Monday, April 25, 2011

Ibu suke...:)

Tujuan post ini bukan untuk menunjuk-nunjuk (Ya Allah peliharalah hambaMu ini dari bersifat sedemikian).Sekadar perkongsian dengan semua agar kita sentiasa memandu anak-anak kita untuk berfikir tentang alam sekitar, tentang tingkah laku orang di sekeliling mereka dengan berpandukan acuan daripada al-Quran. Saya dan suami sentiasa berusaha memberi tazkirah kepada Aiman dengan perkataan yang mudah. Sebenarnya tazkirah ini bukan sahaja untuk Aiman namun sebagai peringatan kepada kami juga sebagai hamba Allah, supaya kami tidak terus lalai dari tanggungjawab sebagai hamba Allah dan tanggungjawab sebagai ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Jika kita tersilap langkah, anak-anak juga boleh mengingatkan kita kembali. Semoga kita tidak akan jemu dalam usaha mendidik anak-anak kita menjadi anak-anak yang soleh/solehah. Usaha ini hendaklah berterusan...Insya-Allah.

Antara dialog Aiman yang Ibu suke...:)

Cerita 1 :
Pada hari Sabtu yang lepas, kami ke Pesta Buku di PWTC. Kami terjumpabeberapa buah buku yang sesuai untuk Aiman. Buku-buku sains berkenaan angkasa, alam sekitar dan bumi (Aiman memang sukakan sains). Apabila membelek buku tersebut, terdapat penerangan mengenai pencemaran dan bagaimana pencemaran berlaku. Suami saya menerangkan lebih lanjut mengenai perkara itu kepada Aiman. Dalam perjalanan pulang, Aiman berbisik kepada saya:

Aiman: Ibu, Aiman rasa kan kerajaan sekarang ni diorang tak sembahyang dan baca al-Quran.

Ibu : Kenapa Aiman fikir macam tu?

Aiman : Sebab kalau mereka sembahyang dan baca al-Quran tentu mereka tak musnahkan alam sekitar untuk pembangunan.

Cerita 2 :
Aiman : Ibu, bila Aiman rasa sedih, dan Ibu pegang dan tepuk bahu Aiman, Aiman rasa lembut aje...rasa best dan hilang rasa sedih.

Jadi, jika anak anda sedang sedih, jangan berlengah untuk tenangkan mereka. Tindakan anda yang sedikit memberi kelegaan yang besar kepada mereka. Ini pengakuan ikhlas dari anak saya yang berumur 8 tahun...:)

Cerita 3 :
Ini reaksi Aiman bila tengok perempuan yang berpakaian seksi/tidak menutup aurat.

Aiman : Aiman rasa tentu orang ini tak sembahyang sebab kalau dia sembahyang tentu dia rasa malu dengan Allah untuk pakai macam itu.

Cerita 4:
Kami ke Jalan TAR untuk mencari tudung putih untuk Aqilah untuk dipakai sewaktu mengerjakan umrah nanti. Sewaktu tercari-cari tudung itu, terdapat seorang pondan yang menjaga salah sebuah kedai menjual tudung. Apabila mendengar suara pondan tersebut Aiman terus berlalu dari kedai tersebut dengan pantas.

Ibu : Macamana Aiman tahu dia lelaki?

Aiman : Dengar suara dia macam lelaki tetapi dia berlakon jadi perempuan. Tak baik kan macam tu kan Ibu. Allah marah kan Ibu.

Cerita 5:
Sewaktu berjalan di Jalan TAR kelihatan seorang buta menjual tisu. Aiman meminta wang daripada kami untuk bersedekah kepadanya (memang sejak dari kecil lagi, suami saya selalu mengajar Aiman bersedekah dengan menghulurkan wang apabila nampak mereka yang kurang upaya)

Aiman: Ibu, Aiman yang bagi duit pada mereka pun dapat pahala jugak kan Ibu (Aiman bertanya sebab dia sedar bahawa duit itu daripada kami bukan duit Aiman)

Ibu : Tentulah sayang, Aiman pun akan dapat pahala juga.

