Tuesday, April 20, 2010

Hari Ulangtahun Perkahwinan ke-8, di mana letaknya bahagia?

19 April 2010 adalah hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke-8. Diam tak diam sudah 8 tahun kami suami isteri mengharungi suka duka alam perkahwinanan yang didoakan agar kekal hingga ke akhir hayat, Insya-Allah.

Saya menghadiahkan sebuah buku kepada suami sempena ulangtahun kami kali ini. Nanti saya download muka depan buku tersebut. Buku itu memang bagus untuk menginsafkan diri kita dalam mengharungi alam rumahtangga. Antara kata-kata hikmah yang terdapat di dalam buku tersebut adalah berkenaan kebahagiaan. Di mana terletaknya kebahagiaan sebenarnya? Adakah pada rupa, pangkat, harta benda? Jika benar perkara-perkara tersebut membawa bahagia kenapa banyak mereka yang yang berupa cantik, popular dan kaya raya juga bercerai-berai, tidak bahagia? Contoh yang paling senang kita lihat artis-artis Hollywood yang terkenal, cantik dan kaya juga berpisah. Namun, jika kita perhatikan ibu bapa kita yang telah 50 tahun bersama (seperti ibu bapa saya), masih utuh dan bahagia bersama walau hidup seadanya. Jawapan kebahagiaan adalah terletak pada SABAR. Dengan sabar, jika harta tiada, sabar dengan dugaan, dengan sabar juga jika harta banyak disedekahkan dan dizakatkan pula, dengan sabar, karenah pasangan dianggap ujian daripada Allah atas kelemahan diri sendiri jua dan sebagai cara mendekatkan diri kepada diri-Nya yang Maha Esa.

Masih banyak ruang-ruang yang perlu ditambahbaik di dalam alam perkahwinan kami sebenarnya. Namun, perkara yang dirasakan amat berkesan mengeratkan kasih sayang antara kami adalah melalui sembahyang berjemaah. Terasa amat syahdu apabila berzikir, berdoa dan bersalam-salaman sambil berpelukan apabila telah selesai menunaikan solat. Semoga amalan ini dapat diteruskan. Namun, kadang-kadang saya sembahyang sendiri juga di rumah apabila suami berjemaah di surau.

Ya Allah Ya Tuhanku Engkau kurniakanlah kebahagiaan kepada keluargaku di dunia dan di akhirat. Semoga kami akan dapat berkumpul bersama-sama nanti di syurga Mu nanti Ya Allah, Ya Rabbalalamin…Amin.

3 comments:

Ros Illiyyuun said...

Salam :)
Selamat ulangtahun perkahwinan...semoga terus bahagia...ameen :)

ibuaiman said...

W'slm ...Terima kasih atas doa Ros, Insya-Allah semoga jodoh kami kekal hingga ke akhir hayat dan bertemu kembali di syurga. Itu lah yang di doakan...Amin..

Unknown said...

happy anniversary. moga terus kekal bahagia spt yg diimpikan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...