Monday, March 1, 2010

Ulasan mengenai kes adik Shafiah

Saya tidak membaca suratkhabar mahupun menonton berita cuti hujung minggu baru-baru ini…huhu

Pagi-pagi bila melayari internet hari ini, baru lah terbaca mengenai kes adik Shafiah di blog Fid dan Ummuammar. Kemudian saya juga membaca berita di Harian Metro dan Utusan Melayu Online.

Sememangnya kisah ini pilu dan sadis. Semua orang merasa marah terhadap si pembunuh malah kepada ibu Safiah berikutan insidens ini. Macam-macam pendapat dikeluarkan malah di pejabat saya juga agak panas dengan berita ini. Setelah membaca kesemua cerita, ini ulasan daripada saya yang merupakan seorang Islam, seorang ibu, isteri dan juga seorang anak. Punca segala masalah ini berlaku adalah kerana KEJAHILAN ibu Safiah, si pembunuh malahan datuk dan nenek Safiah sendiri terhadap ilmu samada ilmu dunia dan juga ilmu akhirat.

Kenapa saya berpendapat sedemikian?

Jahil ilmu agama:

1. Ibu mangsa dan teman lelakinya bersekedudukan tanpa ikatan perkahwinan dan melahirkan anak luar nikah. Maknanya mereka hidup dalam keadaan berzina dalam beberapa tahun tanpa rasa bersalah malah mereka mengaku mereka adalah suami isteri (berbohong).

2. Datuk dan nenek mangsa tidak menegur perbuatan bersekedudukan anaknya walaupun mengetahuinya.

3. Ibu mangsa memberitahu bahawa suaminya yang berada di penjara tidak mahu menceraikannya sebab itu beliau bersekedudukan. Jika benar inilah sebabnya bermakna beliau dan orang yang rapat dengan beliau amat jahil mengenai ilmu agama. Ini kerana jika suaminya dipenjara dan menjalani hukuman penjara yang lama, beliau sememangnya layak untuk menuntut fasakh. Kenapa beliau tidak bertindak sedemikian?

4. Ibu mangsa yang jahil telah bersekedudukan dengan orang yang jahil yang malahan seorang penagih dadah. Apa yang boleh diharapkan daripada seorang penagih dadah dalam mendidik diri sendiri, isteri dan anak-anak?


Kejadian ini memang amat memilukan hati-hati kita semua. Tidak dapat kita bayangkan bagaimana seorang anak kecil yang tidak berdosa didera hingga mati. Kemungkinan juga sewaktu kejadian, si pembunuh berada dalam keadaan khayal kerana semasa dia ditangkap, ujian air kencing menunjukkan positif dadah.

Namun begitu, ayuh kita mengambil sudut positif daripada kejadian ini.

1. Alhamdulillah, sebagaimana yang kita orang ISLAM percaya, adik Shafiah sememangnya telah dijanjikan SYURGA, damailah adik di sana.

2. Dapatkah kita bayangkan Safiah yang akan dibesarkan oleh sebuah keluarga yang rosak (broken family) yang sebegini, apa yang kita harapkan? Ibu ayah yang berzina. Ayah seorang penagih. Apa yang boleh kita harapkan?

3. Kejadian ini membuka kisah perzinaan ibu mangsa dan suspek yang telah sekian lama bergelumang dengan dosa. Mungkin ini hikmahnya ALLAH mahu menyedarkan ibu mangsa dan si pembunuh mengenai dosa besar yang beliau lakukan selama ini. Semoga beliau akan insaf dan kembali ke pangkal jalan.

4. Kejadian seperti ini maksud saya kes perzinaan, penderaan kanak-kanak sememangnya telah berleluasa di Negara kita. Ini merupakan salah satu kisah daripada puluhan kisah-kisah lain lagi yang telah berlaku. Ini menjadi cabaran untuk:
a. Para pemimpin untuk mencari jalan terbaik bagi membendung perkara ini.
b. Para ilmuwan agama
c. Para pendidik
d. Malahan ibu bapa
e. Masyarakat juga

5. Kita boleh mengutuk perbuatan ini namun apa langkah yang sepatutnya kita ambil untuk mengelakkannya daripada berulang?Atau kita tidak tahu atau tidak mahu berbuat apa-apa kerana kita fikir kita dan keluarga kita tidak terlibat dalam masalah demikian.

6. Punca segala masalah ini adalah tiada pendidikan agama yang kukuh di kalangan masyarakat. Seks luar nikah, dadah, penderaan kanak-kanak dan segala macam penyakit masyarakat inilah puncanya.

7. Mungkin pendidikan sekarang yang terlampau menekankan sistem peperiksaan semata-mata perlu dikaji semula.

fikir-fikirkan....

2 comments:

Ummu Ammar said...

Salam ibuaiman..

Setuju dgn pendapat ibuaiman..byk perkara yg menimbulkan keraguan..kalau la betul2 mrk prihatin pd Syafia..sudah lama perkara ini dpt dicegah..

Namun saya yakin satu perkara..Allah sedang berbicara dgn kita..dibuka keaiban keluarga Syafia yg terlindung selama ini supaya kita mengambil iktibar dan penagajaran..

kembali pd agama adalah penyelesaian segala-galanya..

Anonymous said...

Salam Ibu Aiman...
Saya setuju dengan pendapat yang ibu aiman tulis tu.. Memang kita rasa nak marah bila dengar cerita tu. Lebih-lebih lagi untuk kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa tapi dilakukan seperti binatang...

Allah tahu apa yang dilakukannya.. bak kata ibu aiman, apa akan jadi pada anak itu bila dia membesar dalam keluarga yang sebegitu rupa? Inilah hikmah di sebalik kejadian.. Allah jadikan sesuatu kejadian itu ada sebab musababnya... :) Kita pun, seharusnya mendoakan untuk syafiyah agar lebih tenang di alam sana.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...