Aiman tersenyum gembira apabila mendengarnya...:)

Tuesday, April 19, 2011

Ubat diet sebabkan kerosakan hati, buah pinggang dan pancreas


Suami saya antara mereka yang mengalami masalah berlebihan berat badan sejak berkahwin dengan saya. Antara penyebabnya adalah dia merupakan orang yang akan menghabiskan makanan yang saya masak atau ketika kami makan di luar kerana sayang makanan membazir...:)...Lagi satu puncanya adalah pekerjaannya sebagai computer programmer yang kurang bergerak, hanya duduk di atas kerusi sewaktu bekerja (sedentary lifestyle). Dalam mengatasi masalah berat badan, suami saya memang pantang untuk mengambil ubat-ubat diet walaupun isteri beliau seorang doktor. Beliau lebih suka kawal pemakanan dan bersukan iaitu bermain badminton dan tenis. Hari ini apabila saya terbaca di WebMD, saya merasa amat-amat bersyukur kerana suami tidak pernah terlintas untuk mengambil ubat-ubatan tersebut. Ubat diet tersebut iaitu Xenical dan Alli dikatakan boleh menyebabkan kerosakan organ penting manusia iaitu hati, buah pinggang dan pankreas. Mereka berusaha supaya FDA mengharamkan ubat tersebut dari pasaran. Berikut adalah berita penuh dari WebMD untuk bacaan semua...

Group Calls on FDA to Pull Alli, Xenical

Weight Loss Drugs Linked to Liver, Kidney, and Pancreas Damage
By Denise Mann
WebMD Health News
close up of woman measuring waist

April 15, 2011 -- The consumer advocacy group Public Citizen is urging the FDA to immediately pull two weight loss drugs, Xenical and Alli, from the market. The group says the drugs’ risk for liver, pancreas, and kidney damage greatly outweighs any potential weight loss benefits.

Xenical and Alli are different strengths of the drug orlistat. Prescription-strength Xenical is manufactured by Roche. Alli is available over the counter, and is one-half the strength of Xenical. These drugs block the absorption of fat in the gastrointestinal tract. Alli manufacturer GlaxoSmithKline announced plans to sell the rights to the over-the-counter drug Alli.

In May 2010, the FDA issued a warning based on post-marketing adverse events about risk of severe liver injury in people taking orlistat, citing 12 foreign reports of liver toxicity with Xenical and one case of liver toxicity in the U.S. associated with the use of Alli. Two of these patients died, and three needed liver transplants as a result of this damage.

Washington-D.C. based Public Citizen has now identified 73 cases of kidney stones linked to use of these drugs, 23 of which required hospitalization, along with 47 cases of acute pancreatitis from the FDA adverse event reports. This is Public Citizen’s second petition to have Xenical removed from the market. Their first petition was rejected. The FDA will now mull the new petition.

If you are taking these drugs, don’t wait for the FDA to act, says Public Citizen director Sidney Wolfe, MD.

“Stop taking them,” he says. “Unlike other drugs, which have a withdrawal syndrome that you would go through if you suddenly stop, there is no downside to stopping Xenical or Alli.

“The risks greatly outweigh the benefits,” he says. “The drug doesn’t add all that much to weight loss efforts. This has got to be the end of the drug. How much more danger do you need for a drug that doesn’t work very well?”

According to Public Citizen, the average additional weight loss after one year among people taking orlistat while dieting and exercising compared to those who just did diet and exercise was 5.6 additional pounds with the 60 mg dose and 7 additional pounds with the 120 mg dose. The drugs are also known to cause other mild side effects, including inability to control bowel movements, oily or fatty stools, and oily spotting.

Monday, April 18, 2011

It's your birthday and it's our anniversary!!!


