1. Kalau ikut tahun Hijrah Islam, dah genap 8 tahun 2 hari lepas(14 Safar) tapi ikut tahun Masihi lagi 3 bulan baru cukup 8 tahun.
2. Sembahyang kalau hari minggu 4 waktu lengkap, Alhamdulillah, cuma Subuh aje belum lagi sekarang ni. Kalau hari sekolah, maghrib dan Isyak aje sebab Aiman sekolah petang. Waktu rehat pukul 3.30 petang, tak sempat untuk sembahyang. Impian saya, alangkah bagusnya kalau sekolah bagi peluang anak-anak sembahyang kan. Berhenti dalam 15 minit untuk sembahyang zohor dan asar dan diimamkan oleh guru-guru sendiri.
3. Mengaji dah masuk juzuk 3. Alhamdulillah bacaan dah semakin baik dan tajwid pun dah semakin betul...:). Pagi macam biasa pergi sekolah mengaji dengan Ustaz Daud dari pukul 8 hingga 10 pagi. Malam pula, baca Al-Quran dengan Ibu atau Ayah selepas sembahyang Maghrib. Kalau sembahyang, bacaan surah selepas fatihah tu baca surah yang panjang-panjang kalah ibu...bagus anak Ibu ni...Aiman hafaz surah Juz Amma kat sekolah mengaji, pagi-pagi wajib hafazan dulu...Alhamdulillah, semoga terus jadikan amalan baru tidak lupa.
4. Dah pandai azan cuma tak berani lagi beri Aiman azan kat surau taman, azan kat rumah dulu. Mungkin tahun depan dah boleh bagi Aiman azan kat surau taman bila hujung minggu...Insya-Allah.
5. Amat suka dengan bola sepak. Petang-petang hari minggu main bola sepak dengan kawan-kawan kat taman. Bukan setakat main bola tapi pasukan mana yang nombor satu, nombor dua dan seterusnya kat liga England pun tahu...Everton, Chelsea, Manchester, Liverpool semuanya anak bujang saya tahu sekarang. Boleh sembang dengan ayah pasal bola macam sembang dengan kawan-kawan. Peraturan main bola pun Aiman tahu. Kalau nak borak pasal bola dengan Ibu, Ibu surrender..:)..Ibu hanya kenal pasukan Manchester aje...:)
6. Selain bola sepak, Aiman pun minat juga main badminton dan tenis. Main badminton, ikut Ayah pergi main badminton malam Sabtu, main tenis ikut Ayah main tenis hari Sabtu atau Ahad dengan Pak Long dan Pakcik Iwan kat MSN.
7. Kalau keluar lagu-lagu kat radio dalam kereta masa drive atau kat pasar malam, Aiman boleh sama nyanyi lagu tu, bukan lagu melayu je, lagu English pun tahu...erk...bila tanya kat mana dengar lagu-lagu tu, rupanya dengar kat dalam van Abang Along, van hantar pergi sekolah.
8. Anak bujang saya dah semakin tinggi sekarang dan asyik lapar aje...:)...nak membesar lagi kata orang. Dulu masa kecik-kecik susah nak makan, tapi sekarang selalu cakap, Aiman asyik lapar jer. Jadi, ibu cepat-cepat masak bila balik kerja sekarang sebab bila balik sekolah aje, Aiman dah lapar...:)
9. Tahun ini Aiman kena basuh kasut sendiri. Bukan apa, Ibu nak latih Aiman berdikari. Sebelum itu, ibu dah bagi demo macamana nak basuh dan kapur kasut dengan betul. Alhamdulillah nampaknya Aiman cepat belajar, dah pandai basuh kasut sendiri...:)
10.Aiman suka sembang dengan Ibu cerita kawan-kawan kat kelas Aiman, Kelas 2 Mutiara. Antara cerita-cerita Aiman:
a. Kawan baik Aiman namanya Muhamad Zafran. Sekarang duduk kat belakang Aiman dalam kelas.
b. Kedudukan dalam kelas Aiman sentiasa cikgu ubah-ubahkan tapi Aiman masih kekal kat tempat dia dari dulu dekat tepi tingkap, baris ke-4. Dalam kelas ini, murid lelaki cikgu letak sebelah murid perempuan, mungkin untuk elakkkan murid lelaki main-main. Kali ini dah 3 kali kawan sebelah Aiman berubah. Pertama, budak perempuan sebelah Aiman nama Ros Maria, yang kedua, ibu tak ingat nama dan ketiga Natasha. Nasib baik budak kedua dah pindah dari sebelah Aiman sebab budak tu Aiman cakap pelik, taknak bangun dari tempatnya bagi Aiman keluar ke tandas dan sengaja menghimpit kerusinya bagi sempit tak bagi Aiman keluar sampai Aiman terpaksa kempiskan badan jika mahu ke tandas. Lagi satu, budak perempuan ini kedekut untuk bagi pinjam pensil warna (waktu itu Aiman tertinggal pensil warna). Dia cakap, mak dia pesan jangan bagi kawan pinjam..iskh...iskh..iskh...
c. Ketua kelas yang baru dilantik sudah dipecat baru-baru ini...hu..hu...ketua kelas pun kena pecat?Sebabnya tak jaga kelas masa cikgu takde. Penolong kelas Aiman, anak jiran kami, namanya Amirah. Jadi, Ibu tanya, Amirah jaga kelas ke?Ada orang dengar cakap dia tak kalau dia suruh diam. Aiman cakap tak dengar, tapi Amirah tulis nama orang yang buat bising. Ibu tanya nama Aiman ada kena tak?Aiman cakap takde tapi kalau Aiman bising Amirah tarik telinga Aiman. Lar, macam tu pulak. Ibu tak pernah tarik telinga Aiman tapi Amirah pulak tarik telinga Aiman...sabar aje lar budak-budak ni...
Gambar Aiman masa 2 tahun 6 bulan dekat rumah Tok Long...Sekarang Ibu dah tak larat lagi nak dukung Aiman...
No comments:
Post a Comment