Pokok mangga di depan rumah kami tahun ini banyak pula berbuah, dalam 20 biji, ...Tak silap saya ini kali ke-4 pokok mangga yang kami tanam 4 tahun lalu berbuah, masa pertama kali berbuah sebiji ajer buahnya dan selepas itu kalau ada pun tak sampai lar 10 biji, tahun ini banyak pula...Alhamdulillah. Dua minggu lepas kami dah petik sikit dan peram, bagi sikit kat pengasuh Aqilah dan saya juga bawa ke pejabat untuk teman-teman merasa...
Hujung minggu hari itu kami ke GIANT, sewaktu lalu di tepi restoran Thai, suami saya cakap nampak macam sedap kerabu mangga dan mencadangkan saya membuatnya di rumah...Jadi, semalam saya pun cuba-cuba buat kerabu mangga hasil tanaman kami...:)
Resepi kerabu mangga saya
1 biji mangga yang belum masak
bawang merah
cili padi
udang kering
garam
Cara-caranya:
1. Racikkan buah mangga. Gaulkan dengan sedikit garam.
2. Mayang bawang merah dan cili padi
3. Udang kering digoreng dan kemudiannya ditumbuk.
4. Gaulkan semua bahan. Dah siap. Mudah bukan.
**Jika tidak suka udang kering, boleh gantikan dengan ikan goreng yang diperisikan...
Makan malam tadi, suami saya tambah nasi dua kali sebab penangan kerabu mangga ini.
"Rosak lar program diet abang malam ini, dah sedap sangat, tak boleh tahan" komen suami saya...
Itu sahaja buat kali ini.
Semoga jumpa lagi. Insya-Allah
2 comments:
CN,
Banyak betulll mangga nya berbuah.
Nak tanam jugak lah.
Kat mana nak beli pokok tu?
Za,
Cn beli ni masa balik kg kat pahang...singgah kat nursery pokok tu kat temerloh, ms tu lum ada LPT lagi...
Post a Comment