Wednesday, March 30, 2011

Ulasan Buku Aisyah Keanggunan Sejati


Alhamdulillah saya sudah membaca buku ni 1/3 dalam masa 3 jam malam tadi, memang best! Jika anda berminat boleh dapatkan diwebsite saya di kasihbuku.com .Banyak cerita-cerita best pasal Aisyah bersama Rasulullah s.a.w dimuatkan dalam buku ini. Memang amat bertuah Aisyah yang menjadi isteri yang paling dicintai oleh Rasulullah s.a.w selain Khadijah.
Banyak adegan yang saya rasa amat romantik antara Rasulullah dan Aisyah dimuatkan dalam buku ini. Contohnya masa hari perkahwinan mereka, Rasulullah dihidangkan segelas susu selepas akad nikah, kemudian Rasulullah memberikan lebihan susu yang diminum kepada Aisyah yang sudah sah menjadi isteri baginda. Aisyah dengan rasa malu-malu menerima gelas tersebut dan meminum susu tersebut. Sewaktu makan juga, daging yang mereka makan digigit oleh Aisyah kemudian Rasulullah menggigit daging tersebut di tempat yang sama, sewaktu Rasulullah beriktikaf di masjid Nabawi juga Aisyah akan datang menyikat rambut Rasulullah.....alahai...sungguh romantik, bertuahnya Aisyah menjadi suri insan teragung. Namun, banyak dugaan menjadi suri insan teragung ini, iaitu dalam hidup Aisyah tiada kemewahan. Kadang-kadang tiada makanan dan rumah bergelap kerana tiada pelita. Saiz rumah Aisyah dan Rasulullah s.a.w amat kecik, sebesar bilik sahaja dan tiada hiasan kemewahan. Namun mereka dijanjikan istana di syurga nanti, kita bagaimana...Masya-Allah minta dijauhkan rumah di dunia besar namun di akhirat .... Dalam buku ini juga dimuat cerita Aisyah sewaktu kecil, sewaktu menjadi isteri Rasulullah dan selepas kematian Rasulullah. Aisyah merupakan seorang yang bijak, sebab itulah beliau amat di sayangi oleh Rasulullah disamping sifatnya yang manja dan agak nakal. Terdapat satu kisah yang saya rasa kenakalan Aisyah ialah di mana setelah Rasulullah bersumpah tidak akan mendatangi isteri-isteri Baginda selama sebulan kerana mereka menginginkan kemewahan. Mereka diberi pilihan memilih Rasulullah atau kemewahan dunia. Setelah tamat tempoh sebulan, rumah yang pertama Rasulullah pergi ialah rumah Aisyah. Dengan sifat kenakalananya, Aisyah bertanya, mengikut perkiraannya hari itu baru hari ke-29, kenapa Rasulullah sudah datang? Rasulullah menjawab, bulan itu hanya ada 29 hari sahaja. Nakalkan Aisyah ni..:)....

Saya akan cuba tamatkan lagi 2/3 buku ini. Kalau kawan-kawan nak juga alami keseronokan membaca buku ini boleh dapatkan di kasihbuku.com .Link

Semoga jumpa lagi...

8 comments:

fizanur said...

mcm best ek. nak belilah.

Kenapa berat badan saya naik sedangkan saya tidak makan bany...

ibuaiman said...

fizanur...beli la, x rugi,..lg bgs klu beli ngan saya kat kasihbuku.com...hehe...mlm td sy smbg lg sikit, ada kisah Rasulullah wafat di sisi Aisyah, sungguh menyayat hati, Rasululah wafat dalam keadaan bersandar di dada Aisyah...subhanallah...juga ada kisah Aisyah semasa perang Jamal, kekesalan Aisyah selepas peristiwa tersebut...mlm ni nak smbg bc lagi, Insya-Allah

Intan Suhana Mohamad Rahim said...

cerita dlm perang Jamal mmg penuh dgn tipu muslihat dan perjuangan Saidatina Aisyah dan sahabat dlm mempertahankan kesucian Islam. Rasa sayu kalo baca tntg perang tu sbb endingnya berpihak pada org Islam yg ingin menzalimi saudara sendiri..(salam ibuaiman, lama tak menyapa. betulkan sy ye kalau silap, lama dah x baca sejarah ni hehe)

ibuaiman said...

Intan, ini rumusan dari analisis saya tentang perang Jamal.Perang Jamal bukan dimenangi oleh pihak yang ingin menzalimi Islam tetapi terdapat pihak-pihak munafikyang menimbulkan perpecahan ini dan perang saudara di antara umat Islam berlaku. Memang menyayat hati kisah perang Jamal ini. Sebenarnya Rasulullah pun telah mendapat wahyu mengenai perkara yang akan berlaku ini. Baginda memberitahu Aisyah dimana di suatu masa Aisyah akan tersilap perhitungan dan isyaratnya melalui anjing di suatu tempat (tak ingat namanya) akan menyalak kepada Aisyah. Aisyah sendiri selepas peristiwa perang Jamalmenyesal tentang khilafnya dan tidak mahu dikebumikan di sisi maqam Rasulullah kerana malu...Wallahua'lam.

Intan Suhana Mohamad Rahim said...

thanks betulkan ibuaiman =). nmpk sgt byk yg missed tntg perang jamal ni...insyaAllah kena bykkan bacaan pasni..

Juwita Afifah said...

Akak, ada jual lg x buku ni? Sy cuba isi form dkat kasihbuku.com, tp error. Harap akak dpt bantu.

afifah.mokhtar@gmail.com

ibuaiman said...

Salam Juwita,

Akak dah jawab kat email Juwita berkenaan cara nak beli buku Aisyah.Check email ye.

TQ..:)

Anonymous said...

Ada lagi x buku ni? 0166706752 hidayah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...