Friday, March 5, 2010

Berniaga sunnah Rasulullah s.a.w.


Saya tertarik dengan satu artikel dalam utusan Malaysia kelmarin. Cerita mengenai seorang wanita dan suaminya berhenti kerja makan gaji dan mengusahakan tanaman cili disebabkan minat dalam bidang pertanian. Usaha mereka membuahkan hasil yang amat lumayan, RM11k sebulan, wah!!! Namun, bukan mudah usaha mereka ini membanting tulang. Kerja seawal 7.00 pagi hingga 6.30 petang.... Saya kagum pada semangat, kerajinan dan usaha mereka ini. Ini adalah kejayaan hasil minat bertepatan macam entry saya sebelum ini love your work….

Macam yang selalu kita dengar sejak dulu-dulu lagi, Rasulullah s.a.w sendiri pernah bersabda bahawa 9/10 punca rezeki adalah daripada perniagaan.

Berniaga….

Kalau diperhatikan orang Melayu tidak ramai yang menceburi bidang ini berbanding orang Cina.
Di mana-mana kita tengok, kalau rumah-rumah kedai yang ada samada yang lama atau yang baru dibuka dipelopori oleh orang bukan Melayu. Kadang-kadang terfikir di fikiran saya, banyak betul duit mereka ini ye. Kelihatan mereka ini amat yakin dalam bidang ini. Di mana sebenarnya kekuatan yang didapati oleh diri mereka untuk memulakan perniagaan? Adakah betul terdapat persatuan di kalangan mereka yang membantu mereka? Begitu kuat semangat dan silaturrahim di antara mereka sehinggakan dapat membantu di antara mereka. Sepatutnya kita orang Islam lagi-lagi perlu bersatu berdasarkan semangat keislaman yang diajar oleh junjungan mulia Rasulullah s.a.w.

Orang Melayu kebanyakkannya lebih suka bekerja makan gaji.

Orang melayu lebih suka berada dalam zon selesa (comfort zone) atau makan gaji dan takut menghadapi risiko.

Jadi, adakah kita tidak yakin dengan sabda Rasulullah s.a.w?

Yang ada banyak orang melayu yang suka melibatkan diri dalam MLM, kurang risiko dan boleh dapat untung berlipat ganda katanya dalam masa yang singkat. Segala janji-janji manis yang ditaburkan oleh syarikat-syarikat MLM ini telah mengaburi ramai orang Melayu. Ramai yang telah terjebak. Ada yang berjaya dan ada yang gigit jari. Tapi apa hukumnya? Tauke-tauke besar MLM ini pula kebanyakkannya orang Cina dan mempergunakan orang Melayu yang dijanjikan kekayaan dalam sekelip mata. Kalau mahu keterangan lanjut mengenai hukum MLM boleh tengok laman web Ustaz Zaharuddin.

Kalau ada pun orang melayu yang berani menceburi bidang perniagaan, kebanyakkan mereka saya perhatikan tidak mengikut ajaran Rasullah, cara bagaimana Rasullah berniaga. Rasullah s.a.w berniaga yang mengamalkan sikap jujur dan tidak mengambil keuntungan yang melampau. Sikap kebanyakkan orang melayu yang berniaga pula sebaliknya:

1. Mahu cepat kaya dan keuntungan yang melampau.

Cerita saya: satu hari saya ke café tempat kerja saya. Saya membungkus lauk sup cendawan kelabu sebanyak untuk seorang makan. Bila nak membayar, tahu berapa harga sup itu? RM4…saya amat terperanjat. Mahalnyer, tuan punya café tu boleh cakap, cendawan ini mahal dik, saya. Saya pernah membeli cendawan ini kat GIANT yang RM5 blh dua kali masak, dan setiap kali masak boleh dapat seperiuk…jadi saya tidak segan membatalkan membeli sup itu.

2. Tidak berdisiplin dan tidak pandai menjaga pelanggan.

Cerita saya; saya pernah menempah pintu besi untuk bahagian dapur. Dia berjanji boleh siap dalam masa dua hari. Apabila ditunggu-tunggu pada hari berkenaan, tidak juga sampai-sampai. Kami pula yang menelefon. Dia cakap sebab cat belum kering jadi kena tangguhkan pasang pintu itu. Sepatutnya jika seorang peniaga yang baik, mereka seharusnya menghubungi pelanggan untuk memberitahu sebab kelewatan bukannya pelanggan pula yang telefon dan tertunggu-tunggu.

3. Sikap dengki mendengki dengan rakan sesama perniagaan yang dilihat lebih berjaya dari diri mereka sehingga sanggup membuat perkara-perkara yang dilarang oleh Allah.

Memang tidak dinafikan terdapat orang Melayu yang bagus dalam perniagaan. Namun ditenggelami oleh mereka-mereka yang tidak mengikut sikap sebenar yang seharusnya diamalkan oleh orang Islam. Sikap mereka ini menyebabkan sesetengah daripada kita serik untuk berurusan dengan peniaga Melayu. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Bak kata sahabat cyber saya Nashwa (syanasHwa’s notes), baik kita tolong diri kita dulu sebelum fikir untuk menolong orang lain yang tidak memikirkan untuk menolong diri mereka sendiri.
Saya pun berniat untuk memulakan perniagaan pada suatu masa nanti kerana ingin meneruskan sunnah Rasulullah dan menunjukkan keyakinan kepada sabda Rasulullah s.a.w. yang kita sanjungi dan kasihi.

