Thursday, April 14, 2011

Bagaimana menjadikan Rasulullah sebagai model utama anak-anak kita


Saya tertarik dengan perbincangan di radio IKIM petang semalam. Perbincangan mengenai ibubapa sebagai idol bagi anak-anak. Tetamu jemputan berpendapat bahawa kita berada dalam ZON BAHAYA jika dalam senarai idola anak-anak kita tidak tercatat Rasulullah dalam senarai idola mereka.

Bagi diri saya, Rasulullah hanya akan dijadikan idola oleh anak-anak kita jika mereka mengenali sejarah Rasulullah. Jadi, peranan kita mulai hari ini, ceritakan tentang kisah-kisah Rasulullah kepada anak-anak kita ataupun kita belikan buku cerita kanak-kanak berkenaan kisah Rasulullah kepada anak-anak kita. Jika sekiranya kita pun kurang arif dan kurang cinta kepada Rasulullah, ayuh mulakan dari sekarang, baca buku-buku berkenaan kisah Rasulullah dan kemudian diceritakan kepada anak-anak kita secara santai masa berehat-rehat ataupun semasa dalam kereta.

Alhamdulillah, Aiman anak saya sudah diceritakan mengenai Rasulullah oleh suami saya, saya dan juga ustaz dan ustazah Aiman. Aiman juga telah membaca kisah-kisah yang memceritakan akhlak mulia Rasulullah yang tiada tandingan. Akhlak beliau dengan kanak-kanak, para sahabat malahan terhadap musuh baginda amat menyentuh jiwa kita apabila membacanya. Aiman juga amat terkesan dengan cerita-cerita kemuliaan akhlak Rasulullah. Dan Aiman pernah bertanyakan saya adakah ada peluang dia akan berjumpa dengan Rasulullah di akhirat nanti. Saya menjawab, Ya, Insya-Allah, kita akan berjumpa Rasulullah di dalam syurga. Kalau nak jumpa Rasulullah kena jadi anak yang baik dan ternyata ianya amat-amat berkesan..:)...

p/s: kalau sesiapa nak buku sejarah Rasulullah yang best saya cadangkan buku biografi Muhammad bin Abdullah keluaran PTS

Wallahua’lam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...