16.4.2011: Anak bujang saya, Aiman genap 8 tahun. Tahun ini kami takde buat majlis. Biasanya sejak dari umur Aiman 3 tahun hingga 7 tahun, kami akan buat majlis kecil-kecilan untuk birthday boy. Tahun ini sebab ibu sibuk untuk persediaan mengerjakan umrah, jadi kami sambut birthday Aiman berempat. Pagi-pagi lepas breakfast, kami ke Alamanda bawa Aiman ke Toy r Us, bagi peluang kat Aiman untuk pilih sendiri hadiah yang dia suka. Pilihan hadiah Aiman adalah Monopoly World. Seronok sangat nak main monopoly sekarang ni, sampai malam pun nak main monopoly lagi...kat internet dan android pun search game online monopoly. Lepas pilih hadiah, kami singgah sekejap makan aiskrim kat Baskin n Robin..Alamak, teramatlah manisnya aiskrimnya. Akhirnya, ayah jugak yang terpaksa habiskan aiskrim Aiman dan Aqilah, ibu tak larat habiskan sebab terlampau MANIS!!!...Petangnya kami berempat ke Secret Recipe, beli sepotong kek Chocolate Indulgence untuk Aiman tiup lilin dan potong. Pastu orderlah makanan yang lain untuk makan; ayah makan fish and chips, Aiman makan spaghetti meatball dan ibu rice and grilled beef dan satu set popia, Aqilah kongsi makan sama-sama. Rupanya kalau makan RM40 dan ke atas dapat satu potong lagi kek percuma, so dapatlah satu kek percuma balik rumah. Gambar-gambar masih dalam kamera, belum dapat upload. Kesimpulannya, walaupun tak ada majlis tahun ini, sambutan birthday Aiman tetap BEST!!!

19.4.2011 ; Hari ini genap ulangtahun perkahwinan kami yang ke-9. Sedar tak sedar dah hampir satu dekad kami hidup bersama. Banyak asam garam yang dilalui sepanjang tempoh itu. Ada masa pernah bergaduh juga, merajuk pun pernah, bermasam muka pun pernah. Kenangan paling tak lupa, masa saya houseman dan on-call dan still breastfeeding Aiman, angkut sekali Aiman masa on-call. Saya bertuah kerana ada seorang suami yang memahami dan sanggup berkorban, sama-sama jaga anak. Ada kelebihan dan juga kekurangan masing-masing. Namun, semua itu mematangkan diri kami masing-masing dalam melayari alam perkahwinan. Saya sentiasa berdoa agar perkahwinan kami sentiasa diberkati Allah dan berkekalan hingga ke syurga....Insya-Allah

Friday, April 15, 2011

Penghayatan Surah Al-"Asr dan analisis dari kutbah jumaat 15 April 2011


Artikel ini dikarang oleh suami saya untuk dikongsi bersama...:)


Assalamualaikum...
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala puji Tuhan yang menguasai langit dan bumi serta segala isinya. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad S.A.W serta keluarganya dan sahabat-sahabat Rasulullah. Terdetik hati saya untuk berkongsi khutbah Jumaat di Masjid Dengkil tadi. Isu-isunya adalah berkaitan masyarakat Jahiliyah 1400 tahun yang lalu dengan masyarakat Islam di Malaysia yang semakin rosak pada kala ini. Setiap hari di dada-dada akhbar isu-isu seperti anak luar nikah, bunuh anak, arak, pelacuran, remaja bermasalah, dadah dan banyak lagi rata-rata melibatkan umat Islam di negara kita. Apabila kita renungkan kembali apa yang dilakukan masyarakat Jahiliah dulu masih di lakukan oleh umat Islam pada hari ini setelah kita mempunyai Al-Quran dan sunnah sebagai petunjuk. Di dalam khutbah tersebut dinyatakan punca utama perkara-perkara ini berlaku di dalam masyarakt Islam sendiri. Ia adalah kerana umat Islam tidak menghayati ajaran Islam.

