Monday, March 1, 2010

Monolog diri...Mengenang Rasulullah

Selawat dan Salam ke atas junjungan mulia Rasulullah s.a.w…

Duhai Rasulullah....
Diri ini sentiasa teringin untuk melihat wajahmu yang digambarkan seindah bulan
Melihat akhlakmu yang amat terpuji
Terasa getaran didalam diri ini apabila mendengar kisah-kisahmu
Selalu teringin untuk sampai menziarahi makammu
Diriku sentiasa berdoa agar dapat bersama-sama berkumpul bersamamu di syurga di hari akhirat nanti

Namun, mengenangkan diri ini yang penuh dengan dosa
Membuatkan diri ini malu dan terfikir
Adakah layak untuk diri ini bertemu dan berkumpul denganmu di akhirat nanti?

Diri ini tahu bahawa orang paling dikasihi oleh dirimu adalah umatmu yang selalu berselawat ke atas dirimu dan mengamalkan sunnahmu

Namun, kelalaian diri ini kepada perkara dunia membuatkan jarang berselawat ke atas dirimu
Sunnahmu jua culas untuk diamalkan

Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau kurniakanlah kekuatan untukku untuk melawan bisikan nafsu mazmumah yang bersarang di dalam diriku ini. Berikanlah kekuatan pada diriku Ya Allah untuk melawan bisikan syaitan yang terkutuk. Tunjukanlah jalan yang lurus kepadaku Ya Alah. Ya Allah semoga aku dan keluargaku akan dapat berkumpul bersama-sama Rasulullah s.a.w di dalam syurga di akhirat nanti. KepadaMu lah jua tempat hambaMu ini memohon pertolongan…Amin Ya Rabbal Alamin….

1 comment:

ati said...

Assalamualaikum. Saya nak minta izin ambil bahan dalam blog ni utk pengisian perjumpaan kelab persatuan sekolah . kebetulan pengisian program berkaitan Rasullullah . Pelajar akan dibahagikan kpd kumpulan & mempersembahkan monolog mereka . Boleh ke puan saya minta izin copy bagi tujuan print utk bagi kpd pelajar . Nanti saya akan kreditkan kpd nama blog ini dicetakkan tersebut ? Terima kasih . semoga Allah memberkati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...