Friday, July 17, 2009

BIBIK OH BIBIK

Kebelakangan ini banyak berita-berita yang berkaitan dengan pembantu rumah Indonesia dipaparkan di media-media massa...Bermula daripada kes penderaan pembantu rumah yang dilaporkan hingga kepada ugutan kerajaan Indonesia tidak mahu lagi menghantar rakyatnya ke Malaysia sebagai pembantu rumah hinggalah kepada saranan pemberiaan cuti sehari dalam seminggu kepada semua pembantu rumah dan menaikkan gaji mereka kepada minumum RM700.00.

Isu ini sebenarnya tidak langsung menjejaskan kehidupan kami kerana saya dan suami tidak pernah mengambil pembantu rumah aka bibik bagi menjaga anak-anak kami dari dulu hinggalah kini...

Memang ada pro dan kontra mempunyai pembantu rumah ini.Pronya tentulah banyak meringankan tugasan kita di rumah. Memang seronok bila balik kerja, tengok rumah dah kemas, baju dah berlipat, anak-anak dah siap dimandikan, mungkin bagi sesetengah orang, makanan pun dah siap dimasak...
Tapi saya tengok terdapat sesetengah majikan take for granted dengan kehadiran bibik-bibik ini...kerja-kerja berkaitan rumahtangga sememanglah diserahkan terus dari segala segi basuh kereta, merumput, memasak malah mandikan anak pada hari minggu, suapkan anak, tidurkan anak semuanya suruh bibik yang buat...seringkali juga kita lihat di pasaraya-pasaraya, bukan ibu atau bapa yang mendukung anak tetapi bibik...saya melihat fenomena ini tidak sihat untuk dipraktikkan...silap-silap hari anak kita lebih manja dengan bibik daripada ibu mereka sendiri...bila terjadi perkara seperti ini kita sendiri yang akan rugi di kemudian hari.....

Antara faktor saya tidak ambil bibik:

1. Kurang privacy kat rumah terutama bagi suami saya, mana mungkin lagi suami berpakaian faveretnya (Berkain pelekat sahaja) lagi di rumah jika ada bibik.hehe

2. Kat rumah kami hanya ada satu bilik sahaja di tingkat bawah, bilik ini banyak fungsinya untuk kami sekeluarga di samping ia juga bertindak sebagai bilik mak n ayah kami jika mereka datang dari kampung (orang-orang tua dah sakit lutut untuk panjat tangga). Jadi kalau ada bibik, bilik ini terpaksa diserahkan kepada bibik.

3. Saya kadang-kadang pada hari minggu buat lokum di hospital, jadi apa hukumnya meninggalkan suami dan bibik di rumah?Sampai sekarang saya tidak tahu hukumnya samada boleh atau tidak

4. Saya tak nak take for granted.

5. Tanpa bibik saya rasa saya boleh mendidik anak saya lebih berdikari. Kemas buku sekolah sendiri, tolong masukkan bajunya yang telah dilipat kedalam almari, sangkut tuala selepas mandi, letak baju kotor dalam bakul baju kotor. Jika ada bibik segala-galanya akan suruh bibik buat hatta menjemur tuala mandi.

6. Saya tak nak anak saya manja dengan orang lain selain kami sekeluarga.

7. Saya takut dapat bibik yang jahat, pukul dan dera anak-anak saya, macam sesetengah-setengah kes.


Cerita benar semasa saya bertugas di Jabatan Forensik

Setelah saya habis latihan Pegawai Perubatan Latihan Siswazah selama 1 tahun, saya melaporkan diri di pejabat pengarah untuk diberikan posting yang berikutnya. Timbalan Pengarah pada waktu itu menugaskan saya ke Jabatan Forensik. Walaupun saya suka tengok cerita CSI tapi saya secara jujurnya saya tidak suka bertugas di Jabatan Forensik. Selain daripada fahaman saya bahawa prosedur post mortem menyiksa mayat, saya juga tidak sampai hati melihat kes-kes bayi yang meninggal dunia yang terpaksa dibuat post mortem. Sungguh menyayat hati melihat apa lagi terpaksa melakukan post mortem pada tubuh-tubuh kecil ini...Saya sebagai seorang ibu tidak sanggup menghadapinya.

Berbalik cerita pasal bibik...Pada suatu hari seorang pekerja warganegara Indonesia perempuan dibawa masuk untuk dilakukan post mortem kerana tidak diketahui punca kematian. Pekerja ini jika tidak silap baru dua minggu bekerja sebagai pembantu rumah majikannya...Pada waktu itu saya baru masuk hari ke-3 berada di Jabatan Forensik. Saya hanya bertindak sebagai pemerhati.

Prosedur dijalankan. Bagi penggemar CSI, mesti anda semua tahu. Apabila prosedur dimulakan, perkara pertama adalah dibuat potongan Y dibahagian atas dada. Kemudian kulit akan diseparatekan daripada tulang dada. Tulang dada kemudiannya akan dilapah menggunaka gunting yang khas...Bagi kes ini sebaik sahaja tulang dadanya dilapah, MASYA-ALLAH, nanah melimpah keluar amat banyak dari rongga dadanya...Semua orang panik...Dr yang bertugas bertindak yang sebagai ketua mengarahkan segera ditutup mayat tersebut....Mayat itu diklasifikan sebagai biohazard...

Para pembaca nak tahu kenapa semua orang panik ketika nampak nanah keluar daripada rongga dadanya dan diarahkan ditutup serta merta?...Ini kerana memang confirm pesakit ini membawa penyakit berjangkit iaitu TUBERCOLOSIS aka BATUK KERING...Kehadiran nanah ini membuktikan bahawa penyakit ini berada dalam keadaan kronik...memang NGERI dan menakutkan....Ironinya majikan yang mengambilnya bekerja adalah jururawat dan beliau tidak langsung menyedari pembantunya mengidap sakit TB.

1 comment:

puteri said...

Salam Ummuaiman. Sya setuju sgt dgn pendapat saudari ttg bibik ni.Sya sendiri yg dah 4org anak pun tak nak ambik bibik. Sya ni mungkin agak kuno ckit, bg saya, biar la penat sendiri tp sya nak kumpul sebanyak yg boleh pahala dlm rumah sendiri. Hanya sewaktu anak ke-4 lahir, mak minta makcik dtg K.L teman jaga anak ke3 yg sedang lasak. Tu pun sebulan je memandangkan sya kerap tumpah darah tiap kali lepas bersalin. Tp, soal memasak utk suami, tetap sya buat sendiri. Kini, sya b'niat nak tolong ibu2 yg dlm pantang menjaga diri, luar & dlm. Sya sendiri suka melihat ibu2 yg langsing dan masih cantik utk suami walaupun dah anak ramai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...