Monday, August 3, 2009

ais/ice

Serangan asthma suami saya sejak akhir-akhir ini agak kerap. Kemungkinan besar disebabkan cuaca jerebu yang tidak menentu. Walaupun jerebu tidak begitu teruk tapi impaknya besar kepada pesakit asthma disebabkan peparu mereka yang sensitif kepada habuk dan asap. Satu lagi suami saya langsung tak boleh minum ais sejak kebelakangan ini. Minum sikit aje, hidungnya mula lar tersumbat (nose block)...

"Agaknya abang alah kat bahan chlorine dalam ais, kot"

Saya mengangguk dan mengiyakan kerana pernah terbaca mengenai alah orang asthma dengan chlorine.

"Nanti abang nak try buat ais dari air yang dah masak, tengok jadi tak lagi hidung tersumbat ni"

Fakta yang meloyakan dan menggelikan...

Hari ini, sesuatu yang menarik perhatian saya tertampal di notice board ''The ICe Has More Bacteria than Toilet Water", biar benar ni.

Kajian ini dilakukan oleh seorang budak 12 tahun, Jasmine Roberts di Florida di dalam projek sains di sekolahnya. Beliau membandingkan kandungan ais di restoran makanan segera (fast food) dengan air daripada toilet bowl. Keputusannya amat mengejutkan.

The ice sreved in soft drinks and other beverages at fast food restaurants had more bacteria than water from the same restaurant's toilet! Not only that, but 70% of the time, the ice had more bacteria than the toilet water..related to the presence of coliform include cramps and diarrhoea. E.coli can cause intestinal illness and in rare cases, hemolytic uremic syndrome, a serious kidney condition...

Masya-Allah...Jika benar apa yang dikaji ini, haruslah kita mengelak meminum ais selepas ini. Kalau nak minum buat sendiri ais di rumah, guna air yang telah dimasak...

Terus saya rasa loya untuk menghabiskan milo ais yang diminum pagi ini....

Itu saja buat kali ini

Jumpa lagi...Insya-Allah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...