Beberapa perkara disentuh terutamanya berkenaan mendidik anak-anak. Satu hadis Rasulullah yang berbunyi anak-anak itu umpama kain putih, menjadi tangungjawab ibu-bapa untuk menjadikannya yahudi, nasrani atau majusi. Saya rasa hadis ini amat penting untuk kita sebagai ibu-bapa agar mendidik anak-anak dengan ilmu agama dan ilmu duniawi sejak kecil lagi agar anak kita menghayati Islam dengan sebenarnya. Disini saya rasa belajar agama dan beramal dengannya bukan sekadar belajar sahaja tetapi tidak mengamalkannya.

Lagi satu perkara yang disentuh adalah berkenaan surah Al-'Asr, ayat-1 hingga 3.
1.Demi Masa! 2.Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian 3.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. Cuba kita perhatikan ayat 3 iaitu berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. Adakah kita telah mengamalkannya ataupun tidak? Marilah sama-sama kita beramal sebagaimana yang disarankan oleh al-Quran. Semoga kita dilindungi dan dirahmati Allah. Amin .

Wallahua’lam

Thursday, April 14, 2011

Makanan sihat untuk jantung anda


Makanan sihat untuk jantung anda Salah satu cara bersyukur dengan nikmat kesihatan adalah menjaga kesihatan kita dengan baik dan makan makanan yang ada dengan sewajarnya sahaja dan tidak berlebih-lebihan. Pada masa kini, antara penyebab banyak penyakit kronik adalah akibat terlebih makan...Subhanallah...jadi beringat-ingatlah sewaktu makan sebab Rasulullah s.a.w sendiri sebagai contoh terbaik kita tidak pernah sakit sepanjang kehidupan baginda kerana baginda begitu menitik beratkan berkenaan pemakanan. Jadi, hari ini berkebetulan saya membaca di laman WebMD tentang senarai makanan-makanan yang sihat untuk jantung kita. Berikut adalah antara makanan yang sihat untuk jantung kita, makanan-makanan ini mudah didapati di Negara kita dan mungkin ada baiknya kita amalkan untuk pemakanan keluarga kita. Antara makanan yang sihat untuk jantung:

1. Herba-herba.
Disebabkan website ini adalah website orang Eropah mereka menyenaraikan herba-herba di Negara mereka seperti rosemary, sage, oregano dan thyme. Namun, saya berpendapat herba masyarakat melayu seperti jintan, ketumbar, halba, cengkih mungkin mempunyai kesan yang sama juga. Herba dipercayai mempunyai khasiat antioksidan iaitu penghalang kanser.

2. Kacang hitam.
Kacang hitam folat, magnesium dan antioksidan dan juga fiber. Ia baik untuk mengawal tekanan darah dan menurunkan kadar kolesterol.

3. Ikan salmon
Ikan salmon mengandungi Omega 3 yang boleh menurunkan kadar trigliserida dalam darah dan menurunkan risiko mati mengejut (sudden death) maklumat lanjut boleh rujuk artikel saya mengenai Omega 3.

4. Ikan tuna
Juga sama seperti ikan salmon, ianya kaya dengan omega 3

5. Extra virgin olive oil

6. Walnut

7. Badam

8. Tauhu

9. Ubi keledek

10. Buah oren

11. Lobak

12. Barli

13. Oatmeal

14. Low fat yogurt

15. Kopi

16. Cili

17. Ceri

18. Blueberry

Banyak dari senarai di atas adalah bahan makanan yang mudah kita temuai dan senang untuk dimasak. Diharapkan info di atas berguna untuk anda bagi perancangan apa yang harus dimasak untuk keluarga anda setiap hari.

Wallahua’lam.

5 jenis pekerja di tempat kerja


Menarik sesi motivasi pagi hari ini oleh Dr. Badlishah di radio IKIM. Menurut motivater kalau di tempat kerja ada 5 jenis pekerja yang akan wujud. Ianya sama dengan hukum ajaran Islam iaitu pekerja kategori wajib, sunat, harus, makruh dan haram.

Pekerja kategori wajib :

Kehadirannya amat disukai dan kehilangannya amat dirasai. Jenis orang yang tergolong dalam jenis ini adalah mereka yang yang pandai buat kerja dan berakhlak mulia. Jika golongan ini menjadi ketua, dia merupakan ketua yang pandai membuat kerja, pandai menganalisis, pandai menyelesaikan segala masalah yang timbul dan juga mempunyai akhlak yang baik.

