Monday, July 4, 2011

Puisi buat Puteriku Aqilah menjelang 3 tahun (6 Julai 2011)

Diam tak diam, puteriku sudah hampir 3 tahun usianya

Makin pandai tingkah lakumu

Makin petah percakapanmu

Ada sahaja yang ingin dibualkan denganku setiap hari

Bersifat penyayang dan pandai mengambil hati

"Sayang Ibu" selalu kau ucapkan

Jika diriku bermasam muka, geram dengan tingkahmu

Kau segera berkata "Senyum la Ibu", membuatkan marahku hilang

Jika diriku memarahi dirimu

Kau akan bertanyakan "Ibu marah?"

Jika jawapanku "Ya", maka tangismu dan sedu sedanmu akan kedengaran

Dengan suara sayu dikau akan berkata "Sorry Ibu, peluk lar Aqilah"

Segera mencairkan hatiku, mematikan marahku

Pandai memuji juga kepandaianmu

"Cantik la baju Ibu hari ini, pandai la Ibu masak"

Telatahmu mencuit hati Ibu

Amat pandai memilih pakaian yang digemari

Hanya ingin memakai pakaian kegemaranmu

Pakaian gaun tidak kau gemari

Baju berlengan panjang dengan karektor power puff girl dan princess paling kau gemari

Warna pink paling digemari

Pakaian tidak berlengan tidak digemari

Pandai cakap baju itu seksi dan tak malu, nampak ketiak...:)

Bertanya Ibu kenapa Ibu pakai stokin

Ibu menjawab, sebab perempuan kena tutup aurat

Aurat perempuan kena tutup kecuali muka dan tapak tangan

Walau pemahaman darimu pada usia ini tidak berapa Ibu harapkan

Namun Ibu tetap memberitahu perkara yang benar

Semoga ia meresap dalam dirimu, sayang

Pabila mendengar jawapan Ibu

Terus dirimu meminta dipakaikan stokin dan tudung

Dirimu berkata “Aqilah juga nak tutup aurat”

Kelakuanmu menyebut aurat di usia ini, kekadang mencuit hati Ibu dan Ayah

Walau dirimu memakainya hanya beberapa jam

Namun, kami doakan semoga apabila besar nanti dirimu akan lebih mudah mengamalkan cara hidup wanita Islam

Masih juga seperti kanak-kanak perempuan yang lain

Dirimu amat suka main masak-masak

Mandi berkali-kali dalam sehari amat disukai, sukakan kebersihan

Amat sensitif dengan bau busuk

Sebagai hadiah hari lahirnya yang ketiga kami belikan patung mainan yang boleh bergerak dan ketawa

Hadiah ini telah kau pinta bebarapa bulan sebelum hari lahirmu...:)

Kadang temper tantrummu menjadi juga

Boleh digigitnya Ibu atau Along Aiman jika tidak berpuas hati

Boleh ditamparnya Ayah jika dirimu sudah mengamuk

Mencabar kesabaran kami bertiga

Ujian Allah agaknya untuk mendidik kami menjadi insan yang lebih bersabar

Dirimu suka melihat awan sewaktu menaiki kereta

“Ibu, cantikkan awan, Ibu?”

“Ibu, siapa jadikan awan”bertanya diriku seperti seorang guru bertanyakan muridnya

“Allah”

“Allah” mengulang jawapanku untuk mengiakannya jawapanku

Sedari dulu ku ulang-ulang pertanyaan itu kepada dirimu

Sekarang gilirannya untuk bertanya kembali pada diriku..seolah menguji kepintaranku..:)

Ibu menyambung “Hebat tak Allah”

“Hebat” pantas jawapan diberikan

Di kala kegelapan malam

Terlihat bulan dan bintang di langit

“Cantikkan Ibu, bulan dan bintang”

“Cantik”

“Siapa jadikan bulan dan bintang”

“Allah” balasmu

Kadang-kadang sewaktu diriku berwuduk sebelum bersolat

Dirimu juga akan sama-sama berwuduk

Sudah pandai berwuduk membasuh muka, lengan, rambut dan kaki

Dan bersolat bersamaku walaupun lebih cepat habisnya, hanya satu rakaat...:)

Takbir, rukuk dan sujud dan duduk tahiyat

Meniru diriku yang mengangkat jari telunjuk sewaktu syahadah sewaktu tahiyat

Sambil mulut terkumat kamit seolah-olah membaca apa yang aku baca

Selang 5 hari sebelum hari lahirmu yang ketiga

Sewaktu kita duduk bersantai di dalam kereta

Dirimu tiba-tiba berkata

“Allah nampakkan Aqilah kat sini”

“Ya, sayang”

“Allah Nampak Ibu juga kan”

“Ya, sayang”

“Allah sayang Aqilah kan”

“Ya, sayang”

“Allah sayang Ibu kan”

“Ya, sayang”

Dirinya tersenyum bila jawapan tersebut diberikan

Seolah-olah puas bila dirimu dan diriku disayangi oleh Allah

Kadang-kadang tidak terfikir olehku, soalan itu dilontarkan oleh dirimu yang baru melangkah ke usia 3 tahun

Ibu bertanya padamu, "Aqilah sayang Allah"

"Sayang"

"Aqilah sayang Ibu"

"Sayang"

"Sayang Ibu, Ayah, Abang"

Tampak ikhlas dirimu memberikan jawapan

Setiap hari Ibu dan Ayah berdoa

Semoga Along dan Aqilah menjadi anak-anak yang soleh dan solehah

Menjadi penyejuk mata kami

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan anak-anak kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa” (surah al-Furqaan ayat 74)

Selamat hari lahir ke-3 sayang...

Semoga Allah memudahkan diriku untuk mendidik dirimu

Untuk menjadi wanita solehah

Hiasan dunia yang paling cantik ..... AMIN...

10 comments:

ibudhira said...

moga aqilah menjadi anak yang solehah..aaminnn

Ayah Aiman said...

Selamat hari lahir Aqilah

ibuaiman said...

Salam IbuDhira,

Terima kasih atas doa IbuDhira...Semoga diri kita sama-sama sentiasa dibantu oleh Allah untuk mendidik anak-anak kita menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, penyejuk mata kita suami isteri...AMIN

ibuaiman said...

Salam Abang (Ayah Aiman),

Moga Allah sentiasa membantu kita berdua untuk mendidik anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah...AMIN...

Ros Illiyyuun said...

Salam :)

Semoga Aqilah menjadi anak solehah, penyejuk mata, bidadari rabbani... ameen.

ibuaiman said...

Salam Ros,

Terima kasih atas doa Ros...Semoga dimakbulkan olehNya...AMIN...:)

Mastura MY said...

assalamualaikum...

subhanallah, comelnya dia.. kirim salam ya kak :)

Intan Suhana Mohamad Rahim said...

Eeh kak. Birthday aqilah sama dgn birthday saya la (geng la kite ahaks)!! Kirim salam kt die from aunty intan ye (walopun xpernah jumpe hehe). Moga sentiasa menjadi anak solehah penyejuk hati ibu ayah =)..

ibuaiman said...

Salam Mas...

Insya-Allah akak akan kirim salam kat Aqilah..:)..ini first time orang kirim salam kat dia ni..hehe

ibuaiman said...

Salam Intan,

Tak sangka birthday Aqilah sama dgn Intan, Insya-Allah bila dah besar nanti jadi budak baik macam Intan juga..:)..

Insya-Allah akak akan kirim salam Intan untuk Aqilah...:)..Dua org aunty kirim salam arini...

Terima kasih atas doa Intan...AMIN...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...