Wednesday, July 22, 2009

TINGGIKAN KADAR METABOLISME


"Untung jadi Dr, breakfast makan nasi, tengahari pun makan nasi tapi badan tetap maintain. Metabolisme tinggi." sapa staff saya sewaktu saya sedang enak menikmati nasi kerabu sewaktu breakfast di suatu pagi...Saya hanya tersenyum mendengarnya...

Betul ker metabolisme saya tinggi? Entahlah, saya sendiri pun tak pasti...Tapi saya bersyukur dengan kurniaan Allah ini. Tak perlu fikir takut naik berat badan bila nak makan apa-apa sahaja...

Minggu ini saya ada terbaca artikel di internet mengenai cara-cara untuk meningkatkan kadar metabolisme badan. Saya tak pasti samada ianya berkesan atau tidak tetapi tiada salahnya jika kita mencuba terutama bagi mereka yang berusaha untuk menurunkan berat badan.

10 petua untuk meningkatkan kadar metabolisme:

1. Bina otot-otot (build Muscle)
Badan kita sebenarnya berterusan membakar kalori walaupun semasa kita berehat. kadar metabolisma pada waktu kita berehat adalah lebih tinggi pada mereka yang lebih berotot. Setiap pound otot menggunakan 6 kalori sehari manakala setiap pound lemak hanya membakar 2 kalori sehari.

2. Bersenam aerobik atau berjogging
Bersenam aerobik/berjogging tidak membina otot namun ia mampu meninggikan kadar metabolisme selepas kita melakukannya.

3. Minum banyak air
Badan kita memerlukan air untuk memproses kalori. Apabila kita kekurangan air dalam badan (dehydrated), kadar metabolisme akan menurun. Dalam sehari seorang dewasa memerlukan 8 gelas air masak (plain water). Untuk kekalkan bekalan air dalam badan, kita hendaklah biasakan meminum air masak sebelum makan. Sebagai tambahan boleh juga memakan buah-buahan yang mana mengandungi kandungan air.

4. Campurkan ais dalam air
Minuman berais akan menggalakkan badan membakar lebih kalori semasa penghadaman tetapi dengan syarat air tersebut tiada tambahan gula atau cream/susu pekat manis.

5. Makan lebih kerap
Makan lebih kerap boleh membantu mengurangkan berat badan. Ambil snack setiap 3-4 jam akan membantu meningkatkan kadar metabolisme. Kajian menunjukkan jika seseorang mengamalkan snack mereka akan makan kurang sewaktu makan tengahari dan makan malam.

6. Pedaskan masakan anda
Makanan yang pedas mengandungi bahan kimia yang boleh meninggikan kadar metabolisme.

7. Makan lebih protein
Badan membakar kalori 2 kali ganda bagi menghadamkan proteinberbanding lemak atau karbohidrat. Sumber protein yang sihat adalah daging merah, ayam tanpa kulit, tauhu, kacang, telur dan susu rendah lemak.

8. Minum kopi
Tapi pastikan kopi yang diminum tidak dicampur cream dan gula. (agak sukar untuk lakukan, betul tak...:))

9. Minum teh hijau
Kajian menunjukkan dengan meminum 2-4 cawan teh hijau sehari membantu membakar 50 kalori sehari, ini bersamaan kurangkan 5 pounds berat setahun.

10. Elakkan crash diet
Crash diet ialah mereka yang makan kurang daripada 1,000 kalori sehari. Walaupun diet ini membantu mengurangkan berat badan namun sebenarnya pengurangan berat badan adalah daripada kemerosotan otot-otot. Apabila otot-otot berkurang, maka kadar metabolisme akan berkurangan. Akhirnya badan akan bakar kurang kalori malah akan lebih cepat menaikkan berat badan berbanding sebelum diet jika individu itu sudah tidak patuh pengambilan kalori 1,000 kalori sehari.


Selain daripada cadangan di atas, antara faktor yang meninggikan kadar metabolisme ialah:

1. Sesetengah individu mempunyai genetik metabolisme yang tinggi

2. Lelaki lebih banyak akan membakar kalori berbanding perempuan semasa berehat. (Ini disebabkan lelaki mempunyai lebih banyak otot, perempuan lebih banyak lemak-faktor hormon)

3. Kadar metabolisme akan menurun apabila usia mencapai 40 tahun ke atas.


Untuk makluman pembaca, kesemua 10 petua yang dinyatakan di atas tidak satupun pernah diamalkan oleh saya...:)

3 comments:

Encik Otot said...

Saya nak bina otot, biar lemak dalam badan saya dibakar dengan hanya menonton tv. bestnyer .huah..huah

puteri said...

Terima kasih utk tip yg amat berguna ini. Bagi akak yg dah anak 4 ni pula, akak tak suka perut gelebeh. Akak pun tak ikut sgt tip camtu selama ni, tp amalkan senaman lain. Part mkn mmg akak jenis kunyah lama2.Tu yg segan mkn dgn org yg mkn laju.

Anonymous said...

salam,

saya sebelom ni buat atkins diet, dan berjaya turunkan 21kg dalam 4 bulan. tapi saya gagal kekalkan berat badan tersebut kerana menurut rakan saya, ia adalah disebabkan kadar metabolisma yang rendah. tapi salah satu dari cara, iaitu bersenam, telah saya lakukan, tapi ia mendatangkan kesan buruk pada lutut dan seluruh bahagian kaki. harap dapat saya gunakan cara2 yang lain dan digabungkan dengan diet.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...