Thursday, January 7, 2010

Aqilah dah 1 tahun 6 bulan! (6 Januari 2010)

Dah genap setahun setengah anak dara saya, Aqilah. 5 Januari 2010 yang lepas, saya membawa Aqilah untuk imunisasi, dengan itu complete lah sudah imunisasi Aqilah untuk zaman baby ni….Dah boleh simpan kad imunisasi warna pink tu…Tapi, kena simpan elok-elok yer ibu sebab darjah satu nanti, cikgu akan minta maklumat jadual imunisasi masa baby untuk imunisasi seterusnya darjah satu nanti (ingatan untuk ibu-ibu lain juga sebab jangan jadi macam saya, kad Aiman saya tak ingat letak kat mana, haru..huhu….)

Berat Aqilah 1 tahun 6 bulan; 10kg

Alhamdulilah, sehingga kini saya masih dapat meneruskan penyusuan.…Saya berazam untuk susukan Aqilah selagi mana dia hendak minum susuku ini (kalau boleh, biarlah tempoh menyusu Aqilah sama dengan abangnya selama 4 tahun,kalau lebih lagi bagus), kalau mengandung pun saya masih mahu teruskan penyusuan ini sebab tiada bukti saintifik menyatakan ianya merbahaya(baca kat entry saya bwh item breastfeeding), kalau dah ada baby ketiga pun, Insya-Allah saya akan buat tandem breastfeeding lak (Ikut perancangan kami, saya akan cuba untuk mengandung balik bila Aqilah dah cukup dua tahun). Saya berdoa kepada Allah semoga azam saya untuk menyusukan anak saya ini Allah makbulkan…Amin…

Sekarang ini, kalau menyusu, Aqilah lebih suka buat gaya bebas dan dah pandai sebut titik…Hehe…dan yang paling lucu dia boleh suruh saya susukan juga anak-anak patungnya;rabbit, monkey, spongebob, bear bila dia habis menyusu…pernah juga dia kadang-kadang pura-pura menyusukan anak-anak patungnya..lucu betul..:)…memang betul-betul feminine…Aiman dulu takde macam ni…

Aktiviti-aktiviti yang Aqilah yang menunjukkan keperempuanannya;

1. suka nak pakai bedak ibu dia bila pagi-pagi ibu nak pegi kerja, pernah satu lipstick ibu rosak bila Aqilah korek lipstick ibu.
2. Suka pakai losyen.
3. Pandai pura-pura susukan anak patung.
4. Suka tengok cermin, senyum-senyum depan cermin.
5. Suka main periuk, sudu, senduk bila ibu kat dapur (ibu yang bagi, supaya tak kacau bila ibu nak masak kat dapur; ibu cakap ibu nak masak, Aqilah pun masak juga yer..:)).


Aktiviti-aktiviti lain yang Aqilah suka sangat;

1. Suka baca buku. Tanpa saya suruh, tahu ajer dia pergi ambil buku kat rak buku (Aiman tidak ada sikap seperti ini). Buku kegemaran Aqilah; My First Encylopedia Disney, Buku Anak Mickey, Buku Lebah yang sibuk, buku Dora the Explorer.
2. Jalan-jalan naik motor, jalan-jalan naik stroller; kalau petang-petang taknak masuk rumah selagi belum jalan-jalan atau main kat taman.
3. Naik buai; dah pandai sebut buai.
4. Mandi; kalau ibu suruh abang mandi, sibuk juga dia nak mandi…boleh pulak cakap eyak (buang air besar) sambil pegang pampernya, padahal tak berak pun, saje jer nak mandi.
5. Main air dan buih sabun dalam bathtub sambil acting like swimming inside the bathtub
6. Suka main air paip waktu pergi swimming…masuk swimming pool kejap ajer pasti main paip kat tepi swimming pool.
7. Berlari kejar burung-burung kat taman.
8. Suka tengok kucing, ikan ; pantang tengok…
9. Sekarang sudah pandai pilih VCD mana yang dia nak tengok, kalau dia naak tengok cd, dia ambil beg cd, suruh saya buka dan belek-belek cd-cd tu,pilih yang mane dia suka…VCD yang paling Aqilah suka ialah:

i. Upin Ipin-GENG (dalam cerita tu, Aqilah suka watak Oopet…pandai sebut opet, pinpin..hihi)
ii. Kungfu Panda (tak berkelip mata tengok cerita ni, macam faham jer..:))
iii. Shrek (Aqilah sebut tek bila nak tengok sambil tutup mata sebelah mata guna tangan, saya pun tak faham kenapa..:)..)

