Pada masa sekarang makin ramai orang yang tidak sihat..Batuk, selsema, demam...Bukan sahaja klinik kesihatan/hospital kerajaan yang dibanjiri pesakit pada masa kini malah klinik-klinik swasta juga mengalami keadaan yang sama...Semua orang risau terkena jangkitan H1N1...
Malam tadi, suami saya kena asthma attack yang teruk, his chest became very thight and very difficult to breath...Kami ke Hospital Serdang terpaksa angkut sekali anak-anak sebab kami tiada maid...Sesampai di sana, Masya Allah ramainya orang walaupun waktu itu jam 11.30 malam. My HB terpaksa masuk sendiri ke Jabatan Kecemasan bagi menerima rawatan sebab masa tu si kecik dah tidur..Lagi pun takut jugak nak bawak dia keluar takut dengan wabak H1N1 sekarang ni...Saya menunggu dengan anak-anak di dalam kereta sementara menunggu suami saya menerima rawatan...Alhamdulillah le[as terima nebulizer, suami saya ok skit walaupun still had wheezing..Dr suruh masuk wad tetapi suami saya menolak...Dr mengarahkan nurse bagi hydrocort injection pada suami saya, tapi setelah lama menunggu tidak ada seorang pun yang datang memberikan injection, so suami saya minta untuk pulang, mengingatkan anak-anak yang ketiduran di dalam kereta, masa tu jam sudah pukul 1.30 pagi...Sedikit rasa tidak puas hati terhadap rawatan yang diterima tetapi tetap bersyukur kerana agak pulih dan tidak menjadi semakin teruk...Alhamdulillah...
Hari ini saya melihat kenyataan akhbar di laman web MOH. Berikut adalah antara nasihat yang diberikan kepada orang ramai...Saya buat ikut ayat saya, tapi maknanya sama...
1. Jika anda mengalami gejala Influenza Like Illness (ILI) seperti demam, batuk, selsema, sakit tekaka, anda harus mengkuarantinkan diri anda di rumah. Buat pemantauan ke atas diri anda atas gejala-gejala yang teruk seperti di bawah untuk segera ke hospital:
Secara amnya demam selesema boleh sembuh dengan sendiri. Namun begitu, anda perlu mendapatkan rawatan SEGERA di hospital jika anda mengalami mana-mana tanda dan gejala berikut :
1. Masalah pernafasan : sesak nafas, semput, warna bibir bertukar menjadi
biru/ungu
2. Batuk berdarah atau kahak berdarah
3. Sakit dada berterusan
4. Cirit-birit atau muntah yang kerap
5. Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun demam berulang selepas tiga hari
pulih
6. Berkelakuan tidak normal, keliru, kurang responsif kepada rangsangan atau
sawan
7. Rasa pening apabila berdiri
8. Kurang kencing
2. Ujian influenza A(H1N1) iaitu throat swab/ calitan tekak kepada semua jangkitan ILI tidak perlu memandangkan buat masa ini 95% jangkitan ILI ini disebabkan oleh influenza A(H1N1). Ujian pengesahan jangkitan influenza A(H1N1) hanya perlu untuk kes-kes yang dirawat di hospital. Ujian ’rapid test’ influenza A(H1N1) adalah tidak digalakkan.
Ayat saya: ini kerana terlalu ramai orang yang tidak sihat pada masa kini, jika semua kes harus dibuat throat swab maka kakitangan perubatan tidak cukup tangan kerana selain kes H1N! masih ada juga kes lain yang mengancam nyawa berlaku setiap hari seperti serangan jantung etc..di samping itu juga reagen bagi mengujikaji kajian ini juga akan habis...
Peringatan buat pembaca....
Lagi satu, semasa saya mengunjungi sebuah klinik di kawasan perumahan saya, saya dapati mereka mengiklankan vaccination H1N1 kepada para pesakit, ini memang jelas satu penipuan untuk mengaut keuntungan di waktu semua orang dalam keadaan bimbang...Untuk makluman semua, pada masa kini vaccination H1N1 still not available in Malaysia. Apa yang diiklankan hanyalah vaccination seasonal flu yang mana tidak cover H1N1. Jadi berhati-hatilah daripada tertipu dengan pengamal perubatan yang tidak beretika...
Itu sahaja buat kali ini...
Semoga jumpa lagi..Insya-Allah
No comments:
Post a Comment