Tuesday, February 23, 2010

BREASTFEEDING MACAM ORANG KAMPUNG?



Perjalanan balik ke kampung sempena Tahun Baru Cina baru-baru ini seperti yang dijangka jalan amat sesak. Dalam kesesakan itu saya terlihat seorang ibu dalam usaha untuk menyediakan susu untuk anaknya. Beliau terpaksa menuang air dari keretanya untuk membasuh botol susu sebelum menyediakan susu baru untuk anaknya. Alhamdulillah, saya tidak perlu bersusah-susah begitu. Jika Aqilah lapar terus suakan susukan ke dalam mulutnya. Amat mudah sekali. Melihatkan itu, suami saya menceritakan pendapat dari seorang kawan lama sekolahnya tentang breastfeeding :

Pendapat kawan lama suami saya:


1. Orang yang menyusukan anak ini dipandang macam orang kampung dan tidak mampu membeli susu formula yang mahal-mahal untuk anak mereka.

2. Orang yang menggunakan susu formula pula macam orang bandar, ada banyak duit untuk membeli susu yang paling mahal untuk anak-anak mereka.



Mmm…apa respons saya sebagai SEORANG breastfeeding mother?


1. Macam orang kampung?

Jawapan saya: Memang betul saya mengaku saya orang kampung dan saya tidak rasa terhina dilabelkan sebagai orang kampung bahkan saya rasa gembira sekurang-kurangnya saya dapat rasa suasana balik kampung apabila tiba musim perayaan…hehe. Tetapi untuk pengetahuannya sekarang ini bukan hanya orang kampung dan surirumah sahaja yang suka menyusukan anak-anak mereka malahan orang yang bekerja dan duduk di bandar juga (seperti saya) suka menyusukan anak mereka. Malahan di pusat-pusat membeli-belah yang ternama di bandar-bandar besar juga telah menyediakan ruang yang khas untuk ibu-ibu yang menyusu. Ini kerana mereka sedar telah ramai wanita yang berkerjaya telah membuka minda mereka untuk menyusukan anak mereka sendiri.


2. Saya tidak ada duit untuk beli susu formula untuk anak saya?

Jawapan saya: Saya tidaklah dikategorikan sebagai orang kaya tetapi kalau saya boleh memberikan susu yang paling terbaik kepada anak saya berbanding susu-susu yang ada malahan secara percuma pula kepada anak kesayangan saya kenapa saya perlu saya susah-susah keluarkan duit untuk beli susu yang kurang baik berbanding susu saya. Saya rasa semua orang suka kalau boleh dapatkan barang secara percuma lebih-lebih lagi YANG PALING BERKUALITI DENGAN PERCUMA. Tetapi percaya atau tidak, tidak wujud situasi sebegitu kerana barangan yang berkualiti biasanya yang paling mahal. Satu sahaja barang yang paling ajaib yang Allah kurniakan kepada seorang ibu untuk diberikan kepada anak kesayangan mereka iaitu SUSU IBU YANG PALING BERKUALITI dan boleh dapat SECARA PERCUMA.


Kesimpulan:



Saya merasa simpati kepada mereka yang berpendapat sedemikian kerana memang jelas mereka kekurangan ilmu mengenai penyusuan ibu. Jika boleh, saya ingin membantu membuka minda mereka mengenai kebaikan breastfeeding. Dan percaya atau tidak, bukan hanya orang kampung dan tidak berduit yang berlumba-lumba untuk menyusukan bayi mereka, namun kini orang-orang Eropah juga telah mempunyai kesedaran yang jauh lebih baik daripada kita mengenai kelebihan susu ibu setelah mereka bertungkus-lumus membuat kajian.
Sepertimana yang biasa saya sebut pada entry-entry saya sebelum ini, segala perkara yangada di dalam dunia ini perlukan ILMU. Ilmu perlu dicari samada secara formal atau tidak formal. Dengan ilmu, minda kita akan terbuka dan kita tidak lagi menjadi seperti katak di bawah tempurung. Dengan ilmu juga kita tidak akan rasa terjejas dengan kritikan atau cemuhan dari sesiapa pun.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...