Wednesday, March 10, 2010

KESIHATAN GIGI KANAK-KANAK


Saya bukan doktor gigi. Saya hanya seorang doctor perubatan. Namun saya ingin kongsikan sedikit pengetahuan yang saya dapat semasa membaca artikel mengenai gigi semasa saya menunggu giliran untuk menampal gigi di klinik tempohari. Mungkin info-info ini berguna untuk semua jua...:)

1. Gigi berlapis yang berlaku bukan disebabkan gigi susu lambat tercabut tetapi disebabkan saiz rahang yang tidak sesuai dengan saiz gigi iaitu rahang kecil tetapi saiz gigi besar-besar. Gigi berlapis juga boleh disebabkan oleh keturunan. Mmm…patut lah gigi saya berlapis, mungkin rahang saya kecil namun gigi agak besar berbanding kakak-kakak dan abang-abang saya yang lain. Mereka semua tiada yang gigi berlapis kecuali saya dan adik saya…huhu. Namun gigi ibubapa saya tidak berlapis. Anak-anak saya juga akan berkemungkinan akan mendapat gigi berlapis jika mereka mendapat genetik daripada saya; rahang kecil, gigi besar…huhu

2. Jika gigi susu dicabut lebih awal yakni sebelum ianya goyang tidak menjamin gigi tidak akan berlapis. Ayah Aiman amat takut gigi Aiman akan berlapis masa pertama kali gigi susunya goyang sebab masa itu gigi kekal sudah mahu tumbuh…

3. Gigi geraham ketiga (gigi geraham kekal) akan mula tumbuh pada usia 6 atau 7 tahun. Kebanyakkan ibubapa tidak sedar dan menyangka ianya gigi susu juga. Jadi kebanyakkan gigi geraham ketiga ini sudah rosak apabila dibawa berjumpa doktor gigi. Bila baca ini, balik tu saya terus periksa mulut Aiman, a’ah lar, dah ada gigi geraham ketiga atas bawah kiri kanan. Dah lama saya tak tengok gigi Aiman sejak dia pandai gosok gigi sendiri. Bila gigi ini tumbuh, saya pun tidak sedar…huhu..Nasib baik gigi Aiman masih okey.

4. Jika gigi susu rosak dan terpaksa dicabut lebih awal mungkin akan mengganggu pembentukan otak yang cergas di kalangan kanak-kanak. Pertama kerana saraf untuk mengunyah bersambung dengan saraf di otak. Kedua, jika gigi tiada, sukar kanak-kanak untuk mengunyah dengan baik dan proses penghadaman nutrisi tertentu mungkin akan terganggu. Nak kena jaga gigi Aqilah supaya tidak rosak awal. Setakat ini gigi Aqilah yang paling cantik antara kami berempat..huhu..namun, kena jaga-jaga kerana Aqilah suka makan aiskrim, muffin coklat yang ibu buat dan juga coklat…

5. Karies gigi boleh terjadi di kalangan bayi jika mereka tidur bersama-sama botol susu dan susu berkumpul di dalam mulut mereka. Ini kerana semasa tidur, air liur yang dihasilkan adalah kurang berbanding semasa sedar. Kes ini berlaku kepada anak saudara saya. Memang dia suka tidur dengan botol susu. Bila ditarik aje botol susu tengah dia tidur pasti dia akan terjaga dan menangis. Mahu tidak mahu, kakak saya biarkan saja botol itu dalam mulutnya samapi pagi. Natijahnya pada umur 4 tahun semua giginya terpaksa dicabut, kenalah makan bubur sahaja. …huhu..

Itu sahaja buat kali ini, semoga berguna untuk semua.

Jumpa lagi...Insya-Allah

17 comments:

Anonymous said...

thumbs up for ibu aiman.. doktor gigi suka!! :)

ibuaiman said...

:)...serius i tak tahu pasal info ni sampailah baca artikel kat klinik gigi tu...so, i thought i should share with others too...thank you nashwa...byk benda lagi nak kena belajar dgn dr gigi nanti..hehe

MS said...

salam

blog jumping ;-)

info menarik,saya copy paste yaa

tq

ibuaiman said...

mama adib...blh copy and paste, tapi letakkan sumber dari sini yer...:)

ibuaiman said...

mama adib...blh copy and paste, tapi letakkan sumber dari sini yer...:)

Mama Adli said...

ibuaiman...mcm maa pulak klu kes gigi jonggag...adakah keturuan jgk atau disebab faktor lain...such as hisap jari...?anak i hisap jari...kebyakan org ckp ti gigi dia tak cantik...:(

ibuaiman said...

mama adib,

Klu ikut yang pernah saya baca, gg jongang mmg blh disbbkn keturunan jugak, pertumbuhan gusi dan rahang akan juga ikut genetik...jika tiada genetik itu, klu hisap jari ms kecik biasa takde masalah, namun klu teruskan bila dah tumbuh gg kekal, ia akan effect pertumbuhan gigi juga. Ini termasuk hisap puting botol juga maknanya teruskan penyusuan susu botol bila gigi kekal dah tumbuh...

ibuaiman said...

sori mama adli, saya tertulis mama adib pula, so sori..

Unknown said...

info yg bagus,,,
mama damia suke!!!

Unknown said...

o0ooo...baru tahu..tq for info...

Unknown said...

minta izin kongsi info ye....saya kreditkan ke blog ni ...^^

ibuaiman said...

mama hani...perkongsian info dialu-alukan...mama hani lihat pada copyright control untuk syaratnya ye...TQ

irhamna said...

ibuaiman, saya ada anak berumur nk masuk 9 tahun skrg. masalahnya 2 gigi kacip sblh dpn dia tak tumbuh2 sjk tercabut, kalau x silap masa umur dia 3@4 tahun. ada org kata mmg ada kes mcm tu (ada sorg sepupu dia yg sebaya dgn dia pun mcm tu jgk). tapi saya bimbang kalau x tumbuh2. kesian kt dia kawan2 lain dah penuh dh gigi.. ibuaiman ada x info psl ni?

(p/s: maaf, saya terpos kt topik psl demam pulak tadi..)

ibuaiman said...

Salam Irhamna,
Walaupun saya bukan dr gigi, kebetulan saya pernah bertanya doktor gigi masalah ini...:)..sebab masa tu Aiman terjatuh dan gusinya bengkak, kebetulan masa tu gigi hadapannya sudah tercabut, jika tidak silap saya, doktor gigi itu memberitahu gigi hadapan boleh diberikan tempoh untuk tumbuh sehingga umur 9 tahun, jika masih tidak tumbuh juga saya nasihatkan Irhamna bawa anak jumpa doktor gigi untuk penyiasatan (investigation) rawatan yang selanjutnya.

Semoga info dapat membantu...:)

Terima kasih juga kerana sudi datang blog saya, harap tidak jemu untuk berkunjung lagi...:)

irhamna said...

terima kasih di atas info ini.. saya pun bercadang nk bawa anak berjumpa dgn doktor gigi..

insyaallah saya x jemu nk b'kunjung lg blog ni sbb byk info yg bermanfaat utk semua..:)

Anonymous said...

salam...
maaf ganggu...
just nk betulkan ttg point n0.3...
gigi geraham pertama y tumbuh semasa umur 6-7 thn...
gg geraham ke-3(bonsu@wisdom teeth) tumbuh paling lewat,mase umur 18-20+)
....sharing is caring...

mama wana said...

assalamualaikum

terima kasih atas perkongsian info yang bermanfaat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...