Monday, March 1, 2010

Hikmah tidur sebentar ditengahari..sunnah Rasulullah mengikut kajian sains

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah s.a.w

Hari ini saya terbaca mengenai kajian yang dijalankan oleh seorang pakar sains Matthew Walker, PhD, an assistant professor of psychology at University of California, Berkeley. Kajian yang dijalankan mendapati jika seseorang tidur sebentar di waktu tengahari, kebolehan otaknya untuk menjadi lebih bijak dan cekap adalah lebih baik berbanding dengan mereka yang tidak mengamalkannya...


Subhanallah...ini amat bertepatan dengan sunnah Rasulullah s.a.w yang menyarankan agar kita tidur sebentar sebelum masuk waktu solat zohor. Sunnah ini telah saya dengar sedari bangku sekolah lagi namun tiada penjelasan yang jelas mengenai kebaikannya.
Sekarang telah terbukti kebaikannya melalui kajian sains untuk membuka minda bagi mereka yang mahu berfikir....


Jom sama-sama kita mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w. ini . Saya amat yakin setiap amalan baginda mempunyai kebaikan dari pelbagai aspek samada aspek fizikal dan juga spiritual.


Mana kita tahu, mungkin juga para saintis ini juga mengkaji hadis Rasullullah dan membuktikannya melalui kajian sains...jika benar, semoga Allah membuka pintu hati mereka untuk menerima hidayah daripada-Nya...

6 comments:

Ummi Hanie said...

saya setuju dan percaya dgn kajian ni . org kafir ni kdg2 trlalu sombong utk mengakui kesahihan agama islam ...

ibuaiman said...

ummi hanie...satu yang positif pada orang-orang eropah ini mereka rajin mengkaji dan mencari jawapan. Itu yang harus kita puji dan seharusnya sikap positif ini menjadi ikutan pada kita orang-orang Islam.

nashwa said...

lepas ni kena cuba jugak la curi masa tdo sblum zohor.. thnks 4 sharing ;) -syanashwa@yahoo.com

ummu said...

salam Ibuaiman
terima kasih ya perkongsian ini
boleh tak kalau saya copy entry IbuAiman ini?seorang pengkomen di blog saya ada bertanya tentang tidur sebentar di tengah hari..
dulu ustaz saya pun ada cakap tentang kebaikan tidur sebentar di tengah hari..5 minit pun jadilah,katanya...

ibuaiman said...

qaseh masyitah...blh copy tp mesti tulis source daripada blog ini...

apa yang baik memang patut dikongsi bersama dan dimanfaatkan oleh banyak pihak...:)

ibuaiman said...

qaseh masyitah...terima kasih kerana sudi berkunjung dan sudilah berkunjung lagi dilain kali..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...