Monday, July 13, 2009

31 TAHUN

Hari ini 13 Julai 2009, genap umur saya 31 tahun...dah tua rupanya saya, kalau semasa zaman-sekolah-sekolah dulu, cikgu yang berumur 30 tahun ke atas dikelaskan cikgu yang dah tua...

Hari kelahiran saya 13 Julai 1978

Mengimbau kenangan 31 tahun yang lalu semasa saya dilahirkan. Cerita ini saya diceritakan oleh kakak ke-3 saya sewaktu zaman kanak-kanak saya. Saya anak ke-7. Jarak saya dengan kakak ke-6 saya agak jauh iaitu 5 tahun, sama seperti jarak umur Aiman dan Aqilah. Saya dilahirkan di rumah saya di sebuah daerah di Negeri Terengganu. Pada zaman 1978, masih ramai lagi ibu-ibu lebih selesa bersalin di rumah masing-masing ditemani mak bidan kampung. Saya tidak dapat bayangkan macamana kesakitan yang dilalui oleh ibu saya tanpa sebarang ubat penahan sakit di waktu itu. Tentunya amat sakit (saya sendiri telah melaluinya, itu pun dapat bantuan epidural, sebelum epidural diberikan, Ya Allah, Tuhan saja yang tahu kesakitannya, kesakitannya tidak dapat diceritakan). Kalau mengikut kajian perubatan, jika jarak kelahiran 5 tahun ke atas pesakit akan melalui kelahiran seperti anak pertama. Terima kasih cik (panggilan saya kepada ibu saya) kerana sanggup menahan kesakitan demi melahirkan saya ke dunia ini. Jasa cik tidak dapat saya balas dengan segala harta di dunia ini...Sewaktu saya lahir, saya ada tanda lahir pada mata saya. Tanda lahir saya ialah pada mata putih saya sebelah kanan ada tanda kesan darah. Semasa baru-baru lahir, memang kesan darah itu berwarna merah namun lama kelamaan semasa saya kanak-kanak ia bertukar menjadi warna coklat. Sewaktu kecil, saya selalu tertanya-tanya kenapa ada kesan darah dalam mata saya. Kakak saya membuat kesimpulan menyatakan sewaktu saya lahir, darah ibu saya menitik ke dalam mata saya, saya mempercayai dan mengiyakan kata-katanya. Rupanya-rupanya di dalam bidang perubatan ianya di panggil subconjuctival haemorrhage. Alhamdulillah ianya tidak menggangu langsung penglihatan saya.
Menurut cerita daripada kakak ke-3 saya (waktu itu beliau berusia 13 tahun), sewaktu cik dan ku (ayah ) saya berbincang-bincang untuk memberikan nama kepada saya, beliau juga mempunyai cadangan untuk memberikan nama kepada saya iaitu Nor Hidayah kerana beliau sangat gembira dapat adik baru tetapi beliau takut untuk memberitahu ibu bapa saya. Antara cadangan nama saya daripada ibu bapa saya ialah Azean dan Bahiyah. Nama Azean kerana pada waktu itu Azean Irdawaty adalah salah seorang pelakon yang terkenal dan kalau tidak silap memenangi anugerah pelakon wanita popular pada zaman itu. Bahiyah pula kerana pada waktu itu Sultanah Bahiyah, Permaisuri Raja Kedah menjadi Raja permaisuri Agong pada zaman saya dilahirkan. Setelah perbincangan, nama yang dipersetujui adalah Bahiyah yang bermaksud yang gemilang...alhamdulillah nama saya mempunyai makna...

Sambutan hari lahir...

Ibubapa saya tidak pernah membuat majlis harijadi saya. Saya tahu kami daripada keluarga yang tidak mampu...Bagi keluarga yang tidak mampu banyak perkara yang lebih penting harus difikirkan, duit harus berjimat. Dengan bilangan anak yang ramai, memang selalu kena beringat untuk pelajaran dan keperluan asas anak-anak. Lagipun, bagi ayah saya, sambut harijadi dengan meniup lilin bukanlah budaya orang Melayu, itu budaya orang putih. Seingat saya sambutan hari lahir saya pertama kali dibuat oleh cikgu saya, Cikgu Norilah sewaktu saya berumur 12 tahun. Waktu itu saya dan 2 orang kawan saya berkampung di rumah bujang cikgu Norilah bagi kelas intensif UPSR. Cikgu Norilah membelikan sebiji kek semasa harijadi saya dan kami menyambutnya bersama sama...Terima kasih cikgu...:). Sewaktu bersekolah di asrama penuh pula, kawan-kawan satu dorm akan buat sedikit sambutan kecil-kecilan..dan saya akan belanja mereka makan MAGGI..itu sahaja yang mampu dibeli oleh saya waktu itu...