10. Suka iklan potong,potong P1Wimax; kalau sebelum promo tu pun dah tau iklan tu nak keluar…waktu iklan keluar siap menggayakan orang pukul kompang….mmm, anak kawan saya lela pun suka iklan ini, apa yang menyebabkan ia menarik minat sehingga kanak-kanak satu tahun pun tertarik yer??


Bab makan dan minum…

Bab makan, Aqilah tak memilih sangat macam abang dia tapi akhir-akhir ini pun agak susah pula nak makan. Mungkin saya perlu bagi ubat cacing kot. Saya belum pernah bagi lagi. Ingat nak bagi hujung minggu ini. Walaupun tak memilih, Aqilah pun ada makanan kegemarannya. Makanan kesukaan Aqilah: udang (masak aper-aper ajer), telur rebus (putih sahaja), telur dadar, tauhu goreng (isi sahaja, kulit tak suka), ayam goreng, ikan(masak aper-aper ajer), nasi putih.

Satu kelebihan anak dara saya ini berbanding abangnya dan juga mungkin kanak-kanak lain, dia suka makan sayur tanpa susah-susah saya pujuk. Aqilah boleh makan sayur sahaja tanpa campur nasi, makan macam tu ajer…J, Sayur kesukaan Aqilah ialah bayam, sayur sawi (daun sahaja), brokoli. Aqilah juga sangat suka makan buah. Buah kesukaan ; rambutan, epal,anggur,oren, pisang, tembikai (saya jarang bagi tembikai sebab amat lar mengotorkan bajunya nanti..:)).

Minuman kesukaan sudah tentulah susu ibu dan juga air masak.

Sekarang pun dah pandai makan aiskrim dan coklat juga. Setiap kali pergi GIANT mesti singgah kat booth kat luar tu beli aiskrim coklat…

Tabiat Aqilah yang saya tak tahan..huhu

Tabiat ini buat saya menjerit. Bila saya jerit, cik suami saya mulalah membebel…huhu…Tak tahan lar, bila Aqilah gigit t**** saya. Tapi tak selalu dia gigit, kadang-kadang macam nak bergurau pun ada. Bila dia gigit, kalau sempat saya picit pipi dia buat dia ketawa, nak main-main lar tu…Tapi jika tak sempat, aduh sakit…Kalau tak puas hati dengan kami pun dia gigit juga….walau macamana saya cakap jangan pun, dia masih ada tabiat ini…Bersabar ajer lar kami bertiga…Aiman pun boleh menangis kalau adik dia gigit.

Tabiat lain yang saya tak suka; pandai mencubit. Kalau tengah menyusu pun kadang-kadang dicubitnya t**** saya.


Memang terasa amat berbeza membesarkan anak lelaki dan perempuan. Memang benar setiap anak akan mempunyai karakter berbeza walaupun dari perut yang sama, ibubapa yang sama dan setiap anak ada kelebihan dan kekurangan masing-masing, begitu uniknya kejadian ALLAH, masya-Allah. Mereka istimewa dengan cara mereka tersendiri. Oleh itu pendidikan setiap anak juga seharusnya kita sesuaikan dengan karakter masing-masing (saya dan suami suka mengambil contoh cerita KungFu Panda; cara sifu mengajar kungfu kepada The Furious Five berbeza dengan cara mengajar Po The Panda)

Ya Allah mudahkan aku dan suamiku dalam mendidik dan membesarkan anak-anak kami, semoga mereka akan menjadi anak yang soleh dan solehah, kuat jiwanya, mempunyai akhlak yang mulia, fikiran yang cerdas dan mempunyai kesihatan yang sempurna dan berjaya di dunia dan di akhirata …Amin Ya Rabbal Alamin

3 comments:

Anonymous said...

how adorable aqilah ni!! :) bab menggigit tu biasa la mama.. hehe.. nk test gigi baru! ;) smmgnye 'tough' jadi parents di akhir zaman ni, kan..

ibuaiman said...

tq nashwa..:)..mmg betul byk cabarannya skrg, x mcm kita dulu2..nanti kalau dah masuk alam sekolah(mcm aiman), lain pula cabarannya, alam remaja lagi lar bertambah-tambah cabaran, ...semoga Allah mudahkan kita mendidik anak-anak kita menjadi anak-anak yang soleh/solehah...AMIN

Anonymous said...

Assalamualaikum mama Aiman n Aqilah,

Saya baru jumpa n suka perkongsian akak di blog ni. Bahasanya baik dan tertib, tentulah ianya dtg dr keibuan dan kewanitaan yang sejati dan tulen.

Tapi nampaknya lama juga akak dah tak menulis, mungkin sibuk, tapi takpe, biar saya khatamkan dulu yg ini!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...