..

ibuaiman said...

w'slm nashwa, khabar baik...tq sbb sudi jenguk website kasihbuku.com..:),..Insya-Allah kalau saya dah beli buku tu dari publisher saya akan inform terus nashwa...terima kasih sekali lagi..:)

Yusmin said...

saya sudah baca buku ini namum izinkan saya meminjam kata-kata, isi-isi dan pandangan tuan tentang buku ini kerana sayaperlu membuat sinopsis buku untuk ladap saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...