Pekerja kategori sunat

Kehadirannya disukai namun jika ketiadaan tidak dirindui. Ianya tergolong di dalam orang yang pandai membuat kerja namun kurang berakhlak. Jika orang ini menjadi ketua, dia akan pandai menyelesaikan masalah dengan masa yang singkat namun sikapnya suka marah-marah kepada pekerja bawahan.

Pekerja kategori harus

Kehadiran dan ketiadaannya tidak dirasai. Boleh membuat kerja dengan sekadarnya sahaja. Ketiadaannya tidak akan menjejaskan organisasi.

Pekerja kategori makruh

Kehadiran golongan ini di tempat kerja akan menceriakan keadaan dan meredakan ketegangan kerana kepandaian mereka membuat lawak.

Pekerja kategori haram

Pekerja ini adalah pekerja yang tidak pandai membuat kerja dan bermulut jahat. Suka bermuka-muka di depan kita tetapi di belakang kita diumpat habis-habisan dan suka menyebarkan fitnah. Kehadirannya amat dibenci dan ketiadaannya amat diharapkan oleh organisi.

Jadi, suluh diri kita pada hari ini, kita duduk dalam kategori yang mana. Maka berusahalah untuk berada pada tahap pekerja WAJIB.

Wallahua’alam.

Bagaimana menjadikan Rasulullah sebagai model utama anak-anak kita


Saya tertarik dengan perbincangan di radio IKIM petang semalam. Perbincangan mengenai ibubapa sebagai idol bagi anak-anak. Tetamu jemputan berpendapat bahawa kita berada dalam ZON BAHAYA jika dalam senarai idola anak-anak kita tidak tercatat Rasulullah dalam senarai idola mereka.

Bagi diri saya, Rasulullah hanya akan dijadikan idola oleh anak-anak kita jika mereka mengenali sejarah Rasulullah. Jadi, peranan kita mulai hari ini, ceritakan tentang kisah-kisah Rasulullah kepada anak-anak kita ataupun kita belikan buku cerita kanak-kanak berkenaan kisah Rasulullah kepada anak-anak kita. Jika sekiranya kita pun kurang arif dan kurang cinta kepada Rasulullah, ayuh mulakan dari sekarang, baca buku-buku berkenaan kisah Rasulullah dan kemudian diceritakan kepada anak-anak kita secara santai masa berehat-rehat ataupun semasa dalam kereta.

Alhamdulillah, Aiman anak saya sudah diceritakan mengenai Rasulullah oleh suami saya, saya dan juga ustaz dan ustazah Aiman. Aiman juga telah membaca kisah-kisah yang memceritakan akhlak mulia Rasulullah yang tiada tandingan. Akhlak beliau dengan kanak-kanak, para sahabat malahan terhadap musuh baginda amat menyentuh jiwa kita apabila membacanya. Aiman juga amat terkesan dengan cerita-cerita kemuliaan akhlak Rasulullah. Dan Aiman pernah bertanyakan saya adakah ada peluang dia akan berjumpa dengan Rasulullah di akhirat nanti. Saya menjawab, Ya, Insya-Allah, kita akan berjumpa Rasulullah di dalam syurga. Kalau nak jumpa Rasulullah kena jadi anak yang baik dan ternyata ianya amat-amat berkesan..:)...

p/s: kalau sesiapa nak buku sejarah Rasulullah yang best saya cadangkan buku biografi Muhammad bin Abdullah keluaran PTS

