gambar kampung halaman saya
Jika anda ke rumah saya di kampung, anda boleh mendengar ombak menghempas pantai terutamanya pada waktu malam (kerana ombak lebih kuat di waktu malam dan suasana yang sunyi). Walaupun rumah saya berhampiran dengan pantai dan sejak dari kecil lagi saya sudah terbiasa bermain di pantai namun hakikatnya saya TIDAK PANDAI BERENANG sehinggalah saya belajar berenang dengan suami saya pada tahun lepas, percaya atau tidak…hehe..Semasa saya kecil, biasanya saya dan kawan-kawan akan mandi di laut di kawasan air yang agak cetek, agak-agak paras pinggang kami sahaja dan cuba-cuba menyelam sambil menahan nafas sahaja, berenang kami tidak tahu. Saya sebenarnya amat teringin untuk pandai berenang namun tiada sesiapa yang pernah mengajar kami. Memang benarlah bahawa, walau apa-apa ilmu sekalipun, jika kita mahu dapat, kita harus belajar samada secara FORMAL ATAU TIDAK FORMAL, TIADA kebolehan atau kepandaian yang akan kita dapat secara SPONTAN.
Dua tahun yang lepas, suami saya tergerak hati untuk belajar berenang selepas balik dari bercuti di Sabah. Pergi Sabah, kami ke pulau-pulau namun terbatas untuk snookling di samping pada waktu itu Aiman baru berusia 5 tahun, macamana nak bawak dia bersama untuk snookling. Kami amat cemburu dan teruja melihat seorang lelaki Cina dengan mudah dan selamba terjun berenang bersama-sama ikan semasa bercuti di sana. Beliau berenang seperti ikan…wow…sedangkan kami takut-takut berada di tepi jambatan yang tiada palang, dan amat risau jika Aiman terjatuh. Dengan bantuan internet, Alhamdulillah suami saya mendapat tempat belajar berenang di kawasan berhampiran rumah kami. Instructornya seorang lelaki Cina dan untuk pengetahuan anda sewaktu belajar, hanya suami saya seorang sahaja orang dewasa, yang lain-lain semua kanak-kanak Cina dan India (majoriti Cina). Namun, beliau cuba tidak fikirkan soal malu. Apa yang tertanam di hati suami saya pada waktu itu untuk belajar berenang bersungguh-sungguh sehingga pandai. Matlamatnya supaya nanti beliau boleh melatih pula anak saya dan saya untuk belajar berenang. Lebih-lebih lagi memang sukar mendapatkan instructor perempuan untuk saya belajar berenang. Syariat hendaklah dijaga walaupun untuk mendapatkan ILMU supaya berkat dan tidak terlibat di dalam dosa. Akhirnya suami saya berjaya pandai berenang. Satu sikap suami saya yang saya puji ialah beliau sangat rajin berlatih sehingga pandai dan jika dia tidak dapat, dia akan bertanyakan kepada instructor di samping beliau juga rajin mencari info/ilmu mengenai berenang melalui internet. Setelah itu, beliau mengajar Aiman berenang dan Alhamdulillah, cepat pula anak saya dapat berenang seawal usianya 5 tahun lagi dengan hasil tunjuk ajar ayahnya. Bagi diri saya pula, setelah habis pantang anak kedua, saya belajar berenang. Dan syukur juga, kini telah ada pakaian berenang untuk muslimah, jadi tidak sulit untuk saya untuk berenang tanpa mengabaikan SYARIAT. Setelah 5 kali belajar, Alhamdulillah saya tahu berenang, kebolehan yang saya inginkan sejak kecil lagi.
Saya perasan memang tidak ramai orang melayu Islam yang pandai berenang. Mungkin kerana ianya bukan budaya kita untuk menghabiskan masa bersama anak-anak di kolam renang. Tambahan lagi, jika dulu-dulu belum ada pakaian berenang khusus untuk muslimah. Jika bagi kaum Cina dan orang Eropah, mereka kebanyakkannya akan menghantar anak-anak mereka untuk belajar berenang sejak kecil lagi. Malahan jika kita lihat di internet, sejak dari bayi lagi mereka dedahkan bayi-bayi mereka kepada kolam renang. Sebenarnya berenang ini mempunyai banyak kelebihannya. Antara kelebihan-kelebihan BERENANG:
Pertama: Ianya satu senaman yang boleh diceburi oleh SEMUA JANTINA DAN SEMUA PERINGKAT UMUR TANPA SEKATAN.
Kedua: Aktiviti ini sebenarnya AMAT DIGEMARI OLEH KANAK-KANAK.
Ketiga: Satu langkah yang baik untuk MENGURANGKAN BERAT BADAN terutama bagi IBU-IBU YANG LEPAS BERSALIN bagi mengempiskan bahagian perut.
Keempat: Satu sukan yang baik untuk WARGA EMAS untuk mengekalkan cara hidup yang sihat. Jika dibandingkan dengan aktiviti seperti berjogging, warga emas yang biasanya mempunyai masalah sakit lutut (terutamanya PEREMPUAN) tidak sesuai untuk berjogging namun dengan berenang, tidak membataskan mereka untuk kekal aktif.
Kelima; Ianya juga dapat membentuk sikap BERDISIPLIN di kalangan kanak-kanak kerana tanpa disiplin mereka tidak akan dapat mahir berenang dengan baik.
Disebabkan banyak kelebihan yang boleh didapati daripada aktiviti berenang, suami saya berfikir untuk mengajar sesiapa yang ingin belajar berenang daripada beliau. Pada masa kini, beliau sedang melatih seorang kawannya dan 3 anak kawannya belajar berenang. Kepada sesiapa yang berminat untuk belajar berenang daripada suami saya boleh menghubungi saya melalui email atau catat di shoutbox saya. Harga promosi adalah RM150 seorang, belajar sehingga pandai (TERHAD untuk waktu PROMOSI ini sahaja, bayaran masuk ke swimming pool adalah di bawah tanggungan sendiri). Ianya terbuka untuk:
Kanak-kanak lelaki 7 -12 tahun
Kanak-kanak perempuan 7-9 tahun sahaja (untuk jaga syariat)
Dewasa lelaki
Bagi dewasa perempuan dan kanak-kanak perempuan 10-12 tahun, saya boleh mengajar.
Marilah kita bersama-sama kekal sihat dan cergas sepanjang masa dengan mengamalkan cara hidup yang SIHAT!
Mengikut kajian, kebanyakan warga emas di Negara Eropah adalah kekal aktif dan cergas di usia tua berbanding dengan warga emas di Malaysia.

21 comments:
Sebab tue ak rase susah sgt nk cari pompuan yg pandai berenand dan sporty..alhamdullilah..berenang..berkuda...memanah aku dah buat..ak cukup benci dgn org yg xnk belajar berenang..xtahu ker..malaysia ni dikelilingi air...2/3 dunia adalah air...kemungkinan utk banjir even kat KL ade..so kita kena persiapkn diri...lgpun this is the best...sebab kita boleh execise satu bdn..sape kata berenang xkluar peluh? dah berenang dgn teknik betol bau tau rasenye...so ak hrp mak bapak hntr le anak2 berenang..ak dah muak dgn cite2 org lemas...kalo dh belajar berenang lemas jugak tue namenye takdir..mgkn arus kuat...tp kalo dh belajar insyallah boleh selamat..nabi pun galakkan kita berenang..so anda bile lagi?
Ingin Tahu...
sy nk tnya..berenang waktu malam ni boleh rosakkn paru-paru ke? memang xelok ke berenang waktu mlm?
assalammualaikum..
saya berumur 26 tahun..tapi masih tak reti nak berenang.. impian sy dan azam sy 2011 ni , nak belajar berenang dan boleh berenang bebas di lautan luas.. dimana sy boleh dapat kelas berenang yg tuan syorkan? lokasi dimana? tq
Assalammualaikum.
mungkin saya agak terlewat untuk bertanya memandangkan post terbaru puan untuk blog ini adalah pada setahun yg lalu. tetapi, saya tetap ingin mencuba bertanya, masih ada lagikah kelas renang yang ditawarkan? jika ada, diharapnya sudilah puan emailkan terus jawapannya kepada saya di jay_tea@live.com.
kesudian puan adalah rahmat besar Allah untuk saya.
Jazakallahukhyra.
Saya juga mencari di mana tempat untuk belajar berenang ni..boleh dapatkan info berkenaan..terima kasih. Ibu Hajah. Taman Melawati
Boleh belajar dimana2 atau kawasan tertentu?
salam,
sy interested nak belajar swimming..swimming pool di apartment boleh ke? Kalau Puan still mengajar swimming, boleh emailkn details, availability and fee ke emel add sy : ilani.ms@gmail.com.
boleh ajar berenang? minta email info ke: sazsaz780@gmail.com. TQ.
Salam...kak sy bminat n nk tau d mn? email sy...harris.maidin@gmail.com ...sy bakal menduduki ujian utk kerja d offshore tp xtau berenang..harap dpt suami akak dpt mbantu..thnx..salam..
Plez email details... andie_iera@yahoo.com
Email detail plez...
hakimahassan94@gmail.com
Salam puan dimana lokasi belajar...saya berminat utk join bersama isteri & anak2..harap puan dpt bagi feedback siracs.anas1@gmail.com

As'salam puan..di mana lokasi belajar..saya dan anak ingin belajar renang..minta feedback ke jbjulianab@yahoo.com
Plz email details ke jaydencool3@gmail.com
boleh bagi contact number?
Asslm semua..encik,puan...siapa yg ingin belajar berenang..boleh contact saya..0196766601(irfan)..Coach swimming.
Sekiranya cik ingin belajar berenang blhlh berhbgi saya..0196766601...en.irfan
Blh hbgi saya...coach swimming...0196766601..en.irfan
Berminat nk belajar berenang...call saya 0196766601...coach irfan
Coach swimming...0196766601..irfan

Post a Comment