Tuesday, July 12, 2011

Hari lahirku yang ke 33 (13 Julai 2011)

Alhamdulillah, syukur kepadamu Ya Ilahi

Kerana masih memanjangkan umurku hingga ke hari ini.

Memberikan nikmat yang tidak terhingga kepada diriku

Nikmat kesihatan

Nikmat keluarga

Nikmat kasih sayang

Nikmat kesenangan hidup

Kepada ibuku

Terima kasih Cik kerana mengandungkan, melahirkan dan berkorban penat dan lelah dalam membesarkan diri ini dengan penuh kasih sayang

Kepada Ayahku

Terima kasih Ku kerana berkorban, bekerja keras untuk membesarkanku dan memberikan pelajaran yang terbaik kepada diriku sehingga kejayaan hari ini menjadi milikku

Kepada Suamiku

Terima kasih Abang kerana memberikan kasih dan sayang Abang kepada diriku.

Terima kasih kerana berkongsi kasih dan bersama-sama membesarkan anak-anak kita

Kepada anak-anakku

Terima kasih kerana Aiman dan Aqilah menjadi anak-anak yang baik

Terima kasih kerana memberikan kasih dan peluang kepada Ibu untuk menikmati gelaran sebagai Ibu

Kepada adik-beradikku dan sahabat-sahabatku

Terima kasih kerana mendoakanku di hari lahirku ini

Kepada Cik, Ku, Abang, Aiman, Aqilah, kakak, abang dan sahabat-sahabatku

Tiada nikmat yang paling besar yang paling kupinta

Selain daripada kita semua dapat berkumpul bersama-sama di dalam syurga di hari yang dijanjikan....AMIN...Ya Allah aku mohon padaMu Ya Allah

Di hari lahirku yang ke-33 ini

Merenung kembali pada diriku

Merenung kepada skala kehidupan

Hampir separuh usiaku telah berlalu (jika mengikut purata usia perempuan di Malaysia 76 tahun)

Adakah banyak digunakan untuk kebaikan

Atau sebaliknya

Lagi berbaki separuh masa untuk menuju kematian (Insya-Allah jika Allah memanjangkan usiaku)

Apa yang aku pohon dariMu Ya Allah

Semoga Engkau ampunkanlah dosaku Ya Allah

Dosaku yang telah berlalu, dosaku yang akan datang

Dosaku yang aku tahu, dosaku yang tidak aku tahu

Engkau ampunkanlah Ya Allah dosa suamiku

Engkau ampunkanlah Ya Allah dosa kedua ibubapaku, doa kedua ibubapa mertuaku

Engkau ampunkanlah Ya Allah dosa adik beradikku, dosa sahabat-sahabatku, dosa muslimin dan muslimat samada yang yang masih hidup atau yang telah mati

Ya Allah

Janganlah Engkau pesongkan hatiku setelah Engkau memberikan petunjukMu

Semoga Engkau akhiri hayatku dengan Husnul Khotimah, Ya Allah

Semoga Engkau bantulah hambaMu ini Ya Allah untuk sentiasa mengingatiMu, untuk sentiasa bersyukur dengan nikmatMu dan untuk sentiasa beribadah kepadaMu dengan baik

Sesungguhnya aku tahu Ya Allah, aku tidak layak untuk syurgaMu

Namun Ya Allah aku tidak sanggup menanggung siksa api nerakaMu walaupun hanya sesaat

Janganlah Engkau golongkan aku di dalam hambaMu yang rugi, hambaMu yang Engkau murkai dan Engkau sesatkan Ya Allah, jauhkan aku Ya Allah

KepadaMu kepohon Ya Allah

Amin...amin...Ya Rabbal Alamin

6 comments:

Ros Illiyyuun said...

Assalamualaikum Ibuaiman :)

Selamat hari lahir, semoga diberkati usia,Ameen :)

ibuaiman said...

Waalaikumussalam Ros...:)

Terima kasih Ros atas ingatan ini...
Semoga Allah memberkati hidup Ros jua...:)

Intan Suhana Mohamad Rahim said...

Selamat hari lahir kak. Moga usia yg berbaki sentiasa diberkati dgn amalan yg bertambah serta dipelihara Allah.. ;)..

Ishh, tak nakla Aqilah jadi cam aunty. Aunty doakan Aqilah jadi somebody yg lebih better dar aunty.. Amiin...;)

ibuaiman said...

Salam Intan...
Terima kasih...AMIN...semoga kita akan sama-sama menjadi hambaNya yang bersyukur dan berjaya dunia dan akhirat...AMIN...

Akak dah sampaikan salam Intan kat Aqilah...first time time orang kirim salam..;)...akak ajar dia jawab "waalaikumussalam"...:).."kawan ibu yg mana ibu".."kawan ibu nama aunty Mas dan Aunty Intan kirim salam"...:)

Mastura MY said...

assalamualaikum....

selamat hari lahir akak! asifah lewat wishnya, nak cakap sibuk menjadi halangan rasa macam tak patut... :)

moga dilimpahi rahmat dan kurnia Allah.... moga Allah mengiringi setiap langkahan kaki akak dan moga peraturan Allah menjadi nadi dalam kehidupan...

ibuaiman said...

Salam Mas..

Insya-Allah...AMIN...terima kasih Mas...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...