Thursday, July 8, 2010

Adakah selamat memberikan ubat selsema dan ubat batuk kepada kanak-kanak?



Masalah selsema dan batuk disebabkan jangkitan viral mungkin adalah perkara biasa jika dihadapi oleh orang dewasa namun bagi ibu-ibu yang mempunyai bayi, serangan selsema dan batuk kepada bayi mereka boleh memberikan kesan yang besar kepada ibu-ibu. Ketidakselesaan bayi sewaktu menyusu dan ketika bayi tidur boleh meruntun hati ibu melihat anak-anak yang tidak selesa.

Jika ibubapa membawa anak mereka berjumpa dengan para doktor adalah dinasihati mereka menyemak kembali label ubat yang diberikan oleh doktor terutama bagi bayi yang berumur 2 tahun ke bawah. Ini kerana terdapat ubat selsema yang BERBAHAYA kepada bayi yang mana boleh menyebabkan bayi mengalami masalah pernafasan. Disebabkan implikasi yang mungkin timbul kesan ubat selsema tersebut, Drug Control Authority Malaysia (DCA) telah bersepakat mengeluarkan AMARAN dilabel ubat-ubat selsema yang dikenalpasti bagi mengelakkan implikasi yang bakal timbul. Amaran yang dikeluarkan adalah;

(a) Not to be used in children less than 2 years of age (Jangan diberikan kepada kanak-kanak kurang daripada usia 2 tahun) dan
(b) To be used with caution and on doctor’s or pharmacist’s advice in children 2 to 6 years of age (Digunakan dibawah pemantauan dan nasihat oleh doktor atau ahli farmasi bagi kanak-kanak berusia di antara 2 hingga 6 tahun).

Antara ubat selsema dan batuk yang terlibat adalah:

Actifed (Tripolidine)
Phenergan (Promethazine) - juga digunakan untuk menahan muntah
Diphenhydramine (Benadryl)
Brompheramine
Chlorpheramine
Clemastine
Dexbrompheniramine
Pheniramine
Dextromethorpan

Antara ubat titis hidung yang terlibat:

Ephedrine
Phenylephrine
Pseudoephedrine

Adalah dinasihatkan ibubapa mengambil berat mengenai perkara ini. Jika klinik yang dilawati tidak melabelkan nama ubat yang sebenar di botol ubat, hanya menandakan ubat selsema/ ubat batuk/ ubat titis hidung, para ibu bapa hendaklah meminta mereka menulis nama sebenar ubat di botol berkenaan supaya kita akan dapat mengetahui apa sebenarnya ubat yang diberikan oleh mereka. Selain dapat melindungi diri anak kita daripada perkara yang tidak sepatutnya (Nauzubillah), ianya juga boleh ditunjukkan kepada pihak hospital jika sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku dan tindakan sepatutnya akan dapat diambil.

Antara langkah yang boleh diambil semasa bayi anda mengalami selsema adalah memberikan air suam yang kerap kepada bayi dan berikan rehat yang secukupnya kepada bayi selain memberikan makanan yang berkhasiat seperti sayur-sayuran kepada bayi. Kepada ibu-ibu yang menyusu, terdapat BONUS yang terdapat kepada bayi anda kerana antibodi daripada susu ibu dapat membantu bayi dalam menyembuhkan masalah selsema. Jadi, teruskan menyusu bayi anda dengan selesa dan gembira.

Saya menasihati ibu bapa diluar sana mengambil berat akan hal ini dan sebarkan pengetahuan ini kepada rakan-rakan dan juga keluarga anda. Seperti yang selalu saya tekankan selama ini ILMU adalah amat penting dalam menjalani kehidupan ini. Dengan ILMU kita akan dapat membezakan antara yang benar dan salah samada dalam ilmu dunia mahupun ilmu akhirat. Wallahua’alam.

11 comments:

Anonymous said...

Tq for the info. Now paham apa bleh & tak bleh. Sebelum ni I tau FDA ban any flu & cough meds for kids below 2. So I play safe, selama ni I elak bg anak apa2 jenis ubat pun. Worse case bg PCM aje kalau anak dah flu teruk sampai ada temperature. Kalau dia batuk or flu, i bg vitamin C aje. kalau anak batuk terus i bg lemon juice+honey.

Doctor kat sini pun tak bg any ubat kalau anak flu, only antibiotik saje, itu pun after age 2. below age 2, dia macam skeptikal nak bg any ubat.

i cukup terkejut dgn perbezaan dgn most doctor msian yg bg kids below 2 sampai 3-4jenis ubat bila budak flu. parents pulak terima aje ikut consultation.

ur post ni mmg lah a great reminder & education.

ibuaiman said...

Tq mamamiya..:)..apa yang baik dan bermanafaat harus dikongsi bersama.Terima kasih sudi jenguk blog saya..:)

fizanur said...

saya mintak nak share topic ni di blog saya ye.

HJ MUHAMAD HUSAINI BIN HJ MUHAMAD MUKHTAR AL-HAFIZ said...

Diphenhydramine (Benadryl)mengandungi BABI. Sila hubungi saya Hj Husaini 109-555 8282 bagi membuktikannya...

Anonymous said...

good info sharing..

ibuaiman said...

Semoga ilmu yang ada dimanfaatkan bersama...:)

aduni said...
This comment has been removed by the author.
irhamna said...

ibuaiman, saya ada anak berumur nk masuk 9 tahun skrg. masalahnya 2 gigi kacip sblh dpn dia tak tumbuh2 sjk tercabut, kalau x silap masa umur dia 3@4 tahun. ada org kata mmg ada kes mcm tu (ada sorg sepupu dia yg sebaya dgn dia pun mcm tu jgk). tapi saya bimbang kalau x tumbuh2. kesian kt dia kawan2 lain dah penuh dh gigi.. ibuaiman ada x info psl ni?

ibuaiman said...

Salam Irhamna,
Walaupun saya bukan dr gigi, kebetulan saya pernah bertanya doktor gigi masalah ini...:)..sebab masa tu Aiman terjatuh dan gusinya bengkak, kebetulan masa tu gigi hadapannya sudah tercabut, jika tidak silap saya, doktor gigi itu memberitahu gigi hadapan boleh diberikan tempoh untuk tumbuh sehingga umur 9 tahun, jika masih tidak tumbuh juga saya nasihatkan Irhamna bawa anak jumpa doktor gigi untuk penyiasatan (investigation) rawatan yang selanjutnya.

Semoga info dapat membantu...:)

Terima kasih juga kerana sudi datang blog saya, harap tidak jemu untuk berkunjung lagi...:)

Anonymous said...

Salam...ape kesannya jika bayi diberi ubat tersebut ye...tq..

Anonymous said...

Salam...ape kesannya jika bayi diberi ubat tersebut ye...tq..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...