Sebenarnya banyak sangat kelebihan berniaga ini dan memang bertepatan dengan hadis Rasulullah jua. Bila berniaga menjadi satu sumber rezeki kita, kita pasti akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakannya. Berbeza dengan kerja makan gaji. Jika kerja bersungguh atau tidak, hujung bulan sudah pasti gaji akan masuk. Jika kerja sambil lewa, di situ keberkatan sudah hilang. Dengan berniaga juga, masa kita dengan keluarga akan jadi lebih flexible, tidak terikat dengan undang-undang ciptaan manusia seperti punch card atau sebagainya. Bila masa lebih flexible hati pun rasa tenang. Ketenangan adalah punca kesihatan. Percaya atau tidak kebanyakan masalah kesihatan yang ada pada masa kini adalah berpunca daripada tekanan. Jadi dengan masa yang berkualiti bersama keluarga, anak-anak tidak merasa diri mereka diabaikan maka hati kita pun merasa tenang. Anak-anak juga akan menjadi anak-anak yang berkualiti. Namun, dalam perniagaan yang baik dan berkat, sikap jujur, mementingkan pelanggan haruslah diamalkan. Jika amalan mengaut keuntungan yang melampau dan tidak jujur diamalkan, rezeki yang dapat tidak berkat dan akan melahirkan anak-anak yang degil. Semuanya ini bagai rantaian dalam kehidupan.

Saya sentiasa berangan untuk mencapai impian saya.

1. Membuka sebuah klinik. Bukan kekayaan yang dikejar namun mungkin ianya boleh menjadi jalan untuk saya berbakti kepada masyarakat dan membawa bekal di akhirat sana. Di samping tidak mengabaikan keluarga. Dua-dua dapat. Bahagia dunia dan juga Insya-Allah bahagia di akhirat.

2. Membuat kebajikan dengan membantu orang-orang miskin dan anak-anak yatim mendapatkan perkhidmatan perubatan dengan bayaran berpatutan. Jika pembaca pernah terbaca atau lihat di television, banyak orang-oarang kaya Eropah, artis-artis mereka dan juga ahli-ahli sukan mereka yang terkenal dan kaya raya membuat kebajikan dengan membantu orang-orang miskin. Sepatutnya kita orang-orang Islam lagi patut harus lebih bersemangat kerana kita yakin dengan balasan Allah di hari akhirat dan janji Allah bahawa sesiapa yang rajin bersedekah, Allah akan lipatgandakan lagi rezeki kepadanya.

3. Jika saya telah mempunyai duit yang banyak, saya akan mewujudkan sistem pinjaman yang dapat membantu para doktor lain membuka klinik sendiri. Untuk pengetahuan semua, orang-orang Yahudi berjaya di dalam bidang perniagaan kerana mereka saling membantu di antara satu lain. Jika ada orang muda yang mahu membuka perniagaan dan ideanya amat bagus sekali mereka akan membantu dengan pemberian modal tanpa faedah. Hebat bukan? Itu lah kejayaan perniagaan yang ditanggung oleh kesatuan mereka ini seperti Dell dan banyak lagi. Saya amat berharap suatu hari nanti saya dapat membantu orang-orang Islam pula dengan cara sedemikian.

4. Mahu mewujudkan sistem biasiswa bagi membantu orang-orang miskin melanjutkan pelajaran macam Syed Al-Bukhari buat sekarang.


Terlalu tinggi bukan cita-cita saya..:)….namun, saya akur bahawa impian ini harus datang dengan usaha dan perancangan rapi. Setiap kejayaan tidak akan datang dengan bergolek…..

5 comments:

Ummu Ammar said...

Salam ibuaiman..

Moga cita2 mulia ibuaiman utk ummah tercapai InsyaAllah..

Saya setuju dgn pendpt ibuaiman ttg kebaikan berniaga menurut Islam..namun saya tidak minat utk berniaga krn kurang ilmu dan skill psl ni..berbanding dgn mengajar..

Allah dah tetapkan kelebihan msg2 kan? kalau semua nak jd cikgu..sape yg nak jd doktor, peniaga, menteri dlln Kan?

ummu said...

Salam IbuAiman

Saya mendoakan cita-cita murni IbuAiman untuk keluarga dan ummah dimudahkan Allah.

Berniaga, salah satu sunnah Rasul yang mulia yang patut kita amalkan.

namun berniaga itu perlukan kecekalan dan kerajianan...selain kejujuran

ibuaiman said...

waalaikumussalam ummuammar dan qaseh masyitah...

terima kasih atas doa kalian berdua...

ummuammar, mmg betul semua ada peranan masing-masing dan semoga kita semua jujur dan ikhlas menjalankan tugas masing-masing...sebab bidang perubatan boleh diadaptasi ke bidang perniagaan, itulah saya rasa mahu menceburi bidang ini. tetapi sebelum mencuba perlu ada ilmu juga supaya tiada kegagalan. namun, pengalaman apabila telah menceburi itu yang paling utama...

kerja kerajaan sekarang ini kadang-kadang membuatkan saya rasa kesal kerana tiada kuasa untuk mengubah kerana pihak atasan lebih berkuasa....

Unknown said...

semoga apa yg di hajatkan tercapai..
singgah blog sya ya..
http://kasihmamaaqil4.blogspot.com/

Unknown said...

Mudah-mudahan hajat baik itu dimaqbulkan..
Amin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...