Wallahua’lam

Monday, April 11, 2011

Ulasan Buku Menjadi Ibu Bapa Genius Berdasarkan Wasiat Luqman al-Hakim


Dalam liku-liku kita menjalankan tugas sebagai ibubapa lebih-lebih lagi bagi mendidik anak-anak kita di zaman yang makin mencabar ini, kita WAJIB mempersiapkan diri kita dengan ilmu keibubapaan. Jika ingin menjadi seorang doktor, kita perlu menuntut ilmu kedoktoran selama 5 tahun dengan penat lelah sebelum meraih segulung ijazah dan mendapat gelaran doktor. Tiada siapa berani memberikan seorang pesakit kepada kita sebelum kita benar-benar layak untuk memegang tanggungjawab itu. Tetapi bagi kita semua yang telah berkahwin, tiada ilmu formal yang boleh meletakkan adalah kita sememangnya telah layak bergelar ibu atau bapa atau tidak. Tetapi ilmu inilah yang paling penting diketahui oleh semua tanpa mengenal miskin atau kaya, berpangkat ataupun tidak. Kegagalan kita menjalankan tanggungjawab ini akan disoal oleh Allah di hari akhirat kelak di padang mahsyar. Nauzubillah...semoga dijauhkan saya dan para pembaca semua dibakar oleh api neraka akibat kelalaian mendidik anak-anak kita yang merupakan amanah daripada Allah. Salah satu buku yang saya rasa bagus untuk menambahkan pengetahuan kita sebagai ibu bapa adalah Buku Menjadi Ibu Bapa Genius Berdasarkan Wasiat Luqman al-Hakim karangan Syarif Hade Masyah. Sesiapa yang berminat untuk memiliki buku ini boleh dapatkan di website saya di kasihbuku.com. Buku ini menceritakan serba sedikit siapa itu Luqman al-Hakim. Luqman al-Hakim adalah seorang individu yang sangat hebat. Beliau merupakan salah seorang pemimpin di syurga. Disebabkan kebijaksanaan beliau, maka Allah mengabdikan kisah beliau di dalam Al-Quran di dalam surah Luqman ayat 12-19. Ayat ini menjadi surah hafazan semasa kita berada di dalam tingkatan 5 dahulu. Bagi sesiapa yang telah lupa ayat ini, amat baik jika mula menghafaznya kembali beserta dengan makna dan lagi baik jika anak-anak juga diajar supaya menghafaz ayat 12-19 surah Luqman. Berikut adalah ayat-ayat dari surah Luqman beserta serba sedikit ulasan di dalam Buku Menjadi Ibu Bapa Genius Berdasarkan Wasiat Luqman al-Hakim

Surah Luqman

Ayat 12

Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmah kepada Luqman, iaitu, "Bersyukurlah kepada Allah. Dan barang siapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri, dan barang siapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji”

Penerangan: Ayat ini menerangkan betapa kita bersyukur kepada Allah dengan melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah. Namun, jika ditakdirkan kesemua manusia tidak beriman dan bersyukur kepada Allah, Allah tidak rugi barang sedikit pun. Tetapi yang rugi adalah manusia itu sendiri yang akan diseksa di dalam neraka Allah di akhirat kelak. Namun jika manusia bersyukur, manfaatnya adalah diri sendiri juga yang akan dapat iaitu dengan dikurniakan nikmat syurga di akhirat kelak. Jika kita berdepan dengan keadaan mengikut kehendak nafsu sendiri atau melaksanakan perintah Allah, maka ingatlah ayat ini, Insya-Allah kita tidak akan tersesat.

Ayat 13

Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya, "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan (Allah) sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar."

Penerangan: Mempersekutukan Allah atau syirik kepada Allah merupakan dosa besar yang paling utama. Sesiapa yang syirik tidak ada peluang untuk masuk syurga. Bagi kita umat Islam, perlu juga berhati-hati dengan syirik yang tidak kita sedari contohnya adalah sifat riak, berbuat kebaikan semata-mata untuk mendapat pujian dan sanjungan dari manusia. Di kalangan orang Melayu juga masih terdapat perkara kepercayaan khurafat yang harus kita tinggalkan kerana ia merupakan cabang dosa syirik.

Ayat 14

Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya, ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Kulah kembalimu.

Penerangan: Selepas Allah dan Rasul, kewajipan kita adalah untuk taat dan menggembirakan hati kedua ibu bapa. Ayat ini menceritakan kesusahan ibu mengandung dan menyusukan anak dalam tempoh 2 tahun. Hati saya merasa sebak bila suami saya menceritakan ayat ini kepada Aiman. Suami saya memberitahu Aiman yang saya menyusukan dia selama 4 tahun. Selain sebak, hati ini juga merasa bersyukur kerana dapat melaksanakan tanggungjawab menyusukan Aiman dan Aqilah sebagaimana yang disarankan oleh al-Quran. Alhamdulillah. Bagi mereka yang ragu-ragu samada ingin menyusukan anak ataupun tidak, ayat al-Quran ini boleh menjadi perangsang motivasi anda. Nanti kalau hendak menerangkan ayat ini kepada anak-anak, boleh masukkan sekali bahawa kita telah membuat pengorbanan sebagaimana yang dituntut ole agama dan tidak adalah lagi persoalan daripada anak-anak kita kenapa kita tidak menyusukan mereka. Tiada agama lain yang menerangkan mengenai keperluan menyusukan anak selama 2 tahun selain daripada Islam dan secara saintifik memang ianya adalah benar. Wallahua’lam.

Ayat 15

Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Ku-beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.

Penerangan: Hanya satu perkara sahaja yang kita boleh ingkar dengan arahan ibu bapa kita iaitu jika mereka memaksa kita mempersekutukan Allah. Walaupun begitu, masih perlu bergaul dengan baik dengan mereka kecuali jika kita takuti mereka mempengaruhi kita untuk mempersekutukan Allah barulah mereka boleh dijauhi. Renung-renungkan diri kita, apakah kita telah sedaya upaya menggembirakan hati kedua ibu bapa kita atau ada perlakuan kita yang telah mengguris hati mereka. di dalam banyak-banyak perkara, sebenarnya menjaga hati kedua orang tua kita adalah lebih penting daripada menjaga hati-hati orang lain terutamanya bagi seorang lelaki.

Ayat 16

(Luqman berkata), "Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, niscaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui.

Penerangan : Janji Allah itu benar, jika ada sebarang kebaikan yang kita buat,ikhlas semata-mata kerana Allah, maka Allah akan membalasinya dengan kebaikan.

Ayat 17

Hai anakku, dirikanlah salat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).

Penerangan : Perkara yang paling penting dalam mendidik anak-anak adalah pastikan mereka mendirikan solat. Bukan sahaja bersembahyang, tetapi memahami apa erti mereka solat, lagi bagus kalau mereka memahami makna-makna di dalam sembahyang supaya penghayatan solat, penghayatan kebesaran Allah dapat dilatih dari kecil lagi. Seperti kata pepatah melayu, melentur buluh biar daripad rebungnya. Selain daripada solat, kewajiban seorang insan adalah amar makruf, nahi mungkar. Sememangnya berdakwah itu amat pahit, namun ia sebenarnya keperluan. Kita lihat sekarang keadaan, keadaan yang terhasil akibat daripada tiada kesedaran bahawa amar makruf dan nahi mungkar itu wajib dijalankan bukan hanya tugasan pegawai-pegawai agama dan pejabat-pejabat agama sahaja. Gejala sosial amat parah sedang berleluasa pada zaman ini.

Ayat 18

Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.

Ayat 19

Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai.

Penerangan : Tentang kepentingan sifat tawaduk di dalam diri seorang manusia. Walaupun sudah berpangkat tinggi namun tiada sifat sombong beraja di hati.

** penerangan di atas adalah daripada buku Buku Menjadi Ibu Bapa Genius Berdasarkan Wasiat Luqman al-Hakim dan juga analisis saya sendiri...:)

Saya dan suami sedang berusaha menghafaz semula ayat-ayat ini beserta maknanya dan kami telah terangkan ayat-ayat ini juga kepada Aiman, semoga manfaat ini dapat dikongsi bersama dan kawan-kawan juga boleh memulakan ayat-ayat ini didalam keluarga masing-masing dan merealisasikan sebagaimana yang disarankan...:)...

Wallahua’lam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...