Monday, August 10, 2009

VAKSIN H1N1

Pagi-pagi lagi saya mendapat sms daripada adik ipar saya bertanyakan adakah betul ada vaksin H1N1 di klinik-klinik swasta. Jawapan saya semestinya TIDAK. Vaksin H1N1 still not available yet in Malaysia currently.

Adik saya bertanyakan ini kerana jirannya yang sedang mengandung ingin menziarah adiknya yang sedang dirawat di Hospital Melaka disebabkan H1N1.

Di kesempatan ini ingin saya nyatakan kepada pembaca supaya jangan TERPEDAYA dengan iklan-iklan yang dipaparkan di klinik-klinik swasta pada masa kini. Sampaikan juga kepada ahli keluarga anda, kawan-kawan anda berkenaan maklumat ini. JANGAN TERPEDAYA.

Saya bukan Menteri Kesihatan yang dapat memberitahu kepada media mengenai perkara ini. Apa yang termampu oleh saya hanyalah menyampaikan info ini melalui blog saya ini. Semoga anda juga menyampaikan kepada orang sekeliling anda.

Vaksin ini akan available sehingga di umumkan nanti oleh Menteri Kesihatan (dijanjikan hujung tahun ini).

Natijah jika seseorang percaya dengan H1N1 yang tipu:
1. Dia merasakan dirinya sudah dilindungi daripada H1N1 sedangkan hakikatnya tidak.

2. Dia mungkin tidak lagi mengambil berat dengan langkah pencegahan seperti memakai mask kerana yakin dirinya sudah selamat.

3. Jika dia benar-benar telah dijangkiti H1N1, dia mungkin akan mendapatkan rawatan lambat yang mana mungkin akan membahayakan dirinya dan ahli keluarganya.

Jadi fikir-fikirkanlah....

Saya tertarik dengan berita di dada-dada akhbar hari ini..

stok antivirus akan ditambah daripada 10 peratus bagi lebih 27 juta jumlah penduduk kepada 20 peratus, dan penambahan ini melibatkan peruntukan tambahan RM20 juta.- Malaysiakini

Para pembaca jangan salah faham, antivirus ini bukan vaccination H1N1 tetapi Tamiflu iaitu ubat bagi merawat H1N1...Pada masa kini, Kementerian Kesihatan Malaysia memberi priority kepada golongan berisiko tinggi (sila rujuk entry saya sebelum ini) yang mengalami simptom walaupun simptom ringan untuk mengambil rawatan ini di hospital-hospital kerajaan, sebab itu stok ubat ini ditambah...jadi, jangan confuse antivirus dan vaccination, ok...

Itu sahaja buat kali ini.

Semoga jumpa lagi..Insya-Allah

Wassalam..

1 comment:

Riz said...

Ingatkan sama vaksin dengan antivirus ni, antivirus komputer tahulah, donwload jer kat internet.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...