Monday, July 27, 2009

H1N1-SIAPA YANG BERISIKO UNTUK JADI TERUK?

Perkembangan terkini H1N1 di Malaysia nampaknya semakin membimbangkan dengan 2 kes kematian. 1 kes kematian tersebut adalah kes sporadik iaitu bermakna kes ini tidak diketahui punca jangkitannya dari mana. Berbeza dengan kes-kes jangkitan tempatan atau luar sebelum ini, punca jangkitannya diketahui iaitu mereka yang pulang dari negara luar dan menjangkiti mereka yang berada di sekelilingnya sebagai kes tempatan. Setakat ini terdapat 7 kes yang dikategorikan sporadik telah dikesan.

Untuk pengetahuan pembaca kebanyakan kes-kes H1N1 ini akan sembuh dengan baik tanpa sebarang komplikasi selepas menerima rawatan. Namun terdapat golongan yang berisiko tinggi untuk menjadi teruk dan kemungkinan akan membawa kematian jika terkena jangkitan ini.

Antara golongan yang berisiko tinggi untuk menjadi teruk jika terkena jangkitan H1N1 adalah:

1. Kanak-kanak 5 tahun ke bawah
2. Orang tua yang berumur 65 ke atas
3. Pesakit yang menerima rawatan aspirin pada masa yang panjang (long term aspirin therapy) bagi yang berumur 18 tahun ke bawah
4. Wanita mengandung
5. Pesakit asthma, COAD (kegagalan peparu akibat merokok)
6. Pesakit dengan kegagalan organ seperti kegagalan buah pinggang
7. Pesakit jantung
8. Pesakit kencing manis
9. Pesakit HIV

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...