Peringatan buat diri yang lupa
Di dalam menjalani kehidupan, kadang-kadang kita tidak menyedari nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada diri kita. Kadang-kadang kita merasakan ianya adalah perkara biasa dalam menjalani kehidupan seharian seakan-akan ianya bukan lagi satu nikmat yang patut kita syukuri.
Kepada diri ibu-ibu yang bekerja seperti diri saya, satu nikmat yang kadang-kadang kita rasa seperti biasa adalah anak-anak kita selamat semasa dalam penjagaan samada oleh kakitangan nurseri, pengasuh atau bibik kita semasa kita pergi bekerja. Bagi ibu-ibu yang bekerja sulitnya keadaan jika anak tidak sihat bukan atau tiba-tiba dikhabarkan anak-anak tidak sihat semasa kita bekerja. Keadaan berbelah bahagi di antara tanggungjawab seorang pekerja dan juga seorang ibu. Lebih-lebih lagi jika mendapat majikan yang tidak memahami.
Dengan kita marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi di atas segala nikmat yang dikurniakan kepada kita dengan menjalani segala suruhan-Nya tanpa jemu dan meninggalkan segala larangan-Nya.
2 comments:
salam ibuaiman,
terima kasih sudi melawat blog saya dan jadi follower, really appreciate it :D. ya, betul, kadang2 kita lupa nikmat yg satu ni....saya bersyukur anak2 ditemukan pengasuh dan tadika yg senang hati utk ditinggal sekejap sementara pergi kerja :D
sama-sama ummi nor...saya pun seronok jumpa kawan-kawan baru di dunia cyber ni...:)
Post a Comment