Tuesday, May 24, 2011

Gambar kat depan Kaabah



Gambar kat depan multazam masa umrah aritu. Baru sempat upload satu gambar. Gambar-gambar lain akan menyusul nanti, Insya-Allah

6 comments:

Anonymous said...

salam, ibuaiman... alhamdulillah.. syahdunya tgk dan baca pngalaman kalian di tanah suci.. nashwa doa moga ada rezki kami utk ke sana.. insyaAllah.. :)
bab wakaf n zakat tu semmgnya luas.. tk terhenti kpd memberi kpd yg fakir sj.. malangnya perlaksanaan sgt sempit! :(
seharusnya smua umat islam di m'sia ni perlu punya misi utk mngkatkan ekonomi ummah.. dh tk boleh harap wang zakat smata2.. wallahu'alam..

ibuaiman said...

w'slm Nashwa, Insya-Allah Nashwa sekelurga dimurahkan rezeki untuk mengerjakan haji/umrah. Ada kawan suami pohon saya/suami buat travelog umrah bersama anak2, agak2 ada orang lain nak baca ke?hehe...
Bab zakat dan wakaf tu sgt setuju dgn Nashwa,kat M'sia perlaksanaannya sangat sempit, adakah sebab ianya diuruskan oleh sebuah badan dibawah kerajaan menyebabkan mereka tidak mendapat idea untuk berfikir di luar kotak?Wallahua'lam...Bila tengok website jabatan wakaf kat Malaysia, alahai...tak nampak sangat kejayaan yang dicapai atau apa idea/perancangan yg mereka akan buat. Bila tengok mcm tu, orang yg nak berwakaf pun ragu2...saya sebenarnya ada perancangan besar mengenai bab wakaf ni. Wakaf wang tunai utk merealisasikan sepertimana kat UK dan Australia, moga-moga ianya dimudahkan Allah, Insya-Allah dalam 10 tahun lagi kot, dan Nashwa boleh jadi salah seorang penyumbangnya kan..hehe

Firda said...

salam ibuaiman,

nak tanya boleh ke kalau kita nak bawa bayi 8 bulan pergi umrah sbb saya risau skg nih smlm nk amik suntikan menigitis Dr. kata takde untuk bayi bawah 2 tahun. Tinggal je la bayi kat mesia Dr cakap bahaya bawak. saya dah sedih sgt sekarang nih.

ibuaiman said...

W'slm Firda...
Alhamdulillah Firda akan mengerjakan umrah pada waktu terdekat ye..Mengenai pertanyaan membawa bayi tanpa mendapat suntikan meningitis tersebut saya tinggalkan kepada Firda untuk membuat keputusan. Memang terdapat risiko jangkitan meningitis jika tidak mendapat suntikan tersebut terutama bagi bayi yang imunitinya masih lemah. Namun, jika Firda berani,berdoa dan bertawakkal untuk membawa baby ke sana terpulang kepada Firda. Sesungguhnya segala penyakit datangnya daripada Allah. Bagi orang dari Malaysia mungkin jarang membawa bayi ke sana tetapi bagi orang Arab, orang Turki, saya lihat ada yang membawa bayi mereka ke sana sewaktu mengerjakan umrah. Semasa saya mengerjakan umrah baru-baru ini Aqilah juga demam sewaktu hari ke-7 di sana kerana kurang tidur dan rehat. Memang ada risiko membawa anak kecil ke sana namun ianya terpulang kepada kita adakah kita sanggup menghadapi risiko atau tidak.

Diharapkan jawapan saya dapat membantu.

Wallahua'lam...

Sweet Freedom said...

Salam ibuaiman,

Saya pun skrg tgh runsing mengenai mslh yg lebih kurang sama seperti Firda,tp masalah saya bukan tentang suntikan,tapi tentang xde saudara mara yang dpt jagakan bayi saya yang akan berumur 8 bulan pada bulan Ogos/puasa nnt. Jadi sy bercadang utk bawa anak saya bersama untuk menunaikan umrah pada bulan puasa nanti,mak saya pun sarankan bawa kerana ramai orang Arab yang bawa sekali ke sana. Cuma yang menjadi masalah mak mertua saya pula yang harapkan anak saya xperlu bawa ke sana.(Saya dan suami serta mak ayah mertua akan pergi umrah bersama bulan puasa ini)
Tambahan pula nanti bulan puasa akan ada ramai umat Islam dari seluruh dunia,jadi akan sesak dgn orang. Suami saya pula setuju kalau bawa,sebab dah xtau nak amanahkan siapa utk jagakan anak.
Tapi tu lah,kalau mak mertua tak setuju jugak utk bawa,mungkin saya tak dapat ikut pergi umrah walaupun nama saya dah didaftarkan..
Kalau ada pendapat untuk mslh saya ni,saya berterima kasih sgt2..

ibuaiman said...

Salam Seima,

Alhamdulillah syukur pada Allah, banyak ibu-ibu muda sekarang diberikan rezeki untuk mengerjakan umrah pada usia yang muda...bukan mudah untuk dijemput oleh Allah sebagai tetamuNya...bagi masalah Seima, ia agak rumit kerana ibu mertua tidak izinkan, mungkin kerisauan beliau kesulitan untuk menjaga bayi dan untuk beribadah di sana nanti, mungkin Seima atau suami boleh tanyakan lebih lanjut kenapa ibu melarang, jika kerisauan tersebut menjadi alasan, Seima kena yakinkan bahawa Seima boleh menjaga bayi dengan baik semasa di sana, memang tidak saya nafikan apabila membawa anak adalah sedikit ujian kepada kita untuk beribadah sebanyaknya tidak seperti mereka yang tidak membawa anak...selain daripada itu, Seima buat sembahyang hajat untuk tunjukkan mana jalan yang terbaik untuk Seima dan anak. Jika Allah rancangkan yang terbaik adalah memabawa anak ke sana, Insya-Allah Allah akan lembutkan hati ibu mertua untuk izinkan membawa anak ke sana. Mungkin bagi pandangan kita baik namun sebaliknya tidak. Mungkin bagi pandangan kita buruk namun sebaliknya baik. Allah lah sebaik-baik Perancang dan kita serahkan segala urusan kita kepadaNya. Bangun tahajud dan solat hajat di 1/3 malam, mohonlah petunjuk daripada Allah...

Saya harap jawapan ini dapat membantu Seima...

Wallahua'lam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...