Hujung minggu baru ini dalam duk berfikir-fikir nak masak ape, cik abg mintak saya masak nasi minyak...Sejujurnya saya belum pernah buat...hehe...tapi ibu saya setiap kali musim raya, inilah juadah yang akan dibuat oleh ibu saya, tapi sekarang ibu saya tidak dapat buat lagi selepas kena serangan stroke 9 tahun lalu...Sedih, teringat-ingat kesedapan masakan ibu dahulu...sekarang ini bila tiba musim raya, kakak saya akan mengambil tugasan ini untuk memasak nasi minyak n gulai ayam terengganu n ayam masak merah n acar timun....
Lalu saya pun mencuba membuatnya menggunakan resepi turun temurun ibu saya, alhamdulillah menjadi....suami saya lak cakap lagi sedap dari yang kakak saya buat (suami saya tak pernah rasa masakan ibu saya kerana semasa kami kawin, ibu dah sakit)..hehe, puji lebih lak die....tapi memanglah seronok...Di bawah saya sertakan resepi nasi minyak turun temurun, kalau letakkan pewarna jadilah nasi hujan panas...
Nasi hujan panas
Bahan-bahan:
7 cawan beras (anggaran 1 kilo beras)- dibasuh
3/4 marjerin
1 sudu minyak sapi
2 biji bawang besar yang sederhana besar (kalau yang besar sangat sebiji dah cukup)- dimayang
1 biji bawang putih ditumbuk
rempah 4 sekawan-cengkih, bunga lawang, buah pelaga n kayu manis
1 cawan susu cair
air - 7 cawan (sama sukatan dengan beras)
pewarna merah n kuning- jika nak buat nasi hujan panas
daun pandan
garam
Cara-caranya
1.Panaskan marjerin dan minyak sapi
2. Tumiskan rempah 4 sekawan
3. Bila dah wangi rempah tersebut, tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan
4. Masukkan nasi, susu cair, air, secubit garam dan daun pandan
5. Jika guna rice cooker, pindahkan periuk ini ke rice cooker dan tekan on
6. tunggu hingga nasi agak kering, sampai air tiada, baru buatkan lubang pada nasi dan titikkan pewarna tapi jangan gaul dahulu
7. Tunggu hingga nasi masak dahulu baru gaulkan nasi yang telah dititikkan pewarna
Dah siap.....
Gulai ayam
bahan-bahan;
Ayam- 6 ketul kalau nak lebih pun boleh
2 biji kentang
rempah 4 sekawan
10 ulas bawang merah-dikisar
4 ulas bawang putih-dikisar
1 inci halia-dikisar
1/2 inci lengkuas- diketuk
Cili kering yang dikisar atau cilil boh
Rempah gulai cap bunga ros kalau tiada boleh guna rempah adabi
Asam jawa
Gula merah
Kerisik
Santan
Air
Cara-caranya
1. Tumis rempah 4 sekawan
2. Apabila wangi, tumis bahan yang dikisar(bawang merah, bawang putih, halia) dan juga lengkuas yang diketuk
3. Apabila sudah kekuningan tumiskan cili boh hingga pecah minyak
4. masukkan rempah yang telah dibancuh (saya guna 1/2 bungkus rempah adabi, lagi sedap kalau guna rempah cap bunga ros, tapi susah nak dapat kat KL)
5. apabila bangkit bau, masukkan ayam dan kentang
7. Masukkan air asam jawa
6. masukkan sedikit air dan santan pekat (anggaran kalau guna santan kotak, dalam 3/4)
7. Masukkan garam secukup rasa, gula merah(lagi sedap kalau guna nisan)
8. Kacau sekali sekala hingga masak
9. Akhir sekali, apabila ayam dan kentang sudah empuk, masukkan kerisik
Sudah siap. Selamat mencuba.....
7 comments:
wow, power giler ko masak nasi hujan panas, patut la hujan kat nottingham ni semalam...
ader hujan ke kat Nottingham?..:), aku sekarang tengah blajar masak betul-betul supaya jadi seorang isteri mithali...AMIN...terima kasih sudi jenguk blog aku...
nasib baik hujan jer, kalau banjir tak bo lah ko pergi kuliah Hirman , Huah...huah
x sabar kami tggu open house korang ni.. jgn lupa nasi hujan panas ye.. he..he...
psl open house x leh tak tau lagi nak buat ke idak, tkt x cukup tgn...tp klu sitah nak mkn nasi ni, akak leh jer buat utk ibu mengandung, nnt kempunan lak bb kat dlm perut tu..hehe, jmpt lar ke rumah kami lps raye nnt walau xde open house, tp bgtau awal2 yer, ok...:)
he..he..xdela smpi kempunan. tp time bulan pose sebutla mkann apapun semuanya teringin..
nok tra gulai tu.. sib baik cn wat detail... alel mmg tok berani nok wat gulai/kari nih... takut tok sedap... hahahah
Post a Comment