Sunday, July 26, 2009

FAMILY FIRST

Sebuah filem bertajuk "Click" lakonan Adam Sander sempat kami sekeluarga tonton minggu lepas. Walaupun bertemakan komedi namun amat bermanafaat dan amat menginsafkan....

Cerita ini mengisahkan Eddie seorang arkitek mempunyai seorang isteri yang cantik bernama Sara (kalau tak silap) dan dua orang anak yang comel bernama Ben dan Samantha. Tetapi Eddie seperti tidak menghargai kehadiran isteri dan anak-anaknya ini. Apa yang difikirkan hanyalah kejayaan kerjayanya dan cara untuk menjadi kaya.
Dia juga tidak suka menyertai family gathering yang bagi dirinya seperti membazirkan masa.
Pada suatu hari selepas bertengkar dengan isterinya kerana dia terpaksa membatalkan rancangan perkhemahan bersama keluarganya, beliau keluar menaiki kereta untuk menenangkan hatinya. Pada waktu itu sudah lewat malam dan kebanyakan kedai sudah ditutup. Tiba-tiba beliau terpandang sebuah kedai yang belum ditutup iaitu kedai Beyond yang menjual peralatan mandi dan peralatan bilik tidur. Dalam dia duduk merayau-rayau tanpa tujuan di dalam kedai tersebut, beliau terpandang sebuah bilik bertulis Beyond Room ala-ala bilik untuk kakitangan sahaja di shopping complex tu. Dia masuk ke dalam bilik tersebut dan berjumpa seorang tua seperti profesor gitu namanya Moorthy. Dia memberitahu masalahnya kepada profesor tersebut. Profesor itu menawarkan sebuah barangan macam remote control kepadanya secara percuma. Syaratnya adalah remote itu tidak boleh dipulangkan. Apa reaksi Eddie?? Tentulah amat gembira lebih-lebih lagi menerima barang secara percuma kan, kalau kita pun mestilah gembira kan, macam kata orang-orang tua "Kecil Tapak Tangan, Nyiru Kami Tadahkan"...Di sinilah bermulalah sesuatu yang mengubah hidupnya.

Remote control ini macam ada kuasa ajaib. Ia boleh berfungsi untuk Mute kan suara, translate language, forwardkan perbuatan dan juga rewind macam remote control DVD kat rumah kita.

Dengan kuasa remote tersebut, dia forwardkan peristiwa kenaikan pangkatnya. Eddie menyangka kehadiran remote ini akan membantunya namun apa yang berlaku adalah sebaliknya....Remote ini membawa bala....
Dipendekkan cerita, akibat dia sering memforwardkan peristiwa, dia terlepas banyak perkara...Sedar-sedar anaknya telah dewasa, isterinya telah berkahwin dengan orang lain akibat sering diabaikan ....Dia menjadi kaya dan telah mendapat kuasa sebagai bos di pejabat yang dia bekerja namun sesuatu yang amat berharga telah hilang iaitu anak-anak dan isterinya...Dia merasa amat sedih dan menyesal, namun apa yang telah berlaku tidak dapat diundur lagi....akhirnya dia mati diserang sakit jantung sewaktu mengejar anaknya Ben yang juga telah mengikut jejak langkahnya sebagai arkitek dan juga amat mementingkan kerjaya...Nasihat terakhir beliau kepada anaknya adalah Family First...Dia tidak mahu anaknya kelak akan menyesal seperti dirinya...
Akhir cerita ini agak simbolik kerana tiba-tiba Eddie terjaga semula di kedai Beyond yang beliau masuk pada malam itu. Pekerja di kedai tersebut menyatakan beliau tertidur di atas katil kedai tersebut. Beliau berasa amat gembira kerana seperti mati hidup kembali...Dia terus balik dan bertekad menjadi anak, suami dan ayah yang baik kepada keluarganya...Di akhir cerita dia ternampak remote tersebut di atas meja dapurnya beserta nota daripada Moorthy...Dan beliau mencampakkan remote itu ke dalam tong sampah....

Pengajaran....

1. Cerita ini menggambarkan seolah-olah gambaran manusia yang menyesal sewaktu Malaikat Maut mahu mencabut nyawanya. Diceritakan sewaktu manusia mahu dicabut nyawa, maka diperlihatkan segala amalannya samada baik atau jahat. Manusia yang jahat merayu supaya diberikan peluang kedua untuk membetulkan segala kesalahannya dan bertekad untuk menjadi manusia yang baik namun permintaan itu tidak akan dilayan. Kita tidak akan sebertuah seperti si Eddie yang diberikan peluang kedua. Kita harus sedar dan ingat bahawa Allah tidak akan memanjangkan usia kita walaupun sesaat pun.

2. Keluarga haruslah diutamakan dalam apa-apa perkara sekali pun. Malahan dalam ajaran Islam sendiri menyatakan sedemikian. Jika kita ingin berdakwah, keluargalah orang yang pertama harus kita ajar sebelum kita berdakwah kepada orang lain. Jika kita berdakwah kepada orang lain namun keluarga diabaikan dan akan-anak dan isteri menjadi rosak maka azablah yang menanti kita di neraka...

Satu kisah yang diceritakan oleh Rasulullah S.A.W. yang diperlihatkan semasa dimikrajkan...

Semasa di padang mahsyar, seorang lelaki telah dibenarkan masuk ke dalam syurga...sewaktu bidadari telah melambai-lambai daripada syurga, datang isteri dan anak-anaknya berjumpa dengan Allah dan memohon dengan Allah untuk dibenarkan bercakap. Semasa di padang mahsyar, mulut manusia dikunci, hanya tangan dan kaki dan anggota sahaja yang boleh bercakap. Tetapi isteri lelaki ini diizinkan bercakap oleh Allah s.w.t. Isteri lelaki ini berkata jangan dimasukkan lelaki ini ke dalam syurga kerana semasa di dunia beliau tidak menunjuk ajar anak isterinya sehingga mereka lalai dari melaksanakan perintah Allah. Maka kemudiannya Allah memerintahkan lelaki tersebut dihumbankan ke dalam neraka bersama-sama isteri dan anak-anaknya...Nauzubillah....begitulah penangan pengabaian seorang suami/ayah terhadap keluarga sehingga sedikit lagi mahu masuk ke syurga tetapi tetap ke neraka...


Sikap Eddie di dalam filem diatas juga menggambarkan sikap sebenar manusia-manusia di dunia ini...Manusia yang mempunyai hawa nafsu yang tidak mengenal puas...Saya teringat bait-bait nasyid Nada Murni pada suatu masa dahulu...

Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap, barukan terasa, bila hilang
Apa yang diburu, timbul rasa jemu, bila sudah di dalam genggaman
Dunia ibarat air laut diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana di padang pasir
Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada, ditangkap hilang......

2 comments:

Riz said...

Sapa tak tengok lagi filem ni, pergi aah tengok , bagus ada pengajaran berguna.

Anonymous said...

hari tu my sis ada tgk citer ni, dia layan cd sorang sorang.. lps habis je trus nangis nangis peluk i ngan my mom. huhu... dia ckp.. 'korang ler yang paling berharga dalam hidup ni'.. dah tgk cite ni bru ler paham naper... best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...