Wednesday, August 19, 2009

PUASA DAN BREASTFEEDING

Alhamdulillah lagi 2 hari Insya-Allah, kita umat Islam akan menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak. Bulan di mana pintu Syurga akan dibuka, pintu neraka akan ditutup dan semua syaitan dan Iblis akan diikat. Bulan yang penuh keberkatan. Saya pasti semua akan bersemangat untuk pergi menunaikan Solat Tarawikh Jumaat malam Sabtu nanti...:)

Dengan kedatangan bulan puasa ini, mungkin timbul kebimbangan di kalangan ibu-ibu yang menyusukan anak, bolehkah mereka menyusukan baby dan adakah susu yang akan dihasilkan akan berkurangan...Untuk pengetahuan semua, ini merupakan kali ke-6 saya akan berpuasa di samping menyusukan anak saya...Ya, 4 tahun selama menyusukan Aiman dan ini tahun kedua berpuasa menyusukan Aqilah...Alhamdulillah, selama 6 kali menempuh Ramadhan, berpuasa dan menyusukan anak, Allah masih beri kekuatan pada saya untuk meneruskan setiap kali berpuasa dan tidak menjejaskan tugasan saya untuk menyusukan anak saya. Alhamdulillah anak tidak kelaparan dan tidak dehydrated. Tekadkan dalam hati untuk terus menyusukan anak dan berpuasa. Insya-Allah keajaiban yang anda tidak akan sangka akan berlaku, Allah akan bantu mereka-mereka yang ikhlas dalam melakukan ibadah kepada -Nya. Anda akan dapati diri anda masih lagi dapat berpuasa sepertimana orang lain berpuasa dan dapat menyusukan bayi anda juga, dan bayi anda tidak akan kelaparan...Kena yakin...Sesungguhnya Allah yang Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.

Hukum puasa kepada ibu menyusukan

1. Jika ibu yang menyusukan anak rasa teramat letih dan tidak mampu untuk berpuasa, Islam tidak melarang untuk anda tidak berpuasa. Tetapi nanti anda kena ganti puasa berkenaan.

2. Jika anda tidak berpuasa kerana risaukan anak tidak mendapat susu secukupnya semasa anda berpuasa yakni takut kesihatan anak terjejas, anda dibenarkan untuk tidak berpuasa. Namun nanti anda harus menggantikan puasa dan juga membayar fidiah kerana anda tidak puasa kerana risaukan kesihatan anak.


Berikut adalah perkara yang perlu dilakukan oleh ibu-ibu yang menyusu semasa berpuasa di bulan Ramadhan bagi memastikan dapat meneruskan ibadah puasa. Sebenarnya ianya tidak ada beza dengan bulan-bulan lain, cuma yang berbeza ini dilakukan pada waktu malam. Ini juga sebenarnya harus dipraktikkan oleh individu-individu lain bagi mengelakkan keletihan di bulan Ramadhan.

1. Jangan lupa bersahur. Jika boleh lewatkan sahur dan dalam Islam sendiri pun melewatkan sahur akan mendapat banyak pahala.

2. Pastikan mengambil air yang banyak di waktu malam. Kalau pergi sembahyang tarawikh, bawak air mineral atau jus buah-buahan, jadi boleh minum in between sembahyang.

3. Makan makanan yang berkhasiat mengandungi semua bahan iaitu karbohidrat, protein dan juga sayur-sayuran. Buah-buahan juga akan menjadi sumber bagi air dalam badan.

4. Jangan makan makanan rapu.

5. Elakkan pengambilan kopi. Ini kerana kafein akan merangsang pengeluaran air dari badan.

6. Ambil supplement multivitamin pada waktu malam jika merasakan badan kepenatan.


Selamat berpuasa kepada semua pembaca. Semoga kita dapat menempuh puasa tahun ini dengan sempurna. Kepada ibu-ibu yang menyusu, berdoa dan terus berdoa agar susu kita akan maintain banyak dan kita akan dapat meneruskan puasa kita tanpa sebarang masalah. Semoga kita dapat memanfaatkan kedatangan Ramadhan kali ini. Insya-Allah.

2 comments:

Noraslina binti Jusin said...

Salam, Ibuaiman.

Memang betul tu. Pengalaman Kak Ina, untuk lebih berdaya dan bertenaga, Kak Ina akan minum segelas susu suam dan beberapa biji kurma semasa sahur. Alhamdulillah :)

Selamat menyambut Ramadhan yang bakal menjelma. Semoga kita beroleh rahmat, keampunan dan dijauhkan dari azab seksa api nerakaNya, ameen.

Ibuaiman said...

Terima kasih K'Ina kerana berkongsi pengalaman...

Selamat menyambut Ramadhan kepada K'Ina sekeluarga...macamana rasenya berpuasa di UK?

Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang tahun sebelumnya...Insya-Allah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...