You've got to find what you love. And that is as true for your work as it is for your lovers. Your work is going to fill a large part of your life, and the only way to be truly satisfied is to do what you believe is great work. And the only way to do great work is to love what you do. If you haven't found it yet, keep looking....kata-kata hikmah ini daripada Steve Job, CEO Apple & Pixar, seorang billionaire di muka bumi ini. Orangnya hebat dan cerita kisah hidupnya juga hebat. Saya dapati selalunya orang-orang hebat di dunia ini cerita kehidupan mereka hebat dan lain dari orang lain, lain dari orang biasa yang tidak hebat, betul tak.Pelbagai caabaran yang mereka tempuh sebelum menjadi manusia yang dikagumi dan berjaya...Jika anda maahu tahu cerita lanjut mengenai Steve Job, sila baca di blog Ustaz Zaharuddin.
Anda suka dengan kerja anda sekarang? Mmmm....adakah saya suka kerja saya?
Saya memang suka kerja saya sebagai seorang doktor. Selain dapat tolong pesakit-pesakit saya, saya juga boleh menjadi rujukan ibu bapa saya, keluarga saya, adik beradik saya, saudara mara saya dan kawan-kawan saya jika mereka ada masalah berkaitan kesihatan/perubatan. Kadang-kadang saya suruh ibu mertua saya tulis apa ubat yang perlu diminta di klinik kesihatan di kampung sehinggakan mereka hairan macamana makcik ini tahu nama ubat ini lalu mertua sayaa cakap, menantu saya doktor...hehe...Menolong mereka memberi kepuasan kepada diri saya sebenarnya...
Tetapi, saya tidak suka kerja On-Call...Terpaksa berjaga malam tanpa dapat tidur dan terpaksa meninggalkan anak-anak dan suami di rumah, kemudian esoknya sambung lagi bekerja seperti biasa. Berpisah dengana anak-anak selama 36 jam terasa amat lama bagi diri saya. Saya memang seorang home type mother. Lagipun menurut kajian yang telah dijalankan mereka yang selalu bekerja dan bekerja di waktu malam terdedah kepada sakit Kanser Payudara dan juga boleh meninggikan kadar kolestrol dalam badan. Mungkin ada benarnya kerana bila kita bekerja di malam hari kita akan merasaa lapar seperti di waktu siang(Jika tidak percaya anda boleh mencubanya sendiri). Tetapi di dalam badan segala hormon telah bertindak sebaliknya kerana badan telah setkan waktu tersebut sepatutnya untuk tidur bukan untuk makan. Bukankah agak lucu seorang doktor yang sepatutnya menjaga kesihaatan orang lain tetapi tidak tahu menjaga kesihatannya sendiri? Itu di antara sebab saya tidak suka on -call. ..Tapi ada orang cakap, kalau macam tu saya tersilap memilih kerjaya. Kalau nak jadi doktor kena tahan kerja on-call. Tapi saya suka kerja ini, suka tolong orang lain cuma tak boleh on-call sahaja..mmmm...kalau nak tahu, di negara Eropah, tiada kerja on-call macam di Malaysia, lepas on-call kena sambung kerja lagi. Maximum waktu kerja mereka hanya 12 jam...
Agaknya sebab itulah cita-cita saya untuk menjadi pakar tidak dimakbulkan oleh Allah. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang baik untuk hambaNya dan mempunyai perancangan yang lebih baik untuk mereka....SAYA REDHA...

No comments:
Post a Comment