Hadiah hari lahir...

Saya mendapat hadiah pertama dari teman-teman ofis saya hari jumaat yang lalu. Seorang teman saya bertanya apa hadiah yang dibelikan oleh suami saya dan adakah saya mengimpikan suami saya membelikan bunga untuk saya. Jawapannya, suami saya belum memberikan apa-apa hadiah untuk saya pada hari ini tetapi dia tidak lupa bahawa hari ini hari kelahiran saya, Insya-Allah petang ini kami akan menyambutnya secara ala kadar, makan di pizza barangkali.
Tentang jawapan adakah saya suka diberikan hadiah bungan oleh suami saya atau apakah hadiah yang saya inginkan daripada suami saya...

Hadiah bunga...

Saya pernah menerima hadiah bunga daripada suami saya sekali sahaja. Waktu itu hari konvokesyen saya di UKM. Waktu itu kami baru berkahwin 3 bulan. Suami saya memberikan 50 kuntum bunga ros merah kepada saya. Bunga itulah saya pegang setiap kali bergambar semasa hari konvo berkenaan. Akhirnya bunga itu layu dan kering di dalam bilik stor rumah kami. Harga 50 kuntum tersebut RM 120.00. Pada pendapat saya, pemberian bunga adalah membazir kerana akhirnya akan layu.

Hadiah yang saya inginkan dari suami saya...

Hadiah yang saya rasa paling berharga yang saya inginkan dari suami saya adalah REDHA suami saya pada masa sekarang hinggalah saya meninggal dunia nanti. Saya harap saya selamanya akan menjadi "Qurratu 'Ain " iaitu penyejuk mata suami saya. Semoga dengan keredhaan suami saya juga kami akan bertemu kembali di dalam SYURGA...AMIN.

Hadis daripada Rasulallah S.A.W.

"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."

Itulah hadiah yang paling berharga yang saya impikan....

11 comments:

juliya mohamed @ mohd jusoh said...

wahhhhhh..so sweet,

juliya mohamed @ mohd jusoh said...

happy berday kakak!!
sy pun jarak 6 tahun dgn akak.
asal usul nama saya..mmm mase tu julia robert n julia rais tgh top ,lahir pulak bulan julai..
jadilah juliya...
hehe. patutnye awak pun jadi che engku juliya..
hehe

Unknown said...

happy birthday cn!!!!!!!!!!
semoga apa yg diimpikan tercapai... insyaallah..

ibuaiman said...

yaya,
TQ...
Kalau saya nama juliya jugak, nanti susah orang nak panggil lak...hehe

lelosani,
TQ atas doa lela...AMIN...

riz said...

Mana ada nama orang Melayu Che Engku Julia Robert kalau Che Engku Jamiliah Ramli boleh aaah . muahh...muahh :)

juliya mohamed @ mohd jusoh said...

mmm...jamiliah ramli..
itu nama gabungan pakcik jamil dgn makcik joyah...
cucu tauke ramli burger.
hahaha

Ratu Jannah Agen Putrajaya said...
This comment has been removed by the author.
Ratu Jannah Agen Putrajaya said...

pikir makanan jer...ramli burger perisa ayam ker ni? hehehe...lagipun mak jamiliah ramli belum sampai masa nak bersalin lagi masa tu....lambat lagi due dia...

riz said...

eh yer ker "gabungan pakcik jamil dgn makcik joyah...
cucu tauke ramli burger" saya agak jer ...huahh.huahhhh....
kalau yer nanti nak order burger ayam satu kilo .... ada nombor dia

puteri said...

Happy belated b'day. Insyallah, Allah makbulkan doa adik. Itu baru jarak 5thn. Pengalaman sya sendiri, jarak yg ke2 dgn yg ke3 10thn...Yep... memang sakit.sya tak pernah ambik epidural, semua normal even yg no3, my ICSI sepatutnya operate.. pun sya nak normal birth...Bersalin, nikmat yg paling besar Allah bg pada wanita...Sya syukur sgt2..wpun sakit, tp tak pernah serik nak bersalin lg. Sya sentiasa berdoa Allah kurniakan anak pd sya lg.

ibuaiman said...

TQ Puteri...Insya-Allah...AMIN...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...