Monday, April 25, 2011

Ibu suke...:)

Tujuan post ini bukan untuk menunjuk-nunjuk (Ya Allah peliharalah hambaMu ini dari bersifat sedemikian).Sekadar perkongsian dengan semua agar kita sentiasa memandu anak-anak kita untuk berfikir tentang alam sekitar, tentang tingkah laku orang di sekeliling mereka dengan berpandukan acuan daripada al-Quran. Saya dan suami sentiasa berusaha memberi tazkirah kepada Aiman dengan perkataan yang mudah. Sebenarnya tazkirah ini bukan sahaja untuk Aiman namun sebagai peringatan kepada kami juga sebagai hamba Allah, supaya kami tidak terus lalai dari tanggungjawab sebagai hamba Allah dan tanggungjawab sebagai ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Jika kita tersilap langkah, anak-anak juga boleh mengingatkan kita kembali. Semoga kita tidak akan jemu dalam usaha mendidik anak-anak kita menjadi anak-anak yang soleh/solehah. Usaha ini hendaklah berterusan...Insya-Allah.

Antara dialog Aiman yang Ibu suke...:)

Cerita 1 :
Pada hari Sabtu yang lepas, kami ke Pesta Buku di PWTC. Kami terjumpabeberapa buah buku yang sesuai untuk Aiman. Buku-buku sains berkenaan angkasa, alam sekitar dan bumi (Aiman memang sukakan sains). Apabila membelek buku tersebut, terdapat penerangan mengenai pencemaran dan bagaimana pencemaran berlaku. Suami saya menerangkan lebih lanjut mengenai perkara itu kepada Aiman. Dalam perjalanan pulang, Aiman berbisik kepada saya:

Aiman: Ibu, Aiman rasa kan kerajaan sekarang ni diorang tak sembahyang dan baca al-Quran.

Ibu : Kenapa Aiman fikir macam tu?

Aiman : Sebab kalau mereka sembahyang dan baca al-Quran tentu mereka tak musnahkan alam sekitar untuk pembangunan.

Cerita 2 :
Aiman : Ibu, bila Aiman rasa sedih, dan Ibu pegang dan tepuk bahu Aiman, Aiman rasa lembut aje...rasa best dan hilang rasa sedih.

Jadi, jika anak anda sedang sedih, jangan berlengah untuk tenangkan mereka. Tindakan anda yang sedikit memberi kelegaan yang besar kepada mereka. Ini pengakuan ikhlas dari anak saya yang berumur 8 tahun...:)

Cerita 3 :
Ini reaksi Aiman bila tengok perempuan yang berpakaian seksi/tidak menutup aurat.

Aiman : Aiman rasa tentu orang ini tak sembahyang sebab kalau dia sembahyang tentu dia rasa malu dengan Allah untuk pakai macam itu.

Cerita 4:
Kami ke Jalan TAR untuk mencari tudung putih untuk Aqilah untuk dipakai sewaktu mengerjakan umrah nanti. Sewaktu tercari-cari tudung itu, terdapat seorang pondan yang menjaga salah sebuah kedai menjual tudung. Apabila mendengar suara pondan tersebut Aiman terus berlalu dari kedai tersebut dengan pantas.

Ibu : Macamana Aiman tahu dia lelaki?

Aiman : Dengar suara dia macam lelaki tetapi dia berlakon jadi perempuan. Tak baik kan macam tu kan Ibu. Allah marah kan Ibu.

Cerita 5:
Sewaktu berjalan di Jalan TAR kelihatan seorang buta menjual tisu. Aiman meminta wang daripada kami untuk bersedekah kepadanya (memang sejak dari kecil lagi, suami saya selalu mengajar Aiman bersedekah dengan menghulurkan wang apabila nampak mereka yang kurang upaya)

Aiman: Ibu, Aiman yang bagi duit pada mereka pun dapat pahala jugak kan Ibu (Aiman bertanya sebab dia sedar bahawa duit itu daripada kami bukan duit Aiman)

Ibu : Tentulah sayang, Aiman pun akan dapat pahala juga.

Aiman tersenyum gembira apabila mendengarnya...:)

3 comments:

Ros Illiyyuun said...

Assalamualaikum,

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana Ibuaiman mendapat anak yang soleh(Ameen). Sudah tentu berkat dari didikan ibubapa yang soleh-solehah juga.

Semoga Aiman membesar dengan baik seterusnya berupaya menjadi khalifah yang memakmurkan bumi Allah. Jangan lupa kongsi cara didikan anak-anak ya.

Walau saya tidak mempunyai anak,mungkin juga saya boleh jadikan panduan dalam mendidik anak-anak didik yang ramai. InsyaAllah.

fizanur said...

salam ziarah. singgah baca n3

Siapa Malaikat itu?

ibuaiman said...

Alhamdulillah Ros, kami sekeluarga baru pulang dari mengerjakan umrah minggu lepas dan anak-anak seronok berada di sana dan kami mahu ke sana lagi, rindu!!!

Ros, saya bukanlah ibu yang sempurna masih juga dalam proses belajar ilmu yg tidak diajar secara formal ini melalui pembacaan dan pengalaman orang lain, setiap hari saya panjatkan doa semoga Allah mudahkan saya dan suami mendidik anak-anak kami menjadi anak yang soleh dan solehah. Semasa mengunjungi tanah suci, doa juga kami panjatkan di depan multazam, di hijr Ismail dan di Raudhah semoga anak-anak kami menjadi anak yang soleh, cemerlang di dunia dan di akhirat. Semoga Allah memakbulkan doa kami..Amin...

Sesungguhnya kita adalah insan yang lemah, tanpa kasih sayang dan rahmat daripada Allah kitalah hamba nYa